Anda di halaman 1dari 11

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT TUARAN SABAH

KERTAS KERJA

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PUSAT KRAFTANGAN NEGERI SABAH & RUMAH KEBUDAYAAN MURUT

TARIKH: 14 -15 FEBRUARI 2014

1.0 Pengenalan Kehalusan dan ketinggian nilai estetika yang terdapat pada sesebuah hasil kraftangan akan menyebabkan kebudayaan sesuatu etnik itu menjadi menarik dan mengagumkan. Sabah merupakan sebuah negeri yang kaya dengan hasil kraftangan yang bernilai estetika. Sehubungan itu, Jabatan Kajian Sosial akan mengadakan satu aktiviti lawatan ke Pusat Kraftangan Negeri Sabah dan Pusat Kebudayaan Orang Murut yang terletak di Tenom. Program Melawat Sambil Belajar ke Pusat Kraftangan Negeri Sabah dan Pusat Kebudayaan Orang Murut merupakan satu aktiviti lawatan yang telah dirancang bagi memenuhi kehendak Proforma PSV3107 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Selain itu, lawatan ini juga bertujuan untuk memberi peluang pada guru pelatih untuk mengenali dan mempelajari cara-cara pembuatan kraftangan tempatan disamping belajar mengenai etnik orang Murut yang terdapat di Sabah.

2.0 Matlamat 2.1 Wadah untuk mewujudkan hubungan yang erat dan padu di kalangan penduduk berlainan etnik. 2.2 Meningkatkan pengetahuan guru pelatih tentang proses penghasilan kraftangan. 2.3 Melahirkan guru pelatih yang dapat mengadaptasi pengalaman kehidupan dalam pelbagai konteks melalui pembelajaran secara holistik. 2.4 Membina hubungan sosial yang baik dalam kalangan guru pelatih dan pihak luar. 2.5 Membina semangat disiplin dan budi pekerti yang luhur dan terpuji serta memupuk semangat berpasukan dan semangat kekitaan.

3.0 Objektif

3.1 Memenuhi sukatan PSV3107 Pedagogi Pendidikan Seni Visual Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah dalam mengaplikasikan peranan individu dan masyarakat dalam mengenali produk kraftangan tempatan.

3.2 Mendapat pendedahan sebenar tentang adat resam dan kebudayaan etnik Murut. 3.3 Memberi pengetahuan dan pengalaman kepada guru pelatih sebagai persediaan diri untuk menjadi pendidik dengan memupuk elemen nilai murni seperti kepimpinan, kerjasama dan keupayaan berkomunikasi.

3.4 Merapatkan hubungan silaturahim antara guru pelatih dengan penduduk setempat melalui aktiviti yang dijalankan di samping dapat bertukar idea, pendapat dan ilmu pengetahuan.

4.0 Bilangan Peserta 19 orang guru pelatih PISMP Bahasa Melayu SJKT Ambilan Januari 2012 (Rujuk Lampiran) beserta seorang pensyarah pengiring.

5.0 Tarikh 14 Februari 2014 15 Februari 2014 (Jumaat dan Sabtu)

6.0 Tempat 6.1 Pusat Kraftangan Sabah, Keningau 6.2 Pusat Kebudayaan Murut Sabah, Tenom

7.0

Ahli Jawatankuasa Program Lawatan 7.1 AHLI JAWATANKUASA INDUK PENAUNG Yang Berbahagia Datuk Mary Teresa Kinajil Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Kent Tuaran, Sabah

PENASIHAT Encik Romli Bin Darus Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Kent Tuaran, Sabah

PENGERUSI Puan Suzana Fadzil Ketua Jabatan Jabatan Pengajian Sains Sosial Institut Pendidikan Guru Kampus Kent Tuaran, Sabah

PENYELARAS PROGRAM Encik Mohamad Azlie bin Abdullah Pensyarah Pembimbing Kursus PSV3107 Pedagogi PSV KBSR Jabatan Pengajian Sains Sosial Institut Pendidikan Guru Kampus Kent Tuaran, Sabah

PENSYARAH PENGIRING Encik Mohamad Azlie bin Abdullah Pensyarah Pembimbing Kursus PSV3107 Pedagogi PSV KBSR Jabatan Pengajian Sains Sosial Institut Pendidikan Guru Kampus Kent Tuaran, Sabah

7.2

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

PENGERUSI PROGRAM Mohamad Fadhli Bin Mohamad Yakof

NAIB PENGERUSI PROGRAM Norsheila Abdul Rahman

SETIAUSAHA Jenny Bailin

BENDAHARI Sarimah Lantong

AJK PERHUBUNGAN DAN PENEMPATAN Norlinah Binti Rais Mohamad Fikri Bin Ibrahim

AJK PENGANGKUTAN Siti Nirwanah Binti Darasin Rahim Bin Nanang

AJK KESELAMATAN DAN KEBAJIKAN Muhamad Muhidin Bin Samsudin Mohamad Hairy Bin Said

AJK DOKUMENTASI DAN LAPORAN Fhenyius Duasin Peyona Mokhtar Siti Zulaiha Binti Kasby

AJK CENDERAHATI Ariathy Fairuz Binti Ali Mohamad Haiqal Bin Tarmizi

AJK MULTIMEDIA Hafeez Shafeek Bin Ahsoh Nurnadrah Hasfinie Binti Hasannuddin

AJK TUGAS-TUGAS KHAS Jonathan Greygory Omar Mohamad Hafizul Bin Rakmadin

8.0 Tentatif Program Lawatan Hari Pertama 14 Februari 2014 Masa 8.00 am 11.00 am 12.00 pm 1.40 pm 4.00 pm 4.30 pm 6.30 pm 7.00 pm 7.40 pm 8.30 pm 10.00 pm Aktiviti Bertolak dari IPG Kent Tiba di tempat lawatan (Keningau) Solat Jumaat/Zohor/Makan tengah hari Lawatan ke Pusat Kraftangan Sabah Solat Asar Bertolak ke Homestay Kampung Bayangan Solat Maghrib Makan Malam Solat Isyak Perbincangan Kumpulan Rehat / Tidur

Hari Kedua 15 Februari 2014 Masa 5.30 am 6.00 am 7.00 am 8.00 am 10.00 am 12.00 pm 2.00 pm Aktiviti Solat Subuh Riadah Pagi Persiapan Diri/Sarapan Tiba di Pusat Kebudayaan Orang Murut Minum Pagi Solat Zohor/Makan Tengahari Bertolak pulang ke IPG Kent

9.0 Senarai Peralatan yang Dipohon BIL. 1. Cenderahati Plak IPG Kampus Kent 3 PERALATAN KUANTITI

2.

Beg Kertas Cenderahati IPG Kampus Kent

10.0 Anggaran Perbelanjaan BIL. 1. PERBELANJAAN Tiket Bas ( pergi-balik) pelajar. JUMLAH (RM) RM 44 x 20 Orang = RM 880 2. Makan dan Minum RM 25 x 20 Orang = RM 525 3. Penginapan RM 70 x 20 Orang = RM 1040 JUMLAH KESELURUHAN *Perbelanjaan ditanggung sepenuhnya oleh guru pelatih. 11.0 Penutup Lawatan Sambil Belajar ini merupakan satu aktiviti yang dirancang bagi RM 2325

membolehkan para guru pelatih mendapat ilmu pengetahuan dan kemahiran mengenai proses pembuatan hasil kraftangan yang bermutu tinggi. Di samping itu, lawatan ini juga dapat membantu guru pelatih untuk mengenali lebih mendalam mengenai kepelbagaian etnik di Sabah menerusi lawatan ke Rumah Kebudayaan Orang Murut.

Disediakan oleh:

Catatan:

Jenny Bailin, Setiausaha, PISMP BM SJKT Ambilan Januari 2012 Tarikh:

_______________________ _______________________ _______________________

Disemak oleh:

Encik Mohd Azlie Abdullah Pensyarah Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual, PISMP BM SJKT Ambilan Januari 2012 Tarikh :

_____________________ _____________________ _____________________

Disokong oleh,

Puan Suzana Fadzil, Ketua Jabatan, Jabatan Pengajian Sains Sosial, IPG Kampus Kent, Tuaran Tarikh:

_____________________ _____________________ _____________________

Disahkan oleh,

Puan Nancy Loo Kason Ketua Jabatan, Jabatan Hal Ehwal Pelajar, IPG Kampus Kent, Tuaran Tarikh :

____________________ ____________________ ____________________ ____________________

Diluluskan oleh:

Datuk Mary Teresa Kinajil Pengarah, IPG Kampus Kent , Tuaran Tarikh:

___________________ ___________________ ___________________

Anda mungkin juga menyukai