Anda di halaman 1dari 9

Bahasa : 

  

 Lain-lain
Warna Tema : 

   
Saiz Teks : 
A- A A+

 UTAMA

 PENGENALAN 
o

















 PERKHIDMATAN 
o

 ARTIKEL 
o












 SUMBER 
o


































 FALAK 
o














 HUBUNGI KAMI 
o



 Bayan Linnas
 Irsyad Fatwa
 Al Kafi li al-Fatawi
 Irsyad al-Hadith
 Irsyad Usul Fiqh
 Tahqiq al-Masail
 Al-Afkar
 Bayan Li al-Haj
 Tashih al-Mafahim

 Laman Utama 

 Artikel 

 Al-Afkar 

 AL-AFKAR #52: TANDA ALLAH SWT MENERIMA TAUBAT SESEORANG

AL-AFKAR #52: TANDA ALLAH SWT MENERIMA


TAUBAT SESEORANG
Butiran
Dimuatnaik oleh Admin PMWP
 Diterbitkan: 07 April 2019

 Al-Afkar
Soalan

Assalamualaikum SS Dato’ Seri Mufti. Adakah boleh dipastikan bahawa Allah SWT telah
menerima taubat yang telah dilakukan dengan bersungguh-sungguh? Dan apakah tanda-tanda
Allah SWT menerima taubat seseorang? Mohon penjelasan.

Jawapan

Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang
tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan
yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan.

Kami mulakan dengan perintah Allah SWT kepada kita supaya bertaubat:

َ ُ‫َوتُوبُوا إِلَى اللَّـ ِه َج ِميعًا أَيُّهَ ْال ُم ْؤ ِمن‬


َ ‫ون لَ َعلَّ ُك ْم تُ ْفلِح‬
‫ُون‬
Maksudnya: dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman,
supaya kamu berjaya.

Surah al-Nur (31)

Ibn Kathir berkata: Lakukanlah apa yang aku perintahkan kamu dengannya, dan semua sifat-sifat
yang mulia dan akhlak yang terpuji. Pada saat yang sama, tinggalkanlah perangai ahli jahiliyyah
dan sifat buruk mereka. Ini kerana kejayaan dan kemenangan yang sebenar dengan
melaksanakan perintah Allah dan Rasul serta meninggalkan larangan-Nya. (Lihat Tafsir al-
Quran al-'Azim, 6/50)

Untuk menjawab persoalan di atas, kami kemukakan seperti berikut:

Pertama, adakah boleh dipastikan bahawa Allah SWT telah menerima taubat seseorang?
Pendapat majoriti ulama’ menyebut bahawa orang yang benar-benar bertaubat dengan memenuhi
segala rukun dan syarat taubat, maka dapat dipastikan penerimaan taubatnya di sisi Allah SWT.
Hal ini sepertimana disebut oleh Ibn Rajab:

‫ فَإِنَّهُ يُ ْقطَ ُع بِقَبُو ِل‬،‫ت ُشرُوطُ التَّ ْوبَ ِة فِي َحقِّ ِه‬ ْ ‫ َواجْ تَ َم َع‬،‫اب إِلَى هَّللا ِ تَ ْوبَةً نَصُوحًا‬ َ َ‫أَ َّن َم ْن ت‬
ِ ‫ َوهَ َذا قَ ْو ُل ْال ُج ْمه‬،‫ص ِحيحًا‬
،‫ُور‬ َ ‫ُول إِ ْساَل ِم ْال َكافِ ِر إِ َذا أَ ْسلَ َم إِ ْساَل ًما‬
ِ ‫ َك َما يُ ْقطَ ُع بِقَب‬،ُ‫هَّللا ِ تَ ْوبَتَه‬
‫ع‬ٌ ‫َوكَاَل ُم اب ِْن َع ْب ِد ْالبَرِّ يَ ُدلُّ َعلَى أَنَّهُ إِجْ َما‬
Orang yang bertaubat kepada Allah SWT dengan taubat nasuha, memenuhi semua syarat taubat
bagi dirinya, maka boleh dipastikan Allah SWT menerima taubat dirinya. Ini sepertimana boleh
dipastikan Islam orang kafir yang masuk Islam dengan benar. Inilah pendapat majoriti ulama’.
Keterangan Ibn Abd al-Bar menunjukkan bahawa perkara tersebut telah menjadi kesepakatan
ulama’. (Lihat Jami’ al-‘Ulum wa al-Hikam, 1/418)

Antara dalil mereka ialah firman Allah SWT:

َ ِ‫ون ٰ َذل‬
‫ك لِ َمن يَ َشا ُء‬ َ ‫إِ َّن اللَّـهَ اَل يَ ْغفِ ُر أَن يُ ْش َر‬
َ ‫ك بِ ِه َويَ ْغفِ ُر َما ُد‬
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik
mempersekutukanNya (dengan sesuatu apa jua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari
itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya).”

Surah al-Nisa’ (48)

Ibn Kathir berkata: Allah SWT memberitahu bahawa Dia tidak mengampuni perbuatan syirik
dengan maksud Dia tidak mengampuni seseorang hamba yang menemui-Nya (mati) dalam
keadaan musyrik. Sebaliknya Allah SWT mengampuni dosa yang selain itu bagi mereka yang
dikehendaki-Nya daripada kalangan hamba-Nya. (Lihat Tafsir al-Quran al-‘Azim, 2/327)

Begitu juga dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Aisyah R.Anha, Nabi SAW
bersabda:

‫اب هَّللا ُ َعلَ ْي ِه‬ َ ‫إِ َّن ْال َع ْب َد إِ َذا ا ْعتَ َر‬
َ َ‫ف بِ َذ ْنبِ ِه ثُ َّم ت‬
َ َ‫اب ت‬
Maksudnya: “Sesungguhnya hamba, jika dia mengakui dosanya dan kemudian dia bertaubat,
nescaya Allah SWT menerima taubatnya.”
Riwayat al-Bukhari (2661)

Mulla Ali al-Qari dalam Mirqat al-Mafatih (4/1616) menyebut: Iaitu seseorang yang menyedari
keadaan dirinya yang berdosa, kemudian dia bertaubat dengan memenuhi segala rukun dan
syarat-syaratnya seperti menyesal, meninggalkannya, berazam dan berusaha memperbaiki diri
maka Allah SWT akan menerima taubatnya berdasarkan firman-Nya:

‫َوهُ َو الَّ ِذي يَ ْقبَ ُل التَّ ْوبَةَ َع ْن ِعبَا ِد ِه‬


Maksudnya: Dan Dia lah Tuhan yang menerima taubat dari hamba-hamba-Nya (yang
bertaubat).

Surah al-Syura (25)

Al-Qurtubi berkata: Allah pasti mengampunkan sebarang bentuk dosa iaitu dari perlakuan syirik
sebelum mereka Islam. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan dari kebaikan dan
kejahatan. (Lihat al-Jami' li Ahkam al-Quran, 7/27)

Kedua, berkenaan tanda-tanda Allah SWT menerima taubat seseorang ialah antaranya apabila
sikap dan akhlaknya berubah, jiwanya menjadi dekat dan kasih dengan masjid, akhlak dan
bahasanya baik, dia merasa seronok untuk melakukan ibadat serta dia tetap berterusan memohon
keampunan kepada Allah SWT. Maka itu adalah merupakan antara tanda Allah SWT menerima
ibadatnya.

Abu al-Laith al-Samarqandi dalam kitabnya Tanbih al-Ghafilin menyatakan bahawa sebahagian


hukama’ menyebut: Taubat seseorang dapat diketahui pada empat perkara:

 Jika dia sudah dapat mengawal lidahnya daripada berkata dusta, ghibah dan kata-kata
yang tidak penting baginya.
 Jika sudah tidak ada rasa hasad, dengki, iri hati terhadap semua manusia.
 Jika telah menjauhi rakan taulan yang jahat.
 Sentiasa bersiap sedia menghadapi mati dan selalu beristighfar menyesali dosa-dosanya
yang lalu serta bersungguh-sungguh dalam melakukan ibadah kepada Tuhannya.
(Lihat Tanbih al-Ghafilin bi Ahadith Sayyid al-Anbiya' wa al-Mursalin, hlm. 109)

Sebahagian ahli hikmah telah ditanya: “Adakah ada tanda bahawa taubat seseorang itu telah
diterima?” Mereka menjawab: “Ya, empat tanda taubatnya diterima, iaitu:

 Memutuskan hubungan dengan kawan-kawannya yang tidak baik dan bergaul dengan
orang-orang yang soleh.
 Menghentikan semua jenis maksiat dan rajin melakukan ibadat.
 Hilang rasa bersenang-senangan dengan dunia daripada hatinya, dan selalu mengingati
kesusahan hari akhirat.
 Percaya dan yakin dengan jaminan Allah SWT dalam soal rezeki, lalu dia menyibukkan
dirinya dengan melakukan apa yang diperintahkan oleh Allah SWT. (Lihat Tanbih al-
Ghafilin,  110)

Justeru, mereka menyebut apabila terdapat semua sifat tersebut, maka termasuklah dia dari
kalangan mereka yang disebut oleh Allah SWT:

َ ‫ين َوي ُِحبُّ ْال ُمتَطَه ِِّر‬


‫ين‬ َ ِ‫إِ َّن اللَّـهَ يُ ِحبُّ التَّ َّواب‬
Maksudnya: “SesungguhNya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan
mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.”

Surah al-Baqarah (222)

Atha', Muqatil bin Sulaiman dan al-Kalbi mentafsirkan ayat ini bahawa Allah suka kepada
mereka yang sentiasa bertaubat dari dosa dan suka mensucikan diri dengan air daripada sebarang
hadas dan najis. (Lihat Ma'alim al-Tanzil, 1/259)

Sebagai kesimpulan, bukanlah bermakna seseorang yang telah mempunyai tanda-tanda taubatnya
diterima Allah itu supaya berhenti memohon taubat. Malah sejelas-jelas tanda seseorang itu insaf
akan dirinya adalah dia sentiasa istiqamah dan berterusan dalam memohon taubat kepada Allah
SWT sepanjang hayatnya sebagaimana yang digambarkan oleh Nabi SAW sendiri yang
diriwayatkan beristighfar dalam sehari sebanyak 100 kali.

Ini sebagaimana yang disebutkan oleh Baginda SAW dalam hadith yang diriwayatkan daripada
al-Aghar al-Muzani:

‫ان َعلَى قَ ْلبِى َوإِنِّى ألَ ْستَ ْغفِ ُر هَّللا َ فِى ْاليَ ْو ِم ِمائَةَ َم َّر ٍة‬
ُ ‫إِنَّهُ لَيُ َغ‬
Maksudnya: Sesungguhnya dilitupi pada hatiku (dengan kelalaian daripada berzikir) dan  aku
memohon ampun kepada Allah SWT, sehari seratus kali.

Riwayat Muslim (7033) dan Abu Daud (1517)

Imam Nawawi menyebut dengan menukilkan pendapat ahli bahasa: Perkataan '‫ 'ليغان‬bermaksud
apa-apa yang melitupi hati. Al-Qadhi 'Iyadh pula berkata, dikatakan maksudnya ialah waktu-
waktu lemah dan lalai daripada zikir yang sepatutnya berterusan. Apabila hal ini berlaku, dia
mengira sebagai dosa, justeru dia beristighfar. Ada pendapat berkata, dikatakan kerana
Rasulullah SAW amat prihatin dan runsing terhadap umatnya. (Lihat Syarh al-Nawawi ‘ala
Sahih Muslim, 17/23)

Semoga kita termasuk dalam kalangan mereka yang sentiasa bertaubat dan diterima taubatnya di
sisi Allah SWT. Amin. Kami akhiri dengan doa:

َ ‫َربَّنَا ظَلَ ْمنَا أَنفُ َسنَا َوإِن لَّ ْم تَ ْغفِرْ لَنَا َوتَرْ َح ْمنَا لَنَ ُكونَ َّن ِم َن ْال َخا ِس ِر‬
‫ين‬
Maksudnya: "Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau
tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari
orang-orang yang rugi".

Surah al-A’raf (23)

HUBUNGI KAMI
 
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Jabatan Perdana Menteri
Aras 5, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya
No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3
62100 Putrajaya, Malaysia.
No. Tel : 03-8870 9000
No. Faks : 03-8870 9101 / 03-8870 9102
Emel : unitict[at]muftiwp[dot]gov[dot]my
AWAN TAG
UNDIAN 
Adakah infomasi di dalam Portal PMWP memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?

Sangat Memuaskan

Memuaskan

Perlu Penambahbaikan

Hantar

Penafian | Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Peta Laman | Soalan Lazim


Hak Cipta Terpelihara © 2018 Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Sesuai dipapar menggunakan pelayar versi terbaru untuk Internet Explorer 10.0 ke atas,
Mozilla Firefox 3.0 dan ke atas & juga Google Chrome dengan resolusi 1280 x 800

 Tarikh Kemaskini : 14 April 2020.

     

Anda mungkin juga menyukai