Anda di halaman 1dari 1

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK BAWANG TIAN, MATU Kod Sekolah: YBB6409

1. Nama Guru ABU BAKAR SIDI BIN MOHAMED RASHID

2. Judul Kejurulatihan dan Sains Sukan 3. Bidang: Pendidikan

4. Tarikh Pembentangan - 5. Masa: -

6. Tempat Pembentangan -
7. Sinopsis

Buku ini mengulas pelbagai kaedah dan persoalan dalam bidang sukan mahupun sains sukan. Ianya merangkumi
aspek teori, latihan fizikal dan mental serta pengaplikasiannya dalam mempertingkatkan prestasi sukan. Antara lain,
pengkhususan kepada jurulatih sukan yang serius sewaktu merancang dan melaksanakan latihan untuk
meningkatkan prestasi atlet. Kandungannya juga dapat meningkatkan pengetahuan jurulatih dalam bidang
kejurulatihan. Manakala aspek lain pula dikhususkan untuk guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dan peminat
Sains Sukan dalam bidang pedagogi dan perancangan yang berkesan dalam sukan. Permulaan buku ini memberi
peluang kepada pembaca mengenali aspek yan berkaitan dengan asas kejurulatihan sukan. Penulis cuba
menonjolkan pendekatan saintifik dalam asas kejurulatihan. Di sampin itu, ianya menjadi sumber rujukan yang baik
kepada jurulatih yang giat melatih dan mencari ilmu kejurulatihan. Pendekatan buku ini berasaskan teori kejurulatiha
sukan yang membahagikan latihan kepada empat bidan iaitu fizikal dan fisiologikal, teknkal, psikolgikal dan taktikal.
Bidang fizikal dan fisiologikal menyentuh aspek suaian anatomi dan fisilogi asas, teori kecergasan serta prinsip dan
kaedah latihan sukan. Semua aspek ini terdapat dalam buku ini. Bidang teknikal meliputi aspek kemahiran sukan
seperti kemahiran asas, kemahiran lanjutan, kemahiran individu dan berpasukan. Bidang mental atau psikologikal
menyentuh aspek seperti motivasi, imej kendiri, penetapan matlamat, ketenangan dan komunikasi dalam sukan.
Manakala bidang taktikal pula meliputi aspek sistem pertandingan, kekuatan dan kelemahan lawan, seta set-pieces.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Buku ini menerangkan ilmu kejurulatihan sukan amat luas dan dalam skopnya. Oleh itu, pembelajaran dan kajian
secara sainstifik serta usaha-usaha yang lain perlu dilakukan untuk membantu jurulatih sukan memperkayakan ilmu
pengetahuan, memurnikan kaedah dan cara serta pedekatan dalam membimbing atlet untuk mencapai
kecemerlangan. Buku ini juga memberi kefahaman tentang pengertian sukan dan menghuraikan konsep-konsep
latihan sebagai ilmu asas keperluan melatih. Beberapa huraian mengenai kejurulatihan dan sistem tubuh badan
manusia turut membantu pembacanya mengenali aspek-aspek asas mengenai falsafah serta pembinaan fizikal
manusia. Menelusuri buku ini mengingatkan kita bahawa jurulatih sukan harus sentiasa menimba ilmu supaya
kaedah, pendekatan dan taktikal mereka sentiasa relevan dan kemas kini.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana kaedah dan pendekatan yang sesuai untuk melatih atlet awal remaja.
Idea yang dikemukakan membantu guru mengenal bakat, mengembangkan bakat dan menajamkan bakat pelajar di
sekolah. Di samping itu, terdapat juga idea bagaimana untuk mengekalkan minat atlet terhadap sukan yang mereka
ceburi. Asas yang penting ialah corak latihan yang baik untuk mengembangkan bakat seseorang atlet. Setiap atlet
perlu diasuh kemahiran asas kepada pemahiran spesifik. Atlet yang ramai perlu diorganisasikan secara baik. Aspek
yang sering dilupai ialah pemakanan atlet. Atlet perlukan pemakanan yang baik dan lengkap. Ilmu ini penting untuk
guru yang melatih pasukan sekolah untuk memacu pasukannya menempa kejayaan.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

................................................... ...................................................
( ABU BAKAR SIDI ) ( )

Anda mungkin juga menyukai