Anda di halaman 1dari 1

DOA MAJLIS PERHIMPUNAN

Ya Rahman, Ya Aziz, Ya Ghaffar

Kami menadah tangan merafa'kan kesyukuran kepada-Mu diatas segala


limpahan nikmat dan rahmat serta diberikan keizinan dihari yang
berbahagia ini dapatlah kami menghadirkan diri bersempena Majlis
Perhimpunan Bulanan (..................................) pada pagi ini.

Allahumma Ya MunzilarRahmah wa Ya FatihalBarakah

Ya Allah, hiasilah sanubari kami dengan sifat-sifat mahmudah yang mulia


lagi terpuji, jauhilah kami dari sifat-sifat mazmumah yang hina lagi dikeji,
tanamkanlah ke dalam diri kami sifat rajin bekerja dalam suasana
semangat bekerjasama dan persaudaraan yang sejati, ke arah mencapai
kecemerlangan dan keredhaanmu Ya Ilahi. Terimalah segala hasil usaha
dan khidmat bakti kami ini sebagai satu ibadah seperti mana yang engkau
kehendaki.

Allahumma Ya `Aalim wa Ya QadhialHajat

Ya Allah, kami juga memohon jadikanlah diri, keluarga, dan negara kami ini
sentiasa di dalam keadaan aman dan damai, makmur dan bahagia,
sentiasa dianugerahi kebaikan dan kebajikan, pemeliharaan dan
penjagaan, perlindungan dan pengawasan, doa yang dimakbulkan dan
dosa yang diampunkan serta dijauhkan daripada segala kekacauan dan
huru hara, musibah dan penyakit. Semoga kami dapat hidup tenteram dan
bahagia di dunia dan akhirat..

Ya Allah, Engkau jadikanlah pertemuan ini pertemuan yang dirahmati, dan


perpisahan kami selepas ini, perpisahan yang diberkati dan dilindungi.

Anda mungkin juga menyukai