Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA LAWATAN

KE SEMINAR STEM 2018

UKM, BANGI
17 November 2018 (Sabtu)
8.00 pagi – 5.00 petang
KERTAS KERJA LAWATAN SEMINAR STEM 2018

1.0 PENGENALAN

STEM adalah merupakan singkatan kepada bidang Sains, Teknologi, Engineering dan Matematik.
Istilah ini biasanya digunakan bagi menunjukkan dasar pendidikan dan pilihan kurikulum sekolah bagi
meningkatkan daya saing dalam bidang pembangunan teknologi. Keperluan kepada STEM wujud apabila
kehendak terhadap bidang kerja yang melibatkan STEM adalah jauh lebih tinggi berbanding bidang lain.
Dasar STEM ini menjadi lebih penting kerana perkembangan bidang kerja yang berkaitan dengan STEM
adalah 3 kali ganda berbanding bidang bukan STEM. Maka, kita perlu menanam minat kepada pelajar
untuk menyambung pelajaran dalam bidang berkaitan STEM sejak dari sekolah lagi.

2.0 MATLAMAT

Matlamat utama lawatan STEM ini adalah bertujuan untuk:


a. Menarik minat, memotivasikan serta memberi makna (relevan) kepada murid terhadap p&p pada
hari itu.
b. Mengaplikasikan dan mengintegrasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai STEM dengan betul
dan mendalam dalam kehidupan, masyarakat dan persekitaran melalui aktiviti inkuiri atau
penyelesaian masalah.
c. Melibatkan murid dalam aktiviti inkuiri dan penyelesaian masalah dimana kemahiran berfikir
ditekankan.
d. Mendapatkan maklumat melalui pelbagai kaedah dengan menggunakan teknologi secara bijak.
e. Mentafsir dan menilai maklumat yang diperolehi untuk membuat rumusan/produk aktiviti.
f. Berkomunikasi untuk berkongsi hasil rumusan/ produk melalui pelbagai media/platform.
g. Mendapat maklumbalas dari rakan-rakan murid dan guru untuk menambah baik
rumusan/produk.
h. Menggalakkan murid berkerjasama sebagai satu pasukan

3.0 OBJEKTIF

Objektif utama lawatan STEM ini adalah bertujuan untuk:


a. Memperkasa pengetahuan, kemahiran dan kompetensi guru dalam pengajaran dan pembelajaran
subjek STEM.
b. Membincangkan amalan terkini dan holistik dalam pengajaran dan pembelajaran STEM selaras
dengan
c. keperluan dan pengisian pendidikan abad ke-21.
d. Membincangkan isu – isu terkini dan cabaran berkaitan STEM.
e. Mengenalpasti strategi untuk menggalakkan dan memperkukuhkan pendidikan STEM
f. Menyediakan satu platform bagi peserta untuk berbincang dan berkongsi maklumat, pengalaman
serta

2
g. hasil penyelidikan tentang isu berkaitan strategi memartabatkan STEM di kalangan pelajar.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran bagi program ini adalah murid dari tingkatan 1 – 3 dan guru – guru bidang Sains &
Matematik serta guru Rekabentuk Teknolgi (RBT) SMK Tanjong Sepat.

5.0 KEWANGAN

BIL SUMBER JUMLAH


1 BAYARAN PESERTA (PELAJAR) Aktiviti : RM5 X 70 RM350
2 SUMBANGAN PIBG Makan : 80 orang RM400
3 PUSAT SUMBER SEKOLAH RM200
BAS RM600 X 2
4 SUMBANGAN BIMBINGAN DAN RM1000
KAUNSELING
JUMLAH RM1950

6.0 JAWATANKUASA PELAKSANA


Pengerusi :En . Rajendran A/L Palaniappan (Pengetua)
Timb. Pengerusi : Tn. Hj Husin b. Shaharin (PK Pentadbiran)

Penyelaras : Pn. Hjh. Mahanum bt. Hj. Mokri (GKMP Sains& Matematik)
Cik Bibah bt. Udang (GKMP Teknik dan Vokasional)

Setiausaha : Cik Anita Bt Hussin (KP Sains)


Pn. Suhaili bt Takyin (Kaunselor Sekolah)

Ahli Jawatankuasa
1. PN. HJH MAHANUM BT MOKRI
2. CIK ANITA BINTI HUSSIN
3. CIK MAZLIANA BT TASRIP
4. PN. NORIZZAH BT RADIKAN
5. PN. NURUL NAZIRAH
6. EN. ASRUL IZAM BIN KADAR
7. CIK BIBAH BT UDANG
8. EN. SUHAIMI B . ZAKARIA
9. PN. NURULL AFIDA BT HASIM
10. CIK NUR AFIQAH BINTI MISKON

3
7.0 MASA DAN TEMPAT
8.00 pagi – 5.00 petang
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM, Bangi)

8.0 PENUTUP

Adalah diharap agar perancangan yang telah disusun akan berjalan dengan lancar di samping
mendapatkerjasama dan perhatian semua pihak.

Disediakan oleh : Disemak oleh : Disahkan oleh :

……………………….. ………………………….. …………………………………..


(CIK ANITA BT HUSSIN) (PN. HJH. MAHANUM BT. MOKRI) (EN. RAJEDNRAN A/L PALANIAPPAN)
KP Sains GKMP Sains & Matematik

4
5

Anda mungkin juga menyukai