Anda di halaman 1dari 9

http://www.google.com.my/url?

sa=t&source=web&cd=9&ved=0CCcQFjAI&url=http
%3A%2F%2Fimages.pckhmu2008.multiply.multiplycontent.com%2Fattachment
%2F0%2FR9lOgwoKCq4AAG-8-0w1%2Fpengajaran%2520mikro.doc%3Fkey
%3Dpckhmu2008%3Ajournal%3A12%26nmid%3D86150888&rct=j&q=aktiviti
%20menarik%20perhatian%20murid%20dalam%20kemahiran
%20induksi&ei=CpkpTdn8AsyqrAf-
sLHxDA&usg=AFQjCNHlbpcBl90mABdoKS0TPHMylvrZAw&cad=rja

http://www.geocities.com/jpmmpks/sumber/pmikro01_am.htm

PENGAJARAN MIKRO*
Pengajaran mikro diasaskan di Universiti Stanford pada
tahun 1963. Pada tahun 1969, Allen dan Ryan
memantapkan konsep dan menjadikannya satu teknik
latihan.

Pengajaran mikro bermaksud latihan pengajaran praktik


yang dipermudah dari segi skop dan organisasinya. Istilah
mikro menggambarkan sesuatu yang kecil seperti
microscope dan microwave. Dalam pengajaran mikro tiga
aspek diperkecil iaitu saiz kelas, masa mengajar, dan
kemahiran mengajar. Kesimpulannya, pengajaran mikro
adalah satu peristiwa mengajar yang kecil. Lawannya ialah
pengajaran makro iaitu proses mengajar dalam kelas biasa.
Perbezaan antara pengajaran mikro dan makro:

Situasi Mikro

o Kelas kecil (5 - 8 orang murid)

o Guru pelatih berperanan sebagai murid

o Waktu mengajar diringkaskan (5 - 10 minit)

o Tumpuan kepada satu kemahiran sahaja

o Tidak perlu ke sekolah

o Keadaan luar biasa kerana dilaksanakan di dalam


makmal

Situasi Makro
o Kelas sebenar (40 orang atau lebih

o Perlu murid sebenar di sekolah

o Waktu mengajar sebenar (30 minit atau lebih)

o Pelbagai kemahiran digunakan

o Dilaksanakan di sekolah sebenar

o Keadaan lebih biasa kerana dalam keadaan


sebenar

Organisasi Ringkas Pengajaran Mikro

o Taklimat Penyelia memperkenal kemahiran yang


hendak dicuba dan memberi peluang kepada guru
pelatih membuat persediaan.
o Mengajar Guru pelatih mengajar selama kira-kira 5
8 minit dengan memberi tumpuan rapi kepada
kemahiran yang telah dikenal pasti.
o Sesi Kritik Perbincangan diadakan tentang
kemahiran yang dicuba antara guru pelatih
berkenaan, rakan sebaya dan penyelia.
o Mengajar Semula Jika sesi kritik kurang
memuaskan, guru pelatih akan mengajar semula,
tetapi kepada kumpulan pelajar yang berlainan.
Jika masa tidak mengizinkan, sesi mengajar semula boleh
ditiadakan.

Rasional Pengajaran Mikro

o Proses mengajar adalah kompleks dan memerlukan


pengetahuan dan kemahiran-kemahiran tertentu
dalam berbagai-bagai bidang.
o Proses kompleks itu boleh dianalisis dan dipecahkan
kepada pendekatan-pendekatan dan kemahiran-
kemahiran spesifik.
o Sebahagian besar kemahiran tersebut boleh dipelajari
satu persatu dalam situasi simulasi.
o Guru-guru pelatih perlu diberi latihan yang
bersistematik supaya mereka menguasai kemahiran-
kemahiran itu.
o Mereka yang menguasai kemahiran-kemahiran itu
akan menjadi guru yang lebih yakin dan efektif dalam
situasi sebenar nanti.

Ciri-ciri Penting

o Guru pelatih mencuba kemahiran mengajar. Lazimnya


setiap sesi tertumpu kepada satu kemahiran. Sesi
mengajar semula hendaklah diadakan sehinggalah
kemahiran itu dikuasai.
o Oleh sebab pengajaran berfokus kepada kemahiran,
topik atau mata pelajaran tidaklah sebegitu penting.
Seseorang guru pelatih itu boleh mengajar sebarang
topik asalkan tumpuannya adalah terhadap
kemahiran yang telah dikenal pasti. Semangat
collegiality amatlah penting dalam pengajaran mikro.
Penyelia dan guru pelatih hendaklah menganggap
setiap ahli sebagai rakan sejawatan yang mempunyai
semangat bantu-membantu dan kerjasama yang
tinggi.
o Dalam situasi seperti (c) di atas, setiap peserta akan
sanggup mengkritik dan menerima kritikan secara
membina. Sesi ini bukanlah sesi menghentam atau
membalas dendam.
o Sesi pengajaran mikro bertujuan untuk mencuba
kemahiran. Oleh yang demikian, tidaklah sesuai jika
ianya digunakan sebagai sesi penilaian kebolehan
mengajar.

Objektif Pengajaran Mikro

Melalui aktiviti ini, guru-guru pelatih dapat mencuba pelbagai


teknik mengajar secara berkesan dan menjadikannya
sebagai aktiviti tambahan dan aktiviti persediaan bagi latihan
mengajar sebenar di sekolah. Tujuannya ialah untuk
memberi peluang kepada guru-guru pelatih

o menjalani latihan amali dalam situasi mikro yang lebih


mudah diawasi;
o menguasai kemahiran-kemahiran mengajar satu
persatu;
o memerhati prestasi mereka sebagai guru dalam
situasi-situasi mengajar tertentu;
o mengkritik diri sendiri, mengenal pasti kelemahan-
kelemahan mengajar dan berusaha mengatasi
kelemahan-kelemahan tersebut;
o meningkatkan kepekaan dan meninggikan keyakinan
diri supaya mereka boleh mengajar dengan lebih
efektif dalam situasi bilik darjah sebenar.

Peranan Pensyarah/Penyelia

Pensyarah sepatutnya memainkan peranan aktif pada


peringkat permulaan dan kemudian menjadi fasilitator sahaja
apabila guru pelatih sudah tahu cara-cara melaksanakan
aktiviti ini. Aspek-aspek yang perlu diberi perhatian ialah
seperti yang berikut:

(a) Pendedahan sistematis tentang kemahiran yang hendak


dikuasai:
o konsep asas, definisi dan sebagainya
o contohan dalam model visual: penyelia sendiri atau
bahan filem/video yang sesuai
o ciri-ciri kemahiran dan borang bimbingan yang akan
digunakan
(b) Peluang bagi guru pelatih mencuba kemahiran dalam
situasi yang kurang mencabar:
o masa yang cukup untuk persediaan mengajar
o menentukan peranan ahli-ahli kumpulan lain
o persediaan yang rapi tentang sumber-sumber dan
media yang akan digunakan
o mengajar dalam situasi mikro dari segi masa,
kemahiran dan saiz kelas
(c) Maklum balas spesifik tentang kemahiran yang
digunakan

*Risalah Kurus Peningkatan Profesionalisme Pensyarah-


pensyarah Baru Institut/Maktab Perguruan 1996 anjuran
Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan
Malaysia.

KEMAHIRAN PENGAJARAN MIKRO


INDUKSI SET

Tujuan

o Mendapatkan perhatian murid


o Memudahkan murid memahami pelajaran yang akan
diikuti nanti kerana maklumat awal yang berkaitan
dengan pelajaran yang diajar telah diketahui mereka
o Cuba melibatkan murid dan menambahkan minat
untuk mengetahui /mempelajari pelajaran tersebut
o Menimbulkan rasa ingin tahu yang tinggi.

Bila Induksi Set Digunakan?

o Memulakan pelajaran baharu

o Mengenalkan sesuatu konsep/prinsip

o Memulakan aktiviti untuk memperoleh kemahiran


seperti kemahiran bahasa
Memulakan satu sesi soal jawab

o Mengubah cara penyampaian apabila murid kurang/


tidak faham
Memulakan kerja amali

Bagaimanakah caranya?

o Guru bercerita

o Menjalankan aktiviti yang menarik seperti nyanyian,


lakonan, simulasi dan lain-lain
o Menggunakan alat bantu mengajar

o Bersoal-jawab-yakni menyoal pengalaman harian


murid atau murid bercerita
o Menggunakan teknik memeranjatkan seperti
menjatuhkan sesuatu, mengeluarkan bunyi ganjil dan
sebagainya
o Menggunakan isu-isu yang mencabar murid misalnya
Purdah perlu ditegah di sekolah
o Tunjuk cara contoh mengajar satu proses baru dalam
matematik.

PENYAMPAIAN

Amalkan strategi-strategi yang berikut

o Segera mulakan pengajaran agar murid tidak ternanti-


nanti sedangkan mereka telah bersedia.
o Induksi set perlu menarik minat murid dan dapat
memberi kesan.
o Kembangkan pelajaran langkah demi langkah tanpa
gangguan.
o Mulakan daripada prinsip mudah kepada susah dan
sebagainya
o Percakapan guru (jelas, tidak terlalu cepat, boleh
diikuti oleh semua murid).
o Elakkan gangguan menerima (contoh: terlalu banyak
berjalan, melambung kapur atau penerangan tidak
licin).
o Bahasa tertib, terang, sesuai dengan keadaan
pencapaian bahasa daerah.
o Penyoalan baik taburannya, dan berkaitan dengan
objektif atau isi pelajaran.
Teknik menyoal dilakukan dengan betul.
o Memberikan bimbingan kepada murid-murid secara
beransur-ansur hingga akhirnya mereka boleh
berdikari.
o Berikan peneguhan seperti ganjaran (pujian, galakan
dll)
o Berikan latihan-latihan supaya kemahiran-kemahiran
yang diberikan itu teguh dalam ingatan murid.
o Awasi segala latihan dengan teliti.
o Adakan variasi (mengubah-ubah) dalam cara
penyampaian:
o guru bergerak bebas tetapi tidak terlalu
pantas dan mengganggu
o pusatkan perhatian murid secara lisan (beri
arahan tertentu) atau bukan lisan (senyum,
angguk kepala dsb)
o pelbagaikan interaksi; guru-kumpulan, guru-
murid (individu), murid-murid
o adakan hentian sebentar untuk murid berfikir
selepas penerangan
o pelbagaikan pengalaman (penerimaan) deria
seperti mendengar, melaihat dan merasa

STRATEGI PENGAJARAN

PEMILIHAN ALAT BANTU MENGAJAR (MEDIA


PENGAJARAN)

1. Pertimbangkan alat-alat itu dengan jumlah murid yang


akan melihat (menggunakan)--pastikan cukup atau
tidak.
2. Pilih alat-alat yang sesuai dengan umur murid.
Misalnya, murid-murid yang lebih muda mungkin
memerlukan pengalaman sebenar melalui benda-
benda maujud yang boleh dipegang atau diteliti atau
dilihat dengan lebih jelas seperti gambar-gambar
warna, kad imbasan, pita rakaman dan sebagainya.
Manakala murid-murid yang lebih dewasa
memerlukan alat-alat berbentuk simbol, carta, rajah,
peta dan lain-lain.
3. Alat-alat yang dipilih itu hendaklah sesuai dan
berkaitan dengan isi pelajaran yang hendak
disampaikan.
4. Alat-alat yang digunakan hendaklah dipilih daipada
alat-alat yang sesuai dengan objektif nanti.
5. Alat-alat itu praktis di dalam bilik darjah, yakni
bergantung pada saiz bilik darjah, sesuai dengan
keadaan fizikal bilik darjah atau ada sumber elektrik,
plug dan sebagainya.
6. Alat yang dipilih itu mudah dibawa, mudah digunakan
pada masa yang dikehendaki yakni penggunaannya
tidak begitu rumit sehingga mengganggu kelancaran
penyampaian pelajaran.
7. Pilih alat-alat yang dikira paling berkesan atau cepat
memberi kesan ke atas pembelajaran murid.
8. Alat-alat yang dipilih itu hendaklah menarik, jelas
gambarannya, tidak terlalu kusut hingga sukar
difahami. Warnanya juga tidak terlalu garang atau
gelap hingga memeningkan kepala atau terlalu gelap.
9. Pilihlah alat-alat yang tidak memerlukan kos
perbelanjaan yang tinggi untuk mengadakannya dan
seelok-eloknya ialah alat-alat yang mudah dibuat
sendiri dengan menggunakan sumber-sumber yang
terdapat di sekeliling dan murah pula harganya.

PENGUKUHAN MURID

o Isyarat lisan yang positif: Gunakan perkataan bagus,


baik, syabas apabila memberi jawapan yang baik.
o Isyarat tambahan lisan yang positif: Contoh: bersuara
seperti uh, um, ya, ya untuk galakkan murid
mengambil bahagian atau meneruskan jawapan.
o Isyarat bukan lisan yang positif: Senyuman, angguk
kepala, menulis jawapan murid di papan tulis, melihat
dan memandang mereka dengan wajah berminat dan
mesra.
o Isyarat lisan yang negatif: Elakkan kata-kata tidak
berasas, salah sama sekali jawapan itu dan
sebagainya.
o Isyarat tambahan lisan yang negatif: Elakkan
daripada merungut, mengganggu murid ketika
mereka sedang memberi pendapat.
o Isyarat bukan lisan yang negatif: Elakkan daripada
masam muka, menghina, menunjukkan sikap tidak
sabar dan merungut-rungut.

PENYERTAAN/PENGLIBATAN MURID

o Ada aktiviti murid yang selaras dengan objektif dan


aras pencapaian.
o Ada aktiviti yang timbul secara sukarela / minat, ch.
murid angkat tangan, beri pendapat dll.
o Murid-murid giat mengambil bahagian dalam aktiviti
kumpulan.
o Guru mewujudkan pelbagai corak interaksi dengan
murid. Contohnya: guru-kumpulan, kumpulan-guru,
guru-murid, individu-guru, murid-murid.
o Guru menggalakkan murid yang pendiam memberi
jawapan/ mengambil bahagian.
o Guru menggunakan teknik supaya murid cuba
menjawab, mengulas, menambah jawapan rakan
yang lain.

Guru menggunakan pelbagai pengukuhan lisan (memuji,


menggalak) dan bukan lisan untuk menggalakkan
penglibatan murid dalam pelajaran.

Anda mungkin juga menyukai