Anda di halaman 1dari 21

HALAMAN PENGAKUAN

Saya mengakui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan
ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan :
Nama

: SANTHIAH A/P SUNTHARARAJU

No K/P

: 950628-01-6032

Tarikh

: 06 APRIL 2015

HALAMAN JUDUL

TAJUK:

TOPIK-TOPIK DOKUMEN STANDARD KURIKULUM TAHUN 4 DAN TAHUN 5


MELAHIRKAN WARGANEGARA YANG BERPATRIOTIK DAN JATI DIRI

Jabatan Sains Sosial


IPG Kampus Tuanku Bainun,
14000 Mengkuang, Bukit Mertajam,
Pulau Pinang.

II

PENGHARGAAN

Selamat sejahtera dan salam satu Malaysia. Saya Santhiah a/p Sunthararaju dari
kelas 2 PISMP SEJARAH, amat bersyukur kepada Tuhan yang Maha Mulia kerana dengan
limpah kurnianya saya telah berjaya menyiapkan kerja kursus ini dengan sebaik mungkin.
Pertama sekali, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada pensyarah saya
iaitu En.Zahari bin Zainal kerana beliau telah mejadi pedoman dan pembimbing saya untuk
melengkapkan kerja kursus ini. Beliau telah mengajar saya pelbagai teknik yang berkesan
untuk menghasilkan suatu kerja kursus yang berkualiti dan sempurna.
Seterusnya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibubapa saya,
En.Sunthraraju a/l Marimuthu dan Pn.Suba a/p Subbramaniam yang telah membantu saya
dari aspek kewangan bagi menyiapkan kerja kursus ini. Mereka juga telah memberi
sokongan moral kepada saya bagi menyiapkan kerja kursus ini tepat pada masa yang telah
ditetapkan. Ucapan penghargaan saya juga khas ditujukan kepada rakan-rakan sekelas
saya yang telah sudi meluangkan masa bersama saya di perpusatakaan bagi mengumpul
bahan untuk kerja kursus.
Akhirnya, penghargaan ini saya tujukan kepada semua pihak yang telah menolong
saya secara langsung dan juga secara tidak langsung untuk menyiapkan tugasan ini dengan
cemerlang. Semoga tuhan dapat membalas jasa kalian dan segala usaha yang telah saya
ambil bagi menyiapkan kerja kursus ini. Bantuan dari semua pihak, tidak mungkin saya
dapat lupakan dan segala bantuan yang telah diberikan kepada saya amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.

III

SENARAI KANDUNGAN

MUKASURAT

HALAMAN PENGAKUAN

HALAMAN JUDUL

II

PENGHARGAAN

III

SENARAI KANDUNGAN

IV

Pengenalan

Topik-topik Dokumen Standard Kurikulum Sejarah melahirkan


warganegara yang berpatriotik dan jati diri

Refleksi

13

Rumusan

15

BIBLIOGRAFI
LAMPIRAN

Pengenalan

Berdasarkan konteks pendidikan Malaysia,kurikulum boleh didefinisikan sebagai satu


rancangan yang meliputi segala ilmu pengetahuan serta kemahiran, nilai-nilai norma, unsur
kebudayaan dan kepercayaan masyarakat Malaysia. Manakala, kandungan kurikulum
dirancang dan disusun sesuai mengikut tahap umur murid dan matapelajaran. Sejak
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) diperkenalkan, matapelajaran Sejarah diberi
nafas baru serta menjadi matapelajaran teras yang wajib untuk semua murid mulai tahun 4.
Kurikulum Sejarah dihasilkan untuk menerapkan semangat patriotik serta elemen
kewarganegaraan dan nilai sivik dalam kehidupan seharian murid. Tujuan ini dapat
direalisasikan berpandukan topik-topik yang terkandung dalam standard kandungan serta
standard pembelajaran. Kandungan matapelajaran Sejarah juga disusun secara tematik
yang membincangkan pengenalan negara dan identitinya, sejarah awal negara dan
warisannya serta kedaulatan dan kejayaan negara.

Topik-topik Dokumen Standard Kurikulum Sejarah melahirkan warganegara yang


berpatriotik dan jati diri
Terdapat 5 topik untuk tahun 4 dan 4 topik bagi tahun 5 yang terkandung dalam
Dokumen Standard Kurikulum Sejarah. 9 buah topik ini menekankan pembinaan jati diri dan
semangat patriotik dalam kalangan murid sekolah di Tahap II. Menurut Dewan Bahasa, jati
diri bermakna identiti diri, keperibadian diri yang masih utuh dengan nilai-nilai adat, budaya,
agama, bangsa dan negara serta menjadi teras dan lambang keperibadian seseorang
individu ataupun sesuatu bangsa. Manakala, perkataan patriotik berasal daripada perkataan
patriot yang bermaksud orang yang mencintai dan mempertahankan kedaulatan
negaranya.
Topik 1 sehingga topik 5 yang terdapat dalam Buku Teks Sejarah Tahun 4
dipersembahkan dengan pelbagai cara yang menarik berdasarkan tema Sejarah Awal
Negara. Tema ini dibahagikan kepada 5 tajuk dan 11 unit secara sistematik dan tersusun.
Dengan ini murid-murid boleh menguasai sesuatu topik dengan lebih mendalam ataupun
terperinci dan mudah untuk difahami dengan jelas. Seterusnya, membolehkan para murid
untuk menceritakan balik

hasil pembelajarannya, mencernakan idea baru,

serta

menerapkan nilai-nilai murni.


Manakala, topik 1 sehingga topik 4 yang terkandung dalam

Buku Teks Sejarah

Tahun 5 dibahagikan kepada 12 unit dan ditulis untuk memenuhi matlamat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan yang harmonis. Buku Teks Tingkatan 5
merupakn kesinambungan daripada Buku Teks Tahun 4. Tema Sejarah Tahun 5 ialah
Kedaulatan negara. Tema ini menjadi elemen penting dalam proses pembinaan sahsiah dan
jati diri murid di peringkat rendah. Pelbagai jenis pendekatan pembelajarn aktif disediakan
atas tujuan meningkatkan minat dan membantu murid menghayati ilmu sejarah dengan lebih
berkesan.
Pelbagai isu, unsur dan perkara-perkara penting telah dimasukkan dalam Dokumen
Stadard Kurikulum Sejarah Tahun 4 dan Tahun 5. Hal ini meningkatkan ilmu pengetahuan
murid dan menimbulkan semangat inkuiri iaitu sifat ingin tahu dalam kalangan murid
sekolah. Kesannya, mereka akan berusaha secara sendiri dengan meneroka internet
ataupun mana-mana media sosial untuk mendapat maklumat yang lebih mendalam. Aktiviti
ini meningkatkan dan menggalakkan minat dan budaya membaca dalam kalangan anak
murid.Secara langsungnya, murid-murid dapat melibatkan diri dan menceburi kemudahan
dan kecanggihan ICT.

2
Pertamanya, seseorang manusia harus mengenali dahulu latar belakang diri dan
keluarga suapaya dapat mengetahui asal usul ataupun warisan keluarga secara terperinci.
Kepentingan mengenali diri sendiri dan keluarga telah dipertimbangkan dalam pembentukan
Dokumen Standard Kurikulum Sejarah. Sebagai contoh, tajuk 1 yang bernama Mari Belajar
Sejarah dalam buku teks Sejarah Tahun 4. Seterusnya, tajuk ini menjelaskan murid-murid
untuk mengenali diri dan keluarga mereka. Murid-murid boleh melakukan sesi perbualan
dengan keluarga masing-masing untuk mengumpul beberapa maklumat penting, warisan
dan sejarah keluarga yang tidak boleh diketahui daripada orang lain.
Melalui pembelajaran ini hubungan silaturahim antara murid dan juga ahli
keluarganya dapat dieratkan. Murid-murid akan bermula untuk tanggungjawab atas
menjaga keluarganya. Murid- murid juga akan mendapat peluang untuk menyesuaikan dri
mereka mengikut tradisi dan keperluan keluarganya. Perubahan ketara ataupun drastik
boleh dinampak dalam tingkah laku serta perwatakan seseorang murid secara automatik.
Kesannya, semua orang akan mendapat peluang untuk mengetahui asal usul keluarganya
dan pasti akan berasa bangga, tanggungjawab dan situasi kelaurga boleh menggalakkan
pembinaan jati diri dan patriotik yang kukuh.
Seterusnya, peristiwa Sejarah membawa maksud apa-apa peristiwa yang sudah
berlalu dan bermakna. Peristiwa yang baik ataupun buruk boleh dikatakan sebagai peristiwa
sejarah peristiwa tersebut perlu bermakna. Setiap peristiwa yang berlaku pasti mempunyai
sebab dan akibatnya. Kita dapat memahami sesuatu peristiwa sejarah dengan mengetahui
sebab dan akibatnya. Unsur ini diperkenalkan kepada murid tahap II melalui Dokumen
Standard Kurikulum Sejarah. Buktinya, peristiwa kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu
yang diterangkan dalam unit 1 di bawah tajuk 1, buku teks Sejarah Tahun 4.Murid-murid
didedahkan kepada satu peristiwa sejarah yang bermakna.
Peristiwa sejarah ini telah berlaku melalui perundingan antara Tunku Abdul Rahman
dengan pihak British. Murid-murid mendapat peluang untuk mengetahui bahawa Tunku
Abdul Rahman sebagai Bapa Kemerdekaan. Seterusnya, mereka akan mendapat tahu
bahawa kemerdekaan ialah akibat daripada perundingan tersebut. Selain itu, murid-murid
akan mendapat ilmu tentang proses kemerdekaan dan memahami bahawa kemerdekaan
merupakan hasil daripada usaha tokoh-tokoh yang mewakili kaum Melayu, Cina dan India.
Dengan ini, pemibinaan jati diri dan semangat patriotik disemai dengan efektif dalam hati
mereka dengan memahami proses kemerdekaan serta konsep sebab dan akibat.

3
Selain itu, Bahasa Melayu ialah lingua franca ataupun bahasa pemersatu. Lingua
franca dimaksudkan sebagai bahasa yang dikongsi bersama oleh rakyat dalam
perhubungan rasmi dan kehidupan bermasyarakat. Dalam konteks Negara Bangsa
Malaysia, Bahasa Melayu adalah Bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi. Dokumen
Standard Kurikulum Sejarah menerangkan kepentingan mempelajari Bahasa Melayu.
Contohnya, Unit 3 di bawah topik 1 dalam buku teks Sejarah Tahun 5 iaitu Bahasa Melayu
Warisan Kita menerangkan asal usul Bahasa Melayu.
Murid-murid juga didedahkan dengan penggunaan Bahasa Melayu dalam pelbagai
bidang seperti pentadbiran, pendidikan dan sosial. Kesannya, murid-murid akan menyedar
kepentingan memelihara dan menjaga serta bertutur Bahasa Melayu. Mereka juga akan
memahami bahasa sebagai identiti negara Malaysia yang mengekalkan perpaduan
masyarakat. Seterusnya, memikirkan cara mengekalkan bahasa Melayu sebagai warisan
kebanggaan negara. Pemikiran dan kesedaran ini akan menggalakkan pembinaan jati diri
dan semangat patriotik dalam kalangan anak murid.
Di samping itu, bendera Kebangsaan negara Malaysia ialah Jalur Gemilang.
Bendera Kebangsaan juga lambang kebesaran dan kedaulatan negara kita. Dokumen
Standard Kurikulum Sejarah memberi keutamaan ataupun kepentingan kepada bendera
kebangsaan. Hal ini disebabkan unit 9 yang bertajuk Bendera Berkibar di bawah tajuk 4
dalam buku teks Sejarah Tahun 5 menceritakan banyak perkara tentang bendera
kebangsaan. Murid-murid mendapat peluang untuk mempelajari sejarah yang berkaitan
dengan negara bermula dari sekolah. Oleh itu, murid-murid dapat melihatkan proses
perkembangan negara Malaysia secara peringkat.Unit 9 akan menjelaskan dahulu asal usul
nama bendera kebangsaan.
Diikuti dengan sejarah ataupun proses penciptaan bendera kebangsaan iaitu Jalur
Gemilang. Keduanya, murid-murid akan didedahkan dengan makna Jalur Gemilang secara
mendalam. Seterusnya, murid akan diajar serta dibimbing oleh guru untuk melukis Jalur
Gemilang mengikut cara dan nisbah yang betul dan tepat. Para murid juga akan mengenali
etika menaik dan menurunkan bendera. Pada akhir sesi proses pembelajaran dan
pengajaran (P&P) murid mampu menjelaskan kepentingan Jalur Gemilang kepada rakyat
Malaysia. Mereka juga akan mengetahui tujuan mengibarkan dan menghormati bendera
kebangsaan. Dengan ini pembinaan jati diri dan penerapan semangat patriotik berlaku
secara automatik.

4
Tambahan pula, tradisi membawa maksud kebiasaan, sesuatu yang telah dilakukan
ataupun

diteruskan

untuk

sejak

lama

seperti

pakaian,

makanan,

tarian,

seni

mempertahankan diri dan alat muzik yang telah menjadi sebahagian dalam kehidupan
sesuatu kelompok masyarakat. Golongan kanak-kanak merupakan pembawa ataupun
penyambung tradisi kepada generasi seterusnya pada masa depan. Sebagai sebuah
negara yang terdiri daripada pelbagai kaum, kita kaya dengan pelbagai tradisi ataupun
warisan yang unik. Pengamalan dan pengekalan warisan diterangkan dalam subtopik
Warisan kita di bawah unit 2, buku teks Sejarah Tahun4.
Ini menunjukkan Dokumen Standard Kurikulum Sejarah memberi kepentingan
kepada warisan negara kita. Misalnya, murid-murid didedahkan dengan tradisi tarian dan
alat muzik pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India dan lain-lain. Guru juga membimbing
murid dengan menjelaskan tradisi lain seperti pakaian, makan kepada anak muridnya.
Dengan ini murid boleh memahami konsep warisan dan dapat menghargai tradisi kaum lain.
Mereka juga akan menyedar tanggungjawab masing-masing sebagai penyambung warisan.
Dengan ini murid-murid dapat meningkatkan jati diri dan semangat patriotik dengan
mempertahankan tradisi masing-masing dan menghormati tradisi lain.
Seterunsya, manusia prasejarah merupakan manusia yang tinggal pada zaman
prasejarah. Zaman prasejarah pula membawa maksud zaman manusia belum mengenali
ataupun memiliki sistem tulisan. Kewujudan manusia prasejarah dapat diketahui melalui
kaedah gali cari dan kajian arkeologi. Zaman prasejarah telah dimasukkan dalam Dokumen
Standara Kurikulum Sejarah. Contohnya, unit 6 di bawah tajuk 3 iaitu Zaman Prasejarah
yang terkandung dalam buku teks Sejarah Tahun 4. Tajuk ini memberi satu peluang emasa
kepada para murid untuk dapatkan gambaran dan berimaginasi tentang suasana kehidupan
pada zaman Paleolitik, Neolitik dan Logam. Mereka memperoleh ilmu dan maklumat
mengenai cara hidup manusia pada zaman prasejarah.
Murid-murid juga boleh mengetahui cara pemikiran manusia prasejarah. Contohnya,
penciptaan seperti beliung, kapak menunjukkan kemahiran ataupun sifat inovatif dan kreatif
yang terdapat dalam kalangan manusia prasejarah. Murid juga boleh memahami
kepentingan dan keperluan sistem tulisan kepada kumpulan manusia. Di samping itu, muridmurid akan menghargai segala kemudahan yang mereka dapat merasai pada zaman ini.
Murid-murid

akan

mula

berasa

syukur

dan

bertanggungjawab

untuk

menjaga

persekitarannya. Impaknya, sifat menghargai yang muncul dalam hati murid akan
menyumbang kepada pembinaan jati diri dan semanagat patrotik yang mendalam.

5
Yang di-Pertuan Agong ataupun Raja Malaysia ialah ketua rasmi bagi negara Malaysia.
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong merupakan gelaran rasmi ketua negara Malaysia.
Peranan Yang di-Pertuan Agong adalah luas dan tertakluk kepada perlembagaan. Hal ini kerana
negara kita mengamalkan sistem raja berperlembagaan. Yang di-Pertuan Agong Malaysia
sekarang ialah Sultan Abdul Halim Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dari negeri
Kedah. dalam Dokumen Standard Kurikulum Sejarah Tahun 5.
Buktinya, tajuk 3 dalam buku teks Sejarah Tahun 5 iaitu Yang di-Pertuan Agong
memberi huraiana dan maklumat terperinci mengenai institusi Yang-diPertuan Agong.
Pembelajara tajuk ini mendedahkan cara ataupun istiadat pelantikan, alat kebesaran diraja dan
bidang kuasa Raja Berperlembagaan kepada murid supaya murid-murid boleh mengetahui dan
memahami kedudukan dan kuasa Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara kita. Hasil
pemebelajaran tajuk ini ialah semangat patriotisme dan cinta akan negara serta jati diri akan
terus dipupuk melalui penghormatan dan sanjungan yang diberikan kepada institusi Yang diPertuan Agong.

Lebih-labih lagi, menghargai masa ialah satu nilai murni yang perlu diikuti oleh
semua orang. Hal ini kerana setiap detik yang sudah berlalu tidak boleh dapatkan kembali.
Masa ialah berharga seperti peribahasa masa itu emas. Orang Jepun sangat mementingkan
masa dan dicontohi oleh semua negara bukan setakat di benua Asia tetapi di seluruh dunia
ini. Latihan yang berterusan akan menjadi amalan, tabiat ataupun budaya, seterusya
membina sikap yang utuh dalam diri manusia. Dokumen Standard Kurikulum Sejarah juga
memasukkan elemen menghargai masa dalam buku teks Tahun 4 iaitu dalam tajuk
Menghargai Masa dibawah topik 1.
Tajuk ini menjelaskan kepentingan merancang masa kepada murid. Murid-murid
juga dididik supaya mengisi masa dengan perkara yang bermanfaat, sihat dan positif. Selain
itu, guru akan membimbing untuk menyediakan satu jadual mingguan dengan kaedah yang
betul. Aktiviti seperti ini akan menggalakkan murid untuk menghargai masa. Anak murid
diberi pendedahan untuk merancang dan menguruskan masa untuk memastikan semua
aktiviti dilaksanakan dengan lancar dan sempurna. Di samping itu, murid-murid dapat
mengenalpasti serta menyatakan kesan- kesan tidak merancang masa dengan baik.

Akhirnya, sikap menghargai masa akan membentuk insan yang mempunyai jati diri dan
semangat patriotik.

6
Sehubungan itu, alam sekitar adalah satu sistem yang dinamik dan manusia adalah
salah satu elemen di dalamnya. Pada umumnya, manusia bergantung kepada alam sekitar
untuk mendapatkan bahan mentah seperti logam, barangan yang dikongsi awam seperti
gas, oksigen dan sebagainya. Alam juga adalah penerima luahan ke udara, air dan bumi.
Dokumen Standard Kurikulum Sejarah mengajar murid untuk menghargai alam sekitar.
Misalnya, subtopik yang bertajuk Pentingnya Alam Sekitar dalam unit 5 di bawah topik
2,buku teks Sejarah Tahun 4 menjelaskan kepentingan alam sekitar kepada manusia.
Tajuk ini memberi pendedahan awal kepada murid-murid sekolah tentang peranan
alam sekitar. Tajuk ini juga menjelaskan kesan ataupun akibat aktiviti manusia seperti
pemusnahan hutan. Punca pencemaran alam sekitar juga diterangkan secara ringkas. Hasil
daripada pembelajaran ini, para murid dapat mengetahui dan mengembangkan ilmunya
mengenai isu-isu alam sekitar yang semangkin berleluasa. Mereka juga boleh memahami
dan menyeneraikan langkah-langkah pencegahan ataupun cara memelihara alam sekitar.
Dengan ini, murid dapat membina jati diri untuk menjaga alam sekiar.
Jata Negara merupakan lambang negara Malaysia. Jata negara ialah identiti negara
kita yang telah diperkenankan oleh Raja-raja Melayu. Bagi tujuan semua orang boleh
mengenali simbol negara, jata negara telah dimasukkan dan menjadi sebahagian daripada
Dokumen Standard Kurikulum Sejarah iaitu unit 8 di bawah tajuk 4 dalam buku teks Sejarah
Tahun 5. Pendedahan simbol negara kepada murid-murid merupakan langkah yang baik
untuk membina generasi yang bangga terhadap kemegahan negara Malaysia. Lambanglambang yang terkandung dalam jata negara dijealskan kepada murid-murid melalui unit 8.
Pembelajaran ini akan menambahkan ilmu pengetahuan murid dalam hal-hal negara.
Mereka juga akan dibimbing oleh guru untuk mengenalpasti lambang jata negara pada
dokumen-dokumen rasmi dan bangunan pentadbiran negara. Seterusnya, para murid akan
memahami bahawa lambang-lambang pada Jata negara ialah melambangkan negeri-negeri
di Malaysia. Hasilnya, murid-murid akan mengamalakan tanggungjawab warganegara

Malaysia, iaitu memahami dan menghayati makna lambang negara dan akan menghormati
Jata negara sebagai simbol perpaduan. Kesedaran tentang peranan masing-masing
sebagai warganegara akan membuka ruang kepada pembinaan jati diri dan semangat
patriotik.

7
Selanjutan itu, tanggungjawab ialah kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan
melaksanakan tugas serta kewajipan yang diamanahkan dengan sempurna. Contoh-contoh
tingkah laku bertanggungjawab ialah berpegang kepada janji dan bertanggungjawab atas
sesuatu kesilapan. Seseorang yang bertanggungjawab akan dipercayai dan
dengan keupayaannya. Bagi

diyakini

menjelaskan dan menyedarkan murid-murid tentang

tanggungjawab mereka sebagai murid, anak, kakak, abang, kawan dan warganegara
amalan

tanggungjawab

dihuraikan

dalam

Dokumen

Standard

Kandungan

Sejarah.Contohnya, tajuk Tanggungjawab Saya dalam Unit 11 di bawah topik 5 buku teks
Sejarah Tahun 4.
Tanggungjawab rakyat dalam mempertahankan kedaulatan negara daripada
ancaman musuh ditunjukkan melalui perwatakan Laksamana Hang Tuah. Semasa guru
mengajarkan topik ini, murid-murid akan berasa menarik dan kebarangkalian untuk
perwatakan Hang Tuah diteladani dan dicontohi adalah tinggi. Murid-murid akan memahami
kepentingan sikap tanggungjawab melalui perwatakan Hang Tuah. Maka, mereka akan
menyedari

bahawa

sikap

bertanggungjawab

menjamin

kesempurnaan

tugas

dan

kesejahteraan hidup. Akhirnya, sikap tanggunjawab yang timbul dalam diri mereka akan
menggalakan pembinaan jati dan semangat patriotik.
Semangat

kekitaan

merupakan

semangat

bekerjasama

ataupun

semangat

persaudaraan dalam sesuatu kumpulan seperti masyarakat . Kerjasama ialah aset yang
penting terutamanya bagi negara kita yang pendudukunya terdiri daripada pelbagai kaum
dan agama. Maka, maknad dan kepentingan kerjasama ataupun semangat kekitaan harus
ditekankan kepada anak murid sejak di bangu sekolah. Dokumen Standard Kurikulum
Sejarah telah menyelitkan semangat kekitaan ataupun perpaduan dalam Sejarah Tahun
5.Misalnya, topik Mufakat Membawa Berkat di bawah unit 6 dalam tajuk Perjuangan
Kemerdekaan Negara memberi peristiwa-peristiwa sejarah yang merupakan hasil daripada
muafakat rakyat.

Contoh peristiwa-peristiwa ini telah menyerlahkan kesan dan kejayaan muafakat


rakyat dan pemimpin pada masa tersebut. Penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara
Kaum (CLC) dan kemenangan Parti Perikatan dalam Pilihanraya Majlis Perundangan
Persekutuan 1953 dapat menjelsakan generasi muda tentang kepentingan semangat
kekitaan unutk mempertahankan kedaulatan negara kita. Mereka akan memehami bahawa
melalui semangat persaudaraan segala perkara dapat diselesaikan dan perselisihan
ataupun konflik dapat dielakkan. Dengan menyedari dan memahami konsep, kepentingan
dan kesan muafakat, jati diri dan patriotik dapat disemai dalam minda murid- murid kecil.

8
Lagu kebangsaan pada umumnya adalah sebuah gubahan muzik bersifat setia
negara yang diiktiraf oleh sebuah negara sebagai lagu rasminya. Negaraku merupakan lagu
kebangsaan negara Malaysia. Pengetahuan dan asal usul lagu kebangsaan diberikan dan
didedahkan kepada murid-murid sekolah tahap II melalui kandungan Dokumen Standard
Kurikulum Sejarah. Contohnya, unit 10 yang bertajuk Negaraku dalam buku teks Sejarah
Tahun 5 menerangkan proses penciptaan, maksud dan kepentingan lagu kebangsaan.
Murid-murid juga diberi penjelasan untuk memahami lirik dan maksud lagu kebangsaan.
Di samping itu, etika menyanyikan lagu negaraku diterangkan secara jelas dan
murid-murid akan mengamalkan etika menyanyikan lagu kebangsaan setiap kali pada waktu
perhimpunan. Murid-murid dapat memahami lagu kebangsaan sebagai symbol kebanggaan
dan kedaulatan negara. Seterusnya, para murid akan dibimbing oleh guru untuk
menghormati lagu kebangsaan dalam pelbagai situasi. Segala pengajaran ini akan
membentuk golongan murid untuk menghormati lagu kebangsaan dan seterusnya
menyerlahkan semangat patriotik dan membentuk jati diri sejak kecil lagi.
Selain

itu,

kebijaksanaan

ialah

sifat

pemikiran

yang

cerdik,

kepandaian

menggunakan akal fikiran serta kecekapan berfikir dan ia berbeza mengikut setiap orang
dan juga situasi. Setiap orang perlu memiliki dan mengembangkan kebijaksanaan mereka
supaya dapat menghadapi masalah dengan tabah dan boleh menyelesaikan masalah
tersebut dengan mudah dan tidak perlu bargantung kepada orang lain untuk mengambil
sesuatu masalah. Sifat ataupun kemahiran perlu diterapkan kepada kanak-kanak supaya
mereka dapat mengaplikasinya dalam kehidupan seharian dan menjadi satu tabiat. Maka,
unsur kebijaksanaan diambil kira dalam Dokumen Standard Kurikulum Sejarah.Contohnya,
salah satu subtopik dalam unit 10 iaitu Kebijaksanaan Tun Perak dan juga subtopik dalam
unit 11 yang bertajuk Kebijaksanaan Laksamana Hang Tuah.

Subtopik-subtopik ini membincangkan dan menerangkan cara tokoh ataupun


pemimpin tersebut bertindak menggunakan kebijaksanaan dalam keadaaan-keadaan yang
tertentu. Murid-murid juga dapat memahami kesan kebijaksanaan pemimpin tersebut.
Misalnya, kebijaksanaan Bendahara Tun Perak dalam mengkalahkan serangan Siam
sebanyak dua kali. Manakala,kebijaksanaan Laksmana Hang Tuah menyerlah apabila
mempersiapkan pertahanan Melaka daripada serangan musuh. Dengan ini murid-murid
dapat mengambil iktibar dan terus berusaha untuk megamalkan kebijaksanaan dalam
kehidupan seperti pemimpin ini. Hasilnya, manak murid dapat membina jati diri dan patriotik
dalam diri mereka.
9

Penjajahan serta campur tangan pihak British di negara kita telah menimbulkan rasa
tidak puas hati dan semangat perjuangan dalam kalangan pemimpin tempatan. Pemimpinpemimpin ini merupakan golongan pejuang yang telah memimpin rakyat untuk terus
berjuang dengan gigih untuk mempertahankan kedaulatan tanah air. Bagi mengenang jasa
dan menghormati sumbangan serta pengorbanan tokoh tempatan, Dokumen Standard
Kurikulum Sejarah telah menjelaskan peranan mereka dalam buku teks Sejarah Tahun 5.
Misalnya, unit 5 yang berjudul Perjuangan Tokoh Tempatan dibawah tajuk 2 iaitu
Perjuangan Merdeka Negara.
Topik Perjuangan Tokoh Tempatan memperkenalkan tokoh tempatan seperti
Rentap, Dol Said, Tok Janggut, Mat Salleh, Antanom, Dato Maharaja Lela, Haji Abdul
Rahman Limbong, Yamtuan Antah dan Dato Bahaman kepada anak-anak muda. Muridmurid dapat memahami dan mengambil iktibar daripada perjuangan tokoh-tokoh tempatan.
Selain itu, para murid juga akan mengenali tokoh- tokoh kedamaian seperti Pak Sako, Tun
Tan Cheng Lock, S.A.Ganapathy dan Lily Eberwein. Melalui pembacaan cerita tokoh-tokoh
ini murid boleh memahami pelbagai cara berjuang dan akan berubah seorang rakyat yang
berguna kepada negara. Tanggungjawab yang telah lahir dalam diri mereka menerusi
pembacaan sejarah tokoh akan membina jati diri dan semangat patriotik yang utuh.
Kebersihan dibahagikan kepada dua kategori iaitu kebersihan fizikal dan kebersihan
mental. Kebersihan fizikal adalah gabungan daripada kebersihan diri dan kebersihan
persekitaran. Manakala, kebersihan mental pula adalah kebersihan pertuturan, perlakuan,
pemikiran dan kerohanian. Kebersihan merupakan sikap yang harus dipupuk sejak di
bangku sekolah. Dokumen Standard Kurikulum Sejarah juga memberi fokus ataupun
tumpuan kepada aspek kebersihan. Buktinya, tajuk Indahnya Alam Sekitar di bawah unit 7

dalam buku teks Tahun 4 menjelaskan keperluan kebersihan persisiran pantai. Gambar
yang dipaparkan dalam buku teks mengambarkan situasi sebuah persisiran pantai yang
telah mengalami pencemaran.
Gambar ini memudahkan murid-murid untuk melihat dan memahami kesan
pencemaran pantai denganlebih jelas. Murid-murid diberi peluang untuk memikirkan,
mengkaji dan membincangkan tentang faktor-faktor pencemaran pantai. Mereka juga dapat
mengenalpasti aktiviti-aktiviti manusia yang mengakibatkan pencemaran pantai.Guru pula
akan membing para murid untuk melakukan aktiviti pembersihan di sekitar sekolah. Hal ini
akan

menolong

murid-murid

untuk

menyedari

dan

menghindari

daripada

aktivti

mencemarkan pantai. Akhirnya kesedaran tentang kebersihan akan meneruskan pembinaan


jati diri dan semangat patriotik.
10
Di samping itu, kesetiaan merupakan perkataan sinonim dengan perkataanperkataan seperti teguh hati, tetap hati cekal dan patuh. Sifat kesetiaan ialah amalan yang
perlu diikuti oleh semua insan. Bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungya sifat
kesetiaan ini harus diajar sejak kecil lagi supaya dipraktikkan dan menjadi kebiasaan dalam
kehidupan seharian. Justeru, Dokumen Standard Kurikulum Sejarah menyelitkan ceritacerita yang mementingkan sifat kesetiaan. Sebagai contoh, Unit 11 di bawah topik 5 buku
teks Sejarah Tahun 4, tajuknya Hang Tuah sebagai Laksamana Melaka.
. Di bawah tajuk ini terdapat subtopik yang bertajuk Kesetiaan Tak berbelah Bagi.
Subtopik ini menjelaskan riwayat hidup, peranan dan contoh peristiwa yang dipetik daripada
Hikayat Hang Tuah. Kesetiaan Hang Tuah terhadap Sultan Melaka dijelaskan kepada para
murid dengan contoh peristiwa yang sesuai. Kesannya, murid akan bermula untuk meniru
perwatakan Hang Tuah dan belajar untuk menunjukkan kesetiaan kepada pemimpin negara.
Seterusnya, sifat kesetiaan yang disemai dalam hati murid akan menggalakan pembinaan
jati diri dan semangat patriotik secara semula jadi.
Bunga Kebangsaan iaitu bunga raya, juga dikenali sebagai bunga sepatu dan kembang
sepatu (Hibiscus rosasinensis) ialah sejenis tumbuhan berbunga sepanjang tahun dan sering
ditanam sebagai pokok hiasan. Bunga Kebangsaan merupakan satu simbol ataupun lambang
negara Malaysia. Ilmu tentang bunga kebangsaan disertakan dalam Dokumen Standard
Kurikulum Sejarah. Contohnya, unit 2 Bunga Kebangsaan di bawah topik 4 dalam buku teks
Sejarah Tahun 5. Unit ini menjelaskan banyak maklumat penting tentang bunga kebangsaan
Malaysia.Unit ini memberi peluang kepada murid untuk mengetahui dan mengenalpasti ciri-ciri
bunga raya seperti warna dan bilangan kelopak.

Selain itu, topik ini menghuraikan serba sedikit mengenai asal usul pemilihan bunga
kebangsaan Malaysia. Di samping itu, murid dapat mengetahui keistimewaan bunga
kebangsaan Malaysia ataupun bunga raya. Dengan ini murid akan mengenali sejarah pemilihan
bunga raya. Pada masa yang sama murid-murid juga akan memperoleh ilmu tambahan seperti
keistimewaan bunga raya. Secara tidak langsung, keharmonian dalam kalangan masyarakat
Malaysia dapat dipupuk. Pada akhir sesi pembelejara topik ini para murid akan berasa
bertanggungjawab serta mengjormati bunga kebangsaan negara kita. Hasilnya, pengukuhan
dalam aspek pembinaan jati diri dan patriotik akan dikembangkan secara semula jadi.

11
Agama bermakna kepercayaan kepada Tuhan. Agama mempunyai makna yang lebih
luas serta merujuk kepada satu sistem kepercayaan yang kohensif. Kepercayaan ini adalah
mengenai aspek ketuhanan dan melibatkan sebuah komuniti manusia. Dokumen Standard
Kurikulum Sejarah mementingkan dan menerapkan aspek keagmaan. Misalnya, unit 2 yang
bertajuk Warisan Islam di Malaysia di bawah tajuk 1 dalam buku teks Sejarah Tahun 5
menjelaskan pengamalan agama Islam di negara Malaysia. Tajuk ini memberi peluang dan

pengetahuan kepada para murid untuk mengetahui asal usul kedatangan Islam dan
kesenian Islam.
Hubungan agama Islam dengan masyarakat. Tambahan pula, murid-murid akan
dijelaskan dengan kedudukan agama Islam sebagai Agama Persekutuan dengan bimbingan
guru. Selanjut itu, murid akan mengambil inisiatif untuk mencari dan mengetahui dan
memahami konsep, nilai murni yang terkandung dalam agama dan kepercayaan selain
daripada Islam. Hasilnya, mereka dapat menjelaskan kebaikan menghormati agama sendiri
dan juga agama lain. Secara tidak langsung sikap menghormati agama akan membina jati
diri dan semangat patriotik yang kukuh dalam jiwa murid-murid.
Akhirnya, adab ialah tatacara, perilaku dan kesusilaan yang perlu dipatuhi oleh
semua insan untuk menjalani kehidupan yang selesa, aman dan damai. Adab perlu diajar
kepada seseorang sejak dari usia kecil. Hal ini kerana adab yang dipelajari pada usia muda
akan menjadi amalan pada masa depan. Kepentingan adab dinampak apabila terdapat topik
yang berkait rapat dengan amalan adab dalam Dokumen Standard Kurikulum Sejarah.
Mislanya, subtopik Amalan Beradab Amalan Mulia di bawah tajuk 1 iaitu Mari Belajar

Sejarah dalam buku teks sejarah Tahun 4. Subtopik ini menerangkandefinisi amalan
beradab kepada murid murid sekolah tahap II.
Buku teks menekankan bahawa adab dan sopan perlu diamalkan pada setiap masa.
Selain itu, subtopik ini menyatakan bahawa amalan beradab pelru dipraktikkan dan
diamalkan bermula dari institusi keluarga sendiri. Tambahan pula, anak murid diberi huraian
tentang jenis-jenis adab seperti adab sopan, menghormati, makan, salam dan seterusnya.
Menenrusi pembalajaran ini murid-murid akan mendapat tahu dan memahami amalan adab
yang betul. Seterunsya, mereka akan mempraktikkn dalam kehidupan seharian mereka.
Amalan beradab membentuk jati diri dan menimbulkan semangat patriotik dalam kalangan
murid sekolah.

12
REFLEKSI
Saya Santhiah a/p Sunthararaju dari kelas 2 PISMP Sejarah ingin mengucapkan
dahulu terima kasih kepada pensyarah saya En.Zahari bin Zainal. Saya telah mendapat
soalan KKBI pada hari 10 bulan februari 2015. Mula-mula apabila saya membaca soalannya
saya kurang faham kehendak soalannya . Namun selepas pensyarah kursus Kurikulum
Sejarah telah menjelaskan soalan KKBI dalam waktu kuliah untuk kali pertama, saya mula
faham kehendak soalan tersebut. Seterusnya, saya dan rakan-rakan saya telah bermula
untuk mengumpul maklumat dan bahan dari pelbagai sudut dan sumber.
Selain itu, kami telah ke Perpustakaan Zaba setiap hari selepas tamat kuliah. Kami
telah berusha unutk mengumpul info secara berkolaborasi. Kami telah berusaha
bersungguh-sungguh untuk mencari maklumat dari buku, internet dan sebagainya. Setelah
itu, di kolej kediaman kami sering membincangkan bahan yang telah dapat. Kami telah
berfikir secara kritis dan kreatif untuk menganalisa segala maklumat yang telah dapat.
Selepas kami mengumpulkan segala maklumat, bahan dan info berhubung dengan tugasan
Sejarah Sabah dan Sarawak. Kemudian, kami telah membuat keputusan untuk membuat
tugasan secara solo.
Saya telah bermula untuk menyediakan draf tugasan Kurikulum Sejarah. Semasa
melakukan tugasan ini secara automatik saya menghadapi banyak cabaran dan masalah.

Namun, saya berusaha untuk bertemu dengan pensyarah dan bertanya beberapa
kemusykilan. Saya telah mendapat jawapan dan saya mula untuk memahami cara
menjawab soalan tugasan ini. Kadang-kadang saya tidak boleh bertemu dengan pensyarah
atas sebab-sebab tertentu ataupun pensyarah terlalu sibuk melaksanakan tugasnysa.
Walaubagaimanapun, saya telah mendapat peluang untuk bertanya solan kepada
pensyarah dalam waktu kuliah.

13
Semasa membuat tugasan ini saya mendapat peluang untuk mempelajari Dokumen
Standar Kurikulum Sejarah Tahun 4 da Tahun 5 serta buku teks Sejarah Tahun 4 dan Tahun
5. Dengan itu, saya telah memahami isi kandungan Sejarah yang dipelajari oleh murid
sekolah Tahap II. Saya juga bersempat untuk menaganalisa beberapa nilai yang terdapat
ataupun dapat diperolehi daripada hasil pembelajaran Sejarah Tahun 4 dan 5. Justeru, saya
telah memasukkan isi-isi ini dalam tugasan saya. Saya juga dapat menambahkan ilmu
ataupun pengetahun sejarah tentang Negara kita dengan lebih mendalam.
Melalui tugasan ini saya telah melatih diri saya untuk mengaitkan pembelajaran
subjek Sejarah dengan unsur- unsur seperti patriotisme, nasionalisme, demokrasi dan
nasionaliti. Saya juga telah mendapat peluang untuk mempelajari ilmu dan pengetahuan
baru melalui tugasan ini. Selain itu, saya berharap segala, ilmu, pengetahuan dan
pengalaman yang saya telah menimba daripada tugasan ini akan membantu saya semasa
saya bertugas sebagai guru Sejarah di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil. Saya juga
mempelajari kepentingan pengurusan masa melalui tugasan ini. Seterusnya, saya telah
menyiapkan amanah yang diberi oleh pensyarah kepada saya dengan baik. Akhirnya, saya
berharap saya telah menjawab soalan tugasan ini dengan baik dan sesuai dengan
kehendak soalan. Terima kasih.

14
Rumusan
Kumpulan muid-murid zaman sekarang ialah barisan pemimpin yang bakal
membimbing rakyat untuk terus maju dalam kehidupan pada masa depan. Murid-murid perlu
diberi didikan yang sistematik dan bersesuaian supaya dapat membentuk insan modal yang
boleh menyesuaikan diri dalam semua situasi dan dapat menyumbang jasa kepada tanah
air. Dalam mencapai matlamat ini peranan guru amat dititikberatkan sebagai wahana utama
ataupun dominan. Guru-guru perlu menggunkan pelbagai kaedah pengajaran untuk
merangsangkan minda murid dan menimbulkan keinginan murid untuk membaca sejarah.
Sebagai contoh, guru perlu mengadakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan
menggunakan teknik belajar sambil bermain. Tuntasnya, kerjasama dan hubungan baik
antara guru dengan murid akan menjamin sesuatu pembelajaran mencapai matlamatnya.

15
BIBLIOGRAFI

Akashah & Jayakumary, (2013). Sejarah Tahun 4 Sekolah Kebangsaan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kurikulum Standard Sekolah Rendah Sejarah Tahun 4, (2011). Bahagian Pembangunan


Kurikulum. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kurikulum Standard Sekolah Rendah Sejarah Tahun 5, (2011). Bahagian Pembangunan


Kurikulum. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Shakila, Sivarajan, Sharifah Afidah & Muslimin (2014). Sejarah Tahun 5 Sekolah
Kebangsaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=kebijaksanaan
file:///C:/Users/User/Downloads/2007ppp_5_bab4%20(1).pdf
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=kedaulatan&d=10
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=jati&d=10
http://ms.wikipedia.org/wiki/Integriti
https://www.google.com.my/search?q=adat

LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai