Anda di halaman 1dari 28

BAHAGIAN

C ESEI TIDAK
BERFORMAT
STPM BAHASA MELAYU 1
TAHUN 2014
Soalan 25 Don't

...
f orget

Kerja-kerja sukarela mendatangkan pelbagai


manfaat kepada masyarakat. Walaupun begitu,
sesetengah anggota masyarakat kita kurang
berminat untuk menyertainya. Pada pendapat
anda, mengapakah mereka bersikap demikian?
 kesibukan bekerja
 sifat materialistik dan individualistik seseorang
 kurangnya kesedaran tentang kepentingan kerja sukarela
 sikap lebih mementingkan hiburan
 tidak menghayati tuntutan agama
 kurang pendedahan
 ketiadaan dana
 bimbang akan keselamatan diri sekiranya menyertai kerja sukarela
Skop
Pendahuluan
o Kesukarelawanan ialah suatu konsep berkaitan dengan sumbangan
atau perkongsian masa, sumber, pengetahuan, kemahiran,
pengalaman, dan sebagainya yang dilakukan atau dikongsikan
secara sukarela.
o Kerja-kerja sukarela dilakukan tanpa paksaan oleh sesiapa tanpa
berbayar atau mengharapkan ganjaran kewangan atau material.
o Antara contoh kerja sukarela ialah memberi bantuan kepada
mangsa bencana alam, gotong-royong, dan melakukan rondaan
pada waktu malam di kawasan kejiranan.
Isu o Kegiatan sukarelawan sebenarnya sudah lama beroperasi di negara
Malaysia tetapi tidak disedari ramai rakyat, terutamanya golongan
belia.
Kehendak Mengapakah sesetengah anggota masyarakat kita kurang berminat
soalan untuk menyertai kerja-kerja sukarela?
Isi
Isi 1
Kesibukan bekerja merupakan faktor utama masyarakat mengabaikan
kerja-kerja sukarela.
Alasan o Masyarakat hari ini, terutamanya golongan dewasa yang bekerja
sangat sibuk dengan urusan pekerjaan sendiri dan tidak sedar akan
sikap mereka yang mengabaikan aktiviti kebajikan.
o Tugasan yang diberikan oleh majikan seolah-olah tiada penghujung,
mereka terpaksa menumpukan perhatian sepenuhnya dalam
melaksanakan tanggungjawab masing-masing.
Kesan o Situasi ini menyebabkan mereka sanggup melakukan kerja lebih
daripada masa sehingga lewat malam.
alasan o Hal ini menyebabkan mereka ketiadaan masa untuk berehat, apatah
lagi melakukan kerja-kerja sukarela.
Kesan Tanpa disedari, keadaan ini turut mempengaruhi sikap dan minda
keseluruhan sesetengah masyarakat untuk meminggirkan amalan bantu-membantu
dalam kehidupan mereka.
Isi
Isi 2
Masyarakat yang bersifat materialistik dan individualistik juga
merupakan salah satu faktornya.
Alasan o Tidak dapat dinafikan bahawa manusia memerlukan duit untuk
meneruskan hidup di dunia yang serba moden ini. Hal ini
menyebabkan mereka bersifat materialistik.
o Segelintir masyarakat bersikap individualistik, iaitu mementingkan diri
sendiri dan tidak suka akan teguran atau pendapat orang lain.
Kesan o Masyarakat yang mementingkan kebendaan ingin mencari duit yang
daripada banyak melalui kerjaya mereka. Mereka tiada masa untuk melakukan
alasan kerja selain mencari duit.
o Masyarakat yang memiliki sikap individualistik pula lebih suka hidup
dalam dunia mereka sendiri seperti melayari Internet, mambaca
buku, atau melakukan kerja rumah tanpa keluar dari rumah.
Kesan Jelaslah bahawa individu yang mementingkan keuntungan dan
keseluruhan mementingkan diri sendiri tidak akan terlibat dalam aktiviti sukarela.
Isi
Isi 3
Sesetengah masyarakat tidak berminat dengan aktiviti seperti ini kerana
mereka kurang kesedaran tentang kepentingan kerja sukarela .
Alasan o Ibu bapa mereka tidak mendedahkan kepentingan melibatkan diri
dalam kerja sukarela sejak mereka kecil lagi.
o Mereka tidak diajar untuk melakukan kerja-kerja sukarela di sekolah.
o Mereka juga tidak tahu persatuan atau pertubuhan yang sering
menganjurkan aktiviti sukarela di Malaysia.
Kesan o Apabila masyarakat berkenaan diajak untuk menyertai aktiviti
daripada sukarela, mereka berasa kekok untuk melakukannya.
alasan o Mereka beranggapan bahawa kerja-kerja sukarela hanya dilakukan
oleh ahli unit beruniform seperti RELA, kadet remaja, ahli BSMM,
pengakap, dan sebagainya sahaja.

Kesan Kesannya, anak muda kini akan lebih bersikap seperti katak di bawah
keseluruhan tempurung yang tidak menghiraukan keadaan sekeliling dan isu-isu
semasa.
Isi
Isi 4
Ada dalam kalangan masyarakat yang berminat dengan kerja-kerja sukarela,
tetapi mereka tiada dana untuk menyertai aktiviti tersebut .
Alasan o Kebanyakan kerja sukarela yang memerlukan bantuan masyarakat
bertempat di luar negara.
o Kawasan yang dilanda bencana alam seperti gempa bumi, tsunami,
tanah runtuh biasanya berada di luar negara.
Kesan o Sekiranya masyarakat ingin menghulurkan bantuan, mereka perlu
daripada menyediakan duit untuk tambang ke tempat kejadian.
alasan o Selain tambang pengangkutan, masyarakat juga perlu membayar kos
penginapan diri sendiri semasa berada di tempat kejadian.
o Hal-hal yang merumitkan ini menyebabkan masyarakat membatalkan
niat ingin membantu.
Kesan Pendek kata, “niat hati hendak memeluk gunung, apakan daya tangan
keseluruhan tak sampai”, masyarakat berkenaan tiada peluang terlibat secara
langsung dalam kerja-kerja sukarela.
Isi
Isi 5
Bimbang akan keselamatan diri sekiranya menyertai kerja sukarela turut
menjadi faktor masyarakat tidak terlibat dalam aktiviti berkenaan .
Alasan o Kawasan yang dilanda bencana alam amat berbahaya.
o Kawasan berkenaan berkemungkinan akan berlaku lagi keruntuhan
bangunan yang tinggi, penyebaran penyakit berjangkit, ataupun
malapetaka susulan selepas bencana alam berlaku.
Kesan o Hal ini mengundang bahaya bukan sahaja kepada mangsa bencana,
daripada malahan kepada sukarelawan yang memberi bantuan secara terus
alasan kepada mangsa di tempat kejadian.
o Sukarelawan turut berisiko untuk menghidap penyakit yang berebak
selepas bencana alam.
o Selain itu, kekurangan kemudahan asas seperti air dan elektrik turut
menyukarkan sukarelawan untuk memberi bantuan mereka.
Kesan Konklusinya, keselamatan diri tidak terjamin menyebabkan masyarakat
keseluruhan tidak menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa bencana alam.
Penutup
Menyimpulkan Demikianlah sebab masyarakat kita kurang terlibat dalam kerja-
skop kerja sukarela.
Pegangan o Kita hendaklah berganding bahu bagi memperkenalkan aktiviti
peribadi sukarela lagi. Kita tidak boleh mengharapkan satu pihak sahaja
untuk menggerakkan aktiviti ini.
o Sebagai masyarakat yang prihatin, kita harus peka akan
program seperti ini dan sentiasa bersedia untuk melibatkan diri.
Peringatan o “Tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang
menerima”, ungkapan ini sangat bermakna kepada semua
orang.
o Akhir kata, amalan yang murni ini dapat dijadikan contoh kepada
negara lain seterusnya meningkatkan imej negara ke persada
antarabangsa sebagai contoh negara yang prihatin.
Soalan 26 Don't

...
f orget

Kejadian jenayah di negara ini, khususnya di


kawasan yang berisiko tinggi dari segi
kekerapan berlakunya jenayah masih
membimbangkan. Jelaskan langkah yang perlu
diambil untuk meningkatkan tahap keselamatan
awam di negara ini.
 menambah anggota pasukan keselamatan
 mengaktifkan institusi Rukun Tetangga
 menguatkuasakan undang-undang
 memasang CCTV
 menambah pondok kawalan di kawasan kediaman
 orang ramai sendiri perlu berwaspada agar tidak menjadi sasaran penjenayah
 memberikan pendidikan berkaitan dengan nilai murni dalam hidup
 pelaksanaan kempen kesedaran tentang jenayah
Skop
Pendahuluan
o Kejadian jenayah semakin hari semakin meningkat di negara ini.
o Kes jenayah yang sering dilaporkan berlaku adalah seperti kes
pembunuhan, rompakan, penculikan, pecah rumah, dan
sebagainya.
o Kes tersebut amat membimbangkan pelbagai lapisan masyarakat
yang ingin akan kehidupan yang aman dan tenteram.
Isu o Pihak berkuasa, khususnya pihak polis sudah berusaha untuk
mencegah kejadian jenayah yang berlaku di negara ini.
o Akan tetapi, kes jenayah ini semakin sukar untuk ditangani
disebabkan oleh pelbagai faktor yang menyumbang ke arah
berlakunya jenayah pada masa ini.
Kehendak Oleh itu, langkah-langkah yang difikirkan lebih berkesan haruslah
soalan dilakukan oleh semua pihak untuk membendung kes jenayah daripada
terus meningkat di negara kita.
Isi
Isi 1
Untuk meningkatkan tahap keselamatan awam di negara ini, institusi
Rukun Tetangga haruslah diaktifkan, terutamanya di kawasan kediaman.

Masalah o Melalui penubuhan Rukun Tetangga atau Jawatankuasa Kemajuan


(tujuan) dan Keselamatan Kampung (JKKK) di sesuatu kawasan kediaman,
kes jenayah dapat dikurangkan.
Cara o JKKK boleh menjadi mata dan telinga kepada pihak polis dan
membantu pihak berkuasa untuk membanteras jenayah.
o Mereka boleh menjadi “Rakan Cop” dan memberikan maklumat
kepada pihak polis tentang kegiatan jenayah.
o Selain itu, mereka juga boleh mengadakan rondaan di kawasan
kediaman mengikut jadual yang ditetapkan.
Hasil Cara ini dapat mencegah jenayah atau mengurangkan kes jenayah
daripada menjadi lebih serius.
Isi
Isi 2
Pihak berkuasa juga haruslah menguatkuasakan undang-undang yang
sedia ada.
Masalah o Tindakan ini perlu dilakukan kerana penguatkuasaan undang-undang
(tujuan) yang tegas akan menakutkan orang ramai untuk melakukan jenayah.
o Penjenayah akan berfikir dua kali sebelum bertindak.
Cara o Jadi, pihak berkuasa boleh meningkatkan denda atau hukuman bagi
kesalahan jenayah yang dilakukan oleh orang yang didapati bersalah
melakukan jenayah.
o Hakim perlu menjatuhkan hukuman penjara mandatori dan sebatan
rotan kepada penjenayah di khalayak bagi kesalahan melakukan
rompakan atau pecah rumah.
Hasil Dengan cara ini, orang ramai tidak berani untuk melakukan jenayah
seterusnya kejadian jenayah yang berlaku di negara kita dapat
dikurangkan.
Isi
Isi 3
Pihak berkuasa perlu memasang kamera litar tertutup (CCTV) di
kawasan yang sering berlaku kejadian jenayah.
Masalah o CCTV ini dapat mengimbas atau merakam segala perbuatan jenayah
(tujuan) yang dilakukan oleh orang yang tidak bertanggungjawab.
o Cara ini akan menakutkan penjenayah dan dapat menghalang
mereka daripada melakukan jenayah.
Cara o CCTV perlu diletakkan di kawasan bank, pusat beli-belah, taman
permainan kanak-kanak, dan sebagainya.
o Selain itu, CCTV juga harus dipasang di kawasan yang sunyi seperti
di lorong antara dua bangunan, di lorong bawah tanah, di bawah
jambatan besar, dan sebagainya. Tempat-tempat ini sering menjadi
sasaran penjenayah untuk melakukan kegiatan jahat.
Hasil Cara ini dapat mencegah jenayah atau mengurangkan kes jenayah yang
berlaku di tempat-tempat berisiko tinggi.
Isi
Isi 4
Pihak berkuasa wajar menambah pondok kawalan di kawasan
kediaman.
Masalah o Tindakan ini dapat menghalang penjenayah daripada melakukan
(tujuan) aktiviti jenayah.
o Pondok kawalan boleh berfungsi sebagai pusat kawalan,
pemantauan, dan tempat untuk orang ramai membuat aduan tentang
kejadian jenayah.
Cara o Jadi, pihak berkuasa perlu membina pondok polis di tempat yang
strategik di kawasan bandar seperti di kawasan tumpuan orang
ramai.
o Beberapa orang polis haruslah ditugaskan dan wajib berada di
dalam pondok polis tersebut supaya pondok ini berfungsi.
Hasil Perkara ini akan menakutkan penjenayah kerana pihak polis boleh
bertindak dengan lebih pantas untuk menangkap penjenayah.
Isi
Isi 5
Pihak berkuasa hendaklah mengadakan kempen kesedaran tentang
jenayah kepada masyarakat.
Masalah o Tindakan ini penting kerana anggota masyarakat akan mendapat
(tujuan) maklumat tentang cara untuk menghindarkan diri daripada jenayah.
Cara o Kempen kesedaran yang dianjurkan haruslah melibatkan semua
lapisan masyarakat dan dijalankan secara menyeluruh. Kempen yang
bermusim tidak akan mendatangkan hasil.
o Dalam kempen tersebut, anggota masyarakat diberikan kesedaran
tentang aspek keselamatan di tempat awam.
o Pihak polis boleh menunjukkan cara untuk menghadapi penjenayah
melalui demostrasi atau iklan di media massa.
Hasil Melalui cara ini, kesedaran tentang jenayah dapat dipertingkatkan dalam
kalangan masyarakat sekali gus jenayah dapat dikurangkan dan tahap
keselamatan awam dapat ditingkatkan.
Penutup
Menyimpulkan Kesimpulannya, terdapat pelbagai usaha yang perlu dilakukan oleh
skop pihak yang bertanggungjawab untuk memastikan kejadian jenayah
dapat ditangani dengan berkesan.
Pegangan o Walau bagaimanapun, semua pihak perlu berganding bahu
peribadi dengan pihak berkuasa untuk memastikan kes jenayah dapat
dikurangkan dan keselamatan awam terjamin.
o Sekiranya langkah yang dinyatakan di atas tidak diambil, sudah
pasti kejadian jenayah sukar untuk dibanteras.
Peringatan o Kerjasama semua pihak menjamin tahap keselamatan awam di
negara supaya anggota masyarakat dapat hidup dengan aman
dan harmoni.
o Jadi, kita berharap agar masalah jenayah dapat ditangani demi
keamanan dan kesejahteraan rakyat negara ini.
Soalan 27 Don't

...
f orget

Sikap suka membuang sampah sarap di merata-


rata tempat oleh sesetengah anggota
masyarakat yang tidak bertanggungjawab
tentang kebersihan alam sekitar boleh
mendatangkan kesan buruk. Pada pendapat
anda, bagaimanakah cara untuk menjaga
kebersihan alam sekitar?
 menganjurkan program 5R, iaitu reuse (mengguna semula), repair (membaiki),
recycle (mengitar semula), rethink (memikir semula), dan reduce
(mengurangkan)
 melupuskan sampah secara saintifik (insinerator)
 mengubah sampah sarap supaya menjadi sumber tenaga
 mengasingkan sampah sarap mengikut jenis semasa membuangnya
 menyediakan kawasan pelupusan sampah yang khusus
Skop
Pendahuluan
o Sampah sarap dianggap sebagai bahan yang tidak berguna dan tidak
mendatangkan sebarang faedah, malah ia boleh mendatangkan
mudarat jika disimpan.
o Dengan itu, selalunya sisa-sisa tersebut dibuang dan dilonggokkan di
tempat-tempat pembuangan sampah, sama ada dengan menggunakan
teknik pembuangan yang betul atau sebaliknya.
o Sampah sarap yang suka dibuang oleh anggota masyarakat adalah
seperti botol, kaca, tin aluminium, beg plastik, kertas, sisa makanan,
dan lain-lain lagi.
Isu o Sikap suka membuang sampah sarap di merata-rata tempat oleh
masyarakat Malaysia yang tidak bertanggungjawab boleh
mendatangkan kesan buruk kepada kehidupan kita.
Kehendak Oleh itu, cara untuk menjaga kebersihan alam sekitar, iaitu cara
soalan menguruskan sampah sarap yang semakin hari semakin banyak di negara
kita haruslah dilaksanakan.
Isi
Isi 1
Pihak berkuasa haruslah menganjurkan program 5R, iaitu reuse
(mengguna semula), repair (membaiki), recycle (mengitar semula),
rethink (memikir semula), dan reduce (mengurangkan).
Masalah o Program 5R dapat mengurangkan bilangan sampah yang dibuang
(tujuan) oleh anggota masyarakat.
Cara o Masyarakat harus mengguna bahan yang masih boleh diguna pakai
semula, contohnya tayar dijadikan hiasan di dalam taman bunga.
o Masyarakat harus cuba membaiki peralatan yang rosak sebelum ia
dibuang ke dalam tong sampah.
o Bahan-bahan yang boleh dikitar semula seperti kertas, botol, plastik,
tin, dan sebagainya tidak harus dibuang terus ke dalam tong sampah
o Masyarakat juga harus memikir sebelum membuang sesuatu dan
mengurangkan penghasilan sampah dalam kehidupan mereka.
Hasil o Program 5R yang diamalkan dalam kehidupan masyarakat dapat
mengelakkan pembaziran.
Isi
Isi 2
Pihak berkuasa haruslah melupuskan sampah secara saintifik, iaitu
melupuskan sampah dengan menggunakan teknologi insinerator.
Masalah o Teknologi insinerator merupakan teknologi baharu yang digunakan
(tujuan) untuk melupuskan sampah secara sempurna.
o Ia merupakan alternatif terbaik dalam melupuskan sisa pepejal
kerana ia membabitkan ruang yang kecil berbanding dengan tapak
pelupusan sampah yang lama.
Cara o Pihak berkuasa haruslah mendapatkan teknologi ini dari negara yang
maju dan memastikan teknologi ini dapat berfungsi dengan baik di
kebanyakan tapak pelupusan sampah.
o Selain itu, kerajaan juga haruslah memastikan bahawa
penambahbaikan loji insinerator sentiasa dilakukan.

Hasil o Hal ini perlu dilakukan kerana teknologi ini berpotensi merevolusi
kaedah pelupusan sampah secara pembakaran di negara ini.
Isi
Isi 3
Pihak berkuasa dengan bantuan ahli geosains boleh mengubah sampah
sarap supaya menjadi sumber tenaga.
Masalah o Sampah sarap boleh dijadikan tenaga alternatif untuk menjana sumber
(tujuan) elektrik bagi kegunaan domestik dan kilang-kilang.
o Gas metana yang dilepaskan oleh sampah sarap disedut masuk ke dalam
enjin dan ditukarkan menjadi tenaga elektrik.
Cara o Pihak berkuasa boleh membina loji janakuasa berasaskan gas metana di
beberapa tapak pelupusan sampah.
o Kaedah pelupusan sampah ini dikenali sebagai Waste to Energy (WTE),
iaitu menukarkan sisa buangan pepejal kepada tenaga elektrik.

Hasil Kebanyakan negara maju sudah lama mengamalkan kaedah pengurusan


sisa pepejal WTE seperti Jepun, Jerman, dan Singapura.
Impaknya sangat baik bukan sahaja kepada negara itu sendiri, malahan
kepada rakyatnya.
Isi
Isi 4
Masyarakat boleh mengasingkan sampah sarap mengikut jenis semasa
membuangnya.
Masalah o Tindakan ini dilakukan untuk memudahkan pihak yang melupuskan
(tujuan) sampah sarap.
o Ia juga memudahkan proses kitar semula dilakukan terhadap bahan
buangan yang masih boleh diguna pakai semula.
Cara o Anggota masyarakat boleh mengasingkan sampah mengikut jenisnya
sebelum membuang sampah ini ke dalam tong sampah.
o Sisa pepejal yang boleh dikitar semula perlu diasingkan dan dibuang
ke dalam tong sampah yang berlainan.
o Contohnya, kertas dibuang ke dalam tong sampah berwarna biru,
plastik dibuang ke dalam tong sampah berwarna coklat, dan tin atau
alunimium dibuang ke dalam tong sampah berwarna jingga.
Hasil Cara ini memudahkan pelupusan sampah yang dilakukan setiap hari.
Isi
Isi 5
Pihak berkuasa haruslah menyediakan kawasan pelupusan sampah
yang khusus.
Masalah o Pencemaran bau akan berlaku di sekitar tapak pelupusan sampah.
(tujuan) o Apabila sampah dilupuskan dengan cara pembakaran terbuka, udara
di sekitar kawasan pelupusan sampah juga akan tercemar oleh asap
yang dibebaskan.
Cara o Pihak berkuasa haruslah menyediakan tapak pengumpulan sampah
yang terletak jauh dari kawasan kediaman penduduk.
o Dengan kemajuan pengetahuan sains kini, ahli geosains boleh
membantu menyediakan tapak pembuangan sampah yang dapat
meminimumkan kesan pencemaran terhadap bawah tanah.
Hasil Dengan kata lain, tapak pelupusan sampah yang mesra alam dapat
mengatasi masalah sampah sarap di samping mengurangkan
pencemaran alam sekitar.
Menyimpulkan
Penutup
Demikianlah antara cara yang wajar dilaksanakan bagi menjamin
skop pembuangan sampah sarap dalam negara kita diurus dengan baik.
Pegangan o Semua pihak perlulah memainkan peranan masing-masing dan
peribadi harus melaksanakannya dengan sempurna dalam menjamin
kesejahteraan hidup kini serta kehidupan generasi akan datang.
o Dengan pengurusan sampah sarap yang betul, isu pembuangan
sampah yang berisiko tinggi, terutamanya dalam penularan kes
denggi dan lain-lain dapat diselesaikan.
Peringatan o Cara-cara seperti meminimumkan sampah sarap dan pendidikan
serta kempen perlu diteruskan.
o Kerjasama pelbagai pihak amatlah dihargai dalam mengatasi
masalah ini hingga ke akar umbi.
o Semoga kita boleh sentiasa hidup dalam persekitaran yang
bersih dan sejahtera.

Anda mungkin juga menyukai