Anda di halaman 1dari 5

MAJLIS AMANAH RAKYAT

(MARA)

UNIT BADAN BERUNIFORM MRSM LENGGONG

KERTAS KERJA PERMOHONAN BAJET UNTUK PEMBELIAN ALATAN DAN


KELENGKAPAN TAMBAHAN KELAB PENCAK SILAT MRSM LENGGONG
_____________________________________________________________________

1 TUJUAN
Tujuan kertas kerja ini ialah untuk memohon bajet bagi pembelian alatan dan
kelengkapan tambahan kelab pencak silat MRSM Lenggong

2 LATAR BELAKANG
Perkembangan sukan seni mempertahankan diri di Malaysia membangun
dengan pesat. Terdapat pelbagai jenis sukan mempertahankan diri bertaraf
antarabangsa diketengahkan bagi membentuk modal insan yang aktif dalam
pelbagai jenis seni bela diri. Ketiadaan alatan dan kelengkapan yang sempurna
juga menyebabkan pelajar-pelajar tidak dapat memperkembangkan potensi diri
dalam aktiviti ini khususnya dalam aktiviti pencak silat. Oleh sebab itu, Kelab
Pencak Silat, Unit Kokurikulum MRSM Lenggong berazam untuk menambah
kelengkapan dan alatan untuk latihan dan seterusnya memberikan kualiti latihan
yang lebih baik kepada pelajar. Diharapkan dengan penambahan kelengkapan
dan alatan ini akan memberi manfaat kepada pelajar dan secara tidak langsung
melahirkan bakat-bakat baru dalam sukan pencak silat.

1
3 OBJEKTIF

3.1 Meningkatkan kecemerlangan kurikulum melalui alatan dan kelengkapan


terbaik - Aktiviti Mingguan dan Latihan
3.2 Melahirkan pelajar yang berdaya saing dalam arena sukan pencak silat
3.3 Meningkatkan kecemerlangan ko-kurikulum MRSM Lenggong.
3.4 Menjadi pemangkin kepada penglibatan pelajar dalam aktiviti badan
beruniform
3.5 Mewujudkan hubungan muhibbah antara pelajar.
3.6 Melahirkan bakat baru yang berkualiti.
3.7 Melahirkan pelajar yang sihat dan seimbang dari segi jasmani, emosi,
rohani dan intelek selaras dengan falsafah Pendidikan MARA dan Negara

4 JUSTIFIKASI

4.1 Supaya latihan silat menjadi lebih kompeten kepada semua pelajar
4.2 Semua pelajar dapat membuat latihan dengan peralatan mencukupi
4.3 Pelajar akan terdedah dengan teknik pertandingan bila peralatan
mencukupi

2
5 CADANGAN PELAKSANAAN

1.
2.
3.
4.
5.1 Tempoh: Sepanjang tahun
5.2 Masa: 3.15 – 5.15 petang (Seminggu sekali - setiap Rabu)
5.3 Tempat: Dewan Besar/ Gelanggang Bola Keranjang MRSM
Lenggong
5.4 Tarikh Cadangan: Segera

6 IMPLIKASI KEWANGAN
PEMBELIATAN ALATAN/KELENGKAPAN TAMBAHAN KELAB PENCAK SILAT
MRSM LENGGONG
Kadar Kuantiti Jumlah
Bil Perkara
(RM) (Unit) (RM)
Body Protector
i. Saiz S 2 280
1
ii. Saiz M 140 2 280
iii. Saiz L 1 140
Pelindung Kemaluan
a. Lelaki
i. Saiz S 2 110
ii. Saiz M 55 2 110
2 iii. Saiz L 1 55
b. Wanita
i. Saiz S 2 110
ii. Saiz M 55 2 110
iii. Saiz L 1 55
Baju Silat
a. Lelaki
i. Saiz S 3 255
ii. Saiz M 2 170
3 85
iii. Saiz L 3 255
iv. Saiz 2XL 2 170
b. Wanita
i. Saiz S 85 3 255

3
ii. Saiz M 2 170
iii. Saiz L 3 255
iv. Saiz 2XL 2 170
4 Kicking Target 190 5 950
JUMLAH KESELURUHAN 3,900.00
7 PENUTUP

Adalah dipohon puan pengetua dapat meluluskan bajet bagi tujuan pembelian
alatan/kelengkapan tambahan kelab Pencak Silat MRSM Lenggong yang
menelan belanja sebanyak RM3,900.00 sahaja.

Disediakan Oleh:

__________________________
Nur’Afifah Binti Serip Mohamad
Guru Penasihat
Kelab Pencak Silat MRSM Lenggong
Tarikh: 20 Oktober 2020

Disemak/Disahkan Oleh:

__________________________
Zullkifli Bin Muhammad
Timbalan Pengetua (PB) MRSM Lenggong
Tarikh: 20 Oktober 2020

Diluluskan Oleh:

4
__________________________
Pn. Rahmatul Aida Binti Ab Rahman
Pengetua MRSM Lenggong
Tarikh:

Anda mungkin juga menyukai