Anda di halaman 1dari 1

Doa Majlis Forum Perdana Sempena Kanival Muhibbah

Kami merafakkan rasa kesyukuran kepadaMu kerana telah mengizinkan kami untuk menjayakan Majlis Forum Perdana Sempena Karnival Muhibbah Politeknik Ungku Omar 2013 pada hari ini.


Berkatilah usaha-usaha kami , Jadikanlah anak didik kami pelajar yang cemerlang, terbilang , disegani dan dihormati, dalam aspek akademik mahupun kokurikulum dan mampu melahirkan generasi yang berjaya di dunia mahupun di akhirat.


Jadikanlah segala maklumat yang dicurahkan sebagai panduan ke arah kecemerlangan diri . Jadikanlah anak didik kami sebagai anak-anak yang taat kepadaMu, baik akhlaknya dan menjadi penyejuk mata ayah dan bonda. Anak yang cintakan ilmu pengetahuan, berwawasan jauh serta menjadi contoh buat generasi akan datang. Ya Allah jadikanlah hari ini bagi kami lebih baik dari kemarin, hari esok kami lebih baik dari hari ini, jadikanlah kesudahan akhir setiap urusan kami sebagai kebaikan bagi kami, lindungi kami dari kehinaan di dunia dan azab di akhirat. Ya Allah Ya Tuhan Kami, jadikanlah pertemuan kami ini pertemuan yang dirahmati, dan perpisahan kami selepasnya nanti, perpisahan yang sentiasa terpelihara. Permudahkanlah urusan kami dan sempurnakanlah semua pekerjaan kami dengan segala kebaikan, dengan rahmat-Mu, Ya Arhamar Rahimin.

Anda mungkin juga menyukai