Anda di halaman 1dari 10

Formula Menulis Karangan : Kaedah Ghazali

Pendahuluan I = Isu K = Kesan isu T = Tindakan umum untuk menangani isu H = Hasil tindakan H = Hubung kait dengan soalan Isi T = Ayat Topik (terdiri daripada DUA Frasa F = Frasa 1 F = Frasa 2 P = Penegasan Kesimpulan R = Rumusan keseluruhan C = Cadangan umum A = Amaran peringatan yang bakal berlaku H = Harapan penulis terhadap isu. Semua perkara di atas diaplikasikan dalam karangan-karangan contoh sebelum ini. Kelebihan penggunaan formula dalam aktiviti mengarang. 1. Karangan menjadi panjang dan memenuhi arahan soalan. (Biasanya 450 perkataan ke atas) 2. Murid tidak membuang masa memikirkan perkara yang hendak ditulis. 3. Hala tuju karangan jelas dan tidak terkeluar tajuk. 4. Perenggan yang seimbang dan sekata. 5. Komponen karangan lengkap - ada pendahuluan, perenggan isi yang jelas, dan kesimpulan.

KATA-KATA HIKMAT YANG BOLEH DIGUNAKAN DALAM KARANGAN sumber: Cikgu Zulkarnain (SMK Sacred Heart Sibu) dipetik daripada : Cikgu Idris Saleh http://bmmaya.blogspot.com/ 01. Baik kaya adalah kaya hati, sebaik-baik bekal adalah takwa, seburuk-buruk buta adalah buta hati dan sebesar-besar dosa adalah berdusta 02. Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.( Hamka). 03. Orang yang takut menghadapi kesukaran selamanya tidak akan maju. (Home) 04. Yang dikatakan kawan bukanlah orang yang sentiasa memuji-muji kamu, tetapi adalah orang yang dapat menunjukkan kesalahan kamu. 05. "Dan berbuatlah kamu akan kebaikan supaya kamu mendapat kemenangan." (Surah al-

Hajj:77) 06. "Maka sifat sabar itu adalah sikap yang baik, dan hanya Allah sahajalah tempat meminta pertolongan" (Surah Yusuf:18) 07. Berunding cerdik dengan pandai, faham dua menjadi satu.

08. Yang paling kita perlukan dalam kehidupan ialah adanya seseorang yang selalu memberi semangat untuk melaksanakan hal-hal yang dapat kita kerjakan. (Davey John Schwartz) 09. Sabar penghilang penat, tekun pembawa dekat. 10. Lebih berharga mutiara sebutir daripada pasir sepantai. 11. Terbang bangau sepanjang hari, ke tasik jua akhirnya dicari. 12. Biar kamu tidak cantik di mata penduduk bumi tetapi namamu menjadi perbualan penduduk langit. 13. Siapa yang banyak bicara, banyak pula salahnya; siapa yang banyak salah, hilanglah harga dirinya; siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak; sedangkan orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati. (Saidina Ali Abu Talib) 14. Sabda Rasulullah s.a.w: "Akhlak yang buruk merosakkan amal seperti cuka merosakkan madu." 15. Kita sering mengimbas kembali kenangan lalu tetapi jarang sekali berusaha untuk mengejar impian hari esok. 16. Manusia yang berbuat baik dengan mengharapkan sesuatu balasan bukanlah manusia yang jujur. Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh dengan agama Allah. (Surah Al-Baqarah:214)

17. Kekitaan yang erat tiada yang berat. 18. Belajarlah berdiri dahulu sebelum cuba untuk berlari. 19. Kekayaan yang hilang boleh dikejar dengan usaha yang bersungguh-sungguh. Kesihatan yang hilang boleh diperoleh dengan ubat-ubatan yang baik tetapi masa yang hilang sekali hilang akan terus hilang. 20. Jadilah seperti pohon kayu yang berbuah lebat, dibaling dengan batu dibalas dengan buah. 21. Tunjuk menjadi telaga budi, ajar menjadi suluh hati.

Tajuk / tema karangan: Kehidupan Bermasyarakat Fokus karangan: Kepentingan / kebaikan Format karangan: Tiada (Pendapat/Perbincangan) 1. PERENGGAN INTRODUKSI JENIS GABUNGAN [Ayat Rangsangan] Dato Dr. Fadzilah Kamsah pernah menekankan bahawa kehidupan bermasyarakat merupakan satu ciri signifikan dalam kamus hidup rakyat Malaysia. [Ayat Huraian 1] Malangnya, semangat kehidupan bermasyarakat dan nilai-nilai kemasyarakatan, terutamanya konsep jiran sepakat membawa berkat, dalam kalangan masyarakat kita semakin terhakis. [Ayat Huraian 1] Menurut beliau, mereka hidup berkonsepkan enau dalam belukar melepaskan pucuknya masing-masing. [Ayat Huraian 2] Saya memang menyetujui

pandangan beliau kerana rakyat kita tidak merasakan diri mereka bertanggungjawab untuk mengetahui keadaan sekitar rumah mereka sama ada rumah jiran dimasuki pencuri, anak jiran menghidu gam, isteri jiran curang, anak jiran menjadi mangsa penderaan ataupun anak gadis jiran lari dari rumah. [Ayat Arahan] Jadi, langkah-langkah proaktif dan pragmatik haruslah diambil dalam usaha menghidupsuburkan semangat kehidupan bermasyarakat sebelum kudis menjadi tokak. 2. PERENGGAN ISI 2 (JENIS DEDUKTIF) [Ayat Judul] Kehidupan bermasyarakat, tidak dapat disangkal, dapat diamalkan menerusi semangat kejiranan. [Pengembangan: Ayat Huraian 1] Antaranya termasuklah amalan bertegur sapa sesama jiran, meluangkan masa untuk bertandang ke rumah jiran, menghulurkan bantuan kepada jiran, aktiviti bergotong-royong seperti berderau, perkelahan keluarga, dan aktiviti riadah. [Pengembangan: Ayat Huraian 2]Semangat ini dapat menjalin persaudaraan, mewujudkan keharmonian, memupuk perpaduan, dan melahirkan masyarakat yang prihatin. [Pengembangan: Ayat Contoh 1]Apabila jiran tetangga ditimpa nasib malang, seperti mangsa kebakaran, kita bukan sahaja perlu menyumbangkan wang ringgit malah memberikan sokongan moral. Dengan ini, konsep berat mata memandang, berat lagi bahu memikul terpupuk dalam lubuk kalbu masyarakat. [Pengembangan: Ayat Contoh 2] Apabila tanah sawah diusahakan secara berderau, kerja yang berat dapat diringankan bak kata pepatah berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Lebih-lebih lagi, bertandang ke rumah jiran tetangga pada hari perayaan mahupun kenduri perkahwinan dapat menjalin tali persahabatan yang erat. [Ayat Penyimpul]Dengan erti kata lain, semangat kejiranan dalam pelbagai aspek kehidupan dapat mewujudkan kehidupan bermasyarakat. 3. PERENGGAN ISI 3 (JENIS DEDUKTIF) [Ayat Judul]Sistem hidup bermasyarakat juga dapat dihidupsuburkan melalui majlis-majlis sosial dan perayaan. [Pengembangan: Ayat Huraian 1] Kegiatan-kegiatan sosial dapat memupuk konsep bulat air dek pembetung, bulat manusia dek muafakat dan ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni dalam kalangan penduduk setempat. [Pengembangan: Ayat Huraian 2] Antara aktiviti kemasyarakatan yang menekankan konsep hidup bermasyarakat termasuklah Hari Keluarga, Rumah Terbuka, dan sebagainya. [Pengembangan: Ayat Huraian 3] Dalam hal ini, masyarakat tidak seharusnya melibatkan ahli-ahli keluarga sahaja, sebaliknya haruslah meluaskan skopnya dengan membabitkan seluruh masyarakat setempat, sanak saudara, dan sahabat handai. [Pengembangan: Ayat ContohDalam menjayakan majlis-majlis tersebut, semua anggota masyarakat berganding bahu menyediakan juadah dan minuman, mendirikan tenda, dan menyusun atur kerusi meja untuk tetamu. [Pengembangan: Ayat Huraian 4] Dalam situasi inilah, rakyat dapat berinteraksi dan berkomunikasi sekali gus mempererat tali silaturahim antara satu sama lain tanpa mengira warna kulit, budaya, agama, adat, dan kepercayaan, di samping memeriahkan suasana majlis ataupun perayaan lagi. [Ayat Penyimpul] Pendek kata, aktiviti-aktiviti sosial perlu diperbanyak dan dipergiat demi memupuk budaya bermasyarakat dalam kalangan warga desa mahupun warga bandar. 3. PERENGGAN ISI 3 (JENIS DEDUKTIF) [Ayat Judul]Selain itu, budaya hidup bermasyarakat dapat dipupuk melalui didikan agama dan moral. [Pengembangan: Ayat Huraian 1] Dalam masyarakat Melayu tradisional, umpamanya, fungsi dan tanggungjawab jiran dianggap penting dari segi agama. [Pengembangan: Ayat Huraian 2] Hal ini demikian kerana agama menegaskan keperluan

yang dipikul bersama oleh semua anggota masyarakat bagi menunaikan sesuatu ibadat. [Pengembangan: Ayat Contoh] Ketika menyambut Hari Raya Aidiladha ataupun Hari Raya Korban, umat Islam menggembleng tenaga untuk menyembelih korban untuk disedekahkan kepada fakir miskin. [Pengembangan: Ayat Huraian 2] Dari perspektif yang lain pula, semangat kejiranan dapat diterapkan melalui didikan moral. [Pengembangan: Ayat Huraian 2] Dalam konteks ini, pihak sekolah memainkan peranan yang penting dalam memupuk dan menyemaikan semangat bekerjasama dan bertolak ansur dalam kalangan warga sekolah. [Pengembangan: Ayat Contoh] Melalui kempen gotong-royong, warga sekolah bukan sahaja akan membantu menceriakan pekarangan sekolah malah menjalin tali ukhuwah antara satu sama lain. [Ayat Penyimpul] Dengan ini, kehidupan bermasyarakat akan menjadi sebati atau menjadi darah daging masyarakat kita. 5. PERENGGAN INTIHA [Ayat Kesimpulan] Sebagai intiha, kehidupan bermasyarakat dapat menjadi realiti sekiranya langkah-langkah yang dibincangkan dipraktikkan oleh segenap lapisan masyarakat. [Ayat Penilaian] Semangat ini dapat mendorong terjalinnya hubungan baik antara kaum dan mewujudkan integrasi kaum. [Ayat Penilaian]Perpaduan kaum akan membolehkan rakyat Malaysia hidup harmoni dan sejahtera, bak kata pepatah bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.[Ayat Cadangan]Jadi, semua pihak sewajarnya menjadikan kehidupan bermasyarakat sebagai agenda kehidupan demi menikmati kebahagiaan, kemakmuran, keamanan, dan kemajuan. [Ayat Harapan 2]Dengan ada kesedaran ini, bunga-bunga kesejahteraan, kegemilangan dan keharmonian akan mekar di empat pojok di tanah tumpah darah kita.[Ayat Harapan 2]Tidak ketinggalan juga, konsep 1Malaysia dan Wawasan 2020 akan menjadi kenyataan dan kita dapat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan bangsa-bangsa maju yang lain di persada antarabangsa. Tajuk / Tema Karangan: Industri Kecil dan Sederhana Fokus karangan: Langkah-langkah merancakkannya

[Ayat Rangsangan]Dewasa ini, Industri Kecil dan Sederhana (IKS) memainkan peranan yang penting dalam pembangunan dan perkembangan ekonomi negara. [Ayat Huraian 1]IKS ditakrifkan sebagai perusahaan perkilangan atau syarikat yang menyediakan perkhidmatan berkaitan dengan perkilangan dengan pusing ganti tahunan tidak melebihi RM25 juta dan menggaji kakitangan sepenuh masa tidak melebihi 150 orang. [Ayat Huraian 2]Di Malaysia, terdapat pelbagai peluang usaha niaga berbentuk IKS yang mendapat

sokongan penuh daripada kerajaan. [Ayat Huraian 3]IKS menyediakan sebanyak 44.2% peluang pekerjaan daripada jumlah tenaga kerja dalam sektor perkilangan, 48.9% dan 31.7% masing-masing dalam jumlah nilai keluaran dan jumlah nilai harta tetap. [Ayat Arahan]Demi merancakkan IKS, kerajaan telah mengatur beberapa banyak langkah yang konstruktif dan pragmatik. [Ayat Judul]Salah satu langkah perdana yang diambil oleh kerajaan ialah penawaran pembiayaan, geran, pinjaman dan insentif kepada para pengusaha IKS. [Pengembangan:Ayat Huraian 1]Bantuan ini dapat mendorong para pengusaha yang mengusahakan perniagaan IKS berasaskan pertanian, perikanan, perternakan, pemprosesan makanan, dan sebagainya. [Pengembangan:Ayat Contoh 1]Antara geran dan insentif yang disediakan kepada pengusaha IKS termasuklah skim kewangan, skim geran penyelidikan dan pembangunan, dan sebagainya. [Pengembangan:Ayat Contoh 2]Kemudahan pinjaman yang disediakan pula melalui institusi kewangan kerajaan, seperti Bank Pertanian dan Bank Simpanan Nasional, bank komersial seperti Bank Rakyat dan Bank CIMB, serta syarikat kewangan. [Pengembangan:Ayat Huraian 2 ]Melalui Skim Khas Bank Negara, Bank Negara telah menubuhkan Unit Khas Enterpris Kecil dan Sederhana yang bertujuan membantu perusahaan IKS yang berdaya maju untuk memperoleh pembiayaan. [Ayat Penyimpul]Dengan adanya bantuan dan sokongan kerajaan, IKS nescaya dapat berkembang maju. [Ayat Judul]Dalam pada itu, khidmat nasihat dan perundingan kepakaran turut disediakan oleh pihak kerajaan. [Pengembangan:Ayat Huraian 1]Usahawan dan pelabur yang ingin akan maklumat atau pendedahan lanjut mengenai IKS boleh mendapatkan khidmat nasihat yang disediakan oleh agensi kerajaan dan beberapa badan yang lain. [Pengembangan:Ayat Huraian 2]Para pengusaha memang memerlukan khidmat nasihat dan sokongan teknikal dalam usaha melicinkan operasi IKS agar lebih produktif, dinamik, berdaya maju, dan kos efektif, di samping meningkatkan daya pengeluaran dan kualiti produk, serta pemasaran global. [Pengembangan:Ayat Contoh]Antara agensi yang terlibat dalam khidmat nasihat dan bantuan teknikal termasuklah MARA (skim khidmat pakar perunding MARA), UKM Pakar Runding Sdn. Bhd., dan Persatuan IKS Malaysia. [Pengembangan:Ayat Huraian 3]Tanpa khidmat nasihat dan perundingan kepakaran, pengusaha-pengusaha yang mentah dalam selok-belok pengurusan IKS ataupun baru menceburi bidang ini akan menghadapi pelbagai rintangan. [Ayat Penyimpul]Pendek kata, pihak kerajaan berprakarsa dan beriltizam membantu para usahawan untuk membangunkan IKS dan melipatgandakan perolehan. [Ayat Judul]Tidak ketinggalan juga, kerajaan menyediakan pelbagai program latihan dan pembangunan kepada usahawan dan pelabur yang cenderung mengusahakan aktiviti IKS. [Pengembangan:Ayat Huraian 1] Dalam konteks ini, Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC) merupakan agensi kerajaan utama yang bertanggungjawab menyelaraskan pembangunan IKS. [Pengembangan:Ayat Huraian 2]Selain menawarkan khidmat nasihat berkaitan dengan pembangunan industri, agensi ini menyediakan program latihan dan pembangunan untuk orang ramai dan pengusaha IKS. [Pengembangan:Ayat Contoh]Antaranya termasuklah program rantaian industri, program pembekal global, program peningkatan kemahiran, dan sebagainya. [Pengembangan:Ayat Huraian 3]Bahkan, Majlis Amanah Rakyat (MARA) merupakan agensi kerajaan yang ditubuhkan untuk menggalakkan, membimbing dan melatih penduduk Bumiputera, khususnya di luar bandar, supaya menyertai kegiatan perdagangan dan perusahaan. [Pengembangan:Ayat Contoh 2]Antara program yang ditawarkan ialah latihan keusahawanan, skim latihan

perintisan, dan program promosi pemasaran. [Ayat Penyimpul]Melalui agensi-agensi kerajaan, IKS berdaya maju dan menyumbang kepada iktisad negara. [Ayat Kesimpulan]Secara tuntasnya, kerajaan memainkan peranan yang mustahak dalam memajukan dan merancakkan IKS. [Ayat Peniaian]Hal ini demikian kerana pertumbuhan pesat sektor perkilangan memperlihatkan kepentingan dan peranan IKS yang kian ketara. [Ayat Penilaian]Penglibatan IKS dalam pelbagai jenis aktiviti perkilangan menjadi penggerak dan tulang belakang kepada pertumbuhan sektor perkilangan amnya. [Ayat Penilaian]Kesedaran pelbagai pihak tentang keperluan dalam melahirkan usahawan yang berkemampuan dan bertaraf antarabangsa serta pekerja mahir adalah tinggi. [Ayat Cadangan]Selaras dengan ini, pelbagai pihak telah mula menyedari bahawa salah satu langkah penting dalam mencapai hasrat ini adalah melalui bantuan dan sokongan kepada pembangunan IKS. Jadi, pihak-pihak yang terbabit dalam sektor ini haruslah meneroka dan merintis bidang-bidang IKS baru dengan menghadiri ekspo-ekspo perindustrian di luar negara. [Ayat Harapan]Dengan wujudnya inisiatif dan iltizam, IKS bukan sahaja berdaya maju bahkan menyumbang kepada ekonomi negara sekali gus merealisasikan Wawasan 2020.

Dimensi Antarabangsa/Global/Serantau Malaysia sentiasa prihatin terhadap warga dunia yang ditimpa bencana. Pelbagai bentuk bantuan telah dihulurkan untuk meringankan penderitaan mangsa. Pada pendapat anda, mengapakah kerajaan dan rakyat Malaysia perlu membantu mangsamangsa bencana tersebut.

Mayat bergelimpangan. Bangkai bertaburan. Harta benda musnah. Anak kebuluran. Demikianlah senario gara-gara bencana alam. Kehidupan nescaya akan menjadi sukar untuk mangsa-mangsa bencana alam seperti ribut, banjir, gempa bumi, tsunami, kemarau, dan sebagainya. Siapakah yang dapat membantu mereka? Malaysia boleh. Kita boleh menyumbangkan khidmat bantuan kebajikan dan kemanusiaan kepada mangsa malapetaka alam. Kita boleh memberikan maklumat dan menawarkan bantuan kepakaran dan teknikal dalam usaha membangunkan kawasan yang terbabit. Kita boleh melancarkan tabung kebajikan mangsa bencana di peringkat kebangsaan. Persoalannnya, mengapakah Malaysia perlu membantu mangsa-mangsa bencana tersebut? Inisiatif kerajaan dan rakyat Malaysia yang sanggup menghulurkan bantuan kepada mangsamangsa bencana alam dunia dapat menjalin tali silaturahim dan ukhuwah dengan negara-negara yang terbabit. Apabila kita menyumbangkan apa-apa jua bantuan kepada negara yang dilanda musibah alam, sudah tentu tali persaudaraan dengan rakyat dan negara yang terbabit dapat dipererat. Ketika tsunami besar melanda negara-negara serantau pada tahun 2004, misalnya, Mercy Malaysia yang merupakan sebuah pertubuhan bantuan perubatan sukarela telah menghulurkan bantuan perubatan kepada mangsa-mangsa bencana alam. Bantuan perubatan amat diperlukan dan dihargai kerana mangsa-mangsa bencana bukan sahaja mengalami kecederaan parah bahkan menghidap penyakit berjangkit. Bantuan berupa ini bukan setakat dapat meringankan penderitaan mereka malah tali ukhuwah terjalin dengan negara-negara yang terbabit, bak kata pepatah cubit paha kanan, paha kiri pun merasa juga. Sebagai umat manusia yang berprihatin dan bertimbang rasa, sudah menjadi lumrah manusia untuk menghulurkan bantuan kepada pihak yang memerlukan pertolongan, terutamanya mangsa-mangsa bencana. Mungkin hari ini jiran kita, Indonesia, dilanda bencana alam letusan gunung berapi dan tsunami, mungkin esok Filipina dilanda ribut taufan, dan mungkin lusa kita pula ditimpa bencana tanah runtuh. Dengan erti kata lain, apabila kita senang dan makmur, kita tidak harus berpeluk tubuk menyaksikan kesengsaraan jiran-jiran kita kerana malang tidak berbau dan kemalangan tidak mengenal mangsanya Seelokeloknya, kita menyumbangkan apa-apa juga bantuan baik kewangan, makanan, perubatan mahupun teknikal kepada mana-mana negara yang dilanda musibah alam. Pendek kata, kejadian bencana alam mengundang keprihatinan rakyat Malaysia untuk menghulurkan bantuan. Tanpa mengira sempadan budaya, kaum, agama, mahupun negara, kita perlu menghulurkan tangan membantu mereka yang memerlukan pertolongan. Bahkan, keterlibatan dalam penyumbangan bantuan kepada mangsa-mangsa bencana alam dapat meningkatkan imej kita sebagai negara yang makmur di persada antarabangsa. Kita berbangga dengan kemantapan siasah dan kemapanan iktisad yang sedang kita kecap. Kita mendabik dada dengan ahli sukan kita, terutamanya Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol David. Kita juga harus bermegah dengan kemampuan kita dalam usaha membantu rakan-rakan kita yang dilanda bencana alam di seantero dunia. Seandainya kita mampu menghulurkan bantuan kewangan, rawatan perubatan, ubat-ubatan, makanan, teknikal, kejuruteraan, dan sebagainya, sesungguhnya kita sudah berjaya dan maju dalam segala aspek kehidupan. Dengan kemampuan dan keprihatinan ini, kita dapat meraih keyakinan dan kehormatan bangsa-bangsa maju di empat pojok dunia. Dengan ini, rakyat asing tidak akan teragak-agak untuk melabur di negara kita kerana mereka akan berasa selamat dan bahagia di Bumi Malaysia. Kesannya, kita dapat duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju yang lain.

Sebagai intiha, sumbangan kepada mangsa-mangsa malapetaka alam tanpa mengira bangsa dan negara mencerminkan bahawa rakyat Malaysia berperikemanusiaan. Tidak kira negara yang ditimpa bencana alam itu kaya ataupun miskin, maju ataupun mundur, kawan atau musuh, jiran ataupun sahabat, kita patut menghulurkan tangan memberikan apa-apa jua bantuan agar kesengsaraan dan keazaban mangsa-mangsa bencana dapat dikurangkan. Kita memang mengharapkan kemakmuran dan kebahagiaan di dunia ini tetapi bencana alam adalah di luar kuasa manusia. Jadi, seandainya ditimpa apa-apa jua musibah, eloklah kita menyumbangkan bantuan sekadar yang dapat kerana berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Dalam menghadapi bencana alam, kita bersama-sama mengorak langkah mengurangkan impak musibah alam dan berganding bahu meredakan penderitaan mangsamangsa bencana. Dengan adanya perasaan kemanusiaan dalam kalangan manusia, kita dapat hidup bahagia dan harmoni di dunia ini.

Dimensi Antarabangsa/Global/Serantau Malaysia sentiasa prihatin terhadap warga dunia yang ditimpa bencana. Pelbagai bentuk bantuan telah dihulurkan untuk meringankan penderitaan mangsa. Pada pendapat anda, mengapakah kerajaan dan rakyat Malaysia perlu membantu mangsamangsa bencana tersebut. Mayat bergelimpangan. Bangkai bertaburan. Harta benda musnah. Anak kebuluran. Demikianlah senario gara-gara bencana alam. Kehidupan nescaya akan menjadi sukar untuk mangsa-mangsa bencana alam seperti ribut, banjir, gempa bumi, tsunami, kemarau, dan sebagainya. Siapakah yang dapat membantu mereka? Malaysia boleh. Kita boleh menyumbangkan khidmat bantuan kebajikan dan kemanusiaan kepada mangsa malapetaka alam. Kita boleh memberikan maklumat dan menawarkan bantuan kepakaran dan teknikal

dalam usaha membangunkan kawasan yang terbabit. Kita boleh melancarkan tabung kebajikan mangsa bencana di peringkat kebangsaan. Persoalannnya, mengapakah Malaysia perlu membantu mangsa-mangsa bencana tersebut? Inisiatif kerajaan dan rakyat Malaysia yang sanggup menghulurkan bantuan kepada mangsamangsa bencana alam dunia dapat menjalin tali silaturahim dan ukhuwah dengan negara-negara yang terbabit. Apabila kita menyumbangkan apa-apa jua bantuan kepada negara yang dilanda musibah alam, sudah tentu tali persaudaraan dengan rakyat dan negara yang terbabit dapat dipererat. Ketika tsunami besar melanda negara-negara serantau pada tahun 2004, misalnya, Mercy Malaysia yang merupakan sebuah pertubuhan bantuan perubatan sukarela telah menghulurkan bantuan perubatan kepada mangsa-mangsa bencana alam. Bantuan perubatan amat diperlukan dan dihargai kerana mangsa-mangsa bencana bukan sahaja mengalami kecederaan parah bahkan menghidap penyakit berjangkit. Bantuan berupa ini bukan setakat dapat meringankan penderitaan mereka malah tali ukhuwah terjalin dengan negara-negara yang terbabit, bak kata pepatah cubit paha kanan, paha kiri pun merasa juga. Sebagai umat manusia yang berprihatin dan bertimbang rasa, sudah menjadi lumrah manusia untuk menghulurkan bantuan kepada pihak yang memerlukan pertolongan, terutamanya mangsa-mangsa bencana. Mungkin hari ini jiran kita, Indonesia, dilanda bencana alam letusan gunung berapi dan tsunami, mungkin esok Filipina dilanda ribut taufan, dan mungkin lusa kita pula ditimpa bencana tanah runtuh. Dengan erti kata lain, apabila kita senang dan makmur, kita tidak harus berpeluk tubuk menyaksikan kesengsaraan jiran-jiran kita kerana malang tidak berbau dan kemalangan tidak mengenal mangsanya Seelokeloknya, kita menyumbangkan apa-apa juga bantuan baik kewangan, makanan, perubatan mahupun teknikal kepada mana-mana negara yang dilanda musibah alam. Pendek kata, kejadian bencana alam mengundang keprihatinan rakyat Malaysia untuk menghulurkan bantuan. Tanpa mengira sempadan budaya, kaum, agama, mahupun negara, kita perlu menghulurkan tangan membantu mereka yang memerlukan pertolongan. Bahkan, keterlibatan dalam penyumbangan bantuan kepada mangsa-mangsa bencana alam dapat meningkatkan imej kita sebagai negara yang makmur di persada antarabangsa. Kita berbangga dengan kemantapan siasah dan kemapanan iktisad yang sedang kita kecap. Kita mendabik dada dengan ahli sukan kita, terutamanya Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol David. Kita juga harus bermegah dengan kemampuan kita dalam usaha membantu rakan-rakan kita yang dilanda bencana alam di seantero dunia. Seandainya kita mampu menghulurkan bantuan kewangan, rawatan perubatan, ubat-ubatan, makanan, teknikal, kejuruteraan, dan sebagainya, sesungguhnya kita sudah berjaya dan maju dalam segala aspek kehidupan. Dengan kemampuan dan keprihatinan ini, kita dapat meraih keyakinan dan kehormatan bangsa-bangsa maju di empat pojok dunia. Dengan ini, rakyat asing tidak akan teragak-agak untuk melabur di negara kita kerana mereka akan berasa selamat dan bahagia di Bumi Malaysia. Kesannya, kita dapat duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju yang lain. Sebagai intiha, sumbangan kepada mangsa-mangsa malapetaka alam tanpa mengira bangsa dan negara mencerminkan bahawa rakyat Malaysia berperikemanusiaan. Tidak kira negara yang ditimpa bencana alam itu kaya ataupun miskin, maju ataupun mundur, kawan atau musuh, jiran ataupun sahabat, kita patut menghulurkan tangan memberikan apa-apa jua bantuan agar kesengsaraan dan keazaban mangsa-mangsa bencana dapat dikurangkan. Kita memang mengharapkan kemakmuran dan kebahagiaan di dunia ini tetapi bencana alam

adalah di luar kuasa manusia. Jadi, seandainya ditimpa apa-apa jua musibah, eloklah kita menyumbangkan bantuan sekadar yang dapat kerana berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Dalam menghadapi bencana alam, kita bersama-sama mengorak langkah mengurangkan impak musibah alam dan berganding bahu meredakan penderitaan mangsamangsa bencana. Dengan adanya perasaan kemanusiaan dalam kalangan manusia, kita dapat hidup bahagia dan harmoni di dunia ini.

Anda mungkin juga menyukai