Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA LAWATAN SAMBIL BELAJAR PUSAT SUMBER SEKOLAH

SMK BUGAYA II

SEMPORNA

TEMPAT:

1. SMK PASIR PUTIH TAWAU

2. PERPUSTAKAAN WILAYAH TAWAU

3. STESEN RTM TAWAU

TARIKH : 29 APRIL 2016

1.0 Pendahuluan

Lawatan Sambil Belajar Pusat Sumber Sekolah SMK Bugaya 2 merupakan salah
satu aktiviti yang dicadangkan dalam takwim Pusat Sumber Sekolah ( PSS) SMK
Bugaya 2 untuk tahun 2016.

Lawatan ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada para pengawas


dan guru- guru PSS berhubung dengan pengurusan PSS yang lebih mantap. Di
samping itu, lawatan ini juga memberi peluang kepada para peserta untuk
mempelajari serta mengetahui pengoperasian perpustakaan.

2.0 Objektif Lawatan


2.1 Memberikan pendedahan kepada para pengawas serta guru PSS berkenaan
dengan pengurusan PSS yang lebih mapan.

2.2 Memberi peluang kepada pelajar meneroka bidang penyiaran.

2.3 Melatih para pengawas PSS dalam kemahiran berkomunikasi dengan


berkesan dan meyakinkan.

2.4 Membina keseimbangan intelek, jasmani, emosi dan rohani semasa lawatan.

3.0 Tempat Lawatan

3.1 SMK Pasir Putih, Tawau Pelajar mempelajari serta berkongsi cara
pengurusan Pusat Sumber Sekolah.

3.2 Perpustakaan Wilayah Para pengawas serta guru PSS mendalami


Tawau pengoperasian perpustakaan.

3.3 Stesen RTM Tawau Para peserta lawatan menerokai bidang


penyiaran serta memberi pengalaman baharu
kepada pelajar.

4.0 Peserta Lawatan

Guru pengiring : 10 orang

Pengawas PSS : 20 orang

5.0

Tarikh dan Jadual lawatan

( lihat lampiran 1 )

6.0 Jawatankuasa Program


( lampiran 2)

7.0 Sumber Kewangan dan Bajet perbelanjaan

Bil Perkara Rm

1 Sewa bas ( pergi balik) (350 x 2) 700

2 Wang saku pelajar ( RM 10 x 20) 200

Sumber kewangan

1. Persatuan Ibu Bapa dan Guru ( PIBG) Sekolah

8.0 PENUTUP

Diharapkan agar apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan
berkesan. Semoga segala ilmu dan pelajaran yang bakal diperolehi menerusi
aktiviti lawatan ini akan dipraktikkan dalam kehidupan seharian mereka demi
untuk melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Oleh itu,
kerjasama daripada pihak puan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan
terima kasih.

Disediakan oleh,
(CYANTIA VESTA JOANNES)
UNIT PENYELARAS PROGRAM DAN

PERKEMBANGAN STAFF

PUSAT SUMBER SEKOLAH

SMK BUGAYA II

DILULUSKAN OLEH

(CIK PUAN HAJAH SAIDA BINTI HAJI USMAN)


PENGETUA SMK BUGAYA II

Anda mungkin juga menyukai