Anda di halaman 1dari 2

.

~ - ~ ` -` - - .
Ya Rahman, Ya Aziz, Ya GhaIIar
Pada saat dan detik yang bersejarah ini, kami menghulurkan tangan pengharapan, memohon ihsan dan RahmatMu,
agar Engkau anugerahkan kesejahteraan, tauIiq dan hidayah, juga kesabaran, ketabahan dan kekuatan kepada Yang
Berbahagia Pn. Hjh. Mintal Binti Masri yang akan bersara, menamatkankan perkhidmatannya sebagai seorang guru
besar. Moga baginya selepas bersara nanti, kehidupan yang penuh gembira, ceria dan bahagia, serta dikurniakan
dengan kesihatan, kesejahteraan, ketenteraman dan ketenangan.
Justeru kami berhimpun pada pagi ini, bagi menyatakan penghargaan dan pengiktiraIan kami, Permata Budi buat
azimat dan kenangan sebagai mengenang jasa bakti yang telah disumbangkan, untuk Kementerian Pendidikan dan
watan.
Allahumma Antal Hasibul Jalil
Sesungguhnya di Tangan Mu sahajalah kuasa penilai segala amalan, Kau jadikanlah apa kiranya segala bakti yang
disumbangkan, sepanjang tempoh perkhidmatannya, sebagai ibadah yang Engkau redhai. Terimalah segala usaha
dan pengorbanannya itu, sebagai amal soleh yang Engkau berkati. Limpahkanlah apakiranya segala keberkatan
dan ganjaran rahmat Mu, dalam kehidupan beliau yang berjasa, jua dalam kehidupan kami yang masih di alam
persada ini.
Iringilah bersama detik-detik persaraan beliau, dengan keazaman dan komitmen, untuk terus menabur budi dan
bakti, kepada agama , bangsa dan negara.
Allahumma Ya MunzilarRahmah wa Ya FatihalBarakah
Ya Allah Ya Tuhan kami, kurniakanlah kepadanya dengan ganjaran, syaIaat dan keredhaan atas segala jasa dan
pengorbanan yang telah beliau curahkan sepanjang bergelar sebagai seorang guru. Kau limpahkanlah Rahmat dan
BerkatMu, sebagai ganjaran kepada semangat juang yang tidak pernah mengenal erti putus asa, di dalam memikul
tanggungjawab sebagai pendidik, pemimpin dan ibu yang sentiasa berusaha menyumbang tenaga, idea dan
kepakaran, demi kecemerlangan anak bangsa. Mudah-mudahan segala jasa, pengorbanan, dan semangat beliau
menjadi pendorong untuk kami meneruskan perjuangan sebagai seorang insan pendidik.
Allahumma Ya Hayyu Ya Qayyum,
Kurniakanlah apakiranya kepada kami yang ditinggalkan ini, kekuatan jiwa dan tenaga, untuk terus menabur budi
dan bakti. Suburkanlah minda dan semangat yang beliau miliki, ke dalam diri kami.
Allahumma Ya `Aalim wa Ya QadhialHajat
Jadikanlah kami Ya Allah, daripada kalangan hamba-hambaMu yang taat dan bersyukur. Jauhkanlah kami Ya Allah,
daripada melanggari perintahMu. Kurniakanlah kepada kami kesihatan yang berpanjangan, kesejahteraan yang
sempurna, Iikiran yang waras, minda yang cergas, rezeki yang halal, zuriat dan generasi yang beriman serta
kurniakanlah kepada kami segala kebaikan di dunia dan juga di akhirat.
Ya Zal Jalali Wal Ikram
Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah pertemuan ini sebagai pertemuan yang diRahmati, dan jadikanlah perpisahan
ini sebagai perpisahan yang diBerkati.
` -~ - -- - ~ ` - ~ ` - + . = - ` ~ - ~ - - - ~ - -- ~ ~ ~ - - . +
~ ~ ` ~ = ~ .
- - ~ - - - = ` - - --- - .
- ~ - - ~ - ~ .

Anda mungkin juga menyukai