Anda di halaman 1dari 2

TAJUK : BAHANA GHIBAH

"Dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah


seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati?
(Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya.
(Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu
kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani"
[Surah al-Hujurat 12]

Sebagai seorang muslim yang beriman kepada Allah swt, maka kita perlulah menjaga lidah
daripada memperkatakan sesuatu yang haram dan sia-sia, apatah lagi di bulan Ramadan
yang mulia ini. Ini kerana, sifat orang yang beriman sentiasa bercakap perkara yang baik
atau mendiamkan diri daripada bercakap perkara-perkara yang boleh mendatangkan dosa
dan menghilangkan pahala.

Imam al-Maraghi di dalam tafsirnya menyatakan: "Ghibah (mengumpat) diumpamakan


seperti memakan daging kerana mengumpat itu bererti menyiat-nyiat kehormatan seperti
memakan dan menyiat-nyiat daging. Perumpamaan seperti ini sesuai dengan cara orang
Arab berkomunikasi".

Era globalisasi dan teknologi pada hari ini, ghibah tidak lagi terhad dalam majlis atau
perkumpulan tertentu sahaja. Malah aktiviti ini telah dikembangkan lagi di media sosial.
Apabila muncul suatu isu, para netizen berkumpul untuk melontarkan komen serta
mengulas berita dan isu tersebut.

Semarak Ramadan KKTM Ledang 2020


“Puasa bukanlah hanya menahan diri dari makan dan minum sahaja, akan tetapi puasa
adalah dengan menahan diri dari perkataan yang melalaikan dan lucah”.

( al-Targhib wat Tarhib)

Carilah pahala di media sosial dengan menyebarkan kebaikan. Tukarlah aktiviti


‘membawang’ dengan aktiviti yang memberi manfaat di media sosial seperti saling memberi
nasihat dan tazkirah, berbincang perkara ilmiah dan berkongsi info atau apa sahaja yang
boleh mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Peliharalah juga adab dan akhlak Islam ketika menggunakan teknologi media sosial pada
hari ini. Ingatlah bahawa setiap tindak tanduk kita dicatat oleh malaikat dan semuanya
dalam pengetahuan Allah.

“Tiadalah seseorang itu mengucapkan apa-apa pun melainkan di sisinya ada yang menulis.”
(Surah Qaf: 18).

Perbuatan mengumpat dan dosa lidah adalah suatu perkara yang perlu dielakkan lebih-lebih
lagi dalam bulan Ramadhan. Semoga kita menyusuri bulan Ramadan sebagai medan tarbiah
diri agar menjauhi segala perbuatan dosa dan maksiat.

Semarak Ramadan KKTM Ledang 2020

Anda mungkin juga menyukai