Anda di halaman 1dari 1

NOR FARIDAH YAHYA

Tajuk : Roda Impian Alatan : Wisel Langkah Perlaksanaan : 1. Semua peserta diminta untuk mendengar arahan fasilitator. 2. Peserta diminta untuk duduk mengikut jantina yang berlainan dalam 2 kelompok besar. 3. Peserta diminta membuat bulatan, lelaki dibahagian dalam dan perempuan dibahagian luar. Peserta mesti selesai membuat bulatan dalam tempoh 10 saat, jika tidak berjaya peserta lelaki atau perempuan yang tidak berjaya akan dikenekan denda seperti menyanyi dan sebagainya ( mengikut kesesuaian ). 4. Contoh seperti gambarrajah di bawah. 5. Selepas itu peserta lelaki dan perempuan diminta untuk berhadapan di antara satu dengan yang lain, kemudian berkenalan mengikut krateria yang dikehendaki dan menghafalnya....contohnya ialah nama, nama ayah, nama ibu, pekerjaan ayah, hobi dan sebagainya. 6. Selepas 10 saat, fasilitator akan meniup wisel dan peserta perlu bergerak ke kanan dan teruskan aktiviti berkenalan dengan orang berbeza. 7. Fasilitator akan meniup wisel beberapa kali supaya peserta dapat berkenalan dengan beberapa orang. 8. Selepas selesai aktiviti fasilitator meminta atau memilih pseserta kehadapan dan memperkenalkan rakan yang baru dikenalinya.... 9. Fasilitator membimbing perbincangan. Tajuk: Pengembaraan Si Buta Alatan : Tali, penutup mata
Aktiviti ini mencabar ketahanan fizikal dan mental para pelajar di kawasan hutan tanah tinggi. Kebiasaannya aktiviti ini akan melibatkan unsure-unsur alam sekitar seperti tanah, air, udara, pokok, akar dan lain-lain lagi. Aktiviti ini juga menguji tahap penggunaan deria pelajar. Pelajar akan menggunakan kesemua deria yang ada kecuali deria penglihatan mereka. Langkah Perlaksanaan : 1. Para pelajar dikehendaki berbaris dalam satu barisan panjang. 2. Para pelajar kemudian dikehendaki menanggalkan kasut masing-masing. 3. Selepas itu para pelajar dikehendaki menutup mata dengan rapat menggunakan kain penutup mata. Pelajar yang memakai cermin mata diminta menanggalkannya terlebih dahulu. 4. Fasilitator akan memberikan penerangan mengenai aktiviti yang akan dijalankan dan para pelajar dikehendaki berdiam diri pada masa ini. 5. Para pelajar akan mula bergerak daripada yang dihadapan dipandu oleh fasilitator ke arah tali yang telah diikat (tali diikat pada pokok, batu besar, akar dan sebagainya mengikut denai yang telah ditetapkan). Kemudiannya para pelajar akan bergerak mengikut tali. 6. Setelah tamat, para pelajar dikehendaki membuka mata dan dikumpulkan di satu tempat dan dikehendaki menulis apa yang telah dilalui menggunakan deria-deria selain dari penglihatan. 7. Para pelajar akan dibawa semula ke denai tersebut untuk memerhati dan mengimbas kembali pengalaman para pelajar sewaktu melalui denai tersebut dengan mata tertutup.

Anda mungkin juga menyukai