Anda di halaman 1dari 24

PENGENALAN

Kemahiran berbahasa menjadi asas kepada penguasaan sesuatu bahasa baku.


Kemahiran berbahasa ialah gabungan pelbagai kemahiran seperti mendengar, bertutur,
membaca, menulis dan berfikir. Penguasaan kesemua kemahiran ini amat penting supaya
proses pengajaran dan pempelajaran harian berjalan dengan lancar dan berefektif.
Manakala, Literasi Bahasa merupakan kemampuan ataupun kebolehan menggabungkan
keseluruhan kemahiran berbahasa. Namun terdapat pengecualian bagi mereka yang
mempunyai kecacatan kekal pendengaran dan pertuturan.
Perkataan literasi berasal daripada perkataan Bahasa Inggeris iaitu literacy yang
membawa maksud kenal huruf. Menurut Mahzan Arshad (2008) kemahiran literasi adalah
kemampuan minimum murid untuk membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu. Individu
yang boleh membaca dan menulis suatu penyataan yang pendek dan mudah dalam
kehidupan seharian dikategorikan sebagai orang yang berkeupayaan literasi. Penakrifan ini
telah dinyatakan oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-bangsa
Bersatu (UNESCO).
Selain itu, Brozo & Simpson (1999) memberi pendapat bahawa kegiatan literasi
dalam bahasa merupakan langkah membina makna. Manakala, makna dibina apabila
wujudnya interaksi antara murid dengan teks serta konteks persekitaraan yang dialami.
Maka, jelaslah bahawa literasi berperanan sebagai wahana yang membantu para murid
untuk menikmati dan menghargai keupayaan berinteraksi dengan teks, alam sekeliling dan
individu lain. Secara keseluruhannya, Literasi Bahasa Melayu adalah kemampuan murid
menguasai kemahiran asas dalam Bahasa Melayu secara minimum sebelum ke tahap yang
lebih mantap.

TUGASAN 1
Menghuraikan komponen pengamatan
yang terdiri daripada aktiviti pembelajaran
pengamatan penglihatan seperti yang
disenaraikan.

1.1 Konsep Pengamatan

Pengamatan adalah unsur dominan dalam proses kognitif. Namun, pengamatan


bukan dikatakan sebagai satu proses yang lazim. Hal ini disebabkan, pengamatan tidak
berlaku secara automatik. Pengamatan ialah kemahiran yang boleh dipelajari dan
dikembangkan. Proses pengamatan melebihi peringkat pendaftaran rangsangan

yang

diberi kepada manusia. Pengamatan sering dikaitkan dengan tahap kecerdasan golongan
kanak-kanak. Walaubagaimanapun, kemahiran ini masih boleh diajar kepada kanak-kanak
yang lemah dalam pelajaran agar dapat meningkatkan prestasi murid-murid tersebut.
Selain itu, pengamatan ditakrifkan sebagai proses menjelaskan peranan pancaindera
dengan bantuan pengalaman yang lalu dan berhubung rapat dengan pemikiran seseorang.
Noresah Baharom et. Al. (2002) berpendapat bahawa pengamatan merujuk kepada proses
pengawasan dan penelitian. Manakala, Janet W.Learner (1971) dalam bukunya yang
berjudul Children With Learning Disabilities menyatakan pengamatan merupakan proses
mengumpul maklumat daripada tindak balas pancaindera dengan bantuan kemahiran
intelek. 3 peringkat proses pengamatan ialah penerimaan, pemprosesan data dan tindak
balas.
Di samping itu, Kewujudan rangsangan luar yang boleh dikesan oleh anggota deria,
seperti mata untuk melihat, telinga untuk mendengar, hidung untuk menghidu, lidah untuk
merasa dan kulit untuk menyentuh. Hal ini demikian, pengamatan adalah satu proses
mental dan neurologi yang merangsangkan pembentukan konsep-konsep yang jelas dan
tepat. Namun, gangguan yang dialami dari segi mental ataupun neurologi akan menjejaskan
ataupun

menghalang

proses

pengamatan

daripada

elemen

mengingat

mendiskriminasikan, memahami konsep dan segala kemahiran pengamatan.

kembali,

Rajah 1: Proses Pengamatan

pengamatan

lihat

hidu
Pentafsiran + pengalaman lampau
rasa
dengar
sentuh

rangsangan

2
1.2 Aktiviti Pembelajaran Pengamatan Penglihatan
Proses pengamatan dibahagi kepada 3 jenis

termasuk pegamatan penglihatan,

pengamatan pendengaran dan juga aktiviti pergerakan tangan dan mata. Di samping itu,
sebanyak 14 aktiviti pembelajaran yang dapat dilaksanakan dalam proses pengamatan
penglihatan. Antaranya, ingat kembali, turutan, benda tersembunyi,

pembalikan bentuk,

menyalin, pertalian jarak dan ruang, ketetapan bentuk atau rajah, diskriminasi, orientasi
kedudukan, mencari jalan keluar, menyudahkan dan melengkapkan, koordinasi mata dan
tangan, rajah latar belakang serta gambar bersiri.

1.2.1 Ingat Kembali


Ingat kembali merupakan aktiviti pertama dalam komponen pengamatan penglihatan.
Tujuan utama menjalankan aktiviti ingat kembali iaitu memberi latihan kepada para murid
agar dapat mengingat kembali apa juga yang diamati sebelumnya. Aktiviti ini boleh
dilaksanakan dengan menggunakan himpunan bahan maujud ataupun konkrit yang ditutup
dengan kertas atau kain. Selain itu, aktiviti bagi komponen tersebut boleh dijalankan
menerusi gambar. Contohnya menggunakan kad imbasan ataupun flash cards. Kedua-dua
langkah yang telah disebut di atas adalah sesuai untuk menguji keupayaan dan kebolehan
murid secara individu.
Semasa melaksanakan aktiviti ingat kembali menggunakan bahan maujud, guru
perlu meminta para murid untuk mengumpul sebanyak mungkin bahan maujud di sesuatu
lokasi. Sebaiknya menggunakan bahan maujud yang bersaiz kecil yang terdapat di
sekeliling murid tersebut. Setelah itu, seorang murid dijemput untuk meneliti semua bahan
tersebut sebelum ditutup menggunakan kain atau kertas yang bukan lut sinar. Seterusnya,
guru meminta murid menyebutkan kembali bahan maujud yang dilihat. Pada masa yang
sama guru perlu mencatatkan markah yang diperoleh dalam senarai semak. Kesukaran
akan wujud apabila terdapat murid yang tidak dapat mengingat dan menyebut semula nama
bahan konkrit.
Apabila menggunakan kad imbasan ataupun juga dikenali sebagai flash cards guru
perlu menunjukkan dahulu flash cards yang mengandungi gambar pelbagai jenis bentuk,
saiz, warna dan rupa yang berbeza kepada anak murid untuk tempoh yang singkat.
Seterusnya, murid-murid diminta menunjukkan gambar yang sepadan dengan bentuk yang
telah ditunjukkan pada kad imbasan tadi. Guru boleh uji dengan bilangan gangguan
pengamatan yang sedikit dahulu kemudian berperingkat jumlahnya. Dengan ini, para murid

bukan sahaja diuji dari segi rupa ataupun bentuk geometri tetapi juga diuji komponen
pengamatan dari segi warna dan saiz.

3
1.2.2 Turutan
Turutan merupakan salah satu komponen pengamatan penglihatan sering digunakan
oleh guru dalam proses pembelajaran dan pengajaran harian di bilik darjah. Tujuannya iaitu
memberi latihan kepada anak murid untuk megingat dan menyusun semula aktiviti-aktiviti
bersiri. Lazimnya, aktiviti pembelajaran pengamatan penglihatan seperti ini digunakan oleh
guru yang mengajar matapelajaran Sains.Kebaikan melaksanakan aktiviti ini ialah guru
dapat menguji tahap keupayaan murid untuk megingat susunan sesuatu proses. Contohnya,
urutan peristiwa pada gambar, huruf ataupun nombor. Namun, kesukaran boleh berlaku
apabila terdapat murid tidak boleh mengingat sesuatu mengikut susunan. Contohnya,
susunan huruf dalam sesuatu perkataan.

1.2.3 Benda Tersembunyi


Aktiviti mengesan objek tersembunyi adalah satu aktiviti yang agak menarik. Contoh
pelaksanaan ialah dengan memberi sekeping gambar, guru boleh mengarahkan muridmurid untuk mencari dan mengesan semua objek yang tersembunyi dalm gambar
berkenaan. Objek yang perlu dicari boleh diberi dalam bentuk objek, huruf ataupun nombor.
Murid boleh membulatkan ataupun mewarnakan objek yang telah dicari olehnya. Selain itu,
aktiviti ini meningkatkan sifat inkuiri anak murid.
Tambahan pula, melatih murid-murid untuk menyelesaikan masalah dan berfikir.
Maka di sini, guru boleh menguji keupayaan ataupun kebolehan anak murid untuk
menyelesaikan masalah secara abstrak. Para murid tidak akan jemu membuat latihan ini.
Justeru, aktiviti ini merangkumi dan memberi latihan untuk beberapa aspek seperti melihat,
berfikir dan mewarnakan. Walaubagaimanapun, kesukaran dalam komponen pengamatan
pengilihatan

ini

boleh

terjadi apabila murid

tersebut

mengalami

masalah

untuk

menyelesaikan masalah yang abstrak.

1.2.4 Pembalikan Bentuk


Aktiviti pembalikan bentuk dilakukan bagi menguji kebolehan dan keupayaan para
murid untuk membezakan bentuk asal sesuatu bentuk, huruf, nombor, gambar ataupun
perkataan. Contoh aktiviti yang boleh guru melaksanakan di bilik darjah bersama anak
muridnya ialah aktiviti seperti jigsaw puzzle. Selain itu, guru boleh membina satu aktiviti

pembalikan yang agak mudah dengan menggunting sesuatu gambar seperti gambar
kartun dalam bentuk segi empat.

4
Kemudian minta murid-murid menyusun kepingan gambar tersebut

supaya

melengkapkan gambar tersebut. Aktiviti ini boleh dijalankan secara pasangan ataupun
dalam kumpulan. Permainan ini boleh dikategorikan ataupun diklasifikasikan sebagai main
koperatif. Kanak-kanak bermain dalam kumpulan dan bekerjasama untuk mencapai
matlamat. Kesukaran dalam komponen pengamatan ini akan berlaku sekiranya seseorang
murid tersebut tidak boleh membezakan bentuk

asal sesebuah bentuk, gambar, huruf,

nombor ataupun perkataan.

1.2.5 Menyalin
Tujuan utama komponen pengamatan aktiviti menyalin adalah untuk melatih anak
murid agar dapat menghasilkan apa jua yang telah dilihat. Di samping tu, komponen
pengamatan ini membuka ruang kepada para murid untuk menyalin sesuatu huruf , bentuk,
nombor mahupun ayat. Teknik meniru imej yang tersimpan dalam memori untuk tempoh
yang singkat dapat menguji tahap ingatan murid-murid sama ada berjaya melukis semula
imej yang telah diamati. Namun, kesukaran terjadi ketika berlakunya ketidakbolehan murid
untuk menyalin sesuatu bentuk, huruf, nombor, gambar, perkataan atau ayat.

1.2.6 Pertalian jarak dan ruang


Keupayaan dan kebolehan anak murid untuk membuat agakan terhadap sesuatu
saiz, jarak kanan dan jarak kiri secara hubungan antara satu objek dengan objek lain boleh
diuji melalui aktiviti pertalian jarak dan ruang ini. Antara bahan rangsangan yang lazimnya
digunakan dalam komponen pengamatan ini ialah kad imbasan yang merangkumi pelbagai
susunan titik. Contohnya, guru boleh meminta murid-murid untuk menggariskan mana-mana
dua titik yang paling jauh, paling hampir ataupun gabungan kedua-dua jarak sehingga
menghasilkan pelbagai jenis corak.
Tambahan pula guru boleh juga memberi peluang kepada anak

murid untuk

menghasilkan sesuatu corak yang menarik menggunakan akal fikiran masing-masing.


Secara tidak langsung aktiviti pengamatan ini dapat meningkatkan daya kreatif para murid.

Manakala, ketidakbolehan murid untuk mengagak sesuatu saiz, jarak kanan dan iri serta
hubungan antara satu objek dengan objek yang lain akan menimbulkan kesukaran dalam
komponen pengamatan ini.

5
1.2.7 Ketetapan bentuk atau rajah
Komponen pengamatan seterusnya iaitu ketetapan bentuk ataupun rajah. Aktiviti
pengamatan penglihatan ini dilaksanakan dengan tujuan untuk menguji tahap kebolehan
ataupun keupayaan murid dalam mencari imej dan objek yang tersembunyi. Di samping itu,
anak murid dapat mengetahui bahawa sesuatu huruf, nombor ataupun gambar mempunyai
bentuk yang tetap dan tidak akan berubah bentuknya dalam apajua situasi . Walaupun
disorok dengan tujuan bagi menguji minda murid-murid.

1.2.8 Diskriminasi
Aktiviti diskriminasi juga dikenali dengan nama seperti diskriminasi penglihatan atau
visual. Diskriminasi penglihatan boleh dilaksanakan dengan 2 cara yang berlainan.
Pertamanya, diskriminasi objek yang sama. Keduanya, diskriminasi objek yang berbeza
ataupun ganjil. Kelebihan komponen diskriminasi ialah dapat menguji keupayaan para murid
untuk melihat dan mengamati persamaan dan perbezaan, gambar, huruf, perkataan dan
bentuk geometri,. Terdapat 2 tujuan yang ketara dalam aktiviti pembelajaran pengamatan
penglihatan ini.
Antara tujuan aktiviti diskriminasi penglihatan iaitu membimbing dan membolehkan
anak murid untuk membezakan perkataan, huruf, nombor dan perkataan yang hampir
mempunyai struktur sama. Tujuan seterusnya iaitu melatih murid-murid untuk mencari ciriciri atau kriteria persamaan yang terdapat pada objek, huruf, nombor dan corak. Namun,
sifat murid seperti ketidakbolehan untuk membezakan warna, saiz, huruf, nombor, bentuk,
dan perkataan akan menimbulkan kesukaran dalam aspek diskriminasi.

1.2.9 Orientasi kedudukan


Aktiviti orientasi kedudukan merupakan antara komponen pengamatan penglihatan.
Tujuannya iaitu menguji tahap kebolehan dan keupayaan para murid untuk membezakan
kedudukan sesuatu objek, bentuk ataupun gambar. Sebagai contoh guru memberi beberapa

kepingan gambar yang mempunyai ciri-ciri yang sama tetapi membezakan kedudukan salah
satu gambar tersebut. Manakala, murid perlu mengesan gambar berkenaan yang
kedudukannya berbeza atau ganjil. Kesukaran dikesan apabila berlakunya ketidakbolehan
murid untuk membezakan kedudukan gambar berkenaan atau bentuk, huruf dan nombor
tersebut.
6
1.2.10 Mencari jalan keluar
Aktiviti mencari jalan keluar juga dikenali sebagai Mazing Games. Antara tujuan
komponen pengamatan penglihaan ini adalah unutk memberi latihan kepada murid agar
dapat menyelesaikan sesuatu masalah melalui aktiviti mencari jalan keluar daripada tahap
mudah ke tahap yang lebih susah. Selain itu, aktiviti ini dapat menguji kesabaran dan
kesanggupan para murid dalam menyelesaikan sesuatu masalah.
Kaedah menyelesaikan masalah yang diaplikasikan ataupun diamalkan dalam
komponen pengamatan ini adalah teknik cuba dan jaya. Aktiviti ini akan mengalakkan anak
murid untuk berfikir dan berusaha sedaya upaya. Walabagaimanapun, ketidakbolehan
murid-murid untuk menyelesaikan sesuatu masalah akan menyebabkan wujudnya
kesukaran dalam komponen pengamatan penglihatan ini.

1.2.11 Menyudahkan dan melengkapkan


Komponen pengamatan ini akan membantu guru untuk menguji tahap keupayaan
dan kebolehan murid dalm memgenali sesuatu huruf, objek, nombor, gambar dan
perkataan. Manakala, tujuannya adalah melatih anak murid agar mampu menyudahkan dan
melengkapkan huruf, objek, nombor, gambar dan perkataan. Contoh cara menguji ialah guru
meminta murid-murid memadankan gambar kepala dan ekor haiwan yang dipisahkan.
Selain itu, kesukaran dalam komponen ini terjadi apabila berlaku ketidakbolehan murid
untuk mengenal sesuatu gambar, benda, objek, nombor, perkataan atau ayat.

1.2.12 Koordinasi mata dan tangan


Aktiviti koordinasi mata dan tangan ini dapat melatih murid-murid supaya dapat
menyelaraskan pergerakan motor mata dan tangan serta fahaman arah kiri, kanan. Antara
contoh aktviti yang guru boleh melaksanakan bersama dengan murid-muridnya ialah
mengubahsuai dawai mata punai dan menyalurkan bekalan elektrik yang mempunyai

tekanan rendah, iaitu menggunakan beberapa buah bateri kering (1.5 volts) dan sebiji
mentol kecil.

7
Jika pembaris besi bersentuhan dengan dawai pada sepanjang laluan yang
ditetapkan maka mentol akan menyala. Secara tidak langsung ini menunjukkan koordinasi
mata dan tangan murid tersebut tidak berjaya. Aktiviti ini direka khas dan diubah suai
berdasarkan Kidz Labs Buzz Wire Science. Pergerakan tangan yang lambat, cara
memegang pensel yang tidak mantap menandakan ketidakbolehan seseoang murid untuk
menyeleraskan pergerakan motor mata dan tangan. Seterusya, suasana ini menyebabkan
berlakunya kesukaran.

1.2.13 Rajah latar belakang


Aktiviti rajah latar belakang dapat menguji tahap kebolehan dan keupayaan para
murid untuk mengesan dan menentukan jenis imej seperti nombor, huruf dan bentuk dari
latar belakang sesuatu rajah. Kemudian guru meminta murid untuk melukis semula bentuk
yang ada pada sehelai kertas. Tujuannya adalah untuk memberi latihan kepada anak murid
untuk menyelesaikan sesuatu masalah secara abstrak.
Contoh aktiviti ialah mengesan bentuk geometri yang disusun secara berlapis dalam
sebuah rajah. Murid yang mempunyai pengamatan penglihatan yang baik akan dapat
mengesan bentuk geometri secara berasingan. Namun, apabila berlakunya ketidakbolehan
dalam kalangan murid untuk menentukan bentuk, objek atau nombor dari latar belakang
sesuatu gambar atau rajah maka kesukaran akan terjadi.

1.2.14 Gambar bersiri


Gambar bersiri merupakan komponen pengamatan yang terakhir. Komponen ini
akan menguji daya ingatan para murid untuk mengingat kembali jalan cerita. Contohnya,
sebuah filem pendek, cerita ataupun drama. Kebolehan murid untuk mengingat jalan cerita
ataupun sinopsis daripada satu babak kepada babak lain akan diuji. Seterusnya, muridmurid akan cuba untuk menyusun gambar mengikut urutan yang betul berdasarkan bahan

rangsangan yang ditayangkan sebelumnya. Kesukaran dalam komponen pengamatan


penglihatan ini boleh wujud apabila seseoarng murid tidak boleh mengikut cerita dari satu
babak ke satu babak yang lain secara berefekif.

TUGASAN 2
Menghasilkan lembaran kerja dengan
memilih 7 daripada 14 aktiviti pengamatan
penglihatan seperti yang disenaraikan.

2.1 Ingat Kembali

Latihan 1

Arahan: Lihat dan ingat bentuk ini.

9
Latihan 2

Arahan: Lihat dan ingat bentuk ini.

10
2.2 Benda Tersembunyi

Latihan 1

Arahan: Cari benda tersembunyi (Pensel, Buah Epal, Buah Oren, Huruf B dan Nombor 7)

11
2.3 Menyalin

Latihan 1

Arahan : Lihat dan melukis semula.

12

Latihan 2

Arahan : Lihat dan tulis semula.

Z
8
m
13
2.4 Ketepatan Bentuk atau Rajah

Latihan 1

Arahan : Kawan-kawan dalam gambar ini terdapat 5 daun. Mari kita cari bersama-sama
dan tandakan (x).

14
2.5 Orientasi Kedudukan

Latihan 1

Arahan: Warnakan gambar yang ganjil.

15
Latihan 2

Arahan: Bulatkan gambar yang ganjil.

16

2.6 Menyudahkan dan Melengkapkan

Latihan 1

Arahan: Padankan gambar ini.

17

2.7 Gambar Bersiri

Latihan 1

Arahan : Nomborkan gambar mengikut urutan yang betul.

18
RUMUSAN

Di sini sebagai seorang bakal guru, saya dapat memahami bahawa pengamatan
adalah proses yang penting yang menjelaskan tugas-tugas pancaindera dengan bantuan
pengalaman lampau dan berhubung rapat dengan pemikiran manusia. Ia tidak diwarisi
daripada ibu bapa dan boleh dikembangkan oleh seseorang individu. Manakala,
pengamatan penglihatan

menjadi asas ataupun dominan kepada ketiga-tiga jenis

pengamatan. Walaubagaimanapun, kesukaran mungkin berlaku disebabkan oleh punca


luaran (external) ataupun punca dalaman (internal).
Namun, ciri-ciri kesukaran ini dapat diatasi dengan cara menggunakan bahan
maujud ataupun konkrit dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) supaya muridmurid dapat pengetahuan secara terus. Seterusnya, guru harus menggunakan pelbagai
teknik mengajar agar dapat mengenalpasti dan memahami potensi, kebolehan seseorang
murid. Guru juga harus memberi latihan siri atupun latih tubi untuk komponen pengamatan
penglihatan. Cara ini akan membolehkan para murid untuk mengingat untuk jangka masa
panjang dan kekal.
Akhirnya, pada era globalisasi ini seorang guru bertanggungjawab bukan setakat
pengajar tetapi juga sebagai pengurus pendidikan dan pembimbing iaitu fasilitator. Sebagai
bakal guru harus menimba sebanyak mungkin llmu supaya dapat disampaikan kepada para
murid di sekolah. Semasa bertugas di sekolah seorang guru harus mengajar selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan supaya P&P berjalan lancar dan dapat melahirkan
generasi yang berguna kepada masyarakat dan Negara Malaysia.

BIBLIOGRAFI

Brozo, W.G., & Simpson, M.L. (1999). Readers, teachers, learners: Expanding literacy
across the content areas. (3rd Edition). New Jersey: Merril Prentic Hall.

Janet W.L (1971). Children with learning disabilities: Theories, diagnosis and teaching
strategies. Boston: Houghton Miffin.

Khairuddin Mohamad. (2011). Literasi Bahasa Melayu. Selangor: Oxford Fajar Sdn.Bhd.

Khairuddin Mohamad, Zaridah Ramli (2015). Literasi Bahasa Melayu. (Edisi Kedua)
Selangor: Oxford Fajar Sdn.Bhd.

Mahzan Arshad. (2008). Pendidikan Literasi Bahasa Melayu: Stategi perancangan dan
pelaksanaan. Kuala Lumpur: Utusan Pub. & Distribution Sdn.Bhd.

Noresah Baharum et al. (Ed). (2002). Kamus Dewan. (Edisi ke-3). Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

http://literasibahasamelayu.blogspot.com/2010/09/malam-raya-di-giant-senawang.html

https://www.google.com.my/search?
q=gambar+tunggal+bahagian+a&espv=2&biw=1350&biteknik-menjawab-bm-upsr-bahagianformat.html%3B1510%3B1070

https://www.google.com.my/search?
q=gambar+bersiri+bina+ayat&es_sm=93&tbm=isch&tbo=u&source=univ&sa=X&ei=95vyVP
uNFsy9ugTJ-YH4Dg&ved=0CBwQsAQ

Anda mungkin juga menyukai