Anda di halaman 1dari 1

TAJUK : PINTU TAUBAT SENTIASA TERBUKA

"Dan bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Ia
mengampunkan sesiapa yang dikehendakiNya, dan dia menyeksa sesiapa yang
dikehendakiNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani"
[Surah Ali Imran 129]

# Setiap kita pernah melakukan dosa. Maka mohonlah ampun kepada Allah kerana Allah
Tuhan Yang Maha Pengampun. Allah akan mengampuni hamba-hambaNya yang
dikehendakinya. Bagi sesiapa yang melakukan dosa dan tidak bertaubat, akan diseksa dan
diazab dengan azab yang tidak terperi peritnya.

# Bulan Ramadhan yang sedang kita harungi ini merupakan bulan pengampunan. Pastikan
disepanjang Ramadhan ini dosa-dosa kita diampuni dan kita bebas daripada belenggu serta
belitan dosa-dosa silam.

# Berkata Imam al-Qurthubi rahimahullah dalam kitab tafsirnya:

“Dinamakan bulan Ramadhan kerana ia mengugurkan/membakar dosa-dosa dengan amal


soleh”.

# Banyak amalan yang boleh kita lakukan di bulan Ramadhan ini untuk menghapuskan dosa
kita seperti berpuasa, qiyam di malam hari, membaca al-Quran, berzikir, bersedekah,
menolong orang yang memerlukan, menjamu makan orang yang berpuasa, membayar zakat
dan sebagainya.

# Namun perlu diingat dan diberi perhatian bahawa teramatlah rugi dan menyesal bagi
sesiapa yang masih melakukan kejahatan di bulan Ramadhan menyebabkan dosanya tidak
diampunkan.

Sabda Nabi saw:

“Celakalah seorang hamba yang mendapati bulan Ramadhan kemudian Ramadhan berlalu
dalam keadaan dosa-dosanya belum diampuni”

(HR Ahmad, disahihkan al-Hakim dan az-Zahabi)

♡ Rebutlah peluang keemasan madrasah Ramadhan ini untuk menggandakan amal ibadah
dan bertaubat atas dosa-dosa yang telah dilakukan, semoga Allah mengampuni dosa kita
yang besar, kecil, sengaja, tidak sengaja, yang telah lalu dan yang akan datang. Aamiin♡

Semarak Ramadan KKTM Ledang

Anda mungkin juga menyukai