Anda di halaman 1dari 13

MODUL KEPIMPINAN PELAJAR

DISEDIAKAN OLEH :
MOHD. SHAHIDIL AMIN BIN JOHAN

-------------------------------------------------------------------------

Modul 1: “Ice Breaking”

Ice breaking adalah suatu sessi yang penting bagi sesebuah program kerana ia bertujuan untuk
membuka minda dan pemikiran para peserta sebelum program atau kursus dimulakan. Oleh
kerana latarbelakang peserta tidak sama, ice breaking digunakan sebagai satu titik permulaan
yang seharusnya positif dan menyeronokkan.

Objektif:
Untuk menghilangkan rasa malu diantara satu sama lain.
Untuk menghilangkan jurang perbezaan diantara satu sama lain.
Melatih perserta untuk menjadi pemimpin.
Melatih peserta berkomunikasi denga baik.

Masa :
15 minit - taklimat dan sessi pengenalan.
30 minit - aktiviti “whose story is this?”
15 minit – aktiviti “Celebrity ID game”

Arahan:
1) Peserta dipecahkan kepada tiga kumpulan diwakili oleh 3 orang fasilitator.
2) Didalam kumpulan, peserta dikhendaki mengadakan taaruf ringkas tentang diri mereka. Setiap
peserta hendaklah menerangkan dengan ringkas tentang diri mereka kepada ahli didalam
kumpulan.
3) Selepas selesai taaruf ringkas, peserta diberikan sekeping kertas dan dikhendaki untuk menulis
secara ringkas tentang pengalaman yang pernah mereka alami beserta nama mereka sekali.
Pengalaman itu hendaklah mengambarkan tentang diri mereka sendiri.
4) Setelah tamat masa yang diberi, fasilitator akan mengutip semua kertas yang telah diberikan
kepada peserta dan memasukkan ke dalam sebuah bekas.
5) Kemudian, fasilitator akan mengambil 4 helai kertas dari bekas tersebut dan memanggil nama
peserta yang tecatat diatas kertas tersebut. Peserta yang dipanggil namanya dikhendaki keluar
dan di asingkan daripada kumpulan mereka.
6) Fasilitator akan membacakan salah satu kisah daripada daripada peserta yang dipanggil nama
dan ahli kumpulan lain akan cuba meneka kisah siapa yang diceritakan. Ahli kumpulan melakukan
ini dengan membincangkan kisah siapa yang lebih sesuai mengambarkan personaliti perserta-
peserta yang telah dipilih tadi. Ahli kumpulan juga dibenarkan untuk bertanyakan soalan tentang
kisah selain kisah yang ditulis kepada peserta pilihan.
7) Peserta-peserta pilihan tadi hendaklah meyakinkan bahawa kisah itu adalah kisah yang ditulis
oleh mereka.
8) Setelah ahli kumpulan melakukan perbincangan, undi dibuat. Dan aktiviti ini diulang hingga
kesemua kisah ahli didalam kumpulan dibacakan.
9) Setelah tamat masa yang diberikan, peserta dikhendaki untuk berkumpul semula dalam
kumpulan yang besar.
10) Fasilitator meminta wakil setiap kumpulan untuk memperkenalkan ahli kumpulan mereka.
11) Fasilitator bagi setiap kumpulan diberikan kertas yang tertulis nama-nama selebriti untuk
ditampal di bahagian setiap peserta.
12) Setiap orang mempunyai nama selebriti yang tersendiri. Arahan diberikan oleh fasilitator,
supaya setiap kumpulan berpecah mencari pasangan masing-masing dan pasangan peserta
hendaklah dari kumpulan yang berbeza.
13) Peserta dikhendaki mengenalpasti nama selebriti yang ditampal di belakang mereka
berdasarkan petunjuk yang diberikan oleh pasangan mereka. Pasangan peserta hanya boleh
menjawab “ya” atau “tidak”.
14) Aktiviti tamat setelah masa yang diberikan oleh fasilitator mencukupi.
15) Ketua bagi program dilantik dan barang amanah diberikan.

--------------------------------------------------------------------------------------------

Modul 2 : “Mafia Wars”

“Mafia wars” adalah satu aktiviti untuk memupuk sifat kepercayaan pada diri dan dikalangan
peserta sendiri. Aktiviti ini memerlukan pemikiran yang kritis, dan memerlukan strategi. Peserta
akan diberi peranan sebagai penjenayah, polis, doktor dan juga orang awam. Objektif aktiviti ini
adalah untuk menghalang golongan penjenayah sebelum mereka meneruskan matlamat
menyingkirkan seluruh bandar.

Objektif :
Untuk memupuk sifat kepercayaan dikalangan sahabat dan mengelakkan dari berprasangka
buruk dikalangan ahli didalam organisasi.
Untuk melatih peserta membuat keputusan yang tepat berdasarkan keadaan.

Masa:
10 minit – penerangan.
1jam – Aktiviti “Mafia Wars”

Arahan :

1) Para peserta dikhendaki berkumpul mengikut kumpulan masing-masing.


2) Fasilitator setiap kumpulan akan mengedarkan sekeping kertas kecil yang berlipat kepada
setiap ahli kumpulan. Di setiap kertas kecil tersebut tertulis peranan yang harus dimainkan oleh
setiap peserta dan peserta dikehendaki merahsiakan peranan masingmasing.
3) Peranan-peranan yang harus dimainkan oleh peserta adalah :
• “Mafia” – Peranan mafia adalah untuk membunuh peserta yang memainkan peranan-peranan
yang lain.
• “Polis” – Peranan polis adalah untuk menangkap suspek yang disyaki mafia.
• “Doktor”- Peranan doktor adalah untuk menyelamatkan suspek yang disyaki sasaran Mafia.
• “Rakyat biasa” – Memainkan peranan sebagai rakyat yang biasa.
4) Setelah peserta mengetahui peranan masing-masing, fasilitator akan menerangkan cara
permainan ini. Permainan akan dibahagikan kepada 3 keadaan dan Narrator memainkan peranan
sebagai pengawal keadaan. 3 keadaan tersebut adalah :
• “Malam Hari”
- Semua peserta didalam keadaan tidur. Peserta dikhendaki menundukkan kepala dan menutup
mata. Narrator akan memainkan peranan.
- Narrator akan memberi arahan kepada mafia untuk bangun dan buka mata. Mafia akan secara
senyap bangun dan berbincang diantara mereka tentang mangsa yang hendak disingkirkan.
Setelah keputusan dibuat, Narrator mencatat mencatat mangsa yang dipilih.
- Kemudian “Mafia” disuruh tidur. (menundukkan kepala mereka dan menutup mata).
- Dan kemudian, narrator akan memberi arahan supaya peserta berperanan polis untuk bangun
dan buka mata. Polis akan berbincang diantara mereka siapakah yang disyaki memainkan
peranan mafia. Setelah keputusan dibuat, narrator akan meyuruh polis untuk kembali tidur dan
suspek yang disyaki polis dicatat.
- Kemudian peserta berperanan doktor diberi arahan untuk bangun dan muka mata. Doktor
dikehendaki memilih salah satu peserta untuk diselamatkan daripada serangan mafia pada hari
tersebut. Setelah keputusan dibuat, narrator memberi arahan doktor kembali tidur dan peserta
yang ingin diselamatkan dicatat.
- Narrator mengumkan bahawa hari sudah pun pagi dan semua peserta dibenarkan bangun.
• “Pagi”
- Narrator mengumumkan org yang telah tersingkir akibat dibunuh mafia, melainkan peserta
yang dikhendaki mafia utk disingkirkan pada malam itu telah diselamatkan oleh doktor.
- Peserta yang telah tersingkir hendaklah meninggalkan kumpulan masing-masing.
- Peserta yang terkeluar tidak dibenarkan untuk berkata apa-apa sepanjang permainan
berlangsung. Mereka hanya dibenarkan memerhati.
• “siang hari”
- Narrator akan mengumkan bahawa hari sudah siang dan penduduk bandar (termasuk mafia,
polis dan doktor) dikehendaki berbincang antara satu sama lain tentang siapakah mafia diantara
mereka. Peserta tidak dibenarkan sama sekali mendedahkan peranan masing-masing sepanjang
perbincangan. Peserta yang mempunyai bilangan undi yang terbanyak (50% atau lebih)
disingkirkan dari permainan.
- Setelah penyingkiran dibuat, hari tersebut tamat. Penyingkiran boleh tidak dilakukan jika semua
ahli kumpulan yang lain bersetuju. Hari tamat dan corak permainan diulang semula (malam, pagi,
siang hari)
5) Diakhir permainan, pemenang ditentukan berdasarkan bilangan peserta yang memegang
watak mafia, “Polis” dan “Doktor”. Jika “Mafia” telah menyingkirkan “Polis” dan “Doktor”
kesemuanya, kemenangan akan berpihak pada “Mafia”. Jika “Polis” Berjaya menyingkirkan
“Mafia”, kemenangan berpihak pada “polis”.
6) Program tamat dan peserta diberikan tema bagi malam kebudayaan.

------------------------------------------------------------------------------

Modul 3 : “Great Egg Drop”

“Great egg drop” juga dikenali sebagai menara masa depan. Menara masa depan adalah suatu
aktiviti dimana para peserta dikehendaki membina sebuah menara dimana matlamat utamanya
adalah untuk menghalang telur daripada jatuh. Aktiviti ini memerlukan kerjasama daripada ahli
setiap kumpulan. Aktiviti ini juga melatih para perserta untuk berfikir secara kritis bagi
menyelesaikan sesuatu masalah apabila diberikan sumber.
Objektif :
Melatih para peserta untuk bekerjasama didalam kumpulan.
Memberi ruang kepada peserta untuk berfikir secara kritis berbekalkan sumber yang diberikan.
Melatih sifat berunding, dan bertolak ansur didalam sesebuah urusan.

Bahan-bahan:
Seperti yang dinyatakan didalam lampiran.

Masa :
10 minit – Penerangan dan pembahagian barangan.
10 minit – Rundingan diantara kumpulan.
45 minit – Pembinaan Menara.
15 minit – Konklusi.

Arahan :

1) Fasilitator meminta para peserta berkumpul mengikut kumpulan masing-masing.


2) Fasilitator memberikan arahan kepada setiap kumpulan tentang aktiviti yang akan dijalankan.
3) Fasilitator menerangkan matlamat aktiviti adalah untuk mereka cipta sebuah menara dimana
menara tersebut mampu mencegah telur yang diberikan daripada pecah.
4) Fasilitator meminta supaya melantik seorang yang berperanan sebagai perunding ataupun
“negotiator”. Dan kemudian, setiap kumpulan diberikan bahan-bahan untuk membina replika
menara dimana bahan-bahan yang diberikan kepada setiap kumpulan adalah berlainan.
5) Fasilitator akan memberikan masa kepada wakil setiap kumpulan untuk tampil kehadapan bagi
memulakan rundingan. Sementara ahli-ahli yang lain pula diarah untuk memulakan lakaran
bangunan yang akan dibuat.
6) Apabila wakil setiap kumpulan mencapai kata putus tentang bilangan bahan-bahan yang
dirundingkan, pembinaan bermula.
7) Peserta dibenarkan untuk mengunakan alatan dari luar dalam proses pembinaan.
8) Fasilitator memberikan tempoh masa untuk menyiapkan menara yang diminta. (45 minit)
9) Setelah masa tamat, fasilitator akan mengumpulkan kesemua replika menara daripada setiap
kumpulan.
10) Wakil kumpulan diminta kehadapan bagi menerangkan tentang menara mereka dan juga
halangan-halangan semasa proses pembinaan sedang dilakukan.
11) Fasilitator akan menguji sama ada menara yang dibina mencapai matlamat ataupun tidak.
12) Menara akan dilepas dari jarak sekurang-kurangnya paras pinggang untuk melihat samada
menara tersebut mencapai matlamat pembinaanya.
13) Pemenang dinilai melalui menara yang mampu mencapai matlamat pembinaan.
14) Fasilitator menutup acara dan memberikan konklusi.

------------------------------------------------------------------------------

Modul 4 : “Treasure Hunt”

Aktiviti “treasure hunt” adalah aktiviti luar dimana aktiviti ini akan menguji kemahiran peserta
bagi menyelesaikan permasalahan yang diberi. Peserta dibahagikan mengikut kumpulan dan
dikehendaki untuk menjelajah dari satu ke satu checkpoint bagi mencari harta yang
disembunyikan. Ssepanjang penjelajahan, peserta akan diuji dengan ujian yang melibatkan
minda, kecergasan dan juga ketahanan psikologi

Masa:
15 minit : penerangan dan penyerahan barang petunjuk.
3 jam : Aktiviti Treasure Hunt.

Objektif :
Untuk mengasimilasikan sifat kerjasama diantara ahli.
Untuk melatih peserta akan sifat kepatuhan kepada ketua disaat berlakunya konflik didalam
kumpulan.
Menguji kepekaan perserta dibidang ilmu semasa.

Arahan :

1) Sebelum memulakan aktiviti, fasilitator akan menerangkan secara ringkas aturcara aktiviti.
2) Matlamat aktiviti ini adalah untuk mencari harta hilang. Dan untuk itu, peserta dikhendaki
mengembara dari satu checkpoint ke checkpoint seterusnya bagi mencari petunjuk disebalik
rahsia harta yang hilang. Terdapat sebanyak 6 checkpoint yang harus dilalui oleh peserta.
3) Setiap kumpulan akan diberikan sebiji belon, sekeping peta dan sekeping kertas petunjuk
dimanakah checkpoint mereka yang pertama. Setiap kumpulan tidak dibenarkan untuk
membuka kertas tersebut sebelum diarahkan oleh fasilitator.
4) Sebelum aktiviti bermula, fasilitator akan menunjukkan arah utara bagi permainan ini. Sebaik
sahaja fasilitator mengumumkan pertandingan telah bermula, peserta dibenarkan untuk
membuka kertas petunjuk yang diberikan.
5) Peserta diarahkan pergi ke checkpoint masing-masing.
6) Setiap checkpoint akan dijaga oleh wakil setiap kumpulan.
7) Bagi checkpoint pertama :
Peserta yang tiba di checkpoint pertama akan diberikan ujian minda.
Peserta dikehendaki menyelesaikan ujian minda tersebut hingga selesai.
Penjaga checkpoint akan mencatatkan masa yang diambil bagi setiap kumpulan menyelesaikan
masalah yang diberi.
Setelah selesai, penjaga checkpoint akan memberi petunjuk dimana kertas soalan di
sembunyikan.
Setelah dijumpai, penjaga checkpoint akan memberi kertas petunjuk kemana checkpoint peserta
seterusnya dan petunjuk serpihan harta yang perlu dicari.
Peserta dikhendaki menjawab soalan yang tertera diatas kertas.
8) Bagi checkpoint kedua:
Peserta yang tiba dicheckpoint kedua akan diberikan ujian fizikal.
Aktiviti “Water in the bottle” diadakan dimana peserta dikhendaki mengisi air kedalam botol
mengunnakan tangan.
Penjaga checkpoint mencatatkan masa peserta.
Setelah aktiviti selesai, penjaga checkpoint akan memberi petunjuk dimana kertas soalan di
sembunyikan.
Setelah dijumpai, penjaga checkpoint akan memberi kertas petunjuk kemana checkpoint peserta
seterusnya dan petunjuk serpihan harta yang perlu dicari.
Peserta perlu mencantumkan serpihan harta daripada checkpoint pertama untuk mengetahui
dimana harta disembunyikan.
Peserta dikhendaki menjawab soalan diatas kertas.
9) Bagi checkpoint ketiga :
Peserta yang tiba di checkpoint ketiga akan menjalankan aktiviti “Pulse Game”
Cara permainan “Pulse Game” - Peserta diminta berdiri didalam satu barisan dengan mengengam
tangan peserta lain. Barang diletakkan dihujung barisan. Peserta lain tidak dibenarkan membuka
mata mereka kecuali peserta yang berada di permulaan dan peserta yang berada dihujung.
Penjaga checkpoint akan melontarkan duit syiling dan secara senyap akan menunjukkan kepada
peserta yang pertama. Jika “kepala” peserta pertama akan mengengam tangan peserta kedua,
dan peserta kedua mengulangi perkara yang sama hingga sampai kepada peserta terakhir.
Peserta terakhir yang menerima isyarat gengaman hendaklah berlari sepantas mungkin
mendapatkan barang yang telah diletakkan.
Penjaga checkpoint mencatatkan masa yang diambil setiap kumpulan. Markah akan ditolak jika
sekirannya peserta tersalah melihat “kepala” dan “ekor” duit syiling.
Setelah selesai aktiviti, penjaga checkpoint akan memberi petunjuk dimana kertas soalan di
sembunyikan.
Setelah dijumpai, penjaga checkpoint akan memberi kertas petunjuk ke mana checkpoint peserta
seterusnya dan petunjuk serpihan harta ke dua yang perlu dicari.
Peserta dikhendaki menjawab soalan diatas kertas.
10) Bagi checkpoint keempat :
Peserta yang tiba di checkpoint keempat dikhendaki menjalankan aktiviti “Trust walk”.
Cara Permainan “Trust Walk” – Peserta kumpulan akan diberi sehelai kertas yang mengandungi
arahan dimana petunjuk serpihan harta disembunyikan. Peserta kumpulan hendaklah memilih
salah satu ahli untuk dijadikan pencari harta. Ahli yang telah dipilih hendaklah menutup mata
mereka dengan sehelai kain. Ahli-ahli didalam kumpulan akan membimbing pencari harta
tersebut bagi mencari petunjuk serpihan harta kedua.
Setelah harta dijumpai, masa dicatatkan. Penjaga checkpoint memberi petunjuk ke mana
checkpoint peserta seterusnya.
Peserta perlu mencantumkan serpihan harta daripada checkpoint ketiga untuk mengetahui
dimana harta disembunyikan.
Peserta dikhendaki menjawab soalan diatas kertas.
11) Bagi checkpoint kelima :
Bagi peserta yang tiba dicheckpoint kelima, aktivit “Jejak bertapak” akan dijalankan.
Cara permainan “Jejak Bertapak” – Sebelum permainan peserta akan dijelaskan jarak yang perlu
dilalui oleh peserta didalam permainan ini. Peserta akan dibekalkan dgn 3 keping “Tapak”.
Peserta diminta untuk berfikir bagaimana hendak membawa kesemua ahli didalam kumpulan ke
tempat yang diminta dengan syarat kesemua ahli mesti tiba di tempat tujuan dgn serentak.
Peserta hanya dibenarkan memijak tapak yang diberikan sahaja. Peserta yang memijak tempat
lain selain “Tapak” yang diberikan akan dikira gagal dan diminta untuk mengulanginya semula
dari permulaan.
Penjaga checkpoint mencatatkan masa peserta.
Setelah aktiviti selesai, penjaga checkpoint akan memberi petunjuk dimana kertas soalan di
sembunyikan.
Setelah dijumpai, penjaga checkpoint akan memberi kertas petunjuk kemana checkpoint peserta
seterusnya.
Peserta dikhendaki menjawab soalan diatas kertas.
12) Bagi checkpoint keenam :
Peserta yang tiba di checkpoint keenam akan menjalankan aktiviti “Photo scarvenger hunt”.
Peserta akan diberi sepuluh kriteria yang perlu ditangkap mengunakan kamera. Contoh kriteria
adalah seperti, pokok terbesar dikawasan itu, kereta berwarna kuning,orang yang bermain bola
sepak dan sebagainya. Sebelum permainan bermula, penjaga checkpoint hendaklah menetapkan
had bagi sesebuah kawasan permainan.
Setelah kesemua kriteria dapat dicari, penjaga checkpoint akan mencatatkan masa akan
memberi petunjuk dimana kertas soalan di sembunyikan.
Setelah dijumpai, penjaga checkpoint akan memberi kertas petunjuk kemana checkpoint peserta
seterusnya.
Peserta dikhendaki menjawab soalan diatas kertas.
13) Fasilitator akan menjadi kunci peti harta karun. Bagi fasilitator pertama, harta yang ada
padanya adalah sebatang jarum dan benang. Fasilitator meminta peserta mencari kunci harta
karun yang tersembunyi dikawasan sekitar. Setelah dijumpai, fasilitator akan menyerahkan harta
tersebut.
14) Bagi fasilitator kedua, harta yang ada padanya adalah sehelai kain. Fasilitator meminta
peserta mencari kunci harta karun yang tersembunyi dikawasan sekitar. Setelah dijumpai,
fasilitator akan menyerahkan harta tersebut.
15) Setelah harta-harta dijumpai, peserta dikhendaki menjahit kain yang menjadi sebuah baju.
16) Diakhir aktiviti “Treasure Hunt”, peserta dikhendaki menyerahkan semula kertas jawapan
bagi soalan-soalan yang telah dijawab pada setiap checkpoint dan juga harta yang telah dijumpai.
17) Fasilitator menutup acara dan memberikan konklusi.
18) Sampul surat untuk aktiviti seterusnya diedarkan.

------------------------------------------------------------------------------

Modul 5 : “surat cinta”

Surat cinta merupakan satu aktiviti yang memupuk nilai kejujuran didalam bersahabat. Didalam
aktiviti ini, peserta program akan meluahkan apa yang terpendam didalam hati masing-masing
kepada sahabat-sahabat mereka. aktiviti ini juga melatih peserta untuk bersikap positif
menerima kutukan, rungutan ataupun pujian.

Objektif :
Memupuk nilai kejujuran dikalangan peserta.
Memupuk nilai fikiran postif jika berhadapan rungutan, kutukan ataupun pujian.
Memperbaiki diri pada masa hadapan.
Mengeratkan ukhwah dikalangan peserta dan organisasi.

Masa:
Tiada peruntukan masa.

Arahan:

1) Setelah aktiviti treasure hunt selesai, peserta akan diberikan sehelai sampul surat. Peserta
dikhendaki menulis nama mereka diatas setiap sampul surat berkenaan.
2) Sampul surat yang telah ditulis nama akan diserahkan semula kepada fasilitator.
3) Fasilitator akan menerangkan aktiviti surat cinta.
4) Surat-surat peserta digantung disuatu tempat dan fasilitator meminta supaya setiap peserta
menulis tentang perasaan mereka sama ada berupa penghargaan ataupun teguran kepada
sahabat-sahabat mereka yang lain didalam kumpulan.
5) Masa yang diberikan adalah sepanjang masa terluang diantara aktiviti “treasure hunt” dan
malam “talentime”.
6) Setiap orang harus menulis dengan jujur perasaan mereka pada setiap ahli kumpulan. Peserta
juga dibenarkan menulis kepada peserta lain di dalam program ini.
7) Pada akhir malam “talentime” peserta dibenarkan untuk mengambil sampul surat yang tertera
nama mereka.
8) Fasilitator menutup aktivit dan membuat konklusi.
------------------------------------------------------------------------------------------

Modul 6 : Malam “Talent Time”.

Malam talentime adalah malam kebudayaan dimana para peserta dikhendaki mempamerkan
persembahan mereka menurut tema yang telah diberikan. Malam ini adalah kemuncak bagi
segala aktiviti dimana semangat kerjasama mereka diujii dan diperlihatkan.

Objektif :
Memupuk semagat kerjasama diantara ahli didalam kumpulan.
Menghilangkan rasa malu dihadapan khalayak ramai.
Melatih diri menghadapai situasi yang sukar.

Masa:
1 jam 30 minit – persembahan peserta.

Arahan :

1) Pada permulaan program, (selepas aktiviti “ice-Breaking”), setiap kumpulan akan diberikan
tema persembahan dan dikehendaki membuat persembahan berdasarkan tema yang diberikan.
2) Persembahan peserta hendaklah merangkumi lakonan dan nyanyian. Peserta juga dibenarkan
untuk mengunakan kreativiti masing-masing bagi menjayakan persembahan.
3) Terdapat 5 kumpulan dan setiap kumpulan diberi masa 10 hingga 15 minit untuk satu
persembahan.
4) Diakhir aktiviti, fasilitator member konklusi dan menutup aktiviti.
5) Peserta dibenarkan mengambil semula “surat cinta” mereka yang telah digantung.

Anda mungkin juga menyukai