Anda di halaman 1dari 3

Sekolah Menengah Kebangsaan

Dato’ Abdul Rahman Yaakub,


32600 Bota, Perak.

Program Motivasi dan Yakin Diri bersama RAJABIO:

“Komfem A+ Biologi
bersama Rajabio”

Tarikh : 17 dan 18 Mac 2018


Tempat : Dewan Ibnu Sina SMKDARY
1.0 TAJUK

Program Motivasi dan Yakin Diri bersama RAJABIO

2.0 LATAR BELAKANG

Program motivasi dan yakin diri bersama Rajabio merupakan salah satu program yang telah
dirangka. Program ini dirangka bagi memberi memberi motivasi dan keyakinan diri kepada
pelajar untuk bersedia menghadapi peperiksaan SPM khususnya subjek Biologi yang mereka
kurang yakin dan melabelkan kertas Biologi susah (‘students voice’). Program ini akan
menyumbang ke arah menyuntik cara dan semangat belajar Biologi para pelajar untuk mencapai
kecemerlangan dalam SPM. Matlamat program ini adalah juga untuk mencetuskan kesedaran di
kalangan pelajar tentang peranan dan tanggung jawab mereka sebagai pelajar Biologi untuk
belajar dan bertekad untuk lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM nanti. Rajabio
adalah nama gelaran penceramah yang dijemput iaitu Datu Rakesh @ Mat Salleh seorang guru
Biologi di MRSM Gemencheh, berpengalaman dalam memberi ceramah kecemerlangan
Biologi di dalam negara kita untuk PPD/SBP/MRSM/sekolah harian dan swasta.

3.0 JUSTIFIKASI
Program ini begitu relevan dalam usaha membentuk keyakinan diri pelajar Biolgi tingkatan 5
yang bakal menduduki SPM tidak lama lagi. Atas kesedaran betapa pentingnya program
sebegini perlu dilaksanakan, maka program seperti ini berhasrat besar agar mampu memberi
kesedaran dan pendedahan kepada pelajar Biologi agar mereka dapat mempersiapkan diri
mereka dari segi emosi, keyakinan dan kaedah menjawab Biologi yang mantap tatkala
melangkah ke dewan peperiksaan kelak.

4.0 MATLAMAT
4.1 Memberi kesedaran kepada pelajar tingkatan 5 agar lebih berusaha dalam mencapai
keputusan akademik yang cemerlang khususnya dalam biologi..
4.2 Memberi pendedahan kepada pelajar tentang tips – tips penguasaan biologi, kemahiran
belajar biologi dan teknik menjawab biologi SPM

5.0 TARIKH, MASA DAN TEMPAT


17 MAC 2018 (SABTU) 8.00 PAGI - 5.00 PETANG
18 MAC 2018 (AHAD) 8.00 PAGI -12.30 TENGAHARI
DI DEWAN IBNU SINA SMKDARY

6.0 KUMPULAN SASARAN


23 orang pelajar Biologi Tingkatan 5 SMKDARY
7.0 IMPLIKASI KEWANGAN

Pendapatan : Perbelanjaan :
1. PIBG (Sumbangan kecemerlangan) RM 230.00 1. Bayaran Penceramah RM 420.00
termasuk modul ceramah
2. PCG Biologi RM 230.00 yang dibekalkan.
(RM 30.00 x 14 pelajar)
3. Kutipan dari pelajar RM 230.00 2. Makan pelajar 2 hari
(RM 5.00 x 14)
Jumlah RM 690.00 RM 690.00

8.0 TENTATIF PROGRAM

17 MAC 2018 (SABTU) 18 MAC 2018 (AHAD)

7.30 pagi Pendaftaran peserta 7.30 pagi Pendaftaran peserta


8.00 pagi Slot 1 Rajabio 8.00 pagi Slot 3 Rajabio
12.30 tengahari Rehat 12.30 tengahari Bersurai
2.00 petang Slot 2 Rajabio
5.00 petang Bersurai

9.0 CARA PENILAIAN


Borang penilaian program (soal selidik selepas program)

10.0 PELAN KONTIGENSI

Modul akan diberi di hari persekolahan jika pelajar tak hadir dan guru berinteraksi
secara interpersonal dengan pelajar yang tidak hadir tersebut untuk berkongsi input dari
program ini.

11.0 PENUTUP
Besarlah harapan kami sekiranya program ini berjalan dengan lancar dan mampu memberi
impak yang besar dalam kalangan pelajar Biologi Tingkatan 5 dan mencapai objektif dalam
usaha melahirkan pelajar-pelajar cemerlang. Oleh yang demikian, sokongan dan bantuan
daripada pihak sekolah dan PIBG samada dari segi moral, nasihat, tenaga, kewangan, dan lain-
lain amatlah diperlukan. Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada semua yang terlibat dalam
menjayakan program ini, samada secara langsung mahupun tidak langsung.

Disediakan oleh, Disemak oleh, Dilulus oleh,

…………………………………… ………………………………. ……………………………….


(NURSYAHUSNA BT HUSSAIN)
Ketua Panitia Biologi,
SMK Dato’ Abdul Rahman Yaakub,
Bota, Perak.

Anda mungkin juga menyukai