Anda di halaman 1dari 5

TAJUK: MINGGU PUSAT SUMBER SEKOLAH 2018

TUJUAN: Tujuan kertas kerja ini adalah untuk pemakluman mengenai cadangan bagi melaksanakan
Program Minggu Pusat Sumber Sekolah SMK Bukit Tinggi, Klang bagi tahun 2018.

1. PENDAHULUAN

Pusat Sumber Sekolah merupakan salah satu nadi utama dalam menjamin keberhasilan pelajar dan
kecemerlangan sekolah. Sejak sekian lama, penubuhan Pusat Sumber yang dimulai dengan perpustakaan
sentiasa mengalami perubahan dan anjakan demi menjamin keberkesanan dan fungsinya dalam membantu
proses pembelajaran dan pengajaran yang berkesan. Selain mewujudkan prasarana Pusat Sumber yang
sesuai dan menarik, minat para pelajar untuk mengunjungi Pusat Sumber juga haruslah sentiasa disemai
dan dipupuk dari masa ke semasa. Pelbagai program dapat dianjurkan oleh pihak sekolah dan Pusat
Sumber sendiri untuk menarik minat pelajar untuk mengunjungi Pusat Sumber seterusnya menggunakan
Pusat Sumber sebagai salah satu sumber ilmu.

2. MATLAMAT
Menarik minat para pelajar untuk mengunjungi seterusnya menggunakan Pusat Sumber Sekolah sebagai
salah satu wadah pembelajaran yang efektif dan berfungsi.

3. OBJEKTIF

3.1 Menambahkan pengetahuan pelajar mengenai Pusat Sumber Sekolah


3.2 Menarik minat pelajar untuk mengunjungi seterusnya menggunakan Pusat Sumber Sekolah
dengan berkesan
3.3 Melatih para pengawas Pusat Sumber Sekolah untuk menganjurkan dan mengendalikan program.
3.4 Mengeratkan hubungan sesama Pengawas Pusat Sumber dan para pelajar sekolah.

4. TEMA

PUSAT SUMBER CEMERLANG PEMANGKIN GENERASI TERBILANG

5. TARIKH PELAKSANAAN

Tarikh : 13 hingga 17 Ogos 2018


Hari : Isnin hingga Jumaat
Masa : Mengikut perancangan aktiviti
Tempat : SMK Bukit Tinggi, Klang

6. TEMPAT

Pusat Sumber Anggerik dan sekitar sekolah


7. SASARAN PESERTA

Semua pelajar SMK Bukit Tinggi, Klang


8. AKTIVITI DAN PROGRAM

BIL NAMA PROGRAM OBJEKTIF KAEDAH PELAKSANAAN


1. Majlis Perasmian/Penutup  Menghebahkan kepada  Majlis perasmian akan diadakan pada
semua pelajar mengenai hari Isnin 16 Ogos 2018.
bulan Pusat Sumber Sekolah

2. Kuiz PSS  Menambahkan ilmu  Akan diadakan pada hari Selasa


pengetahuan pelajar (14/8/2018) untuk murid Tingkatan 1
mengenai PSS dan 2
 Murid mencari maklumat di PSS
 Hadiah untuk tempat pertama hingga ke
tiga

3. Pameran kesihatan  Meningkatkan pengetahuan  Akan dijalankan pada hari Rabu


tentang penjagaan kesihatan (15/8/2018) bertempat di PSS
oleh murid-murid  Pameran kesihatan dijalankan
Oleh Pejabat Kesihatan Daerah
Klang
 Cenderahati untuk pegwai dari
PKD

4. Pengucapan awam  Menarik minat membaca  Diadakan pada hari Rabu


berkaitan masalah Juvana murid (15/8/2018)
dan pameran buku oleh  Menarik minat murid dalam  Cenderahati kepada pihak
novelis “Blink Book”, Cik bidang penulisan. “Blink” akan disediakan
Shasya Ali  Menambah pengetahuan dan
kepekaan murid terhadap
masalah juvana

5. Peminjam Terbanyak  Menarik minat murid untuk  3 orang murid akan dipilih
Untuk setengah tahun meminjam buku dari Pusat sebagai pemenang utama untuk
pertama Sumber Sekolah kategori ini untuk tempoh Januari
hingga Jun 2018.

6. Bengkel Proses teknik  Meningkatkan kemahiran  Diadakan pada Isnin 13/8/2018 di PSS
untuk Pengawas PSS pemprosesan buku di untuk pengawas PSS Tingkatan 2 dan 4
kalangan pengawas PSS  Pembelian bahan-bahan proses
Teknik akan dibeli

7. Program Pengampunan  Mengumpul semula buku-  Semua buku yang dipinjam tetapi
PSS buku yang tidak dipulangkan sudah melebihi tarikh
oleh pelajar pemulangan akan diterima tanpa
sebarang denda sepanjang
minggu PSS
9. JAWATANKUASA PROGRAM

Pengerusi : Tn Sabri bin Baharom (Pengetua)

Timbalan Pengerusi : Tn Hj Badrul Khisam bin Mohd Naim (PK Pentadbiran)

Penyelaras Program : Pn Salwati binti Sallehan (GPM)

Penyelaras Aktiviti/ : Pn Nik Anis Amalina binti Che Zaidi


Pertandingan Pengawas PSS

Gimik Perasmian, : Pn Hasyuni bt Mat Isa


Majlis Perasmian/Penutup Pengawas PSS

Bunting, : Cik Nor Azira binti Ramli


Buku Program, Pengawas PSS
Hadiah dan Sijil

Dokumentasi, : Cik zainab Afiqah bt Mohd Rom


Fotografi

Teknikal & Siaraya : Pn Saleha bt Mohd Khali


Pengawas PSS

10.0 SUMBER KEWANGAN


6.1 Peruntukan PCG PSS
6.2 Yuran Khas PSS

11.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA/ AKTIVITI BUTIRAN JUMLAH


1 Majlis Perasmian/Penutup 1) Bunting RM 50.00 RM 70.00
2) Cenderahati RM 20.00
2 Kuiz PSS 1) Tingkatan 1: RM 36.00
Johan RM 7.00
Naib Johan RM 6.00
Ketiga RM 5.00

2) Tingkatan 2:
Johan RM 7.00
Naib Johan RM 6.00
Ketiga RM 5.00
3 Pameran kesihatan 1) Cenderahati RM 50.00 RM 2300.00
2) Board untuk pameran jenis RM 1140.00
boleh alih
3) Board stand 6 pieces RM 1110.00
(RM185/pcs)

4 Pengucapan awam dan 1) Cenderahati RM 50.00 RM 350.00


pameran buku dari “Blink” 2) Bayaran penceramah RM 300.00

5 Peminjam Terbanyak Untuk 1) Sesi pagi RM 36.00


setengah tahun pertama Johan RM 7.00
Naib Johan RM 6.00
Ketiga RM 5.00

2) Sesi petang
Johan RM 7.00
Naib Johan RM 6.00
Ketiga RM 5.00

7 Bengkel Proses teknik untuk Bahan-bahan untuk proses teknik RM 400.00


Pengawas PSS

8 Program Pengampunan
PSS - - -

JUMLAH RM 3192.00

12.0 PENUTUP

Segala program yang dirancang adalah untuk mencapai objektif yang telah digariskan. Semoga semua
yang dirancangkan dapat berjalan dengan lancar dan dapat dimanfaatkan oleh semua murid SMK Bukit
Tinggi.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

……………………………………………. …………………………………..
(SALWATI BINTI SALLEHAN) (SABRI BIN BAHAROM)
Guru Perpustakaan dan Media Pengetua
SMK Bukit Tinggi, Klang SMK Bukit Tinggi, Klang
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
BUKIT TINGGI
Jalan Batu Nilam 1,
41200 Klang, Selangor Darul Ehsan
E-Mail: bea0113@btpnsel.edu.my

KERTAS KERJA
PROGRAM MINGGU
PUSAT SUMBER SEKOLAH

Anda mungkin juga menyukai