Anda di halaman 1dari 2

KAPSUL RAMADAN : 07 RAMADAN 1441H

SURAH AN NAML : 19

TAJUK : SYUKURI NIKMAT ALLAH

Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu, dan berdoa dengan
berkata: "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu
yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap
mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku dengan limpah
rahmatMu dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh"

[Surah An-Naml 19]

Nabi Sulaiman dikurniakan mukjizat kelebihan antaranya dapat mendengar dan


memahami bahasa binatang (semut). Sebagai tanda kesyukuran diatas nikmat yang tidak
terhitung yang dianugerahkan oleh Allah kepada baginda, maka Nabi Sulaiman
Alaihissalam membaca doa yang dirakam dalam ayat diatas tatkala mendengar semut
mengarahkan kumpulannya berlindung daripada dipijak oleh Nabi Sulaiman dan bala
tenteranya.

Inilah sifat mulia yang wajar dicontohi oleh kita sebagaimana yang diamalkan oleh Nabi
Sulaiman Alaihissalam yakni sentiasa bersyukur. Baginda memohon di dalam doa tersebut:

 Diilhamkan agar sentiasa tetap mensyukuri nikmat yang diberikan


kepadanya dan kepada ibubapanya.
 Agar tetap melakukan amal soleh yang diredhai Allah.
 Memasukkannya dalam kalangan hamba Allah yang soleh.

Berkata Imam Ibnul Qayyim rahimahullah:

“Syukur itu dengan hati dengan tunduk dan merasa tenang.

Syukur itu dengan lisan dengan memuji dan mengakui. Syukur itu dengan anggota
badan, iaitu dengan taat dan patuh pada Allah” (Madarij as-Salikin)

Semarak Ramadan KKTM Ledang 2020


KAPSUL RAMADAN : 07 RAMADAN 1441H
SURAH AN NAML : 19

Sempena berada dalam madrasah Ramadan , marilah kita berusaha menjadi hamba Allah
yang bersyukur dalam kita mengecapi pelbagai nikmat yang Allah kurniakan. Semoga kita
menjadi manusia yang sentiasa bersyukur.

Semarak Ramadan KKTM Ledang 2020

Anda mungkin juga menyukai