Anda di halaman 1dari 4

PERSATUAN GEOGRAFI UPSI : GEOGRAFI GAH GEMILANG

Abdul Jabbar bin VM Packeer Mohammed


Mantan Presiden Persatuan Geografi
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
Tanjong Malim, Perak.

Seperti persatuan-persatuan lain yang diselia oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni

(JHEPA) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Persatuan Geografi UPSI merupakan antara

persatuan yang paling aktif di UPSI. Bergerak sebagai sebuah badan pelajar yang berdaftar,

Persatuan Geografi UPSI ditubuhkan pada tahun 1997 yang dianggotai oleh sebilangan pelajar-

pelajar Pendidikan Geografi. Persatuan ini mengorak langkah tahun demi tahun bagi

memastikan program-program yang dianjurkan mendapat pengiktirafan oleh ahli-ahli persatuan

serta masyarakat. Maka, tidak hairanlah persatuan ini menjadi antara persatuan yang mantap

dibawah seliaan JHEPA UPSI. Menurut mantan Presiden Persatuan Geografi UPSI, Abdul

Jabbar bin VM Packeer Mohammed, Persatuan Geografi mempunyai visi dan misi untuk

memastikan kejayaan sebagai sebuah badan pelajar yang dianggotai oleh pelajar Pendidikan

Geografi menjadi mantap serta mempunyai hala tuju yang jelas bagi memastikan kejayaan

dalam penganjuran sesebuah program. Tidak kurang daripada itu, Persatuan Geografi juga

mempunyai motto yang tersendiri supaya dapat menggambarkan badan pelajar ini sebagai

sebuah organisasi yang mantap. Geografi Gah Gemilang merupakan motto bagi Persatuan

Geografi UPSI yang dicipta setahun yang lepas pada sesi 2009/2010. Idea penubuhan motto ini

disuarakan oleh pensyarah Jabatan Geografi dan Alam Sekitar, Dr. Mazdi bin Marzuki selaku

orang yang bertanggungjawab menubuhkan Persatuan Geografi UPSI suatu ketika dulu.

Namun, inisiatif itu dilaksanakan oleh saya selaku presiden persatuan pada ketika itu bagi

menggambarkan persatuan ke arah kegemilangannya selepas 13 tahun berdaftar sebagai

badan pelajar di UPSI. Perubahan motto ini bukanlah sesuatu sengaja yang direka-reka tanpa

membuktikan kejayaannya diperingkat universiti mahupun kebangsaan. Kejayaan ini


1
menggambarkan kejayaan ahli-ahli persatuan dan juga kejayaan para pensyarah yang sering

memberi tunjuk ajar dan komitmen yang jitu terhadap agenda persatuan. Antaranya adalah

kejayaan dalam bidang akademik, acara sukan, badan beruniform, kepimpinan dan sebagainya

yang telah dihasilkan oleh ahli-ahli persatuan. Hasil daripada kejayaan ini, maka motto ini

amatlah bersesuaian dengan pencapaian yang diperolehi oleh ahli-ahli persatuan. Persatuan ini

juga merupakan jambatan yang menghubungkan antara pelajar dengan pensyarah. Komitmen

ahli dan juga para pensyarah Jabatan Geografi dan Alam Sekitar dilihat antara semangat yang

jelas ditunjukkan terhadap badan pelajar ini. Hal ini dibuktikan lagi apabila sesebuah

pengajuran program yang dianjurkan oleh Persatuan Geografi UPSI dilihat jarang sekali tidak

menampakkan penglibatan para pensyarah Jabatan Geografi dan Alam Sekitar. Ini

menunjukkan bahawa para pensyarah turut memberi sokongan yang padu kepada program

yang dianjurkan oleh persatuan. Malah para pensyarah turut meuar-uarkan seseuatu program

yang akan diadakan sebelum proses pengajaran dan pembelajaran berlaku di bilik kuliah.

Persatuan Geografi UPSI boleh berbangga dengan kejayaan ahlinya dalam setiap pelbagai

bidang umpamanya dalam bidang akademik, kesukanan, badan beruniform, kepimpinan dan

sebagainya yang dihasilkan dari kalangan ahli persatuan. Misalnya dalam bidang akademik,

kejayaan para pelajar mencatatkan keputusan yang baik adalah amat memberansangkan. Hal

ini dibuktikan lagi apabila setiap sidang konvokesyen berlangsung ada di kalangan ahli

persatuan yang memperolehi Ijazah Kepujian Kelas Pertama. Begitu juga dalam bakat

kepimpinan, terdapat di kalangan ahli persatuan yang mempunyai kebolehan memimpin dalam

pelbagai persatuan, kelab dan organisasi lain yang terdapat di UPSI. Hasil daripada kejayaan

ini, maka motto Geografi Gah Gemilang adalah bersesuaian dengan pencapaian yang

diperolehi oleh ahli-ahli Persatuan Geografi UPSI. Persatuan ini merupakan jambatan yang

menghubungkan antara pelajar dengan pensyarah. Komitmen ahli persatuan dan para

pensyarah dilihat menunjukkan semangat yang jelas ditunjukkan terhadap badan pelajar ini.

2
Maka tidak hairanlah persatuan menjadi nadi penggerak sesuatu program anjuran Jabatan

Geografi dan Alam Sekitar. Menurut Ketua Jabatan Geografi dan Alam Sekitar, Fakulti Sains

Kemanusiaan, UPSI, Prof. Dr. Zainudin bin Othman, persatuan merupakan badan pelajar yang

penting bagi melaksanakan program-program anjuran bersama di peringkat jabatan. Hal ini

kerana, persatuan dapat memberi kerjasama bagi menambah kelancaran program-program

besar yang dilaksanakan antaranya Forum Alam Sekitar, Seminar Kebangsaan Geografi, Hari

Terbuka Fakulti, Kempen Penjimatan Tenaga, Sambutan Hari Alam Sekitar, Gotong-Royong

Perdana dan sebagainya. Dengan ini saya memuji barisan kepimpinan Persatuan Geografi

yang begitu komited dalam memastikan kejayaan penganjuran program. Tambahnya lagi,

Persatuan Geografi seharusnya diberikan peruntukan yang setimpal untuk meneruskan agenda

persatuan pada masa akan datang. Hal ini kerana, Persatuan Geografi mempunyai barisan

kepimpinan yang begitu aktif dan banyak idea serta perancangan demi memastikan ahli

persatuan mendapat manfaat daripada program yang dilaksanakan. Bagi memastikan

kesinambungan perjuangan, ahli persatuan hendaklah bijak memilih barisan kepimpinan yang

mampu bercakap dan bekerja untuk meneruskan agenda persatuan supaya tidak terkubur dan

lesu. Penolong Pendaftar Unit Persatuan dan Kelab JHEPA UPSI begitu berbangga dengan

gerak kerja barisan kepimpinan Persatuan Geografi UPSI kerana menjadi persatuan yang

banyak melakar kejayaan dan membawa perubahan dalam memastikan badan pelajar itu

menjadi terus gemilang. Menurut Mohd Feizal Md. Sheriff, kejayaan sesebuah persatuan dan

kelab bukanlah bergantung kepada berapa banyak program yang dianjurkan tetapi kejayaan

sesebuah persatuan dan kelab mampu mencapai kejayaannya apabila keberkesanan terhadap

aktiviti yang dianjurkan kepada ahli-ahli dan juga peserta. Saya menasihatkan kepada para

pelajar supaya bergiat aktif dalam badan pelajar yang disertainya kerana mempunyai banyak

faedah apabila anda mengikuti perjalanan sesebuah program yang dianjurkan. Hal ini, amatlah

perlu lebih-lebih lagi kepada mahasiswa-mahasiswi UPSI yang bakal menjadi pendidik di

3
sekolah nanti. Hal ini menjadi titik permulaan kepada para pelajar supaya menimba sebanyak

mungkin ilmu di universiti untuk digunakan apabila bergelar pendidik kelak. Bagi mantan

presiden, beliau mengharapkan supaya barisan kepimpinan yang dibentuk supaya aktif dan

matang dalam merencanakan segala idea dalam bentuk program yang hendak dilaksanakan.

Tidak ada gunanya seseorang pemimpin hanya pandai bercakap dan mempunyai idea yang

banyak tanpa diterjemahkan dalam bentuk aktiviti dan program untuk keperluan ahli-ahli

persatuan. Barisan kepimpinan perlu menjalankan perancangan yang rapi bagi memastikan

segala agenda yang hendak dilaksanakan itu betul-betul mencapai kejayaan. Setiap

jawatankuasa yang dilantik haruslah memainkan peranan masing-masing tanpa mengharapkan

semua kerja harus diletakkan dibahu presiden semata-mata. Selain itu, saya begitu komited

dan menghulurkan segala bentuk kerjasama dengan pelbagai pihak sama ada badan-badan

kerajaan, badan bukan kerajaan, aktivis-aktivis dan sebagainya bagi memastikan kejayaan

sesebuah program yang dilaksanakan. Oleh itu, saya menyeru kepada ahli-ahli persatuan

supaya sama-sama bergiat aktif dalam agenda persatuan dan mengikuti perkembangan setiap

aktiviti yang dilaksanakan oleh persatuan kerana program yang dianjurkan ini adalah untuk

kepentingan dan manfaat ahli persatuan bagi mencapai motto Geografi Gah Gemilang sebagai

satu hasil yang diperolehi setiap ahli Persatuan Geografi.

“GEOGRAFI GAH GEMILANG”

Hak Cipta Terpelihara 2010

Anda mungkin juga menyukai