Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA PROGRAM

INSPIRASI PERMATA
PEMULIHAN KHAS DAN LINUS
ANJURAN BERSAMA PANITIA BAHASA MALAYSIA DAN
MATEMATIK

1. PENGENALAN
Program Pemulihan Khas dan LINUS telah disediakan untuk membantu murid
mengatasi masalah keciciran/ kelemahan, khususnya dalam pembelajaran iaitu
kelemahan menguasai kemahiran 3M. Tanpa bantuan, mereka akan gagal membina
keyakinan diri untuk belajar dari sistem persekolahan lebih awal lagi. Mereka
ini berasa rendah diri dan malu untuk tampil ke hadapan bersama-sama rakan
sebaya mereka di arus perdana. Oleh itu untuk memantapkan jati diri mereka agar
berasa yakin pada diri sendiri dalam pelajaran dan menunjukkan kemampuan
diri satu program peningkatan mata pelajaran perlu diadakan untuk menguji
mereka dalam kelompok mereka bagi melahirkan insan yang sentiasa berfikiran
positif dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Matematik.

2. OBJEKTIF
2.1 OBJEKTIF AM
2.1.1 Memberi peluang kepada murid-murid pemulihan khas dan LINUS
menyertai program yang dikhaskan untuk mereka.
2.1.2 Membina keyakinan diri, berfikiran positif dan sifat berusaha untuk
berjaya dalam diri murid-murid pemulihan khas.
2.1.3 Memupuk semangat setiakawan dan kerjasama dalam diri murid-
murid.

2.2 OBJEKTIF KHUSUS


2.2.1 Memberi satu kaedah pembelajaran yang menyeronokkan bagi murid
pemulihan dan LINUS dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia dan
Matematik.
2.2.2 Menguji tahap kemampuan murid pemulihan khas dan LINUS
mengikut band yang telah ditetapkan dalam KSSR.

3. SASARAN PROGRAM
Semua murid pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 2 dan 3 serta murid LINUS Tahun
1 berjumlah 40 orang murid.

4. TARIKH, MASA DAN TEMPAT


Tarikh : 7 Mei 2018 (Isnin)
Masa : 7.30 pagi – 1.20 tengah hari
Tempat : Dewan Seri Gemilang, SK Bandar Maharani
JAWATANKUASA PENGELOLA
PROGRAM INSPIRASI PERMATA
PEMULIHAN KHAS DAN LINUS
SK BANDAR MAHARANI

PENGERUSI
PN ASIDAH BINTI TALIB
(GURU BESAR)

TIMBALAN PENGERUSI
PN ARSIMAH BINTI ABU BAKAR
(GPK PENTADBIRAN)

PENYELARAS PROGRAM
PN SITI ZUBAIDAH BINTI MUSA
(GURU PEMULIHAN KHAS)
SETIAUSAHA PENOLONG SETIAUSAHA
PN ROZILA BINTI JELANI PN KHADIJAH BINTI AHMAD
(PENYELARAS LINUS) (KETUA PANITIA
MATEMATIK)

BENDAHARI
PN KARTINI BINTI ASMUNI
(KETUA PANITIA BAHASA
MALAYSIA)

AHLI JAWATANKUASA KECIL

BAHAN BBM
GURU-GURU LINUS

HADIAH DAN CENDERAMATA


GURU-GURU BM TAHUN 1

JAMUAN PELAJAR
GURU-GURU MATEMATIK TAHUN 1

SIJIL DAN DOKUMENTASI


GURU-GURU BM TAHUN 2

PENGACARA MAJLIS
GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING

2
6. TENTATIF PROGRAM

7.30 pagi : Semua peserta berkumpul di dewan terbuka untuk pendaftaran


7.45 pagi : • Pendaftaran dan pembahagian kumpulan
• Bacaan doa
• Ucapan Guru Besar
• Taklimat perjalanan program
• Brain Gym oleh Pn Siti Zubaidah Musa
• Murid - murid bergerak mengikut kumpulan dan fasilitator (guru
Bahasa Malaysia)
8.15 pagi Program Smart Bahasa Malaysia
9.30 pagi : Rehat
10.00 pagi : Program Smart Matematik
11.30 pagi Kuiz Bahasa Malaysia dan Matematik - Bilik Seminar
12.30 pagi : • Acara penyampaian hadiah, sijil dan cenderamata
• Acara bergambar
1.20 tgh : Bersurai
hari

*rujuk gambarajah 1

Pentas Aktiviti BM/Matematik


Stesen 1 :
e-CAPAI / Membilang
dengan dekak

Stesen 2 :
Stesen 1 Stesen 4 Papergam / Bowling
Tambah

Stesen 3 Stesen 3 :
Tulisan cantik / Mangkuk
Tolak

Stesen 4 :
e-DAPAT / Susun
Stesen 2 Stesen 5 nombor naik dan turun

Stesen 5 :
Puzzle / Dam Ular
Dewan Seri Gemilang

3
7. ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Perbelanjaan Butiran Jumlah


Hadiah Peserta Terbaik (L) RM50.00
1
Peserta Terbaik (P) RM50.00
Set Alat Tulis
2 Sagu hati peserta RM800.00
RM20.00 x 40 peserta
JUMLAH RM900.00

8. SUMBER KEWANGAN

8.1 PCG Panitia Bahasa Malaysia


8.2 PCG Panitia Matematik
8.3 PCG Bimbingan dan Kaunseling
8.4 Sumbangan PIBG

9. PENUTUP
Dalam menjalankan program pemulihan perlu diwujudkan saluran kerjasama
yang teguh daripada pelbagai pihak. Terutama pentadbiran di peringkat
kementerian, JPN Negeri, PPD setiap daerah, pentadbir sekolah, panitia-panitia,
guru-guru, ibu bapa dan masyarakat amnya. Semoga semua program yang
dirancang dapat
direalisasikan dan mencapai matlamatnya.

Disediakan oleh; Disemak oleh;

........................................... .............................................
(Pn Siti Zubaidah binti Musa)
Penyelaras,
Program Inspirasi Permata,
Pemulihan Khas dan LINUS,
Sekolah Kebangsaan Bandar Maharani.

Disahkan oleh; Diluluskan / Tidak Diluluskan :

.................................................. ……………………………………

Anda mungkin juga menyukai