Anda di halaman 1dari 2

TADABBUR AL QURAN : 18 RAMADAN 1440H

SURAH FUSSILAT 41 : 1 - 11

TAJUK : AL QURAN NADI KEHIDUPAN

"Haa, Miim. Turunnya Kitab ini dari Allah Yang Maha Pemurah, lagi Maha
Mengasihani. Sebuah Kitab yang dijelaskan ayat-ayatnya satu persatu; iaitu Al-Quran
yang diturunkan dalam bahasa Arab bagi faedah orang-orang yang mengambil tahu
dan memahami kandungannya (mempelajarinya). Ia membawa berita yang
mengembirakan (bagi orang-orang yang beriman) dan membawa amaran (kepada
orang-orang yang ingkar); dalam pada itu kebanyakan mereka berpaling ingkar
(tidak mahu mengetahui dan memahaminya), maka dengan sebab itu mereka tidak
menerima dan tidak mematuhinya" [Surah Fussilat 1-4]

# Sebagai seorang mukmin, kita wajib beriman bahawa al-Quran adalah benar dan
diturunkan oleh Allah Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Al-Quran
merupakan sebuah panduan yang lengkap dan jelas isi kandungannya dan tiada sebarang
keraguan untuk mengikutinya serta menjadi petunjuk bagi orang yang bertaqwa.

# Namun, segala isi kandungannya itu tidak akan dapat difahami dan diamalkan jika kita
tidak mempelajarinya dan berusaha memahaminya dengan bersungguh-sungguh kerana
al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab. Bagi orang yang bersungguh ingin memahami dan
mengamalkan akan memperoleh keberkatan dan rahmat daripada Allah swt.

"Dan ini sebuah Kitab (Al-Quran) yang Kami turunkan, yang ada berkatnya (banyak
manfaatnya). Oleh itu, hendaklah kamu menurutnya; dan bertaqwalah (kepada Allah),
mudah-mudahan kamu beroleh rahmat" [Surah al-An'am 155]

# Al-Quran membawa mesej besar untuk menyelamatkan manusia daripada godaan dan
tipu daya hawa nafsu, syaitan, orang kafir, orang munafik dan dunia agar mereka tidak
celaka di hari akhirat. Di dalam al-Quran terdapat berita gembira (syurga) dan ganjaran
lumayan bagi orang-orang yang beriman. Juga terdapat amaran dan cerita ngeri kepada
orang-orang yang zalim lagi engkar kepada panduan Allah swt. Mereka akan binasa dan
rugi seruginya kerana membelakangkan al-Quran dalam kehidupan mereka.

Semarak Ramadan KKTM Ledang


TADABBUR AL QURAN : 18 RAMADAN 1440H
SURAH FUSSILAT 41 : 1 - 11

"Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Aya-ayat Suci yang menjadi
ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-
Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka)
melainkan kerugian jua" [Surah al-Isra' 82]

# Oleh itu, kita wajib menjadikan al-Quran sebagai panduan dalam menjalani kehidupan di
dunia ini. Tanpa panduan al-Quran maka sesat dan binasalah kehidupan kita.

"Dan turutlah - Al-Quran - sebaik-baik. (panduan hidup) yang diturunkan kepada kamu
dari Tuhan kamu, sebelum kamu didatangi azab secara mengejut, sedang kamu tidak
menyedarinya" [Surah az-Zumar 55]

# Berkata Imam Ibnu Hajar al-Asqalani: "Dakwah dilakukan dengan berbagai cara dan
salah satunya adalah dengan mengajar al-Quran, malah ia adalah cara yang paling mulia".

♡ Semoga kehidupan kita sentiasa dekat dengan al-Quran. Pastikan kita beriman dengan
al-Quran, sentiasa membacanya, berusaha meneliti isi kandungannya, bersungguh beramal
dengannya dan sedaya upaya mengajar dan menyeru manusia mengikuti panduan al-Quran
para Nabi (ulamak) dan orang-orang yang soleh ♡

Semarak Ramadan KKTM Ledang

Anda mungkin juga menyukai