Anda di halaman 1dari 2

Tajuk

: Roda Impian

Objektif

: 1. Untuk memberi peluang kepada peserta berkenalan di antara satu


sama lain.
2. Memberi ruang kepada peserta untuk membuat pendedahan
kendiri.

Masa

: 20 minit

Bahan

: Wisel

Langkah

1. Semua peserta diminta untuk mendengar arahan fasilitator.


2. Peserta diminta untuk duduk mengikut jantina yang berlainan dalam 2 kelompok
besar.
3. Peserta diminta membuat bulatan, lelaki dibahagian dalam dan perempuan
dibahagian luar. Peserta mesti selesai membuat bulatan dalam tempoh 10 saat,
jika tidak berjaya peserta lelaki atau perempuan yang tidak berjaya akan
dikenakan denda seperti menyanyi dan sebagainya. (Contoh seperti gambar
rajah di bawah)
4. Selepas itu peserta lelaki dan perempuan diminta untuk berhadapan di antara
satu dengan yang lain, kemudian berkenalan mengikut krateria yang
dikehendaki dan menghafalnya....contohnya ialah nama, nama ayah, nama ibu,
pekerjaan ayah, hobi dan sebagainya.
5. Selepas 10 saat, fasilitator akan meniup wisel dan peserta perlu bergerak ke
kanan dan teruskan aktiviti berkenalan dengan orang berbeza.
6. Fasilitator akan meniup wisel beberapa kali supaya peserta dapat berkenalan
dengan beberapa orang.
7.

Selepas selesai aktiviti fasilitator meminta atau memilih peserta ke hadapan


dan memperkenalkan rakan yang baru dikenalinya.

8.

Fasilitator membimbing perbincangan yang seterusnya.

kedudukan peserta

Falsafah dan pengajaran :


1. Setiap manusia mampu mengenali diantara satu dengan yang lain.
2. Setiap menusia perlu berkomunikasi dengan baik bagi tujuan berkenalan.

Anda mungkin juga menyukai