Anda di halaman 1dari 2

Modul 2 : “Mafia Wars”

“Mafia wars” adalah satu aktiviti untuk memupuk sifat kepercayaan pada diri dan dikalangan
peserta sendiri. Aktiviti ini memerlukan pemikiran yang kritis, dan memerlukan strategi.
Peserta akan diberi peranan sebagai penjenayah, polis, doktor dan juga orang awam. Objektif
aktiviti ini adalah untuk menghalang golongan penjenayah sebelum mereka meneruskan
matlamat menyingkirkan seluruh bandar.

Objektif :
Untuk memupuk sifat kepercayaan dikalangan sahabat dan mengelakkan dari berprasangka
buruk dikalangan ahli didalam organisasi.
Untuk melatih peserta membuat keputusan yang tepat berdasarkan keadaan.

Masa:
10 minit – penerangan.
1jam – Aktiviti “Mafia Wars”

Arahan :

1) Para peserta dikhendaki berkumpul mengikut kumpulan masing-masing.


2) Fasilitator setiap kumpulan akan mengedarkan sekeping kertas kecil yang berlipat kepada
setiap ahli kumpulan. Di setiap kertas kecil tersebut tertulis peranan yang harus dimainkan
oleh setiap peserta dan peserta dikehendaki merahsiakan peranan masingmasing.
3) Peranan-peranan yang harus dimainkan oleh peserta adalah :
• “Mafia” – Peranan mafia adalah untuk membunuh peserta yang memainkan peranan-
peranan yang lain.
• “Polis” – Peranan polis adalah untuk menangkap suspek yang disyaki mafia.
• “Doktor”- Peranan doktor adalah untuk menyelamatkan suspek yang disyaki sasaran Mafia.
• “Rakyat biasa” – Memainkan peranan sebagai rakyat yang biasa.
4) Setelah peserta mengetahui peranan masing-masing, fasilitator akan menerangkan cara
permainan ini. Permainan akan dibahagikan kepada 3 keadaan dan Narrator memainkan
peranan sebagai pengawal keadaan. 3 keadaan tersebut adalah :
• “Malam Hari”
- Semua peserta didalam keadaan tidur. Peserta dikhendaki menundukkan kepala dan
menutup mata. Narrator akan memainkan peranan.
- Narrator akan memberi arahan kepada mafia untuk bangun dan buka mata. Mafia akan
secara senyap bangun dan berbincang diantara mereka tentang mangsa yang hendak
disingkirkan. Setelah keputusan dibuat, Narrator mencatat mencatat mangsa yang dipilih.
- Kemudian “Mafia” disuruh tidur. (menundukkan kepala mereka dan menutup mata).
- Dan kemudian, narrator akan memberi arahan supaya peserta berperanan polis untuk
bangun dan buka mata. Polis akan berbincang diantara mereka siapakah yang disyaki
memainkan peranan mafia. Setelah keputusan dibuat, narrator akan meyuruh polis untuk
kembali tidur dan suspek yang disyaki polis dicatat.
- Kemudian peserta berperanan doktor diberi arahan untuk bangun dan muka mata. Doktor
dikehendaki memilih salah satu peserta untuk diselamatkan daripada serangan mafia pada
hari tersebut. Setelah keputusan dibuat, narrator memberi arahan doktor kembali tidur dan
peserta yang ingin diselamatkan dicatat.
- Narrator mengumkan bahawa hari sudah pun pagi dan semua peserta dibenarkan bangun.
• “Pagi”
- Narrator mengumumkan org yang telah tersingkir akibat dibunuh mafia, melainkan peserta
yang dikhendaki mafia utk disingkirkan pada malam itu telah diselamatkan oleh doktor.
- Peserta yang telah tersingkir hendaklah meninggalkan kumpulan masing-masing.
- Peserta yang terkeluar tidak dibenarkan untuk berkata apa-apa sepanjang permainan
berlangsung. Mereka hanya dibenarkan memerhati.
• “siang hari”
- Narrator akan mengumkan bahawa hari sudah siang dan penduduk bandar (termasuk mafia,
polis dan doktor) dikehendaki berbincang antara satu sama lain tentang siapakah mafia
diantara mereka. Peserta tidak dibenarkan sama sekali mendedahkan peranan masing-masing
sepanjang perbincangan. Peserta yang mempunyai bilangan undi yang terbanyak (50% atau
lebih) disingkirkan dari permainan.
- Setelah penyingkiran dibuat, hari tersebut tamat. Penyingkiran boleh tidak dilakukan jika
semua ahli kumpulan yang lain bersetuju. Hari tamat dan corak permainan diulang semula
(malam, pagi, siang hari)
5) Diakhir permainan, pemenang ditentukan berdasarkan bilangan peserta yang memegang
watak mafia, “Polis” dan “Doktor”. Jika “Mafia” telah menyingkirkan “Polis” dan “Doktor”
kesemuanya, kemenangan akan berpihak pada “Mafia”. Jika “Polis” Berjaya menyingkirkan
“Mafia”, kemenangan berpihak pada “polis”.

Anda mungkin juga menyukai