Anda di halaman 1dari 1

KAPSUL 12 RAMADAN 1441H

SURAH ASH SHURA : 20

TAJUK : GHAIRAH MERAIH PELABURAN

"Sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) mendapat faedah di akhirat,


Kami akan memberinya mendapat tambahan pada faedah yang dikehendakinya; dan
sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) kebaikan di dunia semata-mata,
Kami beri kepadanya dari kebaikan dunia itu (sekadar yang Kami tentukan), dan ia
tidak akan beroleh sesuatu bahagian pun di akhirat kelak" [Surah ash-Shura 20]

Antara amal usaha yang dapat menjana saham dan manfaat besar di akhirat ialah menjamu
makan orang-orang yang memerlukan sekitar kita. Antaranya orang fakir, orang miskin,
gelandangan, anak yatim,sesiapa sahaja yang berhajat atau yang memerlukan.

Dalam suasana kita berada di bulan Ramadhan ini, Islam sangat menggalakkan kita untuk
menjamu makan orang berbuka puasa. Tidak semestinya menjamu beriani kambing,
memadai hanya sebutir kurma dan seteguk air sudah tergolong dalam kalangan sebaik-
baik insan di sisi Allah swt.

Daripada Zaid bin Khalid al-Juhani r.a, Rasulullah saw bersabda:


"Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa dia akan mendapat pahala
yang sama dengan orang yang berpuasa dalam keadaan pahala orang tersebut tidak
berkurangan sedikit pun" (HR at-Tirmizi)

Orang yang mencari akhirat seperti orang yang menanam padi, dimana akan tumbuh juga
rumput. Sedangkan orang yang mencari dunia seperti orang yang menanam rumput, tidak
akan tumbuh padi.

Ya Allah jadikanlah kami dari golongan hambaMu yang ghairah menjamu orang-orang yang
berpuasa dan golongan yang memerlukan pada setiap masa. Semoga kami dilapangkan
urusan kehidupan dan beroleh kematian yang baik. Aamiiin♡

Semarak Ramadan KKTM Ledang 2020

Anda mungkin juga menyukai