Anda di halaman 1dari 2

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK BAKAR ARANG Kod Sekolah: KBA3050

1. Nama Guru MOHD FAUZI BIN ASARI

2. Judul KEJURULATIHAN DAN SAINS 3. Bidang: PENDIDIKAN


SUKAN

4. Pengarang HAJI GAPOR AHMAD 5. Mukasurat : 151

6.
Terbitan UTUSAN  PUBLICATIONS & DISTRIBUTORS SDN. BHD
7. Sinopsis :

Buku ini mengulas pelbagai kaedah dan persoalan dalam bidang sukan mahupun sains
sukan. Ianya merangkumi aspek teori, latihan fizikal dan mental serta pengaplikasiannya
dalam mempertingkatkan prestasi sukan.
    Antara lain, pengkhususan kepada jurulatih sukan yang serius sewaktu merancang dan
melaksanakan latihan untuk meningkatkan prestasi atlet. Kandungannya juga dapat
meningkatkan pengetahuan jurulatih dalam bidang kejurulatihan. Manakala aspek lain
pula dikhususkan untuk guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dan peminat Sains
Sukan dalam bidang pedagogi dan perancangan yang berkesan dalam sukan.
   Permulaan buku ini memberi peluang kepada pembaca mengenali aspek yang
berkaitan dengan asas kejurulatihan sukan. Penulis cuba menonjolkan pendekatan
saintifik dalam asas kejurulatihan. Di samping itu, ianya menjadi sumber rujukan yang
baik kepada jurulatih yang giat melatih dan mencari ilmu kejurulatihan.
   Pendekatan buku ini berasaskan teori kejurulatiha sukan yang membahagikan latihan
kepada empat bidan iaitu fizikal dan fisiologikal, teknkal, psikolgikal dan taktikal. Bidang
fizikal dan fisiologikal menyentuh aspek suaian anatomi dan fisilogi asas, teori
kecergasan serta prinsip dan kaedah latihan sukan. Semua aspek ini terdapat dalam
buku ini.
    Bidang teknkal meliputi aspek kemahiran sukan seperti kemahiran asas, kemahiran
lanjutan, kemahiran individu dan berpasukan. Bidang mental atau psikologikal
menyentuh aspek seperti motivasi, imej kendiri, penetapan matlamat, ketenangan dan
komunikasi dalam sukan. Manakala bidang taktikal pula meliputi aspek sistem
pertandingan, kekuatan dan kelemahan lawan, seta set-pieces.
  Pengarang juga berniat untuk menyebarkan ilmu kejurulatihan dengan harapan ramai
jurulatih baru muncul di samping meningkatkan pengetahuan orang ramai tentang
kecergasan fizikal dan kesihatan masyarakat.
8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran:

Buku ini menerangkan ilmu kejurulatihan sukan amat luas dan dalam skopnya. Oleh itu,
pembelajaran dan kajian secara sainstifik serta usaha-usaha yang lain perlu dilakukan
untuk membantu jurulatih sukan memperkayakan ilmu pengetahuan, memurnikan
kaedah dan cara serta pedekatan dalam membimbing atlet untuk mencapai
kecemerlangan.
    Buku ini jga memberi kefahaman tentang pengertian sukan dan menghuraikan
konsep-konsep latihan sebagai ilmu asas keperluan melatih. Beberapa huraian mengenai
kejurulatihan dan siste tubuh badan manusia turut membantu pembacanya mengenali
aspek-aspek asas mengenai falsafah serta pembinaan fizikal manusia.
    Menelusuri buku ini mengingatkan kita bahawa jurulatih sukan harus sentiasa
menimba ilmu supaya kaedah, pendekatan dan taktikal mereka sentiasa releva dan
kemas kini.
9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P :

Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana kaedah dan pendekatan yang sesuai untuk
melatih atlet awal remaja. Idea yang dikemukakan membantu guru mengenal bakat,
mengembangkan bakat dan menajamkan bakat pelajar di sekolah. Di samping itu,
terdapat juga idea bagaimana untuk mengekalkan minat atlet terhadap sukan yang
mereka ceburi.
   Asas yang penting ialah corak latihan yang baik untuk mengembangkan bakat
seseorang atlet. Setiap atlet perlu diasuh kemahiran asas kepada pemahiran spesifik.
Atlet yang ramai perlu diorganisasikan secara baik. Aspek yang sering dilupai ialah
pemakanan atlet. Atlet perlukan pemakanan yang baik dan lengkap. Ilmu ini penting
untuk guru yang melatih pasukan sekolah untuk memacu pasukannya menempa
kejayaan.

10. Kesimpulan :

Konklusinya, kejurulatihan sukan mempunyai talian yang rapat dengan sains. Asas-asas
sains dalam latihan sukan pastinya dapat membantu jurulatih meningkatkan kualiti
latihan. Bibit-bibit kecemerlangan sukan pasti dapat dirasakan apabila jurulatih
mengaplikasikan teori-teori sains dalam latihan sukan.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

............................................. ........................................................

Anda mungkin juga menyukai