Anda di halaman 1dari 4

MENGHARAP KEAMPUNAN ALLAH

MAKSUD TAUBAT

Kembali mentaati Allah setelah melakukan maksiat atau dosa.

Amalan orang yang bertakwa iaitu segera bertaubat jika


melakukan dosa.

Apakah ciri-ciri orang yang bertakwa

Sentiasa memohon keampunan Allah apabila melakukan dosa dan


berazam tidak ulangi dosa

Istiqomah (Melazimi) Menafkah harta pada waktu senang atau


susah

Menahan kemarahan untuk mengelakkan pergaduhan

Sedia memaafkan kekesalahan orang lain walaupun mampu


membalasnya

SYARAT TAUBAT

Taubat perlu dilakukan secara bersungguh-sungguh

1. Ingat kepada Allah dengan rasa menyesal atas dosa yang


dilakukan
2. Beristigfar memohon keampunan Allah
3. Berhenti daripada melakukan dosa dan berazam untuk tidak
ulangi lagi
4. Mohon kemaafan jika berbuat dosa dengan manusia
KENAPA PERLU SEGERA BERTAUBAT

1. Kerana tidak tahu ajal kita akan tiba


2. Supaya mati dalam husnul khatimah (keadaan mati yg baik)

Bagaimana cara menafkahkan harta di jalan Allah


1. Menderma kepada orang miskin

Apakah tanda-tanda Allah SWT menerima taubat seseorang?


Tanda-tanda Allah SWT menerima taubat seseorang ialah antaranya
apabila sikap dan akhlaknya berubah, jiwanya menjadi dekat dan kasih
dengan masjid, akhlak dan bahasanya baik, dia merasa seronok untuk
melakukan ibadat serta dia tetap berterusan memohon keampunan
kepada Allah SWT. Maka itu adalah merupakan antara tanda Allah SWT
menerima ibadatnya.

Sebahagian ahli hikmah telah ditanya: “Adakah ada tanda bahawa


taubat seseorang itu telah diterima?” Mereka menjawab: “Ya, empat
tanda taubatnya diterima, iaitu:

 Memutuskan hubungan dengan kawan-kawannya yang tidak baik


dan bergaul dengan orang-orang yang soleh.
 Menghentikan semua jenis maksiat dan rajin melakukan ibadat.
 Hilang rasa bersenang-senangan dengan dunia daripada hatinya,
dan selalu mengingati kesusahan hari akhirat.
 Percaya dan yakin dengan jaminan Allah SWT dalam soal rezeki,
lalu dia menyibukkan dirinya dengan melakukan apa yang
diperintahkan oleh Allah SWT. (Lihat Tanbih al-Ghafilin, 110)
Sebagai kesimpulan, bukanlah bermakna seseorang yang telah
mempunyai tanda-tanda taubatnya diterima Allah itu supaya berhenti
memohon taubat. Malah sejelas-jelas tanda seseorang itu insaf akan
dirinya adalah dia sentiasa istiqamah dan berterusan dalam memohon
taubat kepada Allah SWT sepanjang hayatnya sebagaimana yang
digambarkan oleh Nabi SAW sendiri yang diriwayatkan beristighfar
dalam sehari sebanyak 100 kali.

 Atha', Muqatil bin Sulaiman dan al-Kalbi mentafsirkan ayat ini


bahawa Allah suka kepada mereka yang sentiasa bertaubat dari
dosa dan suka mensucikan diri dengan air daripada sebarang hadas
dan najis. (Lihat Ma'alim al-Tanzil, 1/259)

Jangan berputus asa dengan rahmat Allah S.W.T. Rahmat Allah teramat
luas. Pengampunannya lebih besar daripada dosa kita. Mintalah
kemaafan dengan hati yang penuh penyesalan. Semoga Allah
mengampuni segala kesilapan dan dosa yang pernah kita lakukan.

Selain itu, kita janganlah mengambil keputusan terburu-buru kerana


perasaan bersalah yang menguasai diri. Ada yang berniat mahu
membunuh diri kerana ingin menghilangkan perasaan bersalah dalam
hati. Hakikatnya perbuatan itu hanya menambah masalah dan bukan
penyelesaian yang tepat dan betul.
Jelaslah, hati mana yang tidak dibebani rasa bersalah ketika melakukan
kesilapan dan dosa. Namun janganlah mengambil tindakan yang hanya
menambahkan lagi dosa.

Kita perlu mengambil langkah bijak iaitu kembali kepada Allah S.W.T.
Itulah solusi tepat yang perlu dibuat. Allah S.W.T berfirman yang
bermaksud:

Anda mungkin juga menyukai