Anda di halaman 1dari 10

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

MAKMAL DINAMIKA KELOMPOK


KKG2013

TUGASAN:

MODUL PENGENDALIAN KONFLIK

NAMA NO. MATRIK


1. ASLISON GILI D20051021049
2. MOHAMED AIDIL FITRI BIN MARDI D20051021066

DISEDIAKAN UNTUK:
CIK AMELIA BINTI MOHD NOOR
PENSYARAH DINAMIKA KELOMPOK - MAKMAL

FAKULTI:
FAKULTI SAINS KOGNITIF DAN PEMBANGUNAN MANUSIA
SESI 2006/2007

KUMPULAN:
HARI : KHMAIS
MASA: 4.00-6.00 pm
26 OGOS 2006
Sinopsis Modul:

Konflik merupakan perselisihan atau pertentangan antara individu, idea,


kepentingan dan lain-lain (Kamus Dewan Edisi Ketiga). Konflik akan wujud apabila
setiap manusia masing-masing bersaing untuk mencapai kehendak sendiri.. Konflik
lumrah dalam kehidupan. Walaubagaimanapun, kelumraan itu tidak bermakan kita harus
bertindak lewa dalam menghadapi konflik. Konflik selalu dianggap sebagai perkara yang
negatif dalam hubungan antara perseorangan. Tidak ramai yang bijak dalam
mengandalikan konflik sehingga ianya memberi kesan yang positif. Oleh itu,
mengandalikan konflik antara perseorangan adalah amat penting untuk meneruskan
kehidupan kita secara aman.

Konflik antara perseorangan berlaku apabila terdapatnya perbezaan diantara


individu yang lain untuk mencapai matlamat atau tujuan berinteraksi. Konflik juga
berlaku apabila tiada persetujuan mengenai perkara yang dibincangkan terutamanya
dalam melibatkan lebih daripada satu pilihan ketika antara individu itu ingin
menyelesaikan sesuatu masalah. Perselisihan tetap akan berlaku apabila kita berinteraksi
dengan seseorang. Perselisihan wujud mungkin disebabkan salah tafsir terhadap makna
yang disampaikan oleh individu lain. Makna yang tidak dikongsi ketika berinteraksi akan
menyumbang kepada fenomena berlakunya konflik.

Konflik juga akan wujud dalam pergaduhan. Ketika berlaku pergaduhan, emosi
lebih menguasai fikiran sehinggakan berlaku konflik yang berterusan dan tidak dapat
diselesaikan apabila tindakan fizikal sedang memuncak. Konflik tetap akan berlaku
dalam komunikasi antara perseorangan sama ada kita berkomuniksai secara lisan atau
komunikasi bukan lisan.

Sebagai manusia, ketika kita berkomunikasi dengan individu lain, tidak semua
apa yang kita sampaikan dapat difahami oleh indivdiu itu. Tidak semua apa yang kita
kehendaki dipersetujui oleh individu lain dan kita tidak boleh terlepas daripada
melibatkan emosi apabila kita berselisih pendapat. Oleh itu, mengelakkan konflik adalah

1
sesuatu yang ideal. Kita tidak mengelak konflik, tetapi kita sebenarnya harus
mengandalikan konflik tersebut.

Bagaimanapun, kebaikan dan keburukan konflik sebenarnya bergantung kepada


cara bagaimana kita mengandalikannya. Konflik yang membina sudah tentu dapat
diwujudkan apabila kita mampu mengandalikan konflik daripada menjadi lebih buruk.

2
Sasaran :

Semua ahli kelompok terlibat.

Objekatif :
1. Menguji daya kretiviti peserta dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang
dihadapi.
2. Membentuk seamangat berusaha dalam mengandalikan sesuatu masalah.
3. Melatih peserta supaya membuat perancangan yang rapi dalam
mengendalikan masalah.
4. Mengimbas kembali peristiwa-peristiwa yang lampau sebagai pengajaran
pada masa kini.
5. Berkongsi dalam meluahkan pengalaman dan perasaan peserta apabila
berlakunya sesuatu perselisihan.
6. Mempelajari dan memperbaiki diri ke arah pembentukan diri yang lebih
positif.

Kaedah :

 Perbincangan dalam kumpulan kecil.


 Permainan
 Luahan perasaan serta pengalaman masa lampau.

3
Alat/ bahan yang digunakan.

1. Buluh sate.
2. Radio
3. Kaset.
4. Ketas soal selidik.

Masa :

Sekitar 45 minit.

Pelaksanaan Aktiviti :

Aktiviti 1:
1. Peserta dijadikan kepada beberapa kumpulan kecil.
2. Fasilitator akan mengedarkan 8 batang buluh sate kepada setiap kumpulan.
3. Setiap kumpulan diminta membuat 2 kotak segi empat sebagai sangkar dan
setiap sangkar menggunakan 4 batang buluh sate.
4. Dalam setiap sangkar masukan 1 biji guli dan tinggalkan sebiji guli lagi di
luar sangkar.
5. Setiap kumpulan diberi masa 2 minit untuk menjadikan buluh sate berkenaan
kepada tiga sangkar itu tanpa mematah atau menambah batang sate.
6. Setelah aktiviti tersebut selesai setiap kumpulan seterusnya diberikan sebatang
lagi batang sate supaya menjadikan ia 9 batang. Setiap kumpulan diminta
supaya mencari ikhtihar untuk menjadikan 9 batang buluh sate tersebut
menjadi sepuluh tanpa mematah atau menambah batang sate.

4
Aktiviti 2.
1. Peserta diarahkan supaya duduk dalam satu bulatan besar.
2. Semua peserta diminta supaya menenangkan diri dengan mengosongkan
fikiran sambil memejamkan mata dengan diiringi muzik yang agak perlahan.
3. Kemudian peserta diminta supaya mengimbas kembali peristiwa-peristiwa
atau pengalaman-pengalaman masa lampau mereka dari awal sehingga masa
kini.
4. Fasilitator kemudiannya meminta semua perserta membuka mata.
5. Peserta diminta supaya bekerjasama dalam berkongsi menceritakan
pengalaman mereka pada masa lampau serta alternatif yang mereka telah
ambil sewaktu perselisihan berlaku terhadap mereka.
6. Fasilitator kemudiannya menamatkan aktiviti ini dengan membuat kesimpulan
daripada keseluruhan aktiviti.

5
Kesimpulan

Melalui aktiviti yang pertama , peserta dapat mengaitkan kehidupan seharian


mereka dimana setiap manusia perlu ada strategi yang tersendiri dalam menyelesaikan
dan mengendalikan masalah yang timbul sama ia melibatkan melibatkan individu lain
atau beberapa pihak. Aktiviti yang pertama ini juga memberikan setiap peserta kesegaran
minda sebelum melalui aktiviti yang seterusnya.

Melalui aktiviti yang kedua pula, peserta dapat berkongsi pengalaman serta
perasaan mereka apabila menghadapi masalah dengan orang-orang yang tertentu yang
mempunyai pelbagai ragam mereka sendiri.

Oleh sebab itu, peserta perlulah sentiasa peka dengan perkara serta perlu bijak
mengatur strategi dalam mengandalikan sesuatu masalah yang tinbul supaya ia tidak
menjadi satu masalah yang berpanjangan. Sebaliknya , peserta perlulah menjadikan
konflik itu sebagai satu peringatan atau pengajaran untuk masa akan datang.

6
LAMPIRAN.
PENGALAMAN KU.

1. Anda diminta untuk menceritakan pengalaman yang pernah

anda lalui dan perasaan yang timbul semasa berlakunya

perselisihan faham ketika anda berkomunikasi dengan

seseorang yang mungkin tersenarai di bawah.

i. Keluarga anda

ii. Ibu bapa anda.

iii. Rakan-rakan anda

iv. Guru-guru anda

v. Jiran anda

vi. Kekasih anda

vii. Dan sebagainya.

2. Cuba ingat kembali perkara-perkara positif yang telah anda

lakukan untuk menyelesaikan perselisihan faham anda dengan

orang tersebut.

7
Jawapan Permainan Aktiviti 1

Penyelesaian Permainan 1:

Penyelesaian Permainan 2:

8
9

Anda mungkin juga menyukai