Anda di halaman 1dari 2

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK BAWANG TIAN, MATU Kod Sekolah: YBB6409

1. Nama Guru ABU BAKAR SIDI BIN MOHAMED RASHID

3. Bidang: Kemahiran
2. Judul The 360 Degree Leader
Profesionalisme (Kepimpinan)

4. Tarikh Pembentangan - 5. Masa: -

6. Tempat Pembentangan -
7. Sinopsis

Dalam ‘risalah’ terkini tentang kepimpinan oleh mega-guru Maxwell, beliau mengetengahkan
isu tentang kebimbangan oleh syarikat korporat mengenai permasalah yang dihadapi oleh
pengurus pertengahan yang dibebani dengan pelbagai tanggungjawab tetapi kurang kuasa
sebenar dalam mengurus. Ini ditambah lagi dengan konflik tugasan dan dilema pengurusan masa
serta ‘gelora’ perasaan apabila hasrat tidak kesampaian. Maxwell memberi kaunseling kepada
para pengurus pertengahan melalui buku ini dengan mengajak mereka menerima keterbatasan.
Menurut Maxwell, pengurus pertengahan harus bekerja tekun dengan subordinatnya dan
menyokong visi ketuanya, mencari kebaikan (kekuatan) dalam ketidakcekapan atau kekurangan
pemimpinnya. Pemimpin pertengahan harus bersedia memimpin apabila perlu. Mereka boleh
menggunakan ‘pengaruh’ mereka ke atas kakitangan bawahan yang lain dan menyuburkan
potensi diri mereka dalam kalangan rakan sekerja tanpa bersikap mementingkan diri sendiri.
Namun, nasihat Maxwell ini dikaburi dengan kenyataan ‘apabila kita bertemu dengan masalah,
hendaklah kita membekalkan juga penyelesaiannya’.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Buku ‘360 Degree Leader’ oleh John C. Maxwell membantu para pembaca untuk menjadi
pemimpin yang mampu ‘memimpin dari atas ke bawah’, ‘dari bawah ke atas’ dan secara
‘mendatar. Isu utamanya ialah memperbetulkan kepercayaan kononnnya seseorang itu mesti
berada di kemuncak atau pada tahap teratas organisasi atau berjawatan tinggi untuk menjadi
pemimpin. Menurut Maxwell, kepercayaan ini hanyalah dongeng semata kerana disebabkan
dongeng ini, ramai yang hanya menunggu jawatan untuk tampil menjadi pemimpin.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Setiap guru pada peringkat yang paling rendah sekali pun menjadi pemimpin kepada
pelajarnya. Justeru, mereka perlu memiliki kemahiran memimpin yang betul agar segala arahan,
dan tindakan semasa p&p mencapai matlamatnya. Para guru juga harus sedar bahawa walaupun
mereka tidak memegang jawatan sebagai Ketua Panitia, Guru Kanan, Penolong Kanan atau
Pengetua, mereka harus ada kemahiran menguruskan kerja dalam kalangan rakan sejawat
kerana memimpin berkaitrapat dengan kebolehan dan keupayaan “mempengaruhi” orang lain
untuk melakukan sesuatu atas permintaan atau kehendak kita.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

................................................... ...................................................

( ABU BAKAR SIDI ) ( )

Anda mungkin juga menyukai