Anda di halaman 1dari 1

KAPSUL RAMADAN : 05 RAMADAN 1441H

SURAH AL HASYR : 21

TAJUK : TAAT DAN TAKUT

“Sekiranya Kami turunkan al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau
melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan
(ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia,
supaya mereka memikirkannya"
[Surah al-Hasyr 21]

Menurut Imam Ibnu Kathir rahimahullah : "Yakni, jika gunung yang kuat dan gagah,
seandainya dia memahami makna al-Quran ini, lalu merenungkannya, nescaya ia akan
tunduk terpecah belah kerana rasa takut kepada Allah swt. Lalu bagaimana patut bagi
kamu, wahai sekalian umat manusia, apabila hati kamu tidak bersikap tunduk dan patuh
kerana rasa takut kepada Allah, padahal kamu dapat memahami perintah Allah dan
merenungkan KitabNya?" (Tafsir al-Quran al-‘Azim)

Ini menunjukkan bahawa manusia yang benar-benar beriman dan benar-benar membaca
al-Quran ialah mereka yang memahami intipati al-Quran untuk di amalkan. Mereka
benar-benar takut kepada Allah dalam selepas memahaminya dan bersegera menunaikan
perintahNya.

Seorang Tabi'in, Masruq bin al-Ajda’ rahimahullah: "Cukup seseorang itu disebut berilmu
bila ia takut kepada Allah. Cukup seseorang itu disebut dungu bila ia merasa ujub dengan
amalannya”.

Lantaran itu, takutkah kita kepada Allah tatkala kita membaca warkah suciNYa. Tidak
cukup bagi seseorang itu jika sekadar membaca dan menghafaz al-Quran, mengetahui hadis
Nabi, menghafal kalam ulamak, berbahas isu agama jika kita tidak takut kepada Allah swt.
Ini belum menunjukkan seseorang itu benar-benar berilmu dan memahami kehendak al-
Quran.

Semoga Allah menjadikan kita orang-orang yang benar-benar takut kepadaNya, baik dikala
sendirian mahupun di tengah lautan manusia. Sesungguhnya ALLAH kasih kepada hamba
yang sentiasa mendampingiNYA .

Semarak Ramadan KKTM Ledang 2020

Anda mungkin juga menyukai