Anda di halaman 1dari 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA,

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH PASIR GUDANG,


d/a SK SERI KOTA PUTERI 4,
JALAN PENAGA, NO. TEL: 07-3881201
BANDAR BARU KOTA PUTERI, NO. FAX: 07-3881203
81750 MASAI, JOHOR.

Ruj. kami : JPA1006.PP/100-9/4/1/1 Jld. 2( )


Tarikh : September 2017
Yang Dipertua,
Majlis Perbandaran Pasir Gudang,
Aras 19, Menara Aqabah,
Jalan bandar, 81700 Pasir Gudang
Johor Darul Takzim.

Tuan,

MEMOHON TAJAAN MEJA BULAT DAN KERUSI

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang akan menganjurkan Program Bicara
Pendidikan dan Sepetang Bersama Menteri Pendidikan Malaysia Guru Pembina Negara Bangsa yang melibatkan
seramai 500 orang peserta yang terdiri daripada kalangan Rakan Strategik, PIBK, kepimpinan sekolah dan guru -
guru daerah Pasir Gudang pada ketetapan berikut:

2.1 Tarikh : 01 Oktober 2017 (Ahad)


2.2 Masa : 9.30pagi – 5.00 petang
2.3 Tempat : Dewan Serbaguna Taman Mawar, Pasir Gudang

3. Sehubungan dengan itu pihak kami amat mengharapkan pihak tuan dapat menaja peralatan seperti berikut:
i. Meja Bulat ‘ 8 sitter’ ( bersama alas meja dan skirting ) = 63 Buah
ii. Kerusi Banquet (Bersama sarung kerusi) = 504 buah

4. Untuk makluman tuan , program ini akan dihadiri oleh YB Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid , Menteri Pendidikan
Malaysia dan YB Dato’ Hajah Normala binti Abdul Samad, Ahli Parlimen Pasir Gudang. Oleh itu besarlah harapan
kami , jika pihak tuan dapat menaja peralatan seperti di atas agar program ini dapat dijalankan dengan jayanya.

5. Segala kerjasama dan tindakan pihak tuan, diucapkan jutaan terima kasih. Sebarang pertanyaan sila
hubungi Encik Norafazi bin Jaafar, Penolong PPD Swasta, PPD Pasir Gudang di talian 013-7022808 .

Sekian, terima kasih.

“SEHATI SEJIWA”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

.........................................
(HAJI JASNI BIN OMAR)
Pegawai Pendidikan Daerah Pasir Gudang.

Anda mungkin juga menyukai