Anda di halaman 1dari 1

TADABBUR AL QURAN : RAMADAN 1440H

TAJUK : PINTU KEAMPUNAN SENTIASA TERBUKA

"Tidakkah mereka mengetahui bahawa Allah Dia lah yang menerima taubat dari
hamba-hambaNya, dan juga menerima sedekah-sedekah (dan zakat serta
membalasnya), dan bahawa sesungguhnya Allah Dia lah Penerima taubat, lagi Maha
Mengasihani?" [Surah at-Tawbah 104]

# Perjalanan hidup seorang hamba yang benar-benar bertaqwa ialah hidup bebas daripada
belenggu dosa. Setiap saat yang berlalu tidak dinodai dengan dosa. Namun perkara ini sukar
berlaku kerana kehidupan kita sentiasa terdedah dengan dosa dan peluang melakukan dosa
pula sentiasa terhidang didepan mata.

# Walaupun kita terdedah kepada dosa dan sering melakukan dosa, Allah swt sentiasa
membuka seluas-luasnya pintu taubat kepada seluruh hambaNya. Sejahat manapun kita, jika
bertaubat dan kembali ke pangkal jalan, nescaya disucikan Allah swt.

"Dan sesiapa yang melakukan kejahatan atau menganiaya dirinya sendiri (dengan
melakukan maksiat) kemudian ia memohon ampun kepada Allah, nescaya ia akan
mendapati Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani"
[Surah an-Nisa' 110]

# Kita telah memasuki bulan Ramadhan, satu bulan yang dijanjikan rahmat dan
pengampunan yang seluas-luasnya. Inilah peluang besar untuk kita bertaubat dan
memastikan zahir dan batin kita bebas serta bersih daripada sebarang dosa dan kesalahan.

#Daripada Sayidina Abu Hurairah r.a, katanya:


Rasulullah saw pernah menggalakkan sahabatnya berqiam Ramadhan tanpa menyuruh
mereka dengan kesungguhan (yang menunjukkan wajib), kemudian sabdanya: “Barangsiapa
yang berqiam Ramadhan dengan penuh keimanan dan ihtisab (mengharapkan redha dan
ganjaran Allah) akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu”.
(HR al-Bukhari, Muslim, Abu Dawud, at-Tirmizi dan an-Nasaie)
♡ Manfaatkanlah kedatangan bulan Ramadhan dengan sebaik-baiknya untuk melakukan
ketaatan dengan penuh keimanan dan kesungguhan serta bertaubat kepadaNya. Semoga
Allah swt mengampuni segala dosa yang pernah kita lakukan. Aamiiin. Jom taubat!! ♡

Anda mungkin juga menyukai