Anda di halaman 1dari 2

KAPSUL RAMADAN : 04 RAMADAN 1441H

SURAH HUD : 68

TAJUK : MENSYUKURI ANUGERAH ALLAH

"(Mereka punah-ranah) seolah-olah mereka tidak pernah tinggal di situ. Ketahuilah!


Sesungguhnya kaum Thamud itu kufurkan Tuhan mereka. Ketahuilah!
Sesungguhnya kebinasaanlah akhirnya bagi kaum Thamud"
[Surah Hud 68]

Allah swt merakamkan di dalam kalamNya yang mulia mengenai kisah kehancuran dan
kebinasaan kaum Tsamud disebabkan mereka menolak kebenaran dan tidak mahu
beriman kepada Allah swt. Mereka kufur kepada Allah serta menolak dakwah yang
disampaikan oleh utusan Allah. Mereka dibinasakan sehingga lenyap daripada muka bumi
ini.

Kisah kehancuran kaum Tsamud ini sepatutnya menjadi teladan dan pengajaran kepada
kita agar tidak kufur dan derhaka kepada Allah. Ini kerana kekufuran, kemaksiatan,
kesyirikan dan kederhakaan bakal mengundang kebinasaan dan kemusnahan pada mana-
mana kaum sekalipun.

Musibah yang sedang menimpa kita saat ini disebabkan dosa dan kesalahan yang kita
lakukan. Kita kufur akan nikmat yang Allah kurniakan, kita gunakannya ke jalan maksiat,
kita sibuk dengan dunia sehingga tiada masa untuk sujud padaNya, kita lalai dan lagha
dalam kemaksiatan, kita sentiasa tidak puas hati dengan perintah Allah swt lalu melanggari
batasan yang ditetapkan, kita membiarkan berleluasanya tempat-tempat mungkar dan
1001 dosa yang dilakukan umat dulu (sehingga mereka binasa), dilakukan pula oleh umat
hari ini. Maka musibah dan kecelakaan mula menimpa kita semua, satu dunia sehingga ada
yang binasa dan musnah.

"Kita adalah kaum yang dimuliakan Allah dengan Islam. Bilamana kita mencari kemuliaan
selain daripada Islam, maka Allah akan merendahkan/menghinakan kedudukan kita".
Sayidina Umar al-Khattab r.a

Ini menunjukkan bahawa manusia selamat dan mulia dengan Islam, mengikuti ajaran Islam
dan berjuang mendaulatkan Islam. Jika menentang dan memusuhi Islam, tunggulah saat
kemusnahan dan ditimpa azab yang dahsyat.
Semarak Ramadan KKTM Ledang 2020
KAPSUL RAMADAN : 04 RAMADAN 1441H
SURAH HUD : 68

Dan (Tuhan berfirman lagi): "Sekiranya penduduk negeri itu beriman serta bertaqwa,
tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah
berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami
timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan"
[Surah al-A’raf 96]

Diriwayatkan oleh Abu Nuaim dalam Hilyah al-Awliya':


"Ketika pembukaan Kota Qubrus (Cyprus), Sayidina Abu Darda r.a didapati menangis
setelah kaum Muslimin memperolehi kemenangan dan kekuasaan. Melihatkan keadaan ini
Jubair ibn Nufair menegur Sayidina Abu Darda. Kata Jubair: "Apa yang membuatkan engkau
menangis pada hari Allah memuliakan kita (memberi kemenangan)?". Berang mendengar
perkataan tersebut, Abu Darda menjawab: "Celakalah engkau wahai Jubair. Tidak ada
makhluk yang paling hina apabila mereka meninggalkan perintah Allah. Umat ini sedang
memiliki kekuatan, namun apabila mereka meninggalkan kebenaran engkau tengok apa
yang telah berlaku (ditewaskan/dibinasakan)".

Jangan sesekali melakukan perkara mungkar yang mengundang kemurkaan Allah


sebagaimana yang telah dilakukan umat terdahulu. Dibimbangi kita dimusnahkan Allah
dan tiada sebarang pertolongan dariNya. Ya Allah, ampunilah kami semua.#Tingkat
munajat dan kembali kepada ALLAH.

Semarak Ramadan KKTM Ledang 2020

Anda mungkin juga menyukai