Anda di halaman 1dari 3

Utusan Online

 LAMAN UTAMA
 BERITA
 VIDEOSELECTED
 RENCANA
 HIBURAN
 BISNES
 KOTA
 PENDIDIKAN
 S&T
 GAYA HIDUP
 SUKAN

MENU

 RENCANA
 ›UTAMA

 UTAMA
 FORUM
 BLOG
 AGAMA

CAKNA /
UTAMA
Sejarah dan Perlembagaan Persekutuan
Ku Amirul Faiz Ku Seman
15 Mei 2017 12:00 PM
SETELAH enam dekad Malaysia menjadi sebuah negara merdeka yang berdaulat,
masih terdapat sekumpulan rakyat mempersoalkan dan membangkitkan isu-isu
sensitif yang boleh membawa kepada ketegangan. Permasalahan ini timbul kerana
acap kali Perlembagaan Persekutuan dibaca tanpa melihat sejarahnya.

Kisah penceritaan dan perjalanan negara ini tidak bermula pada 1957 atau 1948
tetapi telah pun bermula sejak zaman kewujudan kerajaan-kerajaan Melayu di
kepulauan ini lagi. Hanya dengan pemahaman ini, rakyat akan lebih jelas mengapa
Suruhanjaya Reid serta wakil-wakil masyarakat telah mencadangkan kerangka
Perlembagaan Persekutuan seperti yang ada sekarang ini. Terdapat beberapa asas
penting dalam pembinaan negara ini. Elemen inilah yang dipanggil elemen
tradisional dalam Perlembagaan Persekutuan.
Terdapat tanggapan salah sesetengah golongan yang menuduh orang Melayu
sebagai kaum pendatang sekali gus menafikan hak bangsa Melayu sebagai
bumiputera. Mengikut golongan ini lagi, memandangkan orang Melayu adalah
kaum pendatang, kaum Melayu tidak sepatutnya mendapat hak istimewa seperti
tanah rizab Melayu dan hak-hak lain di bawah Perkara 153 Perlembagaan
Persekutuan. Hujah dangkal ini timbul dengan hanya bersandar kepada kenyataan
bahawa Parameswara yang membina empayar Melaka telah datang dari tanah
seberang.

Walau bagaimanapun sejarah perlu dibaca mengenai kewujudan kerajaan-kerajaan


Melayu sebelum kewujudan Melaka lagi. Budaya malas membaca seperti ini yang
menyebabkan salah anggapan terus menular dan harus dibendung dengan segera.
Fakta yang tidak pernah diberikan perhatian adalah bahawa Perkara 153 ini
bukanlah satu bentuk diskriminasi tetapi sebetulnya merupakan timbal balik dan
terma kontrak sosial yang telah dipersetujui.

Perkara ini telah diakui dalam Laporan Suruhanjaya Reid yang menyatakan, “Ahli-
ahli Suruhanjaya dilantik atas nama Seri Paduka Baginda Permaisuri dan Duli
Yang Maha Mulia Raja-Raja dengan bidang tugas seperti berikut… Untuk
membuat cadangan bagi persekutuan perlembagaan untuk seluruh negara, yang
ditadbir sendiri dalam Komanwel berdasarkan demokrasi berparlimen dengan
badan perundangan dwi-dewan, yang akan memasukkan peruntukan bagi:… (v)
pemeliharaan kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum
lain.”

Hak ini juga telah diakui oleh pihak Inggeris dalam negeri-negeri Melayu dan ini
telah membuktikan hak istimewa Melayu sentiasa diakui dan diterima pakai.

Elemen kedua yang dikekalkan adalah bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
seperti yang dinyatakan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Bahasa Melayu
pada zaman sebelum era penjajahan bukan sahaja bahasa rasmi kerajaan tetapi
lingua franca yang digunakan untuk perdagangan antarabangsa. Secara tidak
langsung hakikat ini menafikan tuduhan bahawa bahasa Melayu diciplak daripada
bahasa Indonesia.

Atas faktor sejarah inilah, bahasa Melayu seharusnya dimartabatkan dan digunakan
sebagai bahasa kebangsaan yang bertujuan menyatukan rakyat negara ini.

Elemen tradisional yang lain boleh dilihat melalui kedudukan Islam dalam negara.
Islam bukanlah sesuatu yang asing kepada kepulauan Melayu. Ada yang
menyatakan agama Islam ini telah tiba lebih lewat berbanding pengaruh agama
Hindu dan Buddha. Namun apabila Sultan-Sultan kerajaan Melayu menerima dan
memeluk Islam, agama Islam ini telah menjadi sesuatu yang penting dalam
pentadbiran kerajaan Melayu lama.
Malah semasa pengenalan sistem Residen oleh British di negeri-negeri Melayu
Bersekutu, sultan masih lagi berkuasa dalam hal-ehwal agama Islam. Fakta ini
jugalah yang diperjuangkan oleh pemimpin terdahulu yang akhirnya telah
meletakkan Islam sebagai agama negeri dan akhirnya dimasukkan juga sebagai
agama Persekutuan di bawah Perkara 3.

Penerimaan Islam secara holistik memberikan kesan terhadap amalan undang-


undang di negeri Melayu sebelum kedatangan pengaruh kerajaan luar. Buktinya
boleh dilihat dengan pengenalan undang-undang berteraskan syarak seperti
Undang-Undang Kanun Melaka dan Undang-undang 99 Perak. Malah Mahkamah
Kadi juga telah lama diperkenalkan dan bertapak dalam negara ini. Justeru
Mahkamah Syariah serta pengamalan undang-undang Islam adalah teras dalam
sistem perundangan negara.

Elemen tradisional seterusnya boleh dilihat dengan merujuk kepada kelangsungan


institusi raja-raja. Walaupun peranan raja-raja pernah cuba dilumpuhkan oleh
British melalui pengenalan Malayan Union, namun orang-orang Melayu telah
bangun menentang Malayan Union memandangkan kedudukan raja-raja Melayu
itu harus dimartabatkan.

Sebelum tertubuhnya Persekutuan Tanah Melayu, raja-raja adalah ketua bagi


negeri masing-masing. Hanya Negeri-negeri Selat sahaja tidak mempunyai raja-
raja Melayu yang kini diwakili oleh Yang Dipertuan Negeri. Justeru tidaklah adil
sekiranya ada pihak yang menuduh institusi ini tidak relevan sedangkan inilah
rangka pentadbiran yang telah diamalkan sejak dahulu.

Tuntasnya, tanpa penghayatan sejarah ramai masyarakat yang akan


menterjemahkan Perlembagaan Persekutuan ini secara harfiah dan
membandingkan dengan norma-norma antarabangsa sahaja. Sebaliknya, teks
Perlembagaan Persekutuan seharusnya dibaca secara menyeluruh dan dihayati dari
segenap aspek sejarah. Hanya dengan itu kita berupaya memahami impian bapa-
bapa pengasas negara kita yang terdahulu.

PENULIS ialah pengamal undang-undang dan aktivis Concerned Lawyers for


Justice (CLJ).

http://m.utusan.com.my/rencana/utama/sejarah-dan-perlembagaan-persekutuan-
1.481458

Anda mungkin juga menyukai