Anda di halaman 1dari 5

Apakah sebab belia tempatan tidak berminat bekerja dalam bidang

pembinaan dan perladangan

Sektor pembinaan dan perladangan ialah bidang yang berkaitan rapat dengan
perniagaan dan perindustrian. Ekonomi Negara dijana melalui sektor-sektor
sebegini. Perkembangan sektor binaan dan perladangan yang pesat
menyebabkan peningkatan keperluan tenaga kerja yang tinggi. Keperluan ini
tidak dipenuhi oleh pekerja tempatan disebabkan beberapa faktor seperti
kurangnya minat dikalangan belia tempatan kerana kadar gaji yang rendah serta
kuantiti kerja, dan kebajikan pekerja. Pengambilan pekerja asing merupakan
jalan penyelesaian yang diambil oleh pihak kontraktor dan pengusaha ladang
tetapi sekiranya kebergantungan yang tertalu tinggi kepada pekerja asing ini
berterusan akan memperlihatkan seolah-olah negara ketandusan tenaga kerja
tempatan yang mahir. Memastikan fenomena ini tidak berterusan beberapa
langkah-langkah penyelesaian dan pendekatan yang strategik perlu diambil oleh
semua pihak yang berkenaan bagi menarik minat pekerja tempatan mencuburi
sektor pembinaan.
Antara punca Kontraktor menghadapi kesukaran bersaing untuk
mendapatkan tenaga kerja tempatan adalah disebabkan sektor-sektor lain turut
bersaing untuk mendapatkan tenaga kerja sehingga terjadinya situasi kompetitif
yang tinggi. Dalam realiti kehidupan seharian industri pembinaan dilihat kurang
menarik minat belia lepasan persekolah kerana kurangnya pendedahan oleh
pihak sekolah terhadap potensi yang ada di dalam sektor ini. Sudah menjadi
kebiasaan pelajar yang mempunyai pencapaian akedemik yang tinggi akan lebih
berminat dengan sektor yang menawarkan gaji lumayan serta kondisi tempat
pekerjaan yang lebih baik. Situasi sebegini turut dihadapi pengusaha sektor
perladangan sehinggakan kebanyakan sektor ini dibanjiri oleh pengunaan tenaga
kerja asing yang tinggi.

Terdapat golongan belia yang kurang menyerlah di dalam bidang


akedemi tetapi mereka sebenarnya mampu memajukan diri di dalam bidang
yang berkaitan kemahiran. Kini golongan belia yang tidak mempunyai
pendidikan akedemik yang tinggi dilihat akan lebih terjerumus kepada aktiviti
yang tidak berfaedah seperti berpeleseran di pusat membeli belah, melepak,
malah terbabit dengan aktiviti yang tidak sihat. Merekrut belia tempatan
sebenarnya akan membawa kebaikan kepada semua pihak kerana dengan cara
ini ekonomi negara akan meningkat, statistik pengangguran akan berkurangan
malah kadar jenayah turut dijangka menurun. Pekerja tempatan dilihat sering
mempunyai masalah disiplin dan tidak mempunyai kesungguhan di dalam
melakukan sesuatu tugasan yang diberi, mereka akan cepat merungut sekiranya
dikehendaki melakukan kerja-kerja sukar atau diminta bekerja lebih masa. Gaji
yang ditawarkan dikatakan tidak memuaskan padahal kualiti kerja mereka
penyebab kepada situasi sebegini berlaku. Etika kerja pekerja tempatan yang

kurang memuaskan penyebab kebeterusan kebergantungan tenaga kerja asing


didalam bidang pembinaan dan perladangan.
Sektor perladangan turut menghadapi masalah kekurangan tenaga
kerja tempatan kerana sebab-sebab yang hampir sama berlaku kepada sektor
pembinaan. Minda belia sebenarnya telah dipengaruhi oleh andaian negatif
kerana gambaran kepada kedua-dua sektor ini ialah kotor, tidak menguntungkan,
sangat susah, berbahaya, tidak membawa kepada peningkatan taraf hidup.
Pemikiran negatif ini perlu sama sekali disanggah dari kaca mata masyarakat
berikutan potensi tinggi yang tidak disedari oleh kebanyakan orang. Tenaga kerja
di dalam bidang perladangan dan pembinaan terbahagi kepada beberapa kelas
yang tersendiri iaitu tenaga kerja am, tenaga kerja separuh mahir, tenaga kerja
mahir. Melalui penentuan ketiga-tiga gred inilah gaji mereka dibayar, semakin
tinggi kualiti kerja mereka semakin tinggi jugalah upah yang ditawarkan.
Terdapat banyak pekerja tempatan menyalahkan kehadiran tenaga kerja asing
penyebab khidmat mereka tidak digunakan, sebenarnya tidak akan ada situasi
sebegini sekiranya mereka lebih peka untuk bersaing dengan pekerja asing ini.
Sebenarnya kadar gaji pekerja asing yang lebih murah ini berlaku kerana
kemungkinan kebanyakkan tenaga kerja tersebut adalah dari mereka yang
masuk dengan cara tidak sah. Masalah pekerja asing tanpa izin (PATI)
sebenarnya boleh diselesaikan tanpa mengharap kepada bidang kuasa pihak
kerajaan semata-mata, sekirannya khidmat mereka tidak digunakan oleh para
kontraktor dan pengusaha ladang pasti golongan PATI akan kembali ke negara
masing-masing atau ke negara lain apabila menyedari kehadiran mereka tidak
diperlukan.
Belia berkelulusan graduan dilihat banyak menganggur walhal mereka
sebenarnya boleh mencuburi sektor lain seperti pembinaan dan perladangan
biarpun tidak berkaitan dengan bidang yang diperlajari. Dengan kadar
pengangguran yang tinggi, lulusan graduan tidak seharusnya terlalu memilih
pekerjaan dan sepatutnya merebut segala peluang yang ada di dalam sektorsektor yang menawarkan peluang pekerjaan yang tinggi seperti pembinaan dan
perladangan. Dengan kehadiran pelbagai teknologi terkini sektor ini bukan lagi
seumpama kerja-kerja kampung murahan, ia telah berada dikelasnya yang
tersendiri. Dengan adanya pengelaman sebagai buruh binaan am sebenarnya
mereka mampu berusaha mempelajari ilmu menjadi kontraktor yang Berjaya,
dari pengelaman sebagai pekerja ladang mereka boleh menjadi pengusaha
ladang yang berkalibar. Pengajaran mengenai elemen-elemen yang berkaitan
dengan pembinaan dan perladangan telah mula dimasukan di dalam subjeksubjek perlajaran di universiti dan kolej.
Kursus-kursus dan latihan kemahiran telah giat dilaksanakan oleh pihak
kerajaan dan badan-badan yang seangkatan dengannya. Peluang menimba ilmu
semakin cerah apabila terdapat institut pengajar yang telah ditubuhkan seperti
Pusat Giatmara (PGM), Akedemi Pembinaan Malaysia (APM), Institut Latihan
Perindustrian (ILP), Institut Kemahiran Mara (IKM), Institut Kemahiran Belia
Negara (IKBN), Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA). Ini hanyalah sebahagian
darinya bahkan sebenarnya banyak lagi institusi yang telah lahir bagaikan

cendawan selepas hujan. Bagi meningkatkan kualiti sektor pembinaan dan


perladangan terma dan syarat-syarat kelayakan telah dipertingkatkan melalui
badan-bandan agensi seperti Lembaga Pembinaan Malaysia (CIDB), Pusat
Khidmat Kontraktor Malaysia (PKKM), Dewan Perniagaan Melayu Malaysia
(DPMM) yang memainkan peranan. Sektor perladangan juga tidak tertinggal
dalam penyelidikan bagi penambahbaikan hasil tanaman, seperti penubuhan
Institut Penyelidikan dan kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI).

ANTARA ALASAN-ALSAN TIDAK MAHU MENCUBURI BIDANG PEMBINAAN:

Industri pembinaan bersifat sementara dan perlu berpindah dari satu


lokasi ke lokasi yang lain mengikut penawaran projek tersebut. Menyebabkan
tiada jaminan kerja yang berterusan.

Keadaan persekitaran kerja yang tidak selesa serta rekod keselamatan dan
kebajikan pekerja yang kurang baik

Imej industri pembinaan yang menggunakan banyak tenaga manusia


berbanding peralatan jentera menjadikan ia terkenal dengan gelaran pekerjaan
blue-collar berbanding industri white-collar yang lebih banyak menggunakan
mesin dan jentera

Dominasi lebih kepada kaum lelaki atau mereka yang mempunyai


kekuatan fizikal yang tinggi

Golongan belia dipengaruhi oleh keluarga supaya tidak memilih kerjaya


dalam bidang pembinaan kerana persepsi yang kurang baik

ANTARA LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU DIAMBIL:

Menyediakan sistem aperantis yang lebih fleksible,konisiten dan responsif

Mempertingkatkan kebajikan dan keperluan mobiliti pekerja bagi


memenuhi keperluan tenaga kerja di seluruh Negara

Memperbaiki imej industry binaan yang negative terutama aspek gaji,


suasana kerja, prospek kerjaya

Meningkatkan pengambilan belia-belia terutama mereka yang


menamatkan persekolahan untuk pembelajaran sector pembinaan supaya
mendapat maklumat yang tepat di dalam sektor ini

Melakukan kempen meliputi tenaga kerja, keselamatan, dan kualiti


kontraktor serta memberi anugerah, penajaan, perkongsian, papan tanda, logo
dan lain-lain


Menyediakan kursus-kursus keusahawanan dan yang berkaitan kepada
semua golongan yang berminat
YANG MEMAINKAN PERANAN:
1.Komitmen dari klien
2.komitmen dari kontraktor
3 komitmen dari kerajaan

KESIMPULAN semua masalah boleh diatasi sekiranya semua pihak memainkan


peranan masing-masing. Tiada pihak yang perlu menunding jari atau
dipersalahkan biarlah kesefakatan suatu kominiti menjayakan segala
perancangan yang telah diambil bagi mengatasi segala masalah yang timbul.
Dengan adanya program jangka masa panjang seperti penubuhan institut dan
insitusi pengajaran pasti masalah kekurangan penglibatan belia didalam bdang
pembinaan dapat diatasi.

Sektor pembinaan memainkan peranan yang penting dalam menyediakan


sumber
pekerjaan dan menyediakan peluang kerjaya dalam berbagai bidang kemahiran.
Ini
adalah kerana keluaran dalam sektor pembinaan memerlukan penggunaan
ramai
tenaga kerja am dan tenaga kerja mahir secara serentak. Justeru itu industri
binaan
amat bergantung kepada tenaga kerja terutama tenaga kerja mahir. Sehingga
Jun
2002, jumlah guna tenaga bagi sektor ekonomi negara dianggarkan seramai
9.84
juta orang. Sektor pembinaan telah mewujudkan sebanyak 789,600 peluang
pekerjaan iaitu 8.2% dari jumlah guna tenaga negara. Jumlah ini merupakan satu
peningkatan daripada jumlah guna tenaga tahun sebelumnya iaitu seramai
771,700
orang (CIDB, 2004).

Walau bagaimanapun, kekurangan tenaga kerja dalam industri binaan menjadi


isu
yang penting. Negara terpaksa mengimport tenaga kerja asing bagi menampung
kekurangan tenaga kerja yang kritikal. Ini disebabkan oleh pemikiran masyarakat
kita
yang beranggapan bahawa bekerja di tapak bina akan dipandang rendah oleh
masyarakat, walhal bidang kerja tersebut memberi pendapatan yang cukup
lumayan
berbanding dengan kerja-kerja di sektor lain.

Anda mungkin juga menyukai