Anda di halaman 1dari 5

MALAYSIA SEBUAH DESTINASI PELANCONGAN POPULAR

ABDUL JABBAR BIN VM PACKEER MOHAMMED


PENDIDIKAN GEOGRAFI
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

Malaysia sememangnya terkenal sebuah negara yang unik dan mampu

mencatatkan jumlah pelancong yang tinggi dari seluruh dunia. Malah, kita harus

berbangga dengan nikmat keamanan yang Allah s.w.t berikan kepada kita

sebagai rakyat Malaysia mampu meneruskan hidup dengan aman damai dan

keamanan yang dikecapi oleh kita sebagai rakyat Malaysia mampu memberikan

kelebihan kepada negara kerana menjadi antara destinasi pelancongan negara

luar. Jika kita lihat negara-negara yang mengalami konflik politik bukan hanya

kurang dijadikan destinasi pelancongan malah tidak ada pelancong yang berani

untuk melawat ke negara-negara tersebut walaupun terdapat produk

pelancongan yang amat bernilai dan unik. Maka kupasan ini diharapkan

memberikan sedikit pandangan mahupun cadangan terhadap sektor

pelancongan di Malaysia ini.

Malaysia merupakan destinasi pelancongan yang mendapat kunjungan

ramai daripada negara-negara luar. Benarkah? Jika benar, mengapakan

Malaysia menjadi destinasi pilihan bagi pelancong luar negara? Berdasarkan

kutipan artikel yang dimuatkan di dalam akhbar harian di negara ini, pelbagai

artikel yang menyentuh berkenaan isu pelancongan ini. Ada juga menyatakan

Malaysia mempunyai khazanah, warisan dan budaya yang tinggi menyebabkan

Malaysia mampu menjadi salah satu negara yang ramai dikunjungi oleh para

pelancong asing. Para pelancong asing memilih Malaysia sebuah destinasi

1
pelancongan mereka adalah disebabkan nilai budaya yang tinggi dalam

kalangan masyarakat di Malaysia yang telah ditunjukkan oleh setiap lapisan

masyarakat Malaysia. Terdapat juga lapisan masyarakat yang berbilang kaum

yang telah menarik minat para pelancong untuk memerhati budaya masyarakat

di negara ini. Selain, nilai masyarakat yang terdiri daripada pelbagai budaya,

pelancong asing juga menjadikan Malaysia sebuah destinasi pelancongan ialah

kerana terdapat pelbagai landskap alam semula jadi yang mengagumkan seperti

pulau, pantai, Taman Negara dan sebagainya yang menjadi kawasan pelancong

untuk menikmati masa melancong mereka ke negara ini. Malaysia tidak dapat

dinafikan bahawa terdapat pelbagai budaya dalam masyarakatnya tetapi juga

mempunyai warisan yang ditinggalkan oleh para penjajah yang masih dikekalkan

oleh kerajaan sehingga hari ini. Hal ini menjadikan warisan ini sebagai tinggal

yang berharga untuk dilihat kembali oleh pelancong. Pelancong ini bukan hanya

datang untuk menikmati keindahan alam semata-mata, malah dapat

menambahkan ilmu pengetahuan melalui pelancongan yang diikutinya. Dengan

melihat kawasan-kawasan tinggalan sejarah, para pelancong dapat mengetahui

serba sedikit tentang peristiwa sejarah di Malaysia pada zaman penjajahan.

Contohnya, Lembah Bujang dan Kota A’ Farmosa yang menjadi bangunan yang

dikawal rapi oleh kerajaan dalam usaha memelihara warisan di negara ini untuk

dijadikan bahan yang perlu dilihat oleh para pelancong. Namun demikian,

bagaimana usaha kerajaan ini dapat dilihat sebagai usaha memelihara warisan

ini? Ini sudah tentulah menjadi tanggungjawab menteri yang terlibat iaitu

Kementerian Pelancongan dan Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian

2
dan Warisan dalam usaha memelihara warisan dan kesenian sebagai medium

pelancongan di kalangan pelancong sama ada dalam negara mahupun luar

negara Malaysia. Bagi pihak kerajaan segala usaha ini adalah perlu untuk

mendapatkan nilai tinggi dalam pasaran terutama bagi sektor pelancongan di

Malaysia. Misalnya, kerajaan melalui agensi-agensi yang dilantik telah berusaha

bagi mendapatkan nilai tambah dalam penyediaan destinasi pelancongan.

Malah, kerajaan menyediakan pelbagai kemudahan bagi pelancong untuk

menarik minat mereka datang dan menjadikan Malaysia sebagai sebuah

destinasi pelancongan pilihan. Data menunjukkan bahawa peningkatan

pelancongan dari luar negara dari semasa ke semasa dan ini menunjukkan

bahawa Malaysia memang sebuah destinasi pelancongan pilihan bagi negara

luar. Bukan hanya ia dijadikan destinasi pelancongan luar, malah pelancong dari

dalam negara juga menjadikan destinasi yang sedia ada di Malaysia sebagai

pilihan pelancongan. Ini dapat dibuktikan bahawa, terdapat penurunan jumlah

pelancong yang keluar negara untuk melancong dan ini dapat dilihat bahawa

masyarakat Malaysia juga tertarik dengan destinasi pelancongan yang terdapat

di dalam negara. Benarlah bahawa Malaysia bukan hanya menjadi destinasi

pilihan pelancong luar negara, malah turut menjadi destinasi pilihan pilihan

pelancong dalam negara. Namun begitu, kerajaan haruslah berusaha melalui

agensi-agensi pelancongan di dalam negara dan luar negara supaya

mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan pilihan terutamanya

bagi pelancong luar negara dan mengekalkan pelancong dalam negara supaya

pelancong di tempat-tempat yang menarik yang disediakan di dalam negara.

3
Misalnya, AirAsia sebuah syarikat penerbangan tambang murah di rantau Asia

berusaha mempromosikan destinasi pilihan pelancongan di Malaysia melalui

syarikat penerbangannya. Begitu juga Kompleks Beli-belah di Malaysia

mengadakan jualan mega dan juga kemudahan yang terbaik untuk memberikan

keselesaan kepada para pelancong asing yang bukan hanya datang untuk

melancong semata-mata tetapi juga turut menjadikan kuasa beli sebagai

sampingan ketika melancong di Malaysia. Sebenarnya, di samping melancong

kedatangan pelancong ini adalah untuk melakukan aktiviti sampingan selain

melancong seperti perubatan, membeli-belah, sukan dan sebagainya.

Kementerian Pelancongan misalnya perlulah bertanggungjawab ke atas

setiap negeri dan bersungguh dalam usaha menarik pelancong asing

mengunjungi setiap negeri yang sudah tentu akan menambahkan pendapatan

negeri dan negara dalam sektor pelancongan. Hal ini, berlaku tidak adil ke atas

kementerian ini kerana tidak berusaha bersungguh dalam mempromosikan

produk pelancongan ke atas negeri-negeri yang ditadbir oleh kerajaan

pembangkang. Sentimen politik adalah perlu diketepikan oleh kementerian yang

terlibat kerana akan menyekat usaha kemasukan pelancong asing ke dalam

negeri yang ditadbir oleh pembangkang walhal negeri ini banyak didapati produk

pelancongan yang menarik. Usaha kementerian ini perlulah diteruskan dan tidak

perlu melihat sentimen politik membantukan kerajaan mempromosi produk

pelancongan yang ada. Ini dapat dibuktikan bahawa negeri Kelantan

mencatatkan penurunan ke atas kemasukkan pelancong ke negeri tersebut,

tetapi jika dilihat dalam masa yang sama negeri Terengganu mencatatkan

4
peningkatan. Selain itu, Kementerian Pelancongan juga perlu merancang dan

mempelbagaikan produk pelancongan yang sedia ada bagi menarik pelancong-

pelancong asing yang baru. Ini bukanlah hanya terikat kepada produk

pelancongan yang berbentuk warisan dan alam semula jadi tetapi produk-produk

pelancongan seperti perubatan, perhotelan, sukan pelancongan, pusat hiburan,

kesenian dan warisan, pusat beli-belah dan lain-lain yang dianggap sebagai

produk pelancongan yang berdaya saing untuk menarik kemasukkan pelancong

asing dalam usaha meningkatkan jumlah pelancong tetapi dalam masa yang

sama dapat meningkatkan pendapatan negara. Selain itu, agensi-agensi di

bawah kementerian haruslah bekerja bersungguh dalam usaha menarik

kemasukkan pelancong asing di dalam negara kita. Agensi seperti Pusat

Penerangan Pelancongan, Majlis Tindakan Pelancongan Negeri, Pusat

Maklumat Pelancongan Malaysia, Majlis Kebudayaan dan Warisan Negeri dan

berbagai agensi lain sama ada agensi kerajaan dan swasta haruslah berusaha

bersungguh-sungguh untuk mempromosikan pelancongan yang terdapat di

Malaysia.

Hak Cipta Terpelihara 2010

Anda mungkin juga menyukai