Anda di halaman 1dari 5

Persembahan X-Rated:

Sebuah Genre
BENCI TAPI RINDU

Orang Melayu memang terkenal dengan sikap toleransi dan terbuka, dan, oleh kerana
keterbukaan sebegini, mereka terjebak dengan berbagai kemelut. Bila dilanda kemelut,
mereka kalut, dan melalut. Inilah dilema melayu masakini – Kita diajak berawas tentang
penjajahan neo-kolonialisme, tetapi kita tidak sedar; kita sudah pun terjajah. Malangnya,
tidak siapa yang proaktif dengan masalah ini. Jika ada pun, pihak yang lantang bersuara
akan dianggap skeptik, dan akan dilenyapkan begitu sahaja – kononnya, supaya tidak
merosakkan ritme pembangunan.

Gelora globalisasi mencetus gelombang innovasi. Ombaknya menghempas, menghakis


kedamaian pantai iman kita. Salah satu siri ombak yang datang merobek adalah Innovasi
Digital dan ICT (Information & Computer Technology).

Teknologi pendigitalan maklumat telah menjana penerbitan pornografi dengan lebih


efisien, murah dan berkesan. Ia telah berubah dari format rakaman filem ke format
rakaman video. Terkini, ada High Definition Video, Webcam, digital video camera dan
kamera telefon bimbit untuk memudahkan sesiapa jua menerbitkan pornografi sendiri.

Untuk menonton pornografi, kita tidak perlu ke panggung atau dewan yang dikhaskan. Ia
boleh ditonton dimana-mana sahaja mengikut keselesaan kita. Bagi pelanggan internet,
pornografi boleh diakses dengan mudah melalui beribu-ribu laman web yang
menghidangkan genre hiburan sebegini – dengan syarat, anda ada kemudahan kad kredit
untuk membayar caj langganan.. Walaupun kita merungut dengan kebanjiran pornografi,
saya yakin, ponorgrafi adalah sebuah genre yang dibenci tapi dirindu – betul tak?

Pornografi terhasil dari penglibatan tiga sikap utama.

 Kapitalisme Murahan
 Exhibitionisme
 Voyeurisme

Kapitalisme murahan adalah sikap pemodal yang sanggup menanggung risiko undang-
undang, dan sentiasa mencari kesempatan untuk untung cepat. Sistem serta struktur
perniagaan mereka licik & pintar. Sesiapa jua yang sanggup menjadi alat, akan diperalat-
kan. Golongan yang sering diperalatkan, merangkumi: Anggota penguatkuasa tempatan,
Samseng jalanan (Tonto), dan pengedar runcit yang dijamin pulangan lumayan bagi
setiap jualan.

Entiti paling penting dalam faktor penerbitan ini ialah golongan exhibitionist yang
sanggup melakonkan skrip lakonlayar pihak penerbit.
Exhibitionisme adalah sikap orang yang suka memperaga diri. Ia berlaku sama ada
dengan sukarela atau terpaksa. Sedar atau tidak sedar.

1
Berdasarkan beberapa contoh berikut, kita, sedikit sebanyak, akan dapat memahami
sebab-sebab mengapa seseorang itu sanggup bersekongkol dengan penerbitan pornografi.

#1 Cik Gayah, seorang jetsetter. Setiap kali berada di metropolitan seperti New York,
London atau Paris, Cik Gayah berangan untuk menempa nama sebagai seorang aktres
antarabangsa (Pamela Anderson adalah idola Cik Gayah). Bakat lakonnya memang tiada,
apatah lagi untuk mendapat perhatian wajar, penerbit tempatan.

Cik Gayah ada asset tersendiri: Paras rupa & badan montok, yang mampu menggoncang
“ketenangan” para agen perfileman, luar negara.

Oleh yang demikian, Cik Gayah mengorak langkah pertama – terima tawaran
oportunistik seorang kapitalis murahan - Cik Gayah berharap, agar. CD yang bakal terbit
akan dikemukakan kepada agen luar negara dan dapat dijadikan resume pada “bakat
terpendamnya.” (Alhamdulillah.. Penerbit tempatan berwibawa, tidak mengitiraf bakat
sebegini).

#2 Cik Nurlaili, banyak berhutang kerana ingin hidup bergaya. Bila ansuran tertunggak,
Mr Kreditor merungut.. “Aiyaa, wa lugilah kalau ini macam.”

Cik Nurlaili tunduk membisu..


Sambil berfikir, Mr Kreditor merenung badan gebu Nurlaili.. “Hmm, tak apa, tak apa..
Wa boleh offset ini bulan punya installment kalau lu boleh tolong wa..”

Cik Nurlaili mendongak dan melirik senyum harapan. Mr. Kreditor cuit dagu Nurlaili.
Mr Kreditor paksa Nurlaili berlakon dalam sebuah siri penerbitannya. Nurlaili gugup
untuk memulakan babak pertama. Pengarah sogok arak dan dadah berlebihan untuk
menangani kegugupan Nurlaili. Dalam pengaruh sebegitu, Nurlaili mempersembahkan
sebuah lakonan sensasi. Lakonan Nurlaili dirindui oleh peminat VCD, dan, kekallah
Nurlaili menjadi primadona porno, terbitan tempatan, sehingga ke hari ini.

Selain dari beraksi di hadapan kamera, terdapat exhibitionisme radikal yang hadir dalam
dunia nyata. Golongan ini dikenali dengan istilah flasher. Pernah tak anda berhadapan
dengan seorang “hamba Allah” yang tiba-tiba senyum ke arah anda sambil membuka zip
seluarnya? Atau, pernahkah anda terserempak dengan seorang insan yang sengaja berlari
bogel di khalayak ramai? Jika anda pernah berhadapan dengan fenomena ini, anda tidak
perlu bimbang. Kerana, ada pihak-pihak prihatin yang boleh mengawal golongan ini
dengan menubuhkan kelab-kelab yang sesuai dengan “kegilaan” mereka.

Kelakuan flasher terkawal dapat disaksikan melalui kelab bogel (nudist camp) yang
banyak terdapat di seluruh dunia. Terutama sekali di Amerika Syarikat dan Kepulauan
Tropika yang berhampiran dengannya. Di premis yang tersedia, ahli kelab bebas berbogel
dan bergaul sesama sendiri – tanpa mengira peringkat umur, jantina, strata kekeluargaan,
mahupun masyarakat. Mujur, trend kelab bogel tidak menular di Malaysia. Namun
begitu, terdapat juga rungutan tentang sebuah resort pantai di negara ini, pada satu masa
dahulu, menyediakan ruang eksklusif kepada pelancong luar negara yang ingin bersantai

2
dan berdiang bogel, menikmati kehangatan mentari khatulistiwa yang tidak ada di negara
mereka.

Contoh exhibitionisme di luar sedar banyak terdapat di Malaysia. Keketaraan ini boleh
dilihat melalui busana remaja, dan golongan tua yang nostalgik dengan zaman remaja.
Golongan ini, ingin memperaga fesyen masakini (kononnya). Mereka puas kerana
berjaya menarik perhatian dengan berpakaian ketat dan singkat, terbelah di hadapan dan
juga di belakang. Terdedah di atas, di tengah, dan dari bawah hingga nampak pangkal
peha. Tanpa segan silu, mereka mempertontonkan garis jalur alat kelamin mereka
kepada orang ramai. Trend yang pernah berlaku pada tahun-tahun 60an dahulu, berulang
sekali lagi. Bagi yang berbaju singkat pula, bayangkan, lubang pusat kelihatan berkerak-
kerak, dihinggap debu-debu kota..! Tingkah-laku begini, menjamu kepuasan voyeur
setiap makhluk yang menyaksikannya.

Voyeur bermaksud: Orang yang mendapat kepuasan seks setelah melihat alat atau
perlakuan seks orang lain. Voyeurisme tidak tertakluk kepada suka menonton alat serta
perlakuan sex manusia sahaja. Malah, sikap terhibur melihat haiwan mengawan (anjing,
kucing, ayam, itik, lembu, kambing, kuda dan sebagainya), boleh juga dianggap
voyeurisme..

Baiklah, anda tidak menonton VCD lucah..! Tidak menghendap bilik tidur jiran anda..!
Tetapi, saya tidak keterlaluan jika mengatakan, anda akan merenung buat kali kedua dan
kekalkan fokus anda, bila terserempak dengan salah satu spesis haiwan di atas,
berinteraksi sesama mereka. Anda mungkin marah kerana mereka “kurang sopan” di
hadapan anda.. Tetapi, atas sifat kasihan – atau seronok? – anda tidak mengusir mereka.
(Bayangkan, anda berdiri di hadapan sepasang anjing yang baharu sahaja menamatkan
episod sex mereka, dan terkial-kial untuk berpisah).

Kenyataannya adalah: Kita manusia lemah; walau apa pun protes kita terhadap
pornografi, unsur voyeur tetap ada dalam diri kita – Persoalannya; Bagaimana kita harus
mengawal diri, supaya unsur ini tidak mempengaruhi hidup kita?

Jika kita tidak menonton pornografi, atau takut-takut untuk menonton pornografi, jangan
bimbang – filem-filem tempatan yang diklasifikasi sesuai untuk tayangan umum, turut
menghidang elemen voyeurisme. Sebagai contoh, dalam filem “Orang Minyak” terbitan
Studio Jalan Ampas, ada satu adegan yang menunjukkan seorang perempuan diperkosa
oleh orang minyak. Walaupun adegan tersebut tidak memaparkan adegan perkosa
sepenuhnya, kita akan memahami mesej cerita melalui syot tangan-mangsa-meramas-
pasir. “Tangan-meramas-pasir” adalah satu perlambangan dan kaedah penyampaian yang
memenuhi kehendak dan kepuasan voyeurisme penonton.

Begitu juga dengan syot kain pelakon wanita terselak hingga menampakkan betis dan
peha. Itu juga kaedah pornografi ringan. Dan yang paling ketara, sutradara Erma Fatima
membuat satu kejutan dalam filem “Embun.” Beliau dengan beraninya, merakam visual
ponggong perogol di adegan seorang tentera jepun merogol seorang gadis kampung.

3
Sekalung tahniah untuk Erma kerana keberaniannya. Malang, adegan ini tidak mendapat
simpati “guntingan” pihak Lembaga Penapis Filem Malaysia.

Genre pornografi dikategorikan oleh ramai pengkaji perfileman sebagai “narative short
film” (filem pendek berbentuk penceritaan). Pada amnya, narasi filem pendek, tidak
mempunyai tema dan plot. Ia hanya membentang situasi dan memberi ilustrusi tentang
kaedah watak-watak menangani situasi mereka.

Genre terbentuk dari sebuah pengstrukturan kritikal lagi tersendiri. Langkah pertama
untuk memahami genre adalah dengan mengenalpasti empat kedudukan asas yang bakal
memperjelas intipati sesebuah narasi:

 Universal – Keadaan luaraan atau situasi.


 Fizikal – Proses luaran atau aktiviti.
 Minda – Keadaan dalaman atau ketegasan/bias.
 Psikologi – Proses dalaman atau gaya berfikir/manipulasi..

Pengstrukturan narasi menyatakan apa yang bakal dilihat oleh penonton. Dan untuk
memperjelaskan lagi tentang bagaimana seseorang penonton harus menikmati sesebuah
narasi, penceritaan akan diperkayakan dengan salah satu dari 4 kaedah ekspresi yang
lazim dipergunakan.

Ilustrusi perfileman ada 4 kaedah (4 Mode of Narative Expression):

 Informasi – memberi fokus terhadap pengetahuan penonton.


 Drama – memberi fokus terhadap pemikiran penonton.
 Komedi – memberi fokus terhadap kemampuan penonton
 Hiburan – memberi fokus terhadap idaman penonton.

Sama ada disengajakan atau tidak, ransangan voyeurisme, terdapat pada semua mod
ekspressi ini. Ransangan voyeurisme ekstrem boleh terhasil melalui mod keempat – mod
hiburan. Apabila Mod Hiburan diganding dengan Penstrukturan Universal dan Fizikal,
maka ia akan dikenali sebagai gandingan hiburan-melalui-suasana dan hiburan-melalui-
keseronokan. Gandingan seumpama ini boleh menimbulkan kesan Fantasi dan Berahi.
Dengan mengamal prinsip yang telah diterangkan, narasi pragmatik berunsurkan sex,
bolehlah ditakrif sebagai genre pornografi.

Mengapa pornografi ada pengikut setia (dari kalangan orang melayu), walaupun ia
dilabel tidak bermoral?

Melalui beberapa ujuselidik, yang mengajukan soalan “mengapa saya MENONTON /


TIDAK MENONTON filem dan drama melayu” – 72% menyatakan mereka tidak
menonton kerana:
 Sibuk dengan tugas harian di siang hari, dan sudah terlalu letih untuk menonton di
waktu malam. (ada yang berpendapat, dengan menonton drama melayu di TV,
mereka akan bertambah letih dan sakit jiwa).

4
 Pemikiran yang dilontar melalui filem-filem melayu, sekarang, tidak selari dan
setahap dengan kematangan pemikiran masakini yang telah meningkat sejak
sekian lama.

 Ada peserta ujiselidik, mencurigai kematangan berfikir yang ada pada sesetengah
penggiat filem dan drama tanah air – seolah-olah ingin mengatakan, bahawa
kaedah menangani masalah dalam penceritaan, di filem dan drama melayu, sudah
ketinggalan zaman – stereotype dan cliché.

 Kisah cinta-tiga-segi berlarutan hingga sekarang.


“Balik-balik: cinta-cinta-cinta dan cinta.. Macamlah bercinta & berkasih-kasih
itu, satu priority dalam hidup kami yang sedang bertungkus-lumus untuk mengisi
ruang kemerdekaan dan menghapus penjajahan minda yang sedang menjajah
kami. (golongan remaja & belia)”

 Terlalu banyak filem dan drama melayu yang bercorak komedi di stesen TV dan
panggung (kebanyakannya terbukti tidak menarik hingga menyebabkan panggung
lengang )

 Pemilihan pelakon yang tidak menepati kehendak penceritaan. Jika ada pun
pelakon wanita yang kelihatan sexy (atau perasan sexy), lakonan mereka tidak
kesampaian dan menghampakan.

Sebagai langkah escapism, penonton mengalih pandangan kepada filem asing yang lebih
memberi kepuasan untuk mereka. Bagi penonton ditahap kronik, voyeurisme mereka
terubat, setiap kali selepas menonton VCD lucah.

Patutkah kita salahkan “kelemahan filem dan drama melayu” sebagai penyebab kenapa
VCD lucah dapat sambutan. Hinggakan, jenayah rogol dan sumbang mahram berleluasa?
Saya rasa, soalan ini tidak adil.

Anda mungkin juga menyukai