Anda di halaman 1dari 2

Judul Buku : Kejurulatihan dan Sains Sukan

Penulis : Haji Gapor Ahmad

Penerbit : Utusan Publications & Distributors sdn. Bhd

Tahun : 2007

Jumlah Halaman : 151

Sinopsis :
Buku ini mengulas pelbagai kaedah dan persoalan dalam bidang sukan mahupun sains sukan.
Ianya merangkumi aspek teori, latihan fizikal dan mental serta pengaplikasiannya dalam
mempertingkatkan prestasi sukan.
Antara lain, pengkhususan kepada jurulatih sukan yang serius sewaktu merancang dan
melaksanakan latihan untuk meningkatkan prestasi atlet. Kandungannya juga dapat
meningkatkan pengetahuan jurulatih dalam bidang kejurulatihan. Manakala aspek lain pula
dikhususkan untuk guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dan peminat Sains Sukan dalam
bidang pedagogi dan perancangan yang berkesan dalam sukan.
Permulaan buku ini memberi peluang kepada pembaca mengenali aspek yan berkaitan
dengan asas kejurulatihan sukan. Penulis cuba menonjolkan pendekatan saintifik dalam asas
kejurulatihan. Di sampin itu, ianya menjadi sumber rujukan yang baik kepada jurulatih yang
giat melatih dan mencari ilmu kejurulatihan.
Pendekatan buku ini berasaskan teori kejurulatiha sukan yang membahagikan latihan
kepada empat bidan iaitu fizikal dan fisiologikal, teknkal, psikolgikal dan taktikal. Bidang
fizikal dan fisiologikal menyentuh aspek suaian anatomi dan fisilogi asas, teori kecergasan
serta prinsip dan kaedah latihan sukan. Semua aspek ini terdapat dalam buku ini.
Bidang teknkal meliputi aspek kemahiran sukan seperti kemahiran asas, kemahiran
lanjutan, kemahiran individu dan berpasukan. Bidang mental atau psikologikal menyentuh
aspek seperti motivasi, imej kendiri, penetapan matlamat, ketenangan dan komunikasi dalam
sukan. Manakala bidang taktikal pula meliputi aspek sistem pertandingan, kekuatan dan
kelemahan lawan, seta set-pieces.
Pengarang juga berniat untuk menyebarkan ilmu kejurulatihan dengan harapan ramai
jurulatih baru muncul di samping meningkatkan pengetahuan orang ramai tentang kecergasan
fizikal dan kesihatan masyarakat.

Ulasan buku :
Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana kaedah dan pendekatan yang sesuai untuk melatih
atlet awal remaja. Idea yang dikemukakan membantu guru mengenal bakat, mengembangkan bakat
dan menajamkan bakat pelajar di sekolah. Di samping itu, terdapat juga idea bagaimana untuk
mengekalkan minat atlet terhadap sukan yang mereka ceburi.

Asas yang penting ialah corak latihan yang baik untuk mengembangkan bakat seseorang atlet.
Setiap atlet perlu diasuh kemahiran asas kepada pemahiran spesifik. Atlet yang ramai perlu
diorganisasikan secara baik. Aspek yang sering dilupai ialah pemakanan atlet. Atlet perlukan
pemakanan yang baik dan lengkap. Ilmu ini penting untuk guru yang melatih pasukan sekolah untuk
memacu pasukannya menempa kejayaan

Anda mungkin juga menyukai