Anda di halaman 1dari 12

LOGO KUMPULAN

OBJEKTIF
1. Melatih pemimpin untuk bekerjasama dalam setiap permasalahan ataupun
pekerjaan yang memerlukan kerjasama kumpulan.
2. Melahirkan generasi pelapis yang peka terhadap pentingnya identiti jemaah.
3. Merealisasikan idea-idea dan bakat-bakat yang terpendam.

MASA
 40 minit

PERLAKSANAAN
1. Setiap kumpulan mesti menyediakan satu logo bagi mewakili kumpulan masing-
masing.
2. Corak dan rekaan adalah bebas tetapi mestilah bercirikan keislaman.
3. Penggunaan warna adalah bebas.
4. Peserta kumpulan mestilah melampirkan motif di sebalik reka bentuk dan warna
yang digunakan di dalam logo tersebut.
5. Logo hendaklah ditampalkan di pintu bengkel masing-masing.
6. Mana-mana kumpulan yang gagal berbuat demikian akan dikenakan tindakan
yang tegas.
MEMBOLOS DIRI

OBJEKTIF
1. Melahirkan pemimpin yang kreatif dan inovatif dalam menyelesaikan masalah.
2. Bermusyawarah dalam menyelesaikan masalah atau konflik.
3. Merapatkan ukhuwwah dalam kumpulan.

MASA
 20 minit

PERLAKSANAAN
1. Setiap kumpulan diberikan sehelai kertas A4.
2. Peserta diarahkan membuat apa sahaja dengan kertas itu agar semua ahli
kumpulan dapat masuk dan membolos diri mereka. Caranya bebas.
3. Pemberian kertas tidak boleh diulangi.
MATLAMAT DAN ADAB IKHTILAF

14 GARISAN
OBJEKTIF
1) Menekankan konsep Hadaf (matlamat) dan Adabul Ikhtilaf (adab perselisihan
pendapat).

BAHAN
 Kertas mahjung
 Pen marker

MASA
 45 minit

PERLAKSANAAN
1) Minta peserta untuk melukis 14 garisan secara bergili-gilir tanpa birbincang.
2) Sekali lagi minta peserta untuk melukis sebuah rumah menggunakan 14 garisan
dan mereka dibenarkan berbincang.

PERBINCANGAN
 Minta peserta membandingkan hasil lukisan yang pertama dan yang kedua.

ULASAN
1) Menekankan bahawa pemimpin yang berjaya adalah pemimpin yang mempunyai
matlamat atau Hadaf yang jelas iaitu ke arah penghayatan Islam sebagai jalan
hidup – Islam is the way of life.
2) Menyedarkan peserta bahawa pentingnya perancangan dalam setiap tindakan
untuk mencapai kejayaan yang diingini.
KOYAK KERTAS

OBJEKTIF
1) Menyedarkan para peserta bahawa pentingnya perancangan awal dalam setiap
perkara untuk mencapai matlamat yang diingini.
2) Menekankan tentang konsep ‘Syura’ yang perlu diamalkan demi mencapai
keputusan yang disepakati oleh semua pihak.

MASA
 20 minit.

PERBINCANGAN
1) Edarkan sehelai kertas kepada setiap peserta.
2) Fasilitator perlu memberi arahan kepada mereka untuk mengoyak-ngoyakkan
kertas tersebut dan mereka tidak dibenarkan untuk bertanya.
3) Minta peserta menunjukkan hasil kerja mereka dan bandingkan.

PERBINCANGAN
1) Adakah hasil kerja yang sama/. Kenapa semuanya berbeza?.
2) Fasilitator diminta berbincang dengan peserta tentang perlunya menghormati
pendapat orang lain dan pastikan setiap objektif yang dinyatakan di atas tercapai.

 Fasi dinasihatkan agar dapat mencari kaedah yang terbaik untuk benar-benar
menghidupkan aktiviti ini. Biar mereka betul-betul merasai situasi ‘Ikhtilaf’ itu.
Mungkin boleh dimulakan dahulu dengan satu lontaran ‘isu panas’ biar mereka
bertekak sedikit.
SIAPA LEBIH BERHAK

OBJEKTIF
1) Melatih peserta berani untuk mengeluarkan pendapat dan yakin dengan setiap
apa yang diperkatakan.
2) Melatih peserta berkongsi pendapat, pengalaman dan pengetahuan.
3) Membina sikap kemesraan.

MASA
 20 minit

ALATAN
 Lampiran cerita ‘Siapa Lebih Berhak’

MEKANISME
1) Fasilitator memberi tugasan dan membacakan cerita ‘Siapa Lebih Berhak’.
2) Fasilitator menentukan setiap ahli kumpulan untuk memainkan satu watak
yang terdapat dalam cerita tersebut.
3) Peserta diminta untuk berbincang bagi menentukan siapakah yang lebih
berhak.
4) Fasilitator akan memberi ulasan keseluruhan.

FALSAFAH
1) Manusia akan bersatu semasa mereka susah tetapi bergaduh apabila senang.
2) Untuk mencapai satu keputusan, perlunya seorang pemimpin yang
berkarisma.
LAMPIRAN
SIAPA LEBIH BERHAK

Seorang petani telah bermimpi mengenai sebutir permata hitam yang cukup
menarik. Hatinya tertarik untuk mendapatkan permata tersebut tetapi beliau tidak pasti
sama ada permata itu benar-benar wujud atau sebaliknya. Untuk mendapat kepastian,
petani telah berjumpa dengan seorang Alim untuk mendapatkan jawapan. Orang alim
tersebut telah mengesahkan bahawa permata tersebut memang wujud.

Apabila ditanya kepada orang alim tersebut, di manakah permata tersebut?, orang alim itu
tidak tahu. Petani itu telah menemui seorang ahli geologis untuk mengetahui kedudukan
permata tersebut. Geologis telah memberitahu kedudukan permata tersebut di dasar laut.
Mereka telah pergi ke laut untuk mengambil permata tersebut tetapi ahli geologis tidak
pandai menyelam.

Lalu petani mendapatkan bantuanjuruselam untuk mendapatkan permata itu.


Setelah permata itu diambil, petani itu membawa permata itu kepada jauhari untuk
menentukan kesahihan permata tersebut dan telah mengesahkan permata itu benar-benar
asli. Kemudian untuk mencantikkan batu permata tersebut, petani telah membawa
permata itu kepada juru ukir. Kini permata itu sungguh cantik.

Tugasan : Siapakah yang lebih berhak untuk memiliki batu permata itu?
SAMBUNGAN, MENYAMBUNG, PENYAMBUNG

OBJEKTIF
1) Keyakinan untuk bercakap secara spontan di hadapan orang ramai.
2) Pencernaan aktiviti dalam gaya bercerita untuk menarik perhatian orang lain.
3) Mendengar dengan penuh perhatian terhadap setiap perkara yang diperkatakan.

MASA
 15 minit

PERLAKSANAAN
1) Fasilitator akan memulakan ayant yang senang untuk menjadi bahan untuk
bercerita.
2) Kemudian fasilitator akan mengarahkan peserta untuk menyambung cerita
tersebut secara rawak sehingga fasilitator mengarahkan peserta untuk
menghentikan cerita tersebut.
3) Setiap peserta yang telah bercerita tidak semestinya tidak akan menyambung
bercerita semula.

INPUT
 Setiap orang mempunyai pandangan berbeza terhadap sesuatu perkara dan mereka
bebas mengeluarkan pendapat dan pada masa yang sama perlu menghormati
pendapat orang lain.
MANA SATU?

OBJEKTIF
1) Mempertahankan keyakinan walau apa pun cabaran yang mendatang dengan
apa cara sekalipun.
2) Pergolakan emosi boleh memberi kesan dalam menentukan keyakinan
seseorang.

MASA
 20 minit

ALATAN
 Kertas kecil tiga keping

MEKANISME
1) Fasilitator memberi arahan kepada peserta untuk menulis tiga tanggungjawab
yang bakal dipegang oleh para peserta pada masa hadapan.
2) Tanggungjawab itu adalah tanggungjawab peserta terhadap negara sebagai
seorang pemimpin dalam masyarakat, terhadap keluarga sebagai seorang ahli
keluarga dan terhadap diri sendiri untuk mencapai cita-cita dalam hidup.
3) Suruh peserta menggenggam ketiga-tiga tanggungjawab itu dalam tangan kanan.
4) Untuk kali yang pertama suruh peserta membuang satu tanggungjawab yang
difikirkannya kurang penting ke dalam tangan kiri.
5) Fasilitator akan menanyakan sebab tindakan peserta berbuat demikian. Jika alasan
yang diberikan tidak meyakinkan fasilitator, fasilitator akan mempersoalkan
tindakan peserta itu hingga difikirkannya perlu.
6) Selepas itu, fasilitator akan memberi arahan untuk peserta membuang satu lagi
tanggungjawab ke dalam tangan kiri mereka.
7) Sekali lagi fasilitator akan mempersoalkan tindakan peserta berbuat demikian.
8) Peranan fasilitator dalam aktiviti ini ialah untuk membuat provokasi terhadap
tindakan peserta membuang tanggungjawab yang dipikul oleh mereka.
9) Sebagai peringatan aktiviti ini bukanlah bertujuan untuk menguji peserta tetapi
sekadar untuk melihat sejauh manakah peserta jelas dan yakin terhadap keputusan
yang dibuat oleh mereka sendiri.

FALSAFAH
1) Keyakinan adalah amat penting kepada seorang pemimpin dalam menentukan
satu keputusan yang mana memberikan kepentingan kepada semua pihak dalam
semua aspek.
2) Apabila kita jelas dan yakin dengan keputusan yanag dibuat barulah kita dapat
menghadapi segala persoalan dengan tenang.
KAMBING PAK AHMAD

OBJEKTIF
1) Mempertahankan keyakinan walau apa pun cabaran yang mendatang dengan
apa cara sekalipun.
2) Pergolakan emosi boleh memberi kesan dalam menentukan keyakinan
seseorang.

ALATAN
 Lampiran cerita

MASA
 30-40 minit

MEKANISME
1) Fasilitator akan membaca lampiran cerita kepada peserta dan memberi
tugasan.
2) Dua kumpulan dibentuk ataupun boleh bergabung dengan kumpulan LDK
yang lain.
3) Fasilitator akan memilih dua orang sebagai batu api dalam menyemarakkan
lagi perdebatan di antara kumpulan dalam mempersoalkan siapa yang bersalah
dalam hal ini.
4) Apabila peserta telah mencapai perdebatan yang konflik dan hangat, maka
tibalah masanya bagi dua peserta yang telah dipilih untuk membuat satu
penyelesaian yang adil di antara kedua belah pihak.

FALSAFAH
1) Setiap manusia mempunyai hak untuk mempertahankan pendirian masing-
masing.
2) Setiap masalah itu ada penyelesaiannya dan setiap pihak tidak boleh
menyalahkan pihak yang lain apabila sesuatu konflik timbul tanpa alasan dan
bukti yang kukuh.
3) Membina keyakinan diri yang padu dalam mempertahankan hak dan
menyelesaikan masalah.
LAMPIRAN
KAMBING PAK AHMAD

Pak ahmad memelihara beberapa ekor kambing yang mana kambingnya itu telah
dipagarkan dengan pagar kayu yang kukuh. Jiran pak Ahmad, pak Ali dan mak Minah,
mereka mempunyai kebun sayur yang begitu subur dan telah mendatangkan banyak hasil
kepada mereka berdua.

Pada suatu hari, kambing pak ahmad terlalu lapar dan telah bertindak dengan
begituliarnya dengan merempuh pagar kayu yang memagarkannya serta pagar kayu yang
memisahkan rumah pak Ahmad dan pak Ali. Apabila pak Ali menyedari bahawa
kambing tersebut telah memakan tanamannya, lalu pak Ali dalam kemarahannya telah
menembak seekor kambing pak Ahmad. Kemudian terjadilah pergaduhan di antara pak
Ahmad dan pak Ali. Tanpa disedari pak Ahmad telah mencederakan pak Ali.

Tugasan : Siapakah yang bersalah dalam hal ini?.

Anda mungkin juga menyukai