Anda di halaman 1dari 4

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/340599921

Pendekar Bujang Lapok: Mengapa Kita Masih Disindir Sesudah Merdeka?

Preprint · April 2020


DOI: 10.13140/RG.2.2.35590.11840

CITATIONS READS

0 13

1 author:

Amelia Adam
Universiti Kebangsaan Malaysia
4 PUBLICATIONS   0 CITATIONS   

SEE PROFILE

All content following this page was uploaded by Amelia Adam on 13 April 2020.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


Pendekar Bujang Lapok: Mengapa Kita Masih Disindir Sesudah
Merdeka?

• Allahyarham Tan Sri P. Ramlee ialah seorang penggiat seni tersohor dan versatil. Tidak
keterlaluan untuk menyifatkan beliau telah berjaya sebagai seorang saintis sosial yang
mengkritik norma kehidupan masyarakat di Tanah Melayu pada zamannya. Beliau telah
menggarap unsur-unsur kecindan dan sinis yang dibalut dengan peringatan yang berguna dalam
filem-filem arahan dan lakonannya.

• Salah satu trilogi Bujang Lapok iaitu ‘Pendekar Bujang Lapok’ telah menjadi ‘mangsa’ yang
disaratkan dengan pelbagai sindiran dan suntikan nasihat dengan penuh waspada.
Filem ini ditayangkan pada tahun 1959, kurang lebih dua tahun selepas kemerdekaan Tanah
Melayu pada 31 Ogos 1957.

• Masyarakat di Tanah Melayu pada masa itu masih hidup miskin, masih berjuang demi
survival, masih menjadikan pengangkutan air sebagai jenis pengangkutan utama untuk
melakukan aktiviti harian serta terdapat beberapa sikap dan sifat ‘berbahaya’ yang masih kuat
melekat dalam kalangan masyarakat pada masa itu.
• Dimulakan dengan babak di jeti yang dipenuhi ramai pengguna sampan. Penantian mereka di
bawah terik cahaya matahari digemparkan dengan pergaduhan antara ‘Pasukan Pendekar
Mustar’ dan ‘Pasukan Pekerja Ahmad Nisfu (pemilik jeti)’.

• Soalnya, jika P. Ramlee tidak ‘mencipta’ watak Pendekar Mustar ini, akan adakah pengguna
sampan yang sedang menunggu giliran akan ‘berani menjadi pahlawan’ demi menentang sikap
pekerja Ahmad Nisfu yang keterlaluan?

• Setelah seseorang naik darah dan naik tangan, barulah yang lain turut sama berlawan. Hal ini
boleh disinonimkan dengan perjuangan tokoh-tokoh tidak didendang di Tanah Melayu yang
berjuang demi meraih kemerdekaan. Mereka perlu mempunyai pengaruh yang kuat untuk
memperoleh barisan pengikut yang ramai; pengaruh inj merangkumi aspek kepimpinan,
kekuatan fizikal dan kebijkaksanaan mengatur strategi.

• Oh, ya! Jangan lupa tentang kejelikan pekerja-pekerja Ahmad Nisfu; ada yang mencuri duit
tambang terkumpul dan disembunyikan dalam pakaiannya, ada yang mengambil pisang
daripada seorang wanita tanpa keizinannya, tiada ucapan terima kasih lalu diambil lagi, malah
ada juga yang memberikan layanan istimewa kepada pihak-pihak berkepentingan sahaja.
Perbuatan seumpama ini ialah sikap dan sifat penjajah yang perlu diusir jauh dari minda dan
jiwa masyarakat yang baru merdeka. Mereka perlukan integriti dan khidmat yang ikhlas demi
membangunkan negara secara keseluruhannya. Mereka perlukan ketelusan dalam
menguruskan setiap sumber supaya kekayaan negara dapat dinikmati dengan saksama.

• Sementara itu, wujud juga penampakan oportunis yang ditonjolkan Ajis. Dia mengambil
kesempatan semasa Ramli, Sudin dan ‘ahli Pasukan Pendekar Mustar’ sedang hebat berlawan
dengan ‘musuh’ mereka. Ajis mencuri hampir semua duit tambang lalu disembunyikan dalam
saku pakaiannya. Oportunis ini ada di mana-mana sahaja, sedangkan pada masa ini pun mereka
tetap ada dan menumpang populariti seseorang/sesuatu isu yang sedang hangat diperkatakan.
Oportunis yang baik akan menggunakan peluang untuk menyebarkan kebaikan, tetapi ada juga
oportunis yang tamak, dan orang taman diketahui akan selalu rugi. Lihat sahaja Ajis yang
kehilangan semua duit curinya, kerana saku bajunya koyak? Lucu bukan?
• Dalam pada itu, satu babak lain memperlihatkan anak Pendekar Mustar iaitu Cikgu Ros
mengaja jawi di sekolahnya. P. Ramlee langsung tidak memperkenalkan Jawi sebagai satu
elemen keagamaan, sebaliknya merupakan satu tulisan untuk mengenal objek/entiti yang lazim
dilihat di persekitaran kita. Tidak dinafikan bahawa Jawi telah mengalami ‘proses perumian’
yang meluas semasa kedatangan British. Namun, sebagai masyarakat yang sudah merdeka, kita
boleh bertindak sendiri untuk terus memelihara warisan semua kaum. Malah, setiap lapisan
masyarakat tanpa mengenal status dan usia bertanggungjawab untuk memartabatkan warisan
negara dengan cara mereka sendiri, waima dipelihara oleh agensi-agensi kerajaan, dijadikan
sebagai elemen asas dalam satu-satu perniagaan kecil-kecilan mahupun diajar secara formal,
tidak formal dan bukan formal kepada orang awam.

• Sesungguhnya, filem ini telah menyedarkan kita bahawa mencapai kemerdekaan itu bukanlah
sesuatu yang mudah, tetapi mengekalkan dan mengisi kemerdekaan itu tentunya lebih payah.
Sikap dan cara berfikir masyarakat perlu melalui anjakan yang progresif, di samping pemilihan
pemimpin yang berdedikasi untuk membangunkan sesebuah negara. Kemerdekaan yang
dicapai bukanlah satu pengakhiran tetapi merupakan satu permulaan terhadap perjalanan yang
lebih mencabar!

Nota kaki: Penulisan ini adalah berdasarkan pandangan peribadi semata-mata, serta tidak
membenarkan atau menyalahkan mana-mana sudut pandang yang lain.

View publication stats

Anda mungkin juga menyukai