Anda di halaman 1dari 5

Terma dan Kondisi Pekerjaan Sektor Informal Di Pasar Ikan Kudat, Sabah.

Terma dan kondisi pekerjaan sektor informal di pasar ikan Kudat dibahagikan kepada dua
perspektif iaitu persepektif pekerja dan majikan. Berdasarkan temubual kepada pekerja iaitu
Abidin yang berumur 34 tahun, fahaman mereka terhadap terma dan kondisi pekerjaan
merupakan keadaan bekerja. Mereka tidak sepenuhnya mengetahui sepenuhnya aspek terma
dan kondisi pekerjaan dan menyebabkan mereka kurang untuk menuntut terma dan kondisi
pekerjaan yang lebih baik kepada majikan. Para pekerja di sektor informal pasar ikan Kudat
lebih mementingkan upah berbanding terma dan kondisi pekerjaan yang lain seperti cuti dan
kebajikan mereka. Mereka juga tidak mempunyai kontrak pekerjaan yang jelas atau bertulis.
Kontrak pekerjaan hanyalah berdasarkan kepercayaan antara kedua-dua pihak iaitu pekerja
dan majikan.

Seterusnya, berdasarkan maklumat yang diperoleh responden, beliau mendapat upah


yang lumayan daripada majikan iaitu RM1700 sebulan. Namun begitu, upah yang diterima
bergantung kepada faktor jumlah ikan dan jumlah pendapatan perniagaan. Sekiranya ikan
kurang untuk dijual maka upah yang diterima mungkin berkurangan sedikit namun tidak
dalam jumlah yang besar. Jumalah perniaagaan ikan sehari dianggarkan rm200-500 sehari
dan majikan akan memberi komisen sedikit setiap hari berdasarkan jumlah hasil jualan.
Responden juga mengatakan bahawa upah yang diberikan oleh majikan adalah munasabah
dan mencukupi untuk beliau menyara kehidupan keluarga. Majikan juga memberi membayar
upah tepat pada masanya.

Terma dan kondisi pekerjaan seterusnya ialah masa bekerja dan cuti. Hasil temubual
yang dijalankan, responden mengatakan masa bekerja kebanyakkan pekerja dalam aktiviti
perniagaan ini tidak menentu disebabkan oleh beberapa faktor. Antara beberapa faktor ialah
faktor cuaca. Hal ini kerana cuaca buruk seperti hujan lebat dan ribut menyebabkan laut yang
bergelora. Keadaan ini mengakibatkan hasil penangkapan ikan terganggu dan menyebabkan
pekerja tidak bekerja tidak bekerja. Tambahan lagi, masa bekerja yang normal untuk bekerja
ialah bermula 6 pagi hingga 6 petang. Namun begitu, masa bekerja tidak tetap dan
bergantung kepada jumlah dan jualan ikan pada hari tersebut. Cuti seseorang pekerja juga
bergantung kepada budi bicara majikan sekiranya majikan membenarkan dan memberi
pekerja untuk bercuti.
Dari aspek kebajikan pekerjaan pula, responden mengatakan kebajikan pekerja
bergantung kepada hati budi majikan sekiranya majikan ingin memberi elaun, hadiah dan
sebagainya. Pekerja yang bekerja dalam aktiviti perniagaan ikan Kudat ini tidak dilindungi
oleh perlindungan sosial. Mereka bekerja tanpa sebarang pelindungan sosial mahupun
insurans. Di samping itu, pekerja juga mengatakan mereka tidak mendapat sumbangan
daripada kerajaan.

Manakala terma dan kondisi pekerjaan dari perspektif majikan pula, temubual telah
dilakukan kepada responden yang merupakan seorang majikan iaitu Hazmil bin Amri yang
berumur 32 tahun. Dari segi upah, beliau memberi upah iaitu RM600 sebulan. Upah tersebut
merupakan gaji asas dan tidak termasuk komisen seperti penghantara ikan ke tempat lain
seperti Kota Kinabalu dan Brunei. Bayaran upah tambahan juga bergantung kepada hasil
jualan, sekiranya beliau mendapat lebih keuntungan, beliau akan menambah bayaran
pekerjanya. Responden majikan hanya mempunyai seorang pekerja sahaja. Majikan dan
pekerja tidak mempunyai kontrak pekerjaan yang jelas dan hanya berdasarkan kepercayaan
antara satu sama lain.Hal ini kerana pekerja tersebut merupakan saudara dan sekaligus
memudahkan lagi aktiviti pekerjaan seharian tanpa takut dikhianati oleh pekerja. Majikan dan
pekerja tidak mempunyai kontrak pekerjaan yang jelas dan hanya berdasarkan kepercayaan
antara satu sama lain.

Berdasarkan masa bekerja pula, responden menyatakan bahawa beliau menetapkan


waktu bekerja ialah bermula daripada 7 pagi sehingga 5 petang. Tambahan lagi, masa bercuti
juga hanya bergantung kepada kehendak majikan jika ingin memberi cuti. Namun selalunya
cuti diberikan sekiranya berlaku cuaca yang buruk dan menyebabkan hasil tangkapan ikan
berkurang. Semasa waktu bekerja, responden menyatakan bahawa makanan akan disediakan
oleh beliau dan diberikan kepada pekerja.

Responden mengatakan beliau tidak mendapat sebarang bantuan daripada


kerajaan dan menggunakan modal sendiri untuk memulakan aktiviti perniagaan ini.
Responden juga memberitahu bahawa aktiviti perniagaan di pasar Ikan ini juga
memberi keuntungan yang lumayan. Jumlah pendapatan sebulan ialah RM 3 ribu ke
atas. Majikan juga mempunyai kemudahan dalam aktiviti perikanan ini seperti
penggunaan teknologi GPS dan fishfinder yang bertujuan memudahkan kappa tunda
beliau untuk menangkap ikan.
Analisis Terma dan Kondisi Pekerjaan Sektor Informal Di Pasar Ikan Kudat, Sabah.

Berdasarkan hasil kajian yang diperolehi boleh dianalisiskan bahawa terma dan kondisi
pekerjaan informal di pasar ikan Kudat adalah bersifat terbuka dan dinamik. Hal ini kerana ia
sentiasa merubah dan dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti ekonomi dan keadaan alam
semulajadi. Kegiatan ekonomi informal dipasar ikan Kudat mendatangkan keuntungan yang
besar terhadap majikan. Namun begitu, upah yang diberi kepada pekerja boleh dianggap
rendah berbanding sektor formal yang mempunyai upah minimum sebanyak RM920.
Majikan juga mempunayi hak yang sepenuhnya kepada pekerja untuk menetapkan upah dan
keadaan ini sekaligus menindas pekerja. Hal ini disebabkan tiadanya penguatkuasaan
undang-undang ataupun akta yang boleh membela nasib pekerja. Walaubagaimanapun, kadar
upah yang diberikan oleh majikan juga mempunyai kerelevenannya sendiri. Hal ini kerana
aktiviti informal ini terdedah kepada risiko alam semulajadi dan bergantung sepenuhnya oleh
hasil jualan. Majikan terpaksa menanggung kerugian yang besar sekiranya hasil jualan yang
rendah tetapi upah pekerja tinggi yang perlu ditanggung oleh majikan. Keadaan ini
menyebabkan majikan terpaksa memberi upah yang rendah dan sekiranya mempunyai
keuntungan yang besar barulah majikan akan memberi komisen terhadap pekerja tersebut dan
sebaliknya sekiranya keuntungan yang rendah majikan tidak akan memberi komisen tapi
upah pekerja juga tidak akan berkurang.

Aspek waktu bekerja dan cuti juga bergantung kepada budi bicara majikan.Waktu
bekerja di pasar ikan Kudat bermula daripada pukul 6 pagi sehinggalah 6 petang, namun
begitu waktu bekerja ini tidak tetap kerana ia bergantung kepada hasil tangkapan ikan dan
jualan pada hari tersebut. Sekiranya tangkapan ikan sedikit dan jualan yang banyak, maka
tempoh bekerja mereka juga akan singkat. Pekerja dalam aktiviti ekonomi informal di pasar
ikan Kudat tidak mempunyai cuti yang tetap. Mereka terpaksa bekerja tujuh hari seminggu
sekiranya majikan tidak memberi cuti kepada mereka. Walau bagaimanapun, sekiranya
berlaku cuaca buruk yang menjejaskan hasil tangkapan ikan, para pekerja terpaksa bercuti
dan tidak bekerja. Situasi berbeza dengan pekerjaan formal yang mempunyai waktu dan cuti
yang tetap. Pekerja formal hanya bekerja lima hari seminggu dan mempunyai cuti umum.
Secara keseluruhannya, waktu bekerja dan cuti dalam sektor informal mempunyai unsur tidak
adil dan penindasan. Para pekerja terpaksa mengikut kehendak majikan kerana sekiranya
mereka ingkar mereka akan berisiko untuk kehilangan pekerjaan tersebut yang penting
kepada mereka kerana peluang pekerjaan yang sedikit pada masa kini. Secara tidak
langsung, pekerja dalam pekerjaan tak formal ini mudah terdedah kepada penindasan yang
dilakukan oleh majikan. Tambahan lagi, pekerja dalam sektor ini tidak mempunyai kontrak
pekerjaan yang jelas menyebabkan mereka tidak dapat membela diri sekiranya mereka
ditindas oleh majikan.
Berdasarkan hasil kajian, secara keseluruhannya pekerja sektor tidak formal juga
mempunyai potensi yang sama berkaitan dengan risiko kerja. Mereka berhak dilindungi
daripada risiko kerja, seperti kematian, kemalangan, penyakit dan pampasan ketika memasuki
usia tua.Ramai orang memanggil sektor informal sebagai lifesaver ekonomi negara kerana
mereka mempunyai daya tahan yang kukuh di tengah-tengah krisis ekonomi yang melanda.
Pekerja sektor tidak formal dalam percubaan umum dalam usaha-usaha ekonomi tidak formal
dengan ciri-ciri seperti: skala mikro dengan modal kecil, menggunakan teknologi mudah,
menghasilkan barangan dan atau perkhidmatan dengan kualiti yang agak rendah, tempat
perniagaan tidak tetap, mobiliti buruh sangat tinggi, perniagaan tidak bercagar
kesinambungan, waktu kerja yang tidak teratur, produktiviti dan tahap pendapatan adalah
agak rendah dan tidak tetap.

Sektor formal telah banyak membentk ketidakseimbangan struktur dalam ekonomi


dan masalah ini telah luas meresap di kalangan masyarakat di bandar. Dalam pada itu sektor
tak formal telah kelihatan semakin penting dan menjadi satu sektor yang dinamik serta
berkemampuan untuk menambah pekerjaan dan peluang-peluang pendapatan terutama
kepada penghijrah dari desa ke bandar yang semakin bertambah di negara-negara dunia.
Penumpuan haruslah diberikan pada sektor ini kerana ianya telah mengasingkan pasaran
buruh pada dua bidang kerja dan ini menyedarlkan kita bahawa pergantungan hidup pada
upah dari sektor formal itu tidaklah memadai atau tidak mencukupi. Oleh itu, sektor informal
harus dijadikan landasan untuk mencapai taraf hidup yang lebih baik dan dapat menyaingi
kehidupan di bandar yang semakin tinggi kadar inflasinya, Dengan cara ini barulah kita dapat
merasakan bahawa sebarang kegiatan ekonomi dari sektor tak formal ini sebenarnya amat
diperlukan dan turut berperanan dalam pembangunan di bandar.

Dalam sektor moden ini nampaknya tidak dapat menyiapkan kerja-kerja seperti yang
diharapkan. Pertumbuhan tenaga buruh dalam negara berkembang sangat cepat. Selain krisis
ekonomi ini yang berleluasa di negara negara membangun sering membawa kepada
terhambatnya mereka membangunkan sektor-sektor moden. Pelaburan di dunia membangun
lebih banyak bergantung kepada pinjaman luar negara dan adalah sangat terhad. Kerajaan
adalah amat terbataskemampuannya dalam mewujudkan peluang pekerjaan. Selepas
menghadapi pelbagai masalah ke atas kerajaan mula membina satu pandangan yang berbeza
tentang sektor tidak formal. Sektor ini tidak lagi dianggap satu sektor kecil tetapi merupakan
sektor ekonomi yang membantu kerajaan menyelesaikan masalah pengangguran di negara
ini.

Anda mungkin juga menyukai