Anda di halaman 1dari 2

DOA SEMPENA MESYUARAT AGONG

(Allahumma Yaa zal jalaali wal ikram)

Kami bersyukur kepada Mu ya Allah, dengan izin Mu jua dapat kami berkumpul sempena

Mesyuarat …………..…………………………………………………………………………………………………………………………….)

jadikanlah hari ini lebih baik bagi kami dari hari-hari yang telah lalu, aqidah kami semakin kukuh,
ibadah kami semakin bertambah, akhlak kami semakin cemerlang, rezeki kami semakin luas dan
halal, umur kami umur yang diberkati dan amal kami amal yong diredhai.

(Allahumma Ya Qawiy, Ya ‘Aziz, Ya Fa’alu Lima Yurid)

Sempena dengan majlis ini, kami memohon kehodrat Mu Ya Allah, berkatilah majlis ini, Engkau
jadikanlah kami golongan yang bijaksana dan berwibawa, untuk melahirkan masyarakat yang
sejahtera, bersatu padu, serta berkerjasama. Anugerahkanlah sifat kesungguhan dan ketekunan,
agar kami sentiasa dapat melaksanakan kerja dengan penuh rosa tanggungjawab yang telah
diamanahkan.

( Allahumma Yaa Basit, Yaa Hafizu, Yaa Raqib)

Ya Allah, Tuhan Yang Memiliki Segala Keindahan!

Anugerahkanlah kepada kami ketekunan dan kepintaran. Jadikanlah diri kami insan yang komited
dengan kehendak dan perubahan zaman. Hindarkan kami dari sifat-sifat lemah, malas, dan sering
berputus asa dalam melaksanakan kewajipan. Ilhamkanlah kepada kami idea yang kreatif, positif,
proaktif, inovatif untuk terus menjana kecemerlangan.
Semarakkanlah dalam jiwa dan minda kami dengan keazaman dan komitmen yang tinggi agar kami
dapat meningkatkan mutu produktiviti dan kualiti diri untuk melakukan perubahan. Berikanlah kami
kekuatan untuk mengemudi bahtera perjuangan, bagi menggapai matlamat dan wawasan yang
diimpikan, seterusnya melahirkan insan yang berkualiti serta mampu mendepani cabaran dan
rintangan mendaki puncak kejayaan.

( allahummaj’al jam’ana hadza jam’an marhuuma,


watafaraqnaa min ba’dihi tafarraqna ma’suuma,
walaa taj’al fiina, wala ma’ana syaqiyyan, wala madtruudaa,
walaa mahruumaa.

Rabbana aatinaa

Anda mungkin juga menyukai