Anda di halaman 1dari 29

PERSPEKTIF EKONOMI PENGLIBATAN BURUH ASING ASIA SELATAN DALAM

SEKTOR PERLADANGAN DAN PERTANIAN DI CAMERON HIGHLANDS,


MALAYSIA

ECONOMIC PERSPECTIVE OF INVOLVEMENT OF SOUTH ASIAN FOREIGN


WORKERS IN THE AGRICULTURE AND PLANTATION SECTORS IN CAMERON
HIGHLANDS, MALAYSIA.

Prakash Arunasalam
ThirunaukarasuSubramaniam
Department of Southeast Asian Studies
Faculty of Arts and Social Sciences
University of Malaya
Kuala Lumpur
(jo_akash@yahoo.com)

Pekerja asing dari Asia Selatan datang ke Malaysia untuk bekerja dalam pelbagai sektor

ekonomi. Salah satu sektor yang banyak menggunakan buruh asing Asia Selatan ialah sektor

perladangan dan pertanian selain daripada sektor perkhidmatan. Akibat permintaan ke atas

buruh asing yang kian meningkat, kerajaan membawa pekerja asing dari Bangladesh, Nepal dan

India ke Malaysia secara besar-besaran. Ini kerana pihak kerajaan tidak mahu ekonomi Malaysia

terbantut disebabkan oleh faktor kekurangan buruh. Objektif kajian ini adalah untuk

menganalisis faktor-faktor pendorong dan hambatan kemasukan buruh asing Asia Selatan ke

Cameron Highlands selain menganalisa pola pendapatan, tabungan, perbelanjaan serta kiriman

wang ke negara asal. Kajian ini mendapati bahawa amaun perbelanjaan yang dilakukan oleh

pekerja asing Asia Selatan adalah terhad kepada barang-barang yang dirasakan sangat perlu.

Sekiranya sesuatu barangan yang ingin dibeli dirasakan tidak perlu mereka akan membatalkan

hasrat mereka untuk membeli barangan berkenaan. Matlamat utama merek aadalah untuk

menabung seberapa banyak wang yang mungkin dan mengirimkan wang tersebut kenegara asal

bagi tujuan pertamanya untuk melangsaikan hutang yang sudah diambil dan keduanya untuk
mengumpul seberapa banyak wang yang boleh bagi tujuan menjamin kehidupan yang baik bagi

ahli keluarga mereka di negara asal. Analisa regresi yang dibuat dengan menggunakan kaedah

regresi logit pula menunjukkan tiga penentu utama kiriman wang ke negara asal iaitu bilangan

tanggungan, pendapatan bersih dan jam kerja sehari.

Katakunci: pekerja asing, Asia Selatan, pertanian, perladangan, Malaysia

Abstract

Foreign workers from South Asia came to Malaysia to work in various economic sectors. One of

the sectors that used a lot of South Asian foreign workers is the plantation and agricultural

sector and in addition to the services sector. Due to the growing demand for foreign labourers,

the government has brought foreign workers from Bangladesh, Nepal and India to Malaysia on a

large scale. This is because the government does not want the Malaysian economy to be

hampered because of the labour shortage. The objective of this study is to analyze the push and

pull factors for South Asian foreign labourers inflow to Cameron Highlands as well as to

analyze the pattern of income, savings, expenses and remittances to the country of origin. The

study found that the expenditure made by South Asian foreign workers is only limited to

essential items. The workers normally cancel their intention of buying any unnecessary items.

Their primary goal is to save as much money as possible and send their savings to their home

country. The money sent to their home country with the main goal of settling the debt taken and

to save as much as possible to ensure a good life in the country of origin for their family

members. Regression analysis performed using the logit regression method identifies three key

determinants of remittances to their home country, namely the number of dependents, net income

and working hours per day.


Keywords: Foreign workers, South Asia, agriculture, plantation, Malaysia
Pengenalan

Migrasi buruh asing ke Malaysia semakin meningkat. Malaysia merupakan sebuah negara

pengimport buruh bersih. Malaysia dikelilingi oleh banyak negara yang berpendapatan rendah

seperti Indonesia, Filipina, Vietnam, Myanmar (Asia Tenggara) dan juga dari India, Bangladesh

dan Nepal (negara Asia Selatan) yang menyebabkan destinasi bagi buruh asing. Pertumbuhan

ekonomi yang lebih tinggi dari negara asal dan banyak peluang pekerjaan mendorong migrasi ke

Malaysia dari negara-negara ini. Ekonomi Malaysia lebih bergantung kepada intensif buruh yang

mengakibatkan peningkatan buruh asing malah ekonomi Malaysia bergantung kepada pekerja

asing.

Berdasarkan Jadual 1.1, sektor perladangan adalah sektor yang kedua banyak menggunakan buruh asing.

Pada tahun 2001, hanya sekitar 200 ribu orang pekerja asing yang digunakan dalam sektor perladangan di

negara ini, tetapi pada tahun 2007 angka ini telah meningkat kepada 337,503 orang buruh asing dan pada

tahun 2008 pula meningkat lagi kepada 333,900 orang. Manakala dalam sektor pertanian pula, bilangan

pekerja asing yang digunakan pada tahun 2006 ialah seramai 123,373 orang. Manakala pada tahun 2008,

pekerja asing dalam sektor pertanian meningkat kepada 186,967 orang. Menurut Asan Ali Golam Hassan
(2009) pula tiga industri utama yang dimonopoli oleh bukan warganegara ialah industri pertanian

termasuk perhutanan dan perikanan (sebanyak 33 peratus), sementara industri pembinaan dan pembantu

rumah pula sekitar 14 peratus. Pada tahun 2009 pula, bilangan pekerja asing bertambah sebanyak 173,800

buruh di Malaysia. Sektor yang paling banyak memerlukan buruh asing ialah sektor pembuatan iaitu

34.6%. Ini diikuti oleh sektor pertanian yang menggunakan sebanyak 26.1%, dan sektor perkhidmatan

pula sebanyak 10.6%. Pada tahun 2012, sektor yang memerlukan ramai pekerja asing ialah sektor

pembuatan iaitu sebanyak 38.6%.

Jadual 1.2 pula menunjukkan tempat asal pekerja asing yang bekerja dalam pelbagai sektor
ekonomi di Malaysia. Sebahagian besar daripada buruh asing ini datang daripada Indonesia yang
mana mewakili lebih 50 peratus daripada jumlah tenaga kerja asing dalam pasaran buruh di
Malaysia pada tahun 2008. Negara kedua terbesar yang mengeksport buruh asing ke Malaysia
ialah negara Bangladesh yang menyumbangkan seramai 10.6 peratus daripada jumlah tenaga
kerja asing. Mengikut satu laporan yang dikeluarkan oleh Asian Economic Institute, pada tahun
2006, tiga sumber utama pekerja asing di Malaysia ialah Indonesia (65.7 peratus), Nepal (10.8
peratus), dan India (7.6 peratus) (Asia Economic Institute, 2010). Sehingga pada awal tahun
2008, pekerja asing mencakupi 21 peratus daripada sejumlah 11 juta tenaga kerja di Malaysia
dengan kadar pengangguran sebanyak 3.5 peratus (Asia Economic Institute, 2010).
Objektif

Kajian ini dijalankan untuk melihat penglibatan pekerja asing Asia Selatan di sektor pertanian dan

perladangan di Cameron Highlands, Malaysia. Seterusnya untuk menganalisis aspek demografi, corak

perbelanjaan, simpanan dan status hutang di kalangan pekerja asing Asia Selatan di Cameron Highlands,

Malaysia serta mengenal pasti jumlah kiriman wang di kalangan pekerja asing Asia Selatan di Cameron

Highlands, Malaysia.

Kajian terdahulu

Terdapat pelbagai kajian yang dijalankan ke atas sektor perburuhan. Dalam kajian ini,

pengkaji akan meneliti buruh asing dalam pelbagai aspek. Aspek pertama yang di lihat ialah faktor –

faktor yang menyebabkan migrasi. Menurut Rigg (1997), masalah kekurangan buruh di Malaysia,

Singapura dan Brunei serta peningkatan dalam jurang perbezaan upah antara negara serta antara sektor

dalam sesebuah negara telah menyebabkan wujudnya insentif untuk bermigrasi. Abdul Hair Awang

(2007) pula mengatakan peluang pekerjaan di negara Malaysia amat memberangsangkan kebanjiran

buruh asing.

Aspek kedua yang dikaji ialah kepentingan buruh asing dalam negara Malaysia. Menurut

Fatimah Said & Saad Mohd. Said (2006) dan Azizah Kasim (1994), peningkatan ekonomi negara

Malaysia menyebabkan permintaan buruh asing yang banyak. Menurut Che Rosmawati Che Ros (2000),

Malaysia banyak bergantung terhadap buruh asing dalam sektor pertaninan. Menurut Chuie &

Santhapparaj (2007) pembangunan infrastruktur dan mengekalkan kos buruh merupakan salah satu cara

untuk membawa buruh asing ke Malaysia. Ini kerana setiap majikan boleh mengaji mereka dengan upah

yang rendah. Dalam hasil kajian Ishak Shari (2001), beliau menulis tentang sumbangan buruh asing

kepada perkembangan ekonomi Malaysia.


Aspek ketiga ialah menganalisis mengikut sektor ekonomi. Menurut Mohammad 'Azzam

Manan (2006) dan Yeap Hock Lai (2005), dalam sektor perikanan buruh asing amat diperlukan untuk

menangkap ikan.

Methodologi

Pengkaji menggunakan kaedah kuantitatif. Data yang dikumpulkan dengan

menggunakan borang soal selidik. Dalam borang ini, pengkaji mengkaji tentang latar belakang

responden, butiran pekerjaan masa lalu dan sekarang, pendapatan yang diterima, penjimatan,

perbelanjaan dan kiriman wang. Bilangan responden sebanyak 218 iaitu dari negara India,

Bangladesh dan Nepal.


Hasil Kajian

Rajah 1.0 Umur Responden

Bilangan buruh yang menjadi responden berada dalam kategori umur dari 20 hingga 55 tahun.

Kebanyakan buruh berusia muda kerana mereka mempunyai keinginan untuk bekerja dengan

harapan dapat memeperbaiki masa depan mereka. Mereka bekerja kuatdengan hasrat untuk

mengumpul wang. Lingkungan umur yang paling ramai responden ialah umur dari 31 tahun

hingga 35 tahun iaitu sebanyak 50 responden (22%). Lingkungan umur kedua paling ramai ialah

umur dari 26 tahun hingga 30 tahun iaitu sebanyak 37 responden (17%). Seterusnya ialah 34

responden dari lingkungan umur iaitu 36-40 tahun(16 %).Orang muda yang bekerja di sektor

pertanian dan perladangan di Cameron Highland amat ramai jika dibandingkan buruh yang

berumur. Responden yang paling kurang yang datang bekerja di sektor pertanian dan

perladangan di Cameron Highland ialah 51 tahun hingga 55 tahun iaitu sebanyak 15 responden

(6.8 %). Ini membuktikan kebanyakan buruh asing yang datang dari Asia Selatan yang berada di

Cameron Highlands Malaysia ialah golongan orang muda.


Rajah 1.1 Agama

Pengkaji mendapati bahawa responden yang bekerja di Cameron Highlands menganut tiga agama utama.

Majoriti daripada buruh yang disoal selidik ialah beragama Islam yang terdiri daripada 131 responden

(60.1 peratus). Selebihnya ialah responden yang beragama Hindu,

Rajah 1.2 Tahap Pendidikan


Rajah 1.2 menunjukkan seramai 13 orang responden(6%) mempunyai ijazah manakala 17

responden(17.8 %) mempunyai sijil/diploma. Kebanyakan responden didapatimempunyai pendidikan

sekolah rendah iaitu seramai 37.6%. Responden yang mempunyai tahap pendidikan sehingga ke

sekolah menengah adakah sebanyak 27.1%. Sebanyak 16.5% didapati tidak pernah hadir ke sekolah

kerana tidak mengetahui kepentingan pendidikan. Faktor jarak yang jauh ke sekolah serta keperluan untuk

membantu keluarga mereka dalam sektor pertanian pada waktu usia yang muda berkemungkinan

menyebabkan mereka tidak menghadiri sekolah.

Rajah di bawah menunjukkan negara asal responden. Seramai 100 responden berasal

dari Bangladesh, seramai 61 responden datangnya dari Nepal dan seramai 57 responden pula datangnya

dari India.

Rajah 1.3 Negara Asal Responden


Rajah 1.4 Bilangan Anak

Responden-responden yang disoal selidik sudah berkahwin semuanya. Sebanyak 109

responden iaitu 50% responden mempunyai antara 1 hingga 2 orang anak manakala responden yang

mempunyai 7 orang anak dan lebih hanya lebih kurang 3% sahaja. Sebahagian besar responden

mempunyai bilangan anak seramai empat orang dan ke bawah iaitu hampir 90 peratus.
Rajah 1.5 Bilangan Tanggungan

Dari segi bilangan tanggungan, bagi responden yang paling banyak tanggungan ialah 26

responden (11.9 %) iaitu tanggungan 7 dan ke atas. Sebanyak 50% mempunyai 3-4 orang tanggungan.

Manakala 81 orang responden (37.2 %) mempunyai antara 5-6 orang tanggungan dan 2orang responden

mempunyai 1-2 orang tanggungan.Tanggungan berkemungkinan terdiri daripada ibu, bapa, anak dan

isteri.Ada responden yang menanggung anak-anak dan isteri mereka yang tidak bekerja. Mereka

menghantar duit dengan harapan dapat membantu isteri dan ibu bapa mereka di negara asal.
Jadual 1.3 Bidang Pekerjaan

Dalam kajian ini, pengkaji telah mengambil dua sektor untuk dikaji iaitu sektor

perladangan dan sektor pertanian. Pada pandangan pengkaji, dua sektor ini amat penting di Cameron

Highland. Buruh-buruh asing yang terdapat dalam sektor pertanian ialah 75.2% manakala dalam sektor

perladangan pula hanya sebanyak 24.8%. Kebanyakan responden terlibat dalam sektor pertanian seperti

menanam bunga-bungaan, buah-buahan dan sayur-sayuran. Dalam sektor perladangan pula, buruh-buruh

hanya terlibat dalam ladang teh sahaja.


Rajah 1.7 Kawasan Tempat Tinggal

Buruh-buruh dalam sektor perladangan tertumpu di Ringlet dan Sungai Palas. Sebanyak 49 orang

responden (22.5%) bekerja dalam sektor perladangan di Ladang Boh Ringlet dan Sungai Palas.

Manakala 41 orang responden (18.8%) tinggal di Ringlet yang terlibat dalam sektor pertanian. Hanya

tiga orang responden (14%) tinggal di Tanah Rata manakala 45 orang responden (20.6%) tinggal Kuala

Terla. Seramai 38 orang responden (17.4%) dari Kampung Rajah dan 42 orang responden (19.3%)

datangnya dari Blue Valley.


Rajah 1.8 Perbelanjaan Barangan Runcit

Rajah 1.8 menunjukkan perbelanjaan responden terhadap barangan runcit.

Perbelanjaan ke atas barang runcit paling banyak adalah dalam lingkungan kurang daripada

RM50 iaitu merangkumi sebanyak lebih 60 peratus responden. Sebanyak 34 peratus

responden membelanjakan sebanyak RM50-RM99 sebulan. Keperluan runcit yang selalu

dibeli adalah barangan keperluan dapur sperti minyak masak, garam, gula, tong gas yang

dibeli secara berkongsi dan dan sebagainya. Responden yang membelanjakan RM300 dan

lebih sebulan adalah sangat kurang iaitu sebanyak 2.3 peratus.


Jadual 1.4 Perbelanjaan bil telefon

Sebanyak 46 peratus responden membelanjakan antara RM100-RM199 sebulan bagi

tujuan pembayaran bil telefon manakala sebanyak 44 peratus responden membelanjakan kurang

daripada RM100 bagi perbelanjaan telefon sebulan.Pada kebiasaannya responden didapati menelefon

pada hari Ahad malam kerana caj yang rendah dikenakan. Kebanyakan responden didapati kerap

bertukar nombor telefon kerana mereka membeli dari syarikat telekomunikasi yang memberikan

kadar promosi pada masa-masa tertentu.Kebanyakan responden juga didapati hanya menelefon

sekiranya mereka berasa sangat rindu dengan ahli keluarga di kampunghalaman mereka.Mereka

lebih suka menabung daripada membelanjakan wang untuk penggunaan telefon.


Analisis

Jadual di bawah menunjukkan crosstabulation antara kiriman wang ke negara asal dengan bilangan

tanggungan. Didapati bahawa apabila bilangan tanggungan adalah seramai 3-4 orang, kiriman wang ke

negara asal adalah dalam lingkungan RM401-RM700 sebulan. Manakala sekiranya bilangan tanggungan

adalah antara 5-6 orang, amaun kiriman wang ke negara asal masih dalam jumlah yang sama. Hasil ujian

analisis Chi-square menunjukkan hipotesis nol bahawa tiada perkaitan antara amaun kiriman dengan

bilangan tanggungan tidak ditolak dan dapatlah dirumuskan bahawa bilangan tanggungan tidak

menentukan amuan kiriman wang ke negara asal.

Jadual 1.5 : Crosstabulation Antara Jumlah Wang yang anda kirim ke negara asal dengan
Bilangan Tanggungan

Bilangan tanggungan?

1 dan 2 3 dan 4 5 dan 6 7 dan > Total

Berapakah 100- 200 Count 0 12 4 2 18


jumlah wang
yang anda
% of
kirim ke 0.0% 5.5% 1.8% 0.9% 8.3%
Total
Negara asal?

201- 400 Count 0 24 14 2 40

% of
0.0% 11.0% 6.4% 0.9% 18.3%
Total

401- 700 Count 2 65 56 20 143

% of
0.9% 29.8% 25.7% 9.2% 65.6%
Total
701- Count 0 8 7 2 17
1000
% of
0.0% 3.7% 3.2% 0.9% 7.8%
Total

Total Count 2 109 81 26 218

% of Total 0.9% 50.0% 37.2% 11.9% 100.0%

[Sumber: Kaji selidik, 2014]

Jadual di bawah menunjukkan crosstabulation antara amaun kiriman wang ke negara asal

dengan pendapatan bersih yang diterima di Malaysia. Didapati bahawa apabila pendapatan bersih adalah

dalam lingkungan RM601-RM800, amaun kiriman wang ke negara asal adalah dalam lingkungan

RM401-RM700 sebulan yang mana merangkumi sebanyak 32.6 peratus. Lebih kurang 66 peratus

responden mengirimkan sebanyak RM401-RM700 ke negara asal dan ini merupakan amaun kiriman yang

paling banyak. Hasil ujian analisis Chi-square sekali lagi menunjukkan bahawa pendapatan bersih yang

diterima menentukan amaun kiriman wang ke negara asal kerana hipotesis nol bahawa tiada perkaitan

antara amaun kiriman wang ke negara asal dan pendapatan bersih ditolak.
Jadual 1.6 : Crosstabulation antara Jumlah Wang yang anda kirim ke Negara asal dengan
Berapakah pendapatan bersih yang anda terima(RM).

Berapakah pendapatan bersih yang anda


terima(RM)? Total

0- 201- 401- 601- 801- 1001- 2001-


200 400 600 800 1000 2000 3000

Berapakah 100- 200 Count 4 3 1 1 9 0 0 18


jumlah wang
yang anda
% of 1.8
kirim ke 1.4% 0.5% 0.5% 4.1% 0.0% 0.0% 8.3%
Total %
Negara asal?

201- 400 Count 2 8 11 12 7 0 0 40

% of 0.9
3.7% 5.0% 5.5% 3.2% 0.0% 0.0% 18.3%
Total %

401- 700 Count 1 15 27 71 26 3 0 143

% of 0.5
6.9% 12.4% 32.6% 11.9% 1.4% 0.0% 65.6%
Total %

701- Count 0 0 5 8 0 3 1 17
1000
% of 0.0
0.0% 2.3% 3.7% 0.0% 1.4% 0.5% 7.8%
Total %

Total Count 7 26 44 92 42 6 1 218

% of 3.2
11.9% 20.2% 42.2% 19.3% 2.8% 0.5% 100.0%
Total %

[Sumber: Kaji selidik, 2014]

Jadual di bawah menunjukkan crosstabulation antara kiriman wang ke negara asal

dengan tempoh bekerja di Malaysia. Didapati bahawa apabila tempoh bekerja adalah selama 2-4 tahun,

amaun kiriman wang ke negara asal dalam lingkungan RM401-RM700 sebulan merangkumi sebanyak 61
peratus. Manakala sekiranya tempoh bekerja di Malaysia melebihi 5 tahun, amaun kiriman wang ke

negara asal cenderung untuk menurun kerana pada tahap ini kebanyakan responden hampir melangsaikan

hutang mereka di negara asal. Hasil ujian analisis Chi-square menunjukkan bahawa tempoh bekerja

menentukan amaun kiriman wang ke negara asal kerana hipotesis nol bahawa tiada perkaitan antara

amaun kiriman wang dengan lama bekerja di Malaysia ditolak.

Jadual 1.7: Crosstabulation antara jumlah wang yang anda kirim ke Negara asal dengan
Berapa lamakah anda bekerja di Malaysia.

Berapa lamakah anda bekerja di Malaysia?

0- 1 12- 15
tahun 2- 4 tahun 5- 7 tahun tahun Total

Berap 100- 200 Count 2 15 1 0 18


akah
jumlah
% of
wang 0.9% 6.9% 0.5% 0.0% 8.3%
Total
yang
anda
kirim 201- 400 Count 0 35 4 1 40
ke
Negar
% of
a asal? 0.0% 16.1% 1.8% 0.5% 18.3%
Total

401- 700 Count 1 133 9 0 143

% of
0.5% 61.0% 4.1% 0.0% 65.6%
Total

701- Count 1 12 4 0 17
1000
% of
0.5% 5.5% 1.8% 0.0% 7.8%
Total
Total Count 4 195 18 1 218

% of
1.8% 89.4% 8.3% 0.5% 100.0%
Total
[ [Sum[

Jadual di bawah menunjukkan crosstabulation antara kiriman wang ke negara asal dengan

bilangan jam bekerja di Malaysia. Didapati bahawa apabila jam bekerja adalah banyak iaitu

melebihi 12 jam, maka amaun krirman wang ke negara asal juga adalah lebih banyak kerana

pendapatan mereka cenderung untuk meningkat. Responden yang bekerja selama 12 jam

dan ke atas meliputi lebih 60 peratus yang mengirimkan amaun kiriman antara RM401-

RM700 sebulan. Hasil ujian analisis Chi-square sekali lagi menunjukkan bahawa jam kerja

dalam sehari menentukan amaun kiriman wang ke negara asal kerana hipotesis nol bahawa

tiada perkaitan antara jam kerja dalam sehari dengan amaun kiriman wang ke negara asal

ditolak.

Jadual 1.8 :Crosstabulation Jumlah wang yang anda kirim ke Negara asal
dengan berapakah jam kerja anda sehari.

Berapakah jam kerja anda sehari?

12 jam ke
8 jam 10 jam 12 jam atas Total

Berapakah 100- 200 Count 1 4 4 9 18


jumlah wang
yang anda
% of
kirim ke 0.5% 1.9% 1.9% 4.2% 8.4%
Total
Negara asal?

201- 400 Count 2 3 14 20 39

% of
0.9% 1.4% 6.5% 9.3% 18.1%
Total

401- 700 Count 1 5 60 75 141

% of
Total 0.5% 2.3% 27.9% 34.9% 65.6%

701- 1000 Count 0 0 8 9 17


Jadual 1.9

How to explain, sir.

Kesimpulan

Secara amnya dapat disimpulkan bahawa jumlah perbelanjaan yang dilakukan oleh pekerja asing

Asia Selatan adalah terhad kepada item yang mereka rasa sangat diperlukan. Matlamat utama

mereka adalah untuk menjimatkan wang sebanyak mungkin dan menghantar wang ke negara asal

dengan tujuan utama menyelesaikan hutang yang telah diambil dan juga untuk mengumpulkan

sebanyak mungkin wang untuk tujuan memastikan kehidupan yang baik untuk ahli keluarga

mereka. Analisis regresi yang dilakukan menggunakan regresi logit menunjukkan bahawa 3

penentu utama kiriman wang adalah jumlah tanggungan, pendapatan bersih dan juga bilangan

jam bekerja.
Senarai Jadual

Jadual 1.1 : Bilangan pekerja asing di Malaysia mengikut sektor, 2001-2015

Jadual 1.2 : Jumlah bilangan pekerja asing di Malaysia Mengikut Negara Asal, 2001- 2015

Jadual 1.3 Bidang Pekerjaan

Jadual 1.4 Perbelanjaan Bil Telefon

Jadual 1.5 : Crosstabulation Antara Jumlah Wang yang anda kirim ke negara asal dengan
Bilangan Tanggungan

Jadual 1.6 : Crosstabulation antara Jumlah Wang yang anda kirim ke Negara asal dengan
Berapakah pendapatan bersih yang anda terima(RM).

Jadual 1.7: Crosstabulation antara jumlah wang yang anda kirim ke Negara asal dengan
Berapa lamakah anda bekerja di Malaysia.

Jadual 1.8 : Crosstabulation Jumlah wang yang anda kirim ke Negara asal dengan berapakah
jam kerja anda sehari.

Jadual 1.9

Senarai Rajah

Rajah 1.0 Umur Responden

Rajah 1.1 Agama

Rajah 1.2 Tahap Pendidikan

Rajah 1.3 Negara Asal Responden

Rajah 1.4 Bilangan Anak

Rajah 1.5 Bilangan Tanggungan

Rajah 1.7 Kawasan Tempat Tinggal

Rajah 1.8 Perbelanjaan Barangan Runcit

Rujukan
Ag. Ku Mohd. Nasyar Ag. Ku Osman, Kesan kedatangan buruh asing ke atas ekonomi
Malaysia, Latihan Ilmiah(B.QuantSurv), Jabatan Ukur Bahan, Fakulti Alam Bina,
Universiti Malaya, 2004.

Aliya Rosa., Rahmah Ismail., & Noorasiah Sulaiman,. (2012). Globalisation and
Labour Productivity in the Malaysian Manufacturing Sector. Review of Economics &
Finance, 2, 76-86

Anuwar Ali, Proses Perindustrian, Penyerapan Buruh dan Perubahan Corak Gunatenaga:
Penyelidikan UKM sehingga kini dan arahnya di Masa Depan. Kertas kerja yang
dibentangkan dalam Persidangan Penyelidikan Sempena Ulang Tahun ke 20 UKM,
Penerbit UKM, Bangi, 1990, hal. 333-356.

Borjas, G. J. (2006). Native internal migration and the labor market impact of immigration.
Journal of Human Resources, 41(2), 221-258

Che Rosmawati Che Ros,Perkembangan sektor industri Getah di Malaysia : Satu analisa
ekonometrik ke atas pengeluaran, Buruh, Harga getah, harga kelapa sawit dan modal,
Latihan ilmiah (B.Ec.), Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya, 2000.

Datta.P (2004) Push – Pull factors of Undocomented Migration from Bangladesh to West
Bengal: A Perception Study. Volume 9, The Qualitative report.

Del Tufo, Malaya.London :Crown Agents for The Colonies,1949

Ginsburgh N. dan Roberts C,’Malaya’, Seattle University of Washington Press, 1958

Husin Abdullah & Ferayuliani Yuliyusman. (2011). Kesan Kebebasan Ekonomi Terhadap
Pertumbuhan Ekonomi Negara: Kajian Empirikal di Indonesia, Hong Kong, Malaysia,
Singapura dan Amerika Syarikat. Prosiding PERKEM VI, jilid 1 (2011) 410 – 423.

International Labour Office, Geneva, Migrant Workers, International LabourConference, 87


sesion, 1999.

Ishak Yussof & Nor Aini Haji Idris (2009). Dasar dan strategi pembanguan ekonomi
Malaysia: Satu penilaian dalam ekonomi Malaysia ke arah pembangunan seimbang,
disunting oleh Nor Aini Haji Idris dan Ishak Yussof. Bangi: Penerbitan Universiti
Kebangsaan Malaysia.

J. Geoghegan, Note on immigrant from Indian, Calcutta, Government Press, 1873.

JanithaNadarajah, The Impact of theEconomic crisis on the labour market in Malaysia,


M.A.Ekonomi. Universiti Malaya, 2002.

Jabatan Perdana Menteri Malaysia. Laporan Program Transformasi Ekonomi (ETP), (2012).
Kuala Lumpur. Pencetakan National Malaysia Bhd.
Jabatan Perangkaan Malaysia. Laporan Penyiasatan Industri Pembuatan Tahunan, pelbagai
tahun. Kuala Lumpur. Pencetakan Nasional Malaysia Bhd.

K.A NeelakandhaAiyer, Indian problems in Malaya: A brief survey in relation to emigration


Kuala Lumpur:F.M.S. “The Indian” Office, 1938.

K.S.Jomo, Plantation capital and Indian labour in colonial Malaya SOURCE: Indians
communities in southeast Asia/Times Academic Press, 1993.

K.S.Sandhu, ‘Indians In Malaya: Some aspects of their immigration find settlement’, 1969

KularatnamJegadeva, Indian immigration into Malaya (1910-1941) (microform) Academic


exercisise (B.A) – Universiti Malaya, 1970.

Khoo Siew Mun, Koleksi Pengajian India di Perpustakaan Universiti Malaya dengan
Rujukan Khusus Kepada Koleksi dalam Tulisan Tamil, 1956-1984: sejarah,
penubuhan, perkembangan, pengelolaan dan masalah - masalahnnya = The Indian
Studies Collection at the Library, Universiti of Malaya, with special reference to the
collection in the Tamil script, 1956-1984 : its history, establishment, development,
organization and problems Kula Lumpur, 1984.

Malaysia (1996). Rancangan Malaysia Ketujuh, 1996-2000. Kuala Lumpur. Pencetakan


Nasional Malaysia Bhd

Malaysia (2006). Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006-2010. Kuala Lumpur. Pencetakan


Nasional Malaysia Bhd

Malaysia (2011). Rancangan Malaysia Kesepuluh, 2011-2015. Kuala Lumpur. Pencetakan


Nasional Malaysia Bhd.

Mavis Puthucheary, Indians in the public sector in Malaysia source: Indians communities in
Southeast Asia, Singapore: Times Academic Press 1993.

Mishra P & Spilimbergo A (2009)Exchange Rates and Wages in an Integrated


World
MohaAsri Abdullah, Buruh Antara keperluan dengan kesan negatif Dewan Masyarakat,
Jun, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur 1995.

Mohammad Sharif Karimi & Zulkormain Yusop (2009).FDI and economic Growth in
Malaysia.Faculty of Economics and Management, University Putra Malaysia.

Mohammad 'Azzam Manan Penglibatan buruh perikanan asing dalam perusahaan perikanan
pukat tunda dan pukat jerut di Sabah, Tesis PhD, Universiti Malaya, 2006.

Norhana Kairallah, Akomodasi dan asimilasi buruh asing wanita tentang kajian kes
pembantu rumah wanita Indonesia di Johor Bahru. Latihan Ilmiah (BEc.), Fakulti
Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya, 2005.
P.Ramasamy, International migration and conflict : Foreign labour in Malaysia SOURCE:
International migration in Southeast Asian Studies, 2004.

Peter Stalker, Workers with out frontiers, The impact of globalization on international
migration, International Labour office Geneva, Switzealand, 2000.

Perbadanan Produktiviti Malaysia.(2011). Laporan Produktiviti. Kuala Lumpur: Percetakan


Nasional Berhad

Perbadanan Produktiviti Malaysia. (2013). Laporan Produktiviti. Kuala Lumpur: Percetakan


Nasional Berhad

Qullick, U.M., Malaya ( Seattle University of Washington Press, 1958

RajeswariAmbalavanar, Tamil Journalism and the Indian community in Malaya 1920-1941,


1970.

R. Orall, Foreign Workers in Malaysia, issues and implications of recent illegal economic
migration from Malay world’ in The Trade in Domestic Helpers, Causes,
Mechanismcand ,Asia Pacific Development Centre, Kuala Lumpur, 1989.

R.N Jackson, Immigrant Labour and the Development of Malaya. 1789-1920. Kuala
Lumpur, Government Printers, 1961.

Rashid Amjad, To the Gulf and Back, Studies on the Economic Impact of Asian Labour
Migration, International Labour office, Gevena, Switzealand 1989.

Raziatul Asmak Awang, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) : Analisis pelaksanaan


pentadbiran buruh asing menurut perspektif Islam, Latihan Ilmiah (B.A) , Jabatan
Siasah Syar’iyyah, Bahagian Pengajian Syariah, Akademi Pengajian Islam, Universiti
Malaya, 2001.

Rosdi Abdul Kadir, Perkembangan politik komuniti India di Malaysia sebelum kemerdekaan
Academic exercise (B.A) – Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial,
Universiti Malaya, 1985.

Rozilawati Shahrudin, Penghijrahan buruh asing di Malaysia dan implikasi gunatenaga.


Satu kajian kes di Subang Jaya, Latihan Ilmiah (BEc.),Fakulti Ekonomi dan
Pentadbiran, Universiti Malaya, 1994.

Rusnah Ismail, Menganalisa faktor-faktor yang menyebabkan diskriminasi kadar upah


buruh asing (Indonesia atau Bangladesh) dengan buruh tempatan di sektor
perkilangan, Latihan Ilmiah, Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya,
1998.
Sandhu Kernial Singh The coming of the Indians to Malaysia, source: Indians communities
in Southeast Asia: Times Academic Press, 1993.
Sandhu Kernial Singh, Early Malaysia: Some observations on the nature of Indians contacts
with pre-British Malaya Singapore: University Education Press, 1973.

Sandhu Kernial Singh, Indian in Malaya: Some aspect of their immigration Find settlement
(1786-1957), universiti printing house, cambridge, 1969.

Selvakumaran R, Indian Plantation Labour in Malaysia, Kuala Lumpur, Abdul Majid and co.
for the institute of sosial analysis, 1994.

Shanthini Pillai, Relocated identities, refind voice: the Indian women of colonial Malaya
source: Multiple shaktis : literary echoes of Indian women, Penerbit Universiti
Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Sinnappah Arasaratnam, Indians in Malaysia and Singapore Rev. ed. Kuala Lumpur: Oxford
University Press, 1979.

Sivalingam, ‘ Economic Problem and Challenges Facing the Indian Community in


Malaysia’ in K.S. Sandhu & Mani(ED) Indian Communities In South East Asia,
ISEAS, 1993.

Subramaniam, T., MohdAriff, M.R. &Arunasalam, P, (2011), Employment Aspects of


Indian Foreign Workers in Manufacturing Sector in Malaysia (September 19, 2011).
Available at SSRN: https: //ssrn.com/abstract = 2290933 or http
/dx.doi.org/10.2139/ssrn. 2290933

Suhaila Mokri, Kesan gunatenaga buruh asing terhadap ekonomi negara : satu kajian ke atas
buruh Indonesia di Lembah Klang, Latihan Ilmiah (B.A), Akademi Pengajian
Islam,Universiti Malaya, 1998.

Sovani Nilkanth Vithal, ‘Economic Relation of India with South East Asia and the Far East’,
New Delhi, 1949

Usha Mahajani, The Role of Indian minorities in Burma and Malaya Westport, Conn,
Greenwood Press, 1973.

W.R Bohning, Employing Foreign Workers. International Labour Organization, Geneva


1996.

Yeap Hock Lai Penglibatan buruh perikanan Thai dalam sektor perikanan di Semenanjung
Malaysia: Kajian kes di Tok Bali, Kelantan Tesis M.A. Universiti Malaya, 2005.

Zalipah Ismail, Buruh asing: Kesannya terhadap sektor perindustrian di Malaysia


menerangkan tentang kesan positif dan negatif buruh asing industri dalam sektor
perindustrian, Latihan Ilmiah (B.A), Jabatan Siasah Syar’iyyah, Bahagian Pengajian
Syariah, Akademik Pengajian Islam, Universiti Malaya, 1998.
Zulkarnain Hasan, Implikasi Penghantaran Pulang Buruh Binaan Asing Kepada Industri
Binaan di Malaysia, Latihan Ilmiah, (B.QuantSurv), Jabatan Ukur Bahan, Fakulti
Alam Bina, Universiti Malaya, 2003.

Anda mungkin juga menyukai