Anda di halaman 1dari 1

TAJUK : TERBUKA PINTU MAGHFIRAH

"Dan sesiapa yang melakukan kejahatan atau menganiaya dirinya sendiri (dengan
melakukan maksiat) kemudian ia memohon ampun kepada Allah, nescaya ia akan
mendapati Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani"

[Surah an-Nisa' 110]

Antara perkara besar dan penting yang perlu diburu oleh kita semua ialah keampunan Allah
swt. Sebesar mana pun dosa yang kita lakukan, ingatlah bahawa pengampunan Allah jauh
lebih besar daripada dosa yang kita lakukan. Ini bermakna, Allah swt sentiasa bersedia
mengampuni hamba-hambaNya yang berdosa asalkan mahu bertaubat, menyesali kesilapan
dan benar-benar insaf. Pastikan setiap saat kita bertaubat dan memohon keampunan Allah.
Moga kita mati dalam keadaan tidak membawa sebarang dosa dan kesalahan.

Bersempena dengan kedatangan bulan Ramadhan yang terdapat banyak kelebihan yang
Allah swt sediakan bagi hambanya terutamanya tawaran keampunan, maka sewajarnya kita
tidak melepaskan peluang untuk melakukan sebanyak-banyaknya amal soleh dan
meningkatkan taubat kita agar segala dosa kita diampuni.

# Berkata Imam al-Hasan al-Basri :

"Sesungguhnya Allah menyediakan Ramadhan sebagai ruang perlumbaan buat


hamba-hambaNya, maka beruntunglah orang yang mengejar keampunanNya".

Jadikan kesempatan Ramadhan kali ini sebagai penghapus dosa-dosa kita. Moga kita keluar
dari Ramadhan menjadi manusia suci dari berbagai dosa dan kesalahan. Manfaatkan bulan
barakah dan bulan rahmat ini, untuk mendapatkan limpah kurnia dan keampunan dariNya.

Semarak Ramadan KKTM Ledang 2020

Anda mungkin juga menyukai