Anda di halaman 1dari 4

1.

PENDAHULUAN
Kelas Pemulihan telah diwujudkan di SK (L) Bukit Bintang 1 bagi membantu pelajar
pelajar yang terpilihterutamanya pelajar Tahun Dua dan Tahun Tiga mengatasi masalah
keciciran dalam pembelajaran terutamanya dalam menguasai kemahiran asas 3M iaitu
membaca, menulis dan mengira (3M). Penerokaan yang lebih awal dalam pendidikan
pemulihan yang berkesan amat diperlukan untuk membantu murid yang lemah
meningkatkan potensi diri mereka supaya menjadi lebih bermakna kepada negara. Ini
sejajar dengan misi dan visi Falsafah Pendidikan Negara untuk melahirkan insan yang
seimbang dari segi JERIS iaitu jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

2. RASIONAL
Penubuhaan Kelas Pemulihan amat bersesuaian dengan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
(PIPP) 2006-2010, yang mana kerajaan sedang berusaha meningkatkan martabat sistem
pendidikan negara di peringkat antarabangsa. Di dalam PIPP sendiri turut digariskan
kepentingan menguasai kemahiran 3M. Oleh sebab itu, penubuhan kelas ini bagaikan sinaran
untuk mengorak langkah pertama menangani isu keciciran pelajar dalam menguasai asas 3M
bagi pelajar-pelajar terpilih.

3. OBJEKTIF KELAS PEMULIHAN KHAS

3.1 Melahirkan pelajar-pelajar yang dapat menguasai kemahiran membaca,


Menulis dan mengira (3M)
3.2 Mengurangkan masalah-masalah pembelajaran yang dihadapi oleh pelajar-
Pelajar yang terpilih ini.
3.3 Membina keyakinan diri dan berdikari dalam diri pelajar-pelajar
3.3 Membina hubungan sosial yang baik di antara para pelajar .
3.4 Mengurangkan masalah keciciran dan murid dapat mengikuti kelas aliran perdana
seperti murid yang lain.

4. OBJEKTIF KERTAS KERJA

Kertas kerja ini dihasilkan bertujuan mendapatkan sumbangan kewangan bagi:

4.1.Memasang pembahagi (partition) di Kelas Pemulihan Khas.


Sebelum ini kelas pemulihan sekolah ini berkongsi dengan Sekolah Kebangsaan (Lelaki) Bukit
Bintang 2. Kami memohon supaya kelas tersebut dibahagi kepada dua. Setiap sekolah akan
mendapat satu bilik pemulihan. Saya membuat permohonan ini kerana:

1. Tahap keselamatan peralatan di dalam kelas tersebut tidak terjamin. Ini kerana bilik
tersebut tidak dapat dikunci dengan baik kerana dua buah sekolah berkongsi bilik yang
sama.
2. Bahan bantu mengajar (BBM), carta-carta yang ditampal selalu rosak dan tidak berada
ditempat yang sepatutnya.
3. Peralatan seperti meja murid sering berubah kedudukan dan perlu dikemaskan setiap hari
kerana aktiviti yang dijalankan tidak sama antara dua buah sekolah.

4.2. Memasang suis lampu dan kipas.

Ekoran daripada pembinaan pembahagi tersebut, kami juga memohon suis lampu dan kipas
dipasang berasingan. Ini kerana setiap sekolah akan mempunyai kunci yang berasingan. Ini akan
memudahkan guru pemulihan khas menggunakan kelas masing-masing.

4.3. Memasang grill.

Kami juga memohon bilik tersebut dipasangkan grill. Pemasangan ini sangat diperlukan dalam
usaha meningkatkan tahap keselamatan peralatan yang terdapat di dalam kelas ini atau yang
bakal diperoleh pada masa hadapan bagi menggelakkan sebarang kecurian ataupun kerosakan
daripada berlaku.

5. SASARAN

Pelajar-pelajar Kelas Pemulihan Tahun Dua dan Tahun Tiga, Sekolah Kebangsaan (Lelaki) Bukit
Bintang Satu, Petaling Jaya serta pelajar-pelajar yang tidak menguasai kemahiran 3M.

6. TEMPAT

Sekolah Kebangsaan (Lelaki) Bukit Bintang Satu, Petaling Jaya.


7. KEWANGAN

7.1 Perbelanjaan Kelas Pemulihan:

BIL PERKARA KUANTITI/SET ANGGARAN JUMLAH CATATAN


HARGA (RM) HARGA
(RM)
1. Pembahagi 1 _________ _______ Jeriji Besi
dan Kos
pemasangan

2. Grill 2 _________ _______

3. Suis lampu 1 _________ _______


dan kipas

JUMLAH SEBENAR : _____________

8. AHLI JAWATANKUASA KELAS PEMULIHAN KHAS

PENGERUSI : PN. HJH ROSENI BINTI HJ. SALLEH


NAIB PENGERUSI I : PN. MARSILAH KATIMON
NAIB PENGERUSI II : PN. HJH ROSNAH BT IDRUS
: EN. NOR’IHSAN MOHD SHARIF
SETIAUSAHA : PN. WAN NOR ZURAIDA BT WAN ABDULLAH

AHLI JAWATANKUASA:
1. EN.ZUL AZMI B.SAAD (KETUA PANITIA B.MELAYU)
2. EN.SAMARU B.DAUD (KETUA PANITIA MATEMATIK
3. EN.ZUHARISAN MD.SAAD
4. EN.ZUKMANI B.HASSAN
5. EN.RUSDI B. PA’SU
6. EN.ROSLAN B.IBRAHIM
7. PN.NORJULIANA
8. CIK NORZAMZILA BT MAT

9. PENUTUP

Sumbangan kewangan yang diterima daripada pihak Lembaga Pengurus Sekolah diharapkan
dapat merealisasikan impian Kelas Pemulihan Khas dalam memantapkan Pengajaran dan
Pembelajaran yang dijalankan di Sk (L) Bukit Bintang Satu ini dengan jayanya. Semoga
pendidikan hari ini menjadi pengorak kepada para pelajar membina jati diri bagi melahirkan lebih
ramai insan yang cemerlang .

Disahkan oleh :
Disediakan oleh : Disemak oleh :

....................................
............................................... ...............................................
( ROSENI SALLEH)
(WAN NOR ZURAIDA BT (NOR’IHSAN MOHD
Guru Besar
WAN ABDULLAH) SHARIF)
SK (L) Bukit Bintang Satu
Setiausaha Kelas Pemulihan GPK Kokurikulum
P.Jaya.
Khas SK (L) Bukit Bintang Satu
SK (L) Bukit Bintang Satu P.Jaya.
P.Jaya.

Anda mungkin juga menyukai