Anda di halaman 1dari 10

TEKS PENGACARA

MAJLIS PERSARAAN PN NEOH SIEW GIN


JUMAAT 31 APRIL 2023

AGENDA TEKS
KETIBAAN Para hadirin dimohon berdiri bagi menyambut ketibaan Yang
TETAMU Diraikan ke dalam dewan sebentar lagi.
(Azwa)
******** (muzik dimainkan)

Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan Pn Neoh Siew Gin diiringi


oleh Pn Pengetua dan barisan penolong kanan, serta dif-dif kehormat
masuk ke dalam dewan.

NYANYIAN ********(lagu Negaraku dimainkan)


LAGU
NEGARAKU Pihak majlis dengan penuh takzim mempersilakan Pn Neoh Siew
(Yang NY) Gin untuk naik ke pentas dan duduk di atas pelaminan yang telah
disediakan.

Hadirin dipersilakan duduk.

Biji selasih boleh dimakan,


Menjadi perisa sedap terperi,
Selamat datang kami ucapkan,
Semoga majlis tambah berseri.

Cuaca yang indah penuh ceria,


Hari yang berbahagia penuh bermakna,
Kami bawakan kepada anda,
Majlis “Sanjungan Budi Lambaian Kasih”
Bersempena dengan persaraan Pn Neoh Siew Gin.

UCAPAN ALU- Bismillahirrahmanirahim.


ALUAN Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.
(Azwa)
Melayang serindit di atas permatang,
Merbah berkicau di hujung muara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

1
Yang berusaha,
Pn Hafizah binti Abdul Samad
Pengetua
SMK Seksyen 3 Bandar Kinrara

Yang diraikan,
Pn Neoh Siew Gin

Yang dihormati,
Tn Hj Hasni bin Jusoh
Yang Dipertua PIBG
SMK Seksyen 3 Bandar Kinrara

Pn Noorin binti Zakaria


Penolong Kanan Pentadbiran

Pn Azura binti Abu Bakar


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Pn Rohani binti Sulaiman


Penolong Kanan Ko-kurikulum

Pn. Rosilawati binti Ibrahim


Penolong Kanan Petang

Yang dihormati juga, bekas murid Pn Neoh Siew Gin, barisan guru
kanan mata pelajaran, guru-guru, murid-murid serta hadirin yang
dikasihi sekalian.

Selamat datang ke:


Majlis “Sanjungan Budi Lambaian Kasih” bersempena dengan
persaraan Yang Diraikan, Pn Neoh Siew Gin.

Terlebih dahulu, syukur Alhamdulillah, kerana dengan limpah dan


kurnia-Nya maka kita dapat bersama-sama berhimpun pada hari ini
untuk meraikan Pn. Neoh Siew Gin, dalam Majlis “Sanjungan Budi
Lambaian Kasih”.

Pakat Bersama menunggang kuda,


Biarpun seketika masanya cuma,
Sisihkan sengketa kiranya ada,
Bertemu berpisah perencanaan-Nya.

2
Sudah menjadi adat dan lumrah kehidupan, setiap pertemuan pasti
mengundang perpisahan. Hadirin, kita berkumpul pada hari ini sama
ada secara nyata mahupun maya adalah untuk meraikan insan yang
sangat disayangi, Pn Neoh Siew Gin yang bakal meninggalkan jejak
kenangan serta taburan budi yang tidak terkira di sekolah ini.

Andainya bintang di angkasa tidak mampu dikira begitulah juga


besarnya jasa Pn Neoh sehingga tidak mampu untuk kami
membalasnya. Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala jasa
dan bakti yang telah dicurahkan oleh Yang Diraikan Pn Neoh Siew
Gin sepanjang perkhidmatan beliau dalam dunia pendidikan selama
33 tahun yang berakhir di SMK Seksyen 3 Bandar Kinrara.

BACAAN DOA Bunga mawar cantik tersemat,


(Yang NY) Dipetik gadis di tepi titi,
Doa dibaca memohon rahmat,
Moga majlis sentiasa diberkati.

Hadirin yang dimuliakan,

Bagi memberkati majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini,
marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa
yang akan dipimpin oleh En. Mohd Haikal bin Mohd Zain.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

*******bacaan doa******

Pihak majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima


kasih kepada En Mohd Haikal di atas bimbingan bacaan doa itu tadi.

UCAPAN WAKIL Hadirin yang dihormati,


MURID
(Azwa) Tak molek jika ada alu tiada lesungnya,
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya,
Tak lengkaplah majlis jika tidak ada yang berbicara.

Dengan ini, majlis mempersilakan Ketua murid SMK Seksyen 3


Bandar Kinrara , saudara Muhammad Danial bin Abdul Raqib
dari kelas 5 Yakin, untuk menyampaikan ucapan.

3
Dengan segala hormatnya dipersilakan…..

*******ucapan wakil murid*********

Terima kasih diucapkan kepada saudara Muhammad Danial bin


Abdul Raqib atas ucapan sebentar tadi.

UCAPAN BEKAS Hadirin sekalian,


MURID
(Yang NY) Seterusnya, saya mempersilakan Doctor Chong Yue Xin, bekas
murid SMK Seksyen 3 Bandar Kinrara tahun 2013 untuk
menyampaikan ucapan.

Pihak majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

******ucapan bekas murid*****

Terima kasih Doktor Chong Yue Xin atas ucapan sebentar tadi.

UCAPAN Seterusnya, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang


PENGETUA Berusaha Pn Hafizah binti Abdul Samad, Pengetua SMK Seksyen
(Azwa) 3 Bandar Kinrara untuk menyampaikan ucapan buat Pn Neoh Siew
Gin yang diraikan.

Dipersilakan.

*********ucapan Pengetua*****

Terima kasih diucapkan kepada puan Pengetua atas ucapan yang


sangat bermakna itu tadi.

UCAPAN YDP Hadirin sekalian,


PIBG
(Yang NY) Persada ucapan diteruskan lagi. Dengan itu, majlis dengan hormat
mesranya mempersilakan yang Tn Hj Hasni bin Jusoh, Yang
Dipertua PIBG SMK Seksyen 3 Bandar Kinrara untuk
menyampaikan ucapan.

Dipersilakan.

*******ucapan PIBG*******

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada yang Tn Hj Hasni

4
bin Jusoh atas ucapan sebentar tadi.

PERSEMBAHAN Sebelum kita tampilkan persembahan pertama pada hari ini, majlis
1 mempersilakan Pn Neoh Siew Gin untuk duduk bersama dengan
(Yang NY) barisan tetamu dan pentadbir untuk menyaksikan persembahan.

Dengan segala hormatnya dipersilakan puan.

****(Pn Neoh mengambil tempat duduk di bawah pentas)

Hadirin yang dimuliakan,

Seterusnya, kami tampilkan persembahan pertama yang merupakan


satu persembahan silap mata yang akan dipersembahkan oleh adik
Lee Shou Xuan dari kelas 4 Bestari.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

******persembahan 1******

Terima kasih diucapkan kepada adik Lee Shou Xuan atas


persembahan yang sungguh menarik itu tadi.

BACAAN Sudah biasa kita dengari,


BIODATA & Patah tumbuh hilang berganti,
PERSEMBAHAN Namun tak sama dengan yang ini,
MULTIMEDIA Tak mungkin ada galang ganti.
(Azwa)
Pohon jati tempat kelisi,
Merbah bersarang di dahan melati,
Kami sembahkan tayangan multimedia ini,
Semoga puan sentiasa dihati.

Hadirin yang dikasihi,

Majlis diteruskan lagi dengan pembacaan biodata dan tayangan


multimedia puan yang diraikan pada hari ini.

Marilah sama-sama kita saksikan.

*******bacaan biodata dan persembahan multimedia********

5
Untuk pengetahuan para hadirin, lagu yang digunakan dalam
persembahan multimedia itu tadi bertajuk “At the Cross Where
Phonix Flowers Bloom” atau (凤凰花开的路口 feng huang hua kai
de lu kou) by Xiu Xiu Man.

Lagu tersebut telah dipilih kerana lirik lagunya yang dirasakan


begitu hampir dengan keadaan kita yang terpaksa merelakan
pemergian Pn Neoh. Ia juga menjelaskan betapa hubungan yang
terjalin begitu istimewa dan sudah seperti sebuah keluarga. Walau
apapun hubungan yang kita ada, kita mesti belajar untuk
menghargainya.

Untuk makluman semua juga, biodata Pn Neoh Siew Gin itu tadi
telah dibacakan oleh Pn Noruhailah binti Bakhari manakala
persembahan multimedia telah disediakan oleh bekas murid Pn
Neoh Siew Gin sendiri.

PERSEMBAHAN Hadirin sekalian,


2
(Yang NY) Majlis diteruskan lagi dengan persembahan kedua iaitu persembahan
tarian Banghra yang merupakan persembahan istimewa yang
dibawakan khas oleh bekas murid dan guru-guru SMK Seksyen 3
Bandar Kinrara.

Marilah sama-sama kita saksikan.

******persembahan 2*********

Terima kasih diucapkan kepada bekas murid dan guru-guru SMK


Seksyen 3 Bandar Kinrara atas persembahan yang begitu
menghiburkan sebentar tadi.

Untuk makluman semua, persembahan tarian Banghra itu tadi telah


dibimbing oleh Pn Suneeta Devi a/p Sewa Shah

UCAPAN PN Dipetik puan buah cemara,


NEOH Jangan direntap pucuknya mati,
(Azwa) Sungguhpun puan akan bersara,
Sudikanlah setitip ucapan kami menanti.

Dengan itu, pihak majlis dengan berbesar hati mempersilakan insan


yang diraikan Pn Neoh Siew Gin, untuk menyampaikan ucapan.

6
Dengan segala hormatnya dipersilakan puan.

********ucapan Pn Neoh*****

Burung aruan di dalam hutan,


Bina sarangnya di pohon cemara,
Bersara puan dari perkhidmatan,
Ibarat hilangnya satu mutiara.

Pihak majlis merakamkan seting-tinggi penghargaan dan terima


kasih kepada yang diraikan, Pn Neoh Siew Gin atas ucapan itu tadi.
Segala ungkap kata beliau itu tadi pastinya meninggalkan kesan yang
mendalam di hati dan akan menjadi kenang-kenangan buat kita
semua.

PERSEMBAHAN Hadirin sekalian,


3*
Majlis diteruskan lagi dengan persembahan nyanyian dan tarian
daripada pelajar Tingkatan 3 dan Tingkatan 5 SMK Seksyen 3
Bandar Kinrara yang diketuai oleh adik Thong Kai Yong dari kelas
5 Amanah dengan nyanyian lagu yang bertajuk
……………………….

Dipersilakan.

*****persembahan 3*****

Terima kasih diucapkan kepada Thong Kai Yong dan rakan-rakan


atas persembahan nyanyian dan tarian yang sangat menarik itu tadi.

PENYAMPAIAN Tempurung kelapa di tanjong puri,


CENDERAMATA* Buat hiasan jadikan barangan,

7
(Azwa) Tiada apa dapat diberi,
Terimalah bingkisan buat kenangan.

Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderamata kenang-


kenangan.

Untuk itu, majlis mempersilakan yang diraikan Pn Neoh Siew Gin


diiringi oleh yang berusaha Pn Hafizah binti Abdul Samad untuk
menerima cenderamata tersebut.

Penyampaian cenderamata dimulakan dengan*:

1. Murid-murid
2. Bekas murid
3. Geng Lotus
4. Geng Bolly
5. Pusat Sumber Sekolah
6. Badan Pengawas Sekolah
7. Koperasi Sekolah
8. Panitia Bahasa Cina
9. Gabungan 4 Bidang (kemanusiaan/ Bahasa/ Sains &
Matematik/ Teknik & Vokasional)
10. PIBG
11. Kelab Guru dan Staf
12. Unit HEM
13. Unit Kokurikulum
14. Pentadbir

Begitulah tadi upacara penyampaian cenderahati kenang-kenangan


khusus untuk yang diraikan Pn Neoh Siew Gin.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Pn Neoh Siew Gin


atas kesudian menerima kenang-kenangan daripada warga SMK
seksyen 3 Bandar Kinrara sebentar tadi.

Di tengah pekan pohon cemara,


Banyak buah dimakan kedidi,
Kami ucapkan selamat bersara,
Kepada puan yang baik budi.

Dalam puan buah kuini,


Airnya ada dalam geleta,

8
Persaraan puan kami iringi,
Dengan doa dan air mata.

PENUTUP Tibalah waktunya untuk menyusun jemari


(Yang NY) Membuang segala kerikil bersalut di hati
Maafkan kami andai ada salah dan silap tanpa disedari agar saat
Perpisahan ini indah berbunga mesra dalam jambangan ingatan.

Kepada Pn Neoh Siew Gin yang akan pergi meninggalkan kami di


SMK Seksyen 3 Bandar Kinrara ini,
Jelinglah kami jika rindu masih bertamu,
Sapalah kami andai mesra akrab berpadu,
Selamat bersara, semoga tuhan sentiasa memberkati setiap
langkahmu dan perjalanan hidupmu.

Walaupun pahit untuk ditelan,


Namun perpisahan ini terpaksa kami relakan.
Semoga memori di SMK Seksyen 3 Bandar Kinrara terus terpahat di
sanubari.

Hadirin sekalian majlis kita telah sampai ke penghujungnya.


Sebelum bersurai, pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih
kepada Pn Neoh Siew Gin atas kesudian bersama-sama dengan kami
(Azwa) dalam majlis ini.

Akhir kata, majlis mengucapkan terima kasih kepada semua guru,


staf dan murid-murid atas kebersamaan memeriahkan majlis
“Sanjungan Budi Lambaian Kasih” sempena persaraan Pn Neoh
Siew Gin.

Dari mana asalnya usah diusul,


Molek budinyamenambat hati,
Dua tiga bicara salah tersasul,
Jangan disimpan di dalam hati.

Sekian.
Wabillahitaufik wahidayah
Assalamualaikum wbt.

SESI FOTOGRAFI Dipersilakan Pn Chandra Lakchimi untuk menyusun atur


(Yang NY) pergerakan murid.

9
Seterusnya, dijemput guru-guru SMK Seksyen 3 Bandar Kinrara
untuk merakamkan kenang-kenangan terakhir bersama Pn. Neoh di
atas pentas.

Kita mulakan dengan barisan pentadbir dan YDP untuk merakamkan


gambar kenangan Bersama-sama Pn Neoh Siew Gin.

*****(gambar Pn Neoh & barisan pentadbir dan YDP)

Diikuti dengan guru-guru bidang Kemanusian/ Bahasa/ Sains &


Matematik/ Teknik & Vokasional)

*****(gambar Pn Neoh & guru-guru bidang)

Seterusnya , barisan Ahli Kumpulan Pelaksana(AKP)

*****(gambar Pn Neoh & AKP)

Diakhiri dengan gambar Pn Neoh bersama-sama dengan guru-guru


SMK Seksyen 3 Bandar Kinrara.

PERARAKAN Majlis mengumumkan perarakan keluar Pn Neoh Siew Gin diiringi


KELUAR oleh Puan Pengetua, barisan pentadbir serta dif-dif kehormat.
(Azwa)
MAJLIS BERSURAI

10

Anda mungkin juga menyukai