Anda di halaman 1dari 16

IMPLIKASI KEMASUKAN

BURUH
ASING DI MALAYSIA
GMGM2023

JANUARY 8, 2023
GMGM 2023 HUMAN RESOURCES MANAGEMENT

PROGRAM PENDIDIKAN JARAK JAUH


PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN
(PACE)
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
KAMPUS UUM IPOH
SEMESTER OKTOBER 2022/2023 (JA222)
GMGM 2023
HUMAN RESOURCES MANAGEMENT
DISEDIAKAN UNTUK:
PUAN NUR LAILATUL HUSNA BINTI MOHAMMAD YUSOF
DISEDIAKAN OLEH:
SYARIFAH NOR SYAFEERA BINTI SYED HAIROL ANUAR
(289412)
THILAGAA A/P SUGUMUHRAN (289226)
ANNE VANAJA A/P VIVEKANANDA (289011)
ESMAEZHAEL ISMAIL (289303)
DARI: KUMPULAN O

TAJUK:
IMPLIKASI KEMASUKAN BURUH
ASING DI MALAYSIA

289412,289226,289011 & 289303 1


GMGM 2023 HUMAN RESOURCES MANAGEMENT

ISI KANDUNGAN

Table of Contents
ISU KEMASUKAN BURUH ASING ...................................................................................................... 5
KESAN NEGATIF ............................................................................................................................ 7
CADANGAN UNTUK TINDAKAN YANG BOLEH DIIKUTI OLEH PENGAMAL SUMBER MANUSIA
APABILA BERHADAPAN ISU KEBANJIRAN PERKERJA ASING ..................................................... 9
KESIMPULAN .................................................................................................................................. 14

289412,289226,289011 & 289303 2


GMGM 2023 HUMAN RESOURCES MANAGEMENT

ABSTRAK

Malaysia mengalami jumlah kemasukan warga asing yang besar di dunia, terutamanya

sebagai buruh berkemahiran rendah. Malaysia telah mengalami masalah kekurangan buruh

dalam sektor-sektor utama negara. Pekerja asing atau buruh asing merupakan pekerja yang

berasal dari negara luar yang datang bekerja di Malaysia bagi sesuatu tempoh tertentu, ianya

juga dikenali sebagai buruh ekonomi. Hasil kajian, mendapati pekerja asing telah membawa

manfaat dalam pembentukan proses pembangunan negara Malaysia untul pelbagai sektor

namun begitu dengan jumlah mereka yang semakin meningkat dan mencecah jutaan orang

telah mengganggu-gugat ekonomi dan masyarakat tempatan.

PENGENALAN

Kepesatan ekonomi Malaysia yang berlaku baru-baru ini telah meningkatkan peluang

pekerjaan. Keadaan ini telah menyebabkan ramai warga asing berhijrah ke Malaysia untuk

bekerja dan memperolehi pendapatan yang lebih lumayan berbanding di negara asal mereka.

Penghijrahan pekerja asing terutamanya yang tidak mahir semakin meningkat sehingga ke

hari ini. Kebanyakan pekerja asing bekerja dalam sektor-sektor seperti perladangan,

pertanian, pembuatan, pembinaan, perkhidmatan, pembantu rumah dan pembersihan. Buruh

asing merupakan orang-orang yang berasal dari negara luar dan kemudiannya bekerja di luar

negara dan kemudiannya bekerja di luar negara untuk mencari dan menambahkan lagi

pendapatan mereka. Apa yang kita ketahui kebanyakan buruh-buruh asing ini berasal dari

negara yang serba mundur. Oleh itu mereka mencari peluang pekerjaan di luar negara dan

negara kita menjadi salah satu negara pilihan mereka untuk berhijrah mencari peluang

289412,289226,289011 & 289303 3


GMGM 2023 HUMAN RESOURCES MANAGEMENT

pekerjaan, memang tidak dapat dinafikan bahawa pekerja asing turut memberi sumbangan

kepada pertumbuhan ekonomi di Malaysia. Namun, dari aspek negatifnya, kebanjiran mereka

telah menyebabkan berlakunya kemerosotan kepada peluang ekonomi dan pekerjaan dalam

kalangan penduduk tempatan. Perkara ini telah dibawa kepada Jabatan Sumber Manusia,

namun perkara ini tidak dapat penyelesaian sampai ke hari ini.

Justeru, dengan kemasukan pendatang asing ini pelbagai masalah dari segi aspek ekonomi,

sosial dan keselamatan negara mahupun masyarakat telah timbul dalam negara destinasi.

Pekerja asing di Malaysia terdiri daripada pekerja asing dengan izin, pekerja asing tanpa izin,

pelarian atau pemohon suaka politik. Malaysia mempunyai cabaran-cabaran baru dalam

mengekalkan keamanan kehidupan masyarakat dan keselamatan negara dengan kemasukan

pekerja asing ini. Ahli akademik telah menyatakan bahawa musuh nombor dua negara ini

adalah pendatang asing yang datang ke Malaysia. Kedatangan mereka secara sah atau tidak

sah telah meningkatan kebanjiran warga asing di negara kita terutamanya di Kawasan-

kawasan perindustrian. Malaysia adalah antara sepuluh negara tertinggi teratas yang

menggaji pekerja asing di dunia. Pada tahun 2008 seramai 2 juta pendatang asing sah berada

di Malaysia. Pekerja Asing berada dalam pelbagai sektor kritikal dan media juga sering

memaparkan isu ini. Namun, semakin ramai kemasukkan buruh asing ke negara ini, semakin

banyak orang-orang asing tersebut mengaut keuntungan negara kita. Antaranya ialah buruh

asing tersebut telah mengambil peluang pekerjaan yang sepatutnya warga tempatan

lasksanakan. Ini telah mendatangkan kesan pada warga tempatan kita, terutamanya pada

golongan belia tempatan tidak mendapat pekerjaan. Tambahan lagi, walaupun belia kita

mencari pekerjaan namun ada segelintir majikan hanya mengambil pekerja asing. Perkara ini

haruslah diberi perhatiaan oleh Pengurusan Sumber Manusia.

Untuk mengelakkan kesan ini berterusan, warga tempatan terutamanya warga belia

hendaklah mempelajari pelbagai bidang pekerjaan sehingga mereka mahir dan berkebolehan.

289412,289226,289011 & 289303 4


GMGM 2023 HUMAN RESOURCES MANAGEMENT

Ini juga bukan hanya untuk kebaikan diri sendiri, tetapi juga pada negara kerana merekalah

golongan yang bertanggungjawab dalam pembangunan negara.

ISU KEMASUKAN BURUH ASING KE MALAYSIA

Sikap majikan yang cenderung menggaji pekerja asing menimbulkan perdebatan dalam

kalangan masyarakat. Malaysia merupakan salah sebuah ekonomi yang amat terbuka

sifatnya. Pembangunan dan pertumbuhan ekonomi negara yang sedang membangun ini

telah membuka ruang bukan sahaja kepada masyarakat kita malah juga kepada tenaga

pekerja daripada negara luar. Keterbukaan ini merupakan salah sebuah faktor penarik

kemasukan buruh asing ke negara kita. Hal ini kerana wujudnya peluang pekerjaan

khususnya dalam sektorperindustrian seperti pembuatan,perladangan, pertanian,

pembinaan dan perkhidmatan. Buktinya kebanyakan pekerja yang terlibat di kilang-

kilang, pembinaan bangunan dan ladang-ladang kelapa sawit adalah terdiri daripada pekerja

asing seperti Indonesia, Bangladesh dan Filipina.

Kadar upah yang tinggi menjadi penyebab isu kedatangan pekerja asing ke

malaysia.Perbezaan nilai mata wang juga merupakan faktor tarikan.Sebagai contoh jika

pendapatan yang diperolehi oleh buruh asing dari Indonesia sebanyak RM1000 000 sebulan

di Malaysia maka di negara asalnya akan menjadi sebanyak RM3000 000. Nilai mata wang

Malaysia adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan nilai mata wang negara seperti

Bangladesh dan Filipina.

Kemudahan asas yang lengkap juga merupakan salah satu faktor penarik kedatangan buruh

asing. Kemudahan asas seperti hospital, pusat membeli belah dan kemudahan

infrastruktur yang terdapat dalam negara kita sedikit sebanyak telah meningkatkan taraf

289412,289226,289011 & 289303 5


GMGM 2023 HUMAN RESOURCES MANAGEMENT

hidup buruh asing di Malaysia berbanding dengan taraf hidup mereka sebelum ini di negara

asal.

Sikap majikan dan pengusaha merupakan faktor kedatangan buruh asing ke dalam negara

kita. Kebanyakan golongan ini lebih berminat mengambil tenaga pekerja daripada negara luar

seperti Indonesia, Filipina dan Thailand untuk bekerja di bawah seliaan mereka. Hal ini

berpunca kos upah pekerja asing adalah rendah berbanding penduduk tempatan dan

kebiasaannya buruh asing tidak memilih pekerjaan yang diberikan.

Isu kebanjiran pekerja asing di negara Malaysia telah menjadi masalah sejak dahulu lagi

malah masih hangat diperkatakan sehingga kini. Negara kita menjadi tumpuan warga asing

dari pelbagai negara dan mereka ini biasanya dari negara yang kurang membangun seperti

Indonesia, Bangladesh, dan Filipina serta Myanmar. Pencapaian negara kita yang ada pada

hari ini secara tidak langsungnya adalah hasil daripada sumbangan dan sokongan tenaga

buruh asing yang banyak membantu negara Malaysia khususnya dalam perkembangan

ekonomi dalam bidang perindustrian dan pembangunan negara.

Selain itu menurut kajian (Zimmermann, isu warga asing, 1995), pekerja tempatan takut

untuk bersaing dalam pasaran pekerja asing. Ini mungkin mendorong penurunan

upah dan peningkatan pengangguran penduduk tempatan dan pendatang asing menjadi

penganti dalam pasaran buruh. Walaubagaimanapun terdapat juga potensi bahawa mereka

adalah pelengkap yang boleh membawa peningkatan kepada kadar upah dan pekerjaaan.

Dalam erti kata yang lain sekiranya kemahiran pekerja asing adalah pelengkap kepada

pekerja tempatan, semua pekerja mengalami peningkatan produktiviti yang membawa

kenaikan gaji pekerja tempatan. Hasil kajian (Zimmermann, isu warga asing, 1995)adalah

sama dengan kajian yang dilakukan oleh (simon, 1998), iaitu kemasukan pekerja asing ke

289412,289226,289011 & 289303 6


GMGM 2023 HUMAN RESOURCES MANAGEMENT

dalam pasaran buruh beberapa negara yang dikaji tidak menjejaskan pertumbuhan

ekonomi, peluang pekerjaan dan kadar upah bagi pekerja tempatan.

Kemasukan pekerja asing ke dalam negara kita membantu menjimatkan kos

pengeluaran, dimana pekerja asing sanggup menerima upah lebih rendah dan bekerja lebih

masa.Walaupun kerajaan telah melaksanakan upah minimum, majikan masih boleh

mengelak daripada membayar pekerja upah minimum ini dengan mengambil pekerja asing

tidak sah. Malah pekerja asing ini sanggup menerima apa saja upah dibayar, di samping

mampu memberi komitmen yang lebih tinggi berbanding dengan pekerja

tempatan.Peningkatan dalam pengambilan pekerja asing ini menyumbang kepada bilangan

guna tenaga dan meningkatkan ekonomi negara.Sesungguhnya kehadiran mereka telah

meningkatkan jumlah permintaan negara kerana mereka akan berbelanja untuk keperluan

keluarga.

KESAN NEGATIF

• MASALAH JENAYAH SEMAKIN MENINGKAT

Kemasukan buruh asing ke dalam negara turut mengundang implikasi yang negatif

seperti berlakunya masalah jenayah. Mereka terlibat dalam aktiviti jenayah seperti

merompak, membunuh, meragut, pecah rumah, penyeludupan, dan pengedaran dadah.

Kementerian Dalam Negeri pernah mengumumkan bahawa seramai 14 809 daripada 37 446

banduan di Malaysia merupakan pendatang asing yang kebanyakannya terdiri daripada PATI.

Jumlah ini dikatakan telah melebihi 28 peratus daripada kapasiti yang dapat ditanggung oleh

penjara di Malaysia.

289412,289226,289011 & 289303 7


GMGM 2023 HUMAN RESOURCES MANAGEMENT

• MASALAH PENULARAN PENYAKIT BERJANGKIT

Kemasukan buruh asing juga mengancam negara dari aspek sosial negara terutamanya

aspek kesihatan. Terdapat dalam kalangan buruh asing yang bekerja di Malaysia yang tidak

melalui pemeriksaan kesihatan yang ditetapkan. Hal ini telah menyebabkan penularan

penyakit berjangkit. Kebanyakan buruh asing yang datang bekerja perlu melalui dua proses

pemeriksaan kesihatan, iaitu yang dilaksanakan di negara asal dan juga di Malaysia. Menurut

akhbar Utusan Malaysia 2 mei 2008, berdasarkan analisis dan pemerhatian Agensi Dadah

Kebangsaan kebanyakan kes HIV dalam kalangan pekerja asing di sektor perladangan

disebabkan oleh penyalahgunaan dadah dan bukannya aktiviti seksual. Oleh itu kerajaan telah

memberikan amaran bahawa penglibatan buruh asing dalam aktiviti pelacuran akan

meningkatkan kadar penghidap HIV di Malaysia.

• MASALAH BERKAITAN KEWARGANEGARAAN

Pada era Tun Dr Mahathir Mohamad, beliau telah menberikan kewarganegaraan kepada

warga asing dan menyebabkan kemasukan mereka meningkat di Malaysia. Hal ini

disebabkan oleh terdapat segelintir buruh asing yang berjaya memperolehi dokumen

pengenalan diri. Didapati mereka mendapatkan dokumen-dokumen tersebut daripada sindikit

haram melalui pembayaran wang kepada individu-individu tertentu. Perkara ini adalah suatu

ancaman buat warga tempatan, jika perkara ini berlaku dan tiada penoktahan pada perkara

ini, kebanjiran pekerja asing akan bertambah kian hari (salsabiah, 2020)

• PELUANG PEKERJAAN WARGA TEMPATAN DISEKAT

Walaupun menurut mantan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M Saravanan pada sesi soal

jawab Persidangan Dewan Rakyat pada 4 Oktober 2022 di Parlimen, bahawa peluang

perkerjaan warga tempatan tidak akan terjejas dengan kemasukan kira-kira 2,1 juta pekerja

asing dalam masa terdekat ke negara kita. Namun, pada pendapat kumpulan kami,

289412,289226,289011 & 289303 8


GMGM 2023 HUMAN RESOURCES MANAGEMENT

kebanyakan industri mendesak untuk mendapatkan khidmat pekerja asing berbanding warga

tempatan sebagai contonya baru-baru ini segelintir pekerja pembersihan di hospital- hospital

awam di berhentikan dan diberi laluan ataupun keutamaan kepada pekerja asing oleh majikan

mereka. Perkara ini telah mendapat perhatian dari Kesatuan pekerja-pekerja hospital-hospital

di jabatan-jabatan kerajaan, di mana pihak kesatuan telah menghantar surat untuk

memberhentikan hasrat majikan untuk membawa masuk pekerja asing tersebut dan memberi

peluang kepada warga tempatan yang ingin berkerja. Pekerja tempatan lebih berfikiran luas

selepas negara melanda Covid-19 agar tidak terlalu memilih pekerjaan dan melaksanakan

pekerjaan yang sedia ada. Walaupun sektor-sektor tertentu memerlukan pekerja asing namun

kerajaan harus mengkaji semula supaya pengambilan pekerja asing oleh segelintir majikan

tidak menyekat peluang pekerjaan warga tempatan (kerja, 2022). (imegresen, 2022)

CADANGAN UNTUK TINDAKAN YANG BOLEH DIIKUTI OLEH


PENGAMAL SUMBER MANUSIA APABILA BERHADAPAN ISU KEBANJIRAN
PERKERJA ASING

• MEMBENDUNG KEMASUKAN BURUH ASING SECARA HARAM

Jabatan Sumber Manusia berperanan kuat dalam membendung kemasukan secara haram

buruh asing ke dalam negara. Kemasukan pekerja asing secara haram harus dihapuskan atau

dikawal ketat oleh Pengamal Sumber Manusia. Kemasukkan buruh asing telah banyak

menimbulkan pelbagai masalah sosial dan jenayah. Kemasukan mereka telah menyulitkan

warga tempatan, hal ini disebabkan oleh, majikan mula mencari dan mengambil mereka

dengan gaji yang banyak dan tidak sesekali memberikan peluang kepada warga tempatan.

Selain itu, pihak Jabatan Sumber Manusia harus menggumakan keseluruhan akta yang telah

sedia ada secara optimum bagi membendung kemasukan buruh asing dalam negara. Akta

289412,289226,289011 & 289303 9


GMGM 2023 HUMAN RESOURCES MANAGEMENT

pekerjaan 1955[Pindaan 2022] dan Akta Emigresen 1959 harus dikuatkuasakan dengan

menyeluruh. Hal ini bagi mengawal ketat kemasukan buruh asing ke dalam negara oleh

segelintir majikan yang mengutamakan untuk mengaut untung semata-mata tanpa

memikirkan kesan kepada rakyat tempatan. Pihak majikan yang kebanyakannya yang

mengambil buruh asing harus diikat dengan peraturan dalam akta ini bagi membolehkan

tapisan dilaksanakan.

• MELAHIRKAN MODAL INSAN TEMPATAN

Langkah seterusnya yang boleh dilaksankan ialah mengurangkan kebergantungan dengan

pekerja asing dan menumpukan perhatian untuk melahirkan modal insan kelas pertama dalam

kalangan warga tempatan. Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan, tumpuan yang lebih

besar diberi kepada usaha membangunkan modal insan kelas pertama yang holistik dimana

lengkap dengan pengetahuan dan kemahiran serta mempunyai nilai-nilai yang utuh. Modal

insan adalah aset penting sesebuah negara, begitu juga di negara kita. Pembangunan modal

insan melalui kewujudan Institusi Pengajian seperti Kolej Teknik, Politeknik dan ADTEC

serta Kolej Komuniti dapat menyediakan kerajaan kepada tenaga buruh tempatan bagi

menggantikan kebergantungan kepada buruh asing dalam sektor di negara kita. Selain itu,

kerajaan juga haruslah menambahkan beberapa kursus dalam Institusi Pengajian demikian.

Penyedian warga tempatan menerusi lepasan Institusi Pengajian ini akan membolehkan

sektor pekerjaan dalam negara di penuhi oleh warga tempatan sekaligus menjamin

persekitaran industri yang harmoni dalam negara tanpa melibatkan masalah berkaitan

keselamatan dan konflik dalam sektor pekerjaan di Malaysia. Seterusnya, negara Malaysia

mampu berdiri sendiri dalam mencapai matlamat negara.

289412,289226,289011 & 289303 10


GMGM 2023 HUMAN RESOURCES MANAGEMENT

• MEMANTAU KEDUDUKAN BURUH ASING SELEPAS TAMAT VISA

Kementerian Sumber Manusia haruslah mewujudkan jabatan khas bagi menangani isu buruh

asing termasuk memantau kedudukan mereka semasa bekerja di negara ini selepas tamat

tempoh visa. Pengurusan terhadap buruh asing haruslah diperketatkan kerana jika tiada

sistem pemantauan yang rapi dan cukup ia akan membawa kesan yang tidak baik kepada

rakyat dan negara. Selain itu, kawalan di pintu -pintu masuk negara harus diperketatkan dan

pengawasan di sepanjang perairan negara harus dipandang berat. Hal ini demikian kerana

terdapat kawasan-kawasan yang menjadi laluan pendatang asing untuk menceroboh masuk ke

negara tanpa izin sehingga menyebabkan ramai buruh asing terutamanya rakyat dari

Indonesia yang datang ke negara untuk mencari sumber pendapatan. Oleh itu, pihak berkuasa

perlu mengenal pasti kawasan yang dijadikan sebagai tempat laluan dan kemasukan

pendatang asing ini.

FAKTOR KEMASUKAN BURUH ASING DI MALAYSIA

Kemasukan buruh asing ke dalam sektor-sektor pekerjaan di Malaysia adalah disebabkan

oleh beberapa faktor. Faktor kemasukan buruh asing ini adalah terdiri daripada faktor penarik

dan faktor penolak. Hal ini telah menyebabkan banyak sektor-sektor pekerjaan di Malaysia

didominasikn oleh warga asing.

FAKTOR PENARIK

• PENDAPATAN YANG LUMAYAN DAN TINGGI

289412,289226,289011 & 289303 11


GMGM 2023 HUMAN RESOURCES MANAGEMENT

Pendapatan upah yang lumayan menyebabkan salah satu faktor dalam usaha menarik

buruh asing datang berhijrah ke Malaysia untuk bekerja. Hal demikian ini, kadar

tukaran mata wang negara Malaysia yang tinggi berbanding dari negara-negara jiran

menyebabkan buruh asing datang dan bekerja dalam sektor pekerjaan 3D iaitu

(Danger, Difficult, Dirty). Kebanyakkan warga asing yang bekerja di Malaysia adalah

dari negara Indonesia, Bangladesh, Nepal, Thailand, Filipina, Pakistan dan lain-lain

(kanapathy, 2006). Manakala kadar upah negara ASEAN dan kadar upah di Malaysia

lebih 10 kali ganda tinggi berbanding dengan kadar upah di Indonesia (kang, 2007)

• PELUANG PEKERJAAN

Di Malaysia, peluang pekerjaan yang banyak di setiap sektor-sektor telah

menyebabkan dipenuhi oleh buruh asing. Kabanyakan buruh asing yang bekerja di

Malaysia adalah dari negara Indonesia, Bangladesh, Nepal, Thailand, Filipina,

Pakistan dan lain-lain. Buuh asing ini bekerja dalam sektor pekerjaan 3D (Danger,

Difficult, Dirty) kerana warga tempatan negara dapat dilihat kurang penglibatan

mereka dana sektor pekerjaan berkenaan (hamidi, 2016). Majoriti buruh asing banyak

dilihat dalam memenuhi sektor pekerjaan seperti pembantu rumah, pembuatan,

perladangan, pembinaan, perkhidmatan dan pertanian.

• LEMAHNYA PELAKSANAAN UNDANG-UNDANG

Kemasukan buruh asing ke dalam negara Malaysia dalam bilangan kuantiti yang

besar disebabkan oleh undang-undang Malaysia yang tidak ketat. Selain itu, bilangan

buruh asing yang datang ke Malaysia kian meningkat dari tahun ke tahun sehingga

menyebabkan ia menjadi satu masalah kepada negara Malaysia. Sejak beberapa tahun

lalu, jumlah buruh asing yang bekerja di Malaysia telag dianggarkan seramai 2.3 juta

289412,289226,289011 & 289303 12


GMGM 2023 HUMAN RESOURCES MANAGEMENT

orang atau 23 peratusan daripada pekerja yang ada di Malaysia (mei, 2006)

(ramasamy, 2004). Setiap pekerja warga asing yang didapati bekerja tanpa memiliki

permit kerja ataupun memiliki permit kerja yang telah tamat pada tempohnya. Oleh

kerana itu, pekerja ini akan dianggap sebagai pekerja pendatang tanpa izin. Akta

Pekerjaan 1955 memperuntukkan kewajipan ini kepada setiap majikan dan perkara ini

telah dipanjangkan lagi oleh Akta Imigresen 1959/1963 (Pindaan 2002). Sekiranya

mendapati buruh asing ditangkap dan ditahan oleh pihak Imigresen, mereka akan

terus dihantarkan pulang ke negara asal. Pelaksana undang-undang negara yang

lemah juga adalah faktor utama kedatangan buruh asing ini.

FAKTOR PENOLAK

• KEADAAN POLITIK YANG TIDAK STABIL DI NEGARA ASAL

Selain itu, faktor keadaan politik yang tidak stabil di negara asal telah menyebabkan

kebanyakkan buruh asing ini datang ke Malaysia untuk bekerja sama ada secara sah

ataupun tidak sah. Keadaan politik dalam berkaitan ekonomi telah menyebabkan

buruh asing dalam kalangan negara jiran telah berhijrah ke Malaysia sama ada secara

sah ataupun tidak untuk bekerja dalam sektor pekerjaan seperti pembantu rumah,

pembuatan, perladangan, pembinaan, perkhidmatan dan pertanian kebanyakan nburuh

asing ini datang dari negara yang mundur dari segi politik, ekonomi dan sosial.

Keadaan politik yang tidak stabil telah menjejaskan negara buruh asing ini dari segi

pembangunan ekonomi khususnya dalam menyediakan peluang pekerjaan kepada

rakyat.

289412,289226,289011 & 289303 13


GMGM 2023 HUMAN RESOURCES MANAGEMENT

• PELUANG PEKERJAAN YANG RENDAH DI NEGARA ASAL

Warga buruh asing yang bekerja di Malaysia ini datang dari negara Indonesia,

Bangladesh, Nepal, Thailand, Filipina, Pakistan dan lain – lain. Hal ini disebabkan kerana

peluang pekerjaan di negara asal mereka yang rendah mendorong mereka untuk berhijrah ke

negara – negara jiran terutamanya Malaysia bagi mencari rezeki. Tekanan dalam

mendapatkan pekerjaan di negara asal menyebabkan buruh asing ini sanggup berhijrah ke

negara jiran bagi mendapatkan pekerjaan walaupun upah yang bakal mereka perolehi adalah

dalam kuantiti yang sedikit. Terdapat dalam kalangan buruh ini yang sanggup melanggar

undang-undang antarabangsa dan negara dengan memasuki negara lain tanpa mempunyai

dokumen perjalanan yang sah. Faktor dalam mendapatkan kerja untuk menampung diri dan

keluarga bagi meneruskan hidup membolehkan mereka sanggup membuat apa saja asalkan

mereka dapat memasuki negara lain serta untuk meneruskan kelangsungan hidup.

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, kemasukan buruh asing ke dalam negara Malaysia sememangnya

telah mendatangkan kesan positif kepada pembangunan negara. Oleh itu,doleh disimpulkan

bahawa tenaga pekerja asing amat diperlukan demi membantu menstabil dan meningkatkan

ekonomi negara. Kemasukan mereka ke dalam negara kita seharusnya tidak hanya pandang

dari segi sudut negative sahaja. Walaupun pada hari ini wujudnya pelbagai desus-desus atau

isu-isu yang menyatakan untuk tidak terus bergantung kepada tenaga mereka, namun secara

realitinya negara kita sebenarnya masih memerlukan tenaga kerja mereka.

Negara Malaysia perlu sedar bahawa kemasukan mereka ke dalam negara adalah disebabkan

permintaan negara kita sendiri. Maka dari itu setiap risiko yang bakal wujud di negara selepas

kemasukan mereka adalah sememangnya dibawa tanggungjawab kita. Oleh itu, masyarakat

289412,289226,289011 & 289303 14


GMGM 2023 HUMAN RESOURCES MANAGEMENT

tempatan tidak seharusnya menyalahkan pihak buruh asing semata-mata. Masalah-masalah

yang timbul pada hari ini adalah datangnya dari kegagalan pihak kita untuk mengatur secara

tidak sistematik dan terlalu memandang remeh perkara-perkara yang sepatutnya diberi

perhatian. Rentetan daripada itu, jelas menunjukkan bahawa kita masih mampu berdiri dikaki

sendiri tanpa bantuan daripada mereka. Tambahan lagi negara Malaysia merupakan negara

yang masih dalam proses membangun. maka dari itu masih banyak kelemahan-kelemahan

yang sedia ada perlu diperbaiki contohnya masalah kekurangan tenaga kerja khususnya dari

segi sector perindustrian, sektor perladangan, pembinaan dan perkhidmatan serta pembuatan.

RUJUKAN

Works Cited
hamidi, d. s. (2016). buruh asing. kuala lumpur: malaysia kini.

imegresen, a. (2022). akta imegresen 1959/1963. kuala lumpur: law of book.

kanapathy, V. (2006). migrant workers in Malaysia. kuala lumpur: trend and policy.

kang. (2007). kadar upah warga asing. kuala lumpur: trend and policy Malaysia.

kerja, a. (2022). akta kerja pindaan 2022. kuala lumpur: law book services.

mei, l. (2006). kemasukan warga asing. kuala lumpur: news malaysia.

ramasamy. (2004). imigrant foreign worker. kuala lumpur: malaysia news timeline.

salsabiah. (2020). tenaga buruh warga asing. law of malaysia, 21-56.

simon. (1998). buruh asing. kuala lumpur: ilmiahedu.

Zimmermann. (1995). isu warga asing. kuala lumpur: ilmiah.

Zimmermann. (1995). isu warga asing. kuala lumpur: ilmiah.

289412,289226,289011 & 289303 15

Anda mungkin juga menyukai