Anda di halaman 1dari 8

Persaingan Bermonopoli, Oligopoli Dan

Teori Permainan

Persaingan Bermonopoli, Oligopoli Dan Teori


Permainan - Presentation Transcript
1. Persaingan Bermonopoli, Oligopoli Dan Teori Permainan
2. Teori Persaingan Bermonopoli
o Teori persaingan bermonopoli terbentuk berasaskan tiga andaian:
o 1. Terdapat ramai penjual dan pembeli: Andaian ini adalah sama dengan
andaian dalam pasaran persaingan sempurna. Oleh itu, anda tentu
menganggap bahawa pesaing bermonopoli adalah penerima harga.
Hakikatnya ialah pesaing bermonopoli bukan penerima harga, malah ia
adalah penentu harga berasaskan andaian-andaian yang seterusnya.
3.
o 2. Setiap firma dalam industri tersebut mengeluar dan menjual barangan
yang boleh dibezakan: Barangan ini boleh dibezakan dari segi jenama,
cara pembungkusan, lokasi, syarat kredit barang jualan, kemesraan
jurujual dan sebagainya.
4.
o 3. Kebebasan untuk keluar dan masuk ke dalam industri tersebut: Tiada
halangan untuk firma baru keluar dan masuk ke dalam industri
sepertimana dalam pasaran persaingan sempurna.
o Contoh persaingan bermonopoli termasuk peruncitan pakaian, perisian
komputer, restoran dan stesen perkhidmatan
5. Keluk Permintaan Persaingan Bermonopoli
o Firma persaingan sempurna mempunyai ramai pesaing dan semua firma
menghasilkan barangan yang sama.
o Oleh itu terdapat barang pengganti yang tidak putus-putus bagi barangan
yang dikeluarkan.
o Permintaan barang bagi firma dalam pasaran ini adalah sangat anjal. Oleh
itu, keluk permintaannya mendatar (horizontal).
6.
o Manakala firma monopoli secara praktikalnya tidak mempunyai pesaing
dan ia mengeluarkan barangan yang tiada pengganti.
o Permintaan barang bagai pasaran ini adalah jurang anjal dan digambarkan
melalui keluk permintaan yang mencerun ke bawah dari kiri ke kanan.
7.
o Apakah pula situasi bagi pesaing bermonopoli?
o Seperti mana firma persaingan sempurna, ia turut mempunyai ramai
pesaing. Tetapi, perbezaannya ialah pesaing firma pasaran ini tidak
menjual barang yang benar-benar serupa.
o Dengan kata lain, terdapat barang pengganti bagi barang yang dikeluarkan
oleh pesaing bermonopoli, tetapi ia bukan pengganti sempurna. Oleh itu
keluk permintaan pasaran persaingan bermonopoli adalah kurang anjal
berbanding keluk permintaan pasaran persaingan sempurna, malahan
keluk permintaan pasaran persaingan bermonopoli tidak mendatar seperti
keluk permintaan pasaran persaingan sempurna. Ia mencerun ke bawah
dari kiri ke kanan.
8. Hubungan Antara Harga dan Hasil Marginal Bagi Pesaing Bermonopoli
o Disebabkan barang yang dikeluarkan oleh pasartan ini berbeza di kalangan
firma, maka setiap firma mempunyai keluk permintaan yang mencerun ke
bawah dari kiri ke kanan.
o Oleh kerana keluk permintaan ini mencerun ke bawah, maka firma mesti
menurunkan harga untuk menjual satu unit barang tambahan.
9.
o Contohnya, katakan firma menjual 3 unit barang pada harga RM10 setiap
satu unit, kemudian firma mesti menurunkan harga kepada RM9 untuk
menjual 4 unit barang yang sama. Berikutan dengan itu, hasil marginal
firma ialah RM6 (jumlah hasil pada 3 unit ialah RM30 dan jumlah hasil
pada 4 unit ialah RM36) yang mana kurang dari harga RM9. Dengan kata
lain, dalam pasaran persaingan bermonopoli harga adalah melebihi hasil
marginal (P > MR).
10. Berapa Banyak Output Yang Akan Dikeluarkan Oleh Pesaing Bermonopoli?
Apakah Harga Yang Dikenakan?
o Firma persaingan bermonopoli adalah sama dengan firma persaingan
sempurna dan firma monopoli dari satu sudut, iaitu ia mengeluarkan
output pada kuantiti di mana hasil marginal sama dengan kos marginal
(MR = MC).
o Ini dapat ditunjukkan melalui Rajah 1, di mana firma mengeluarkan output
pada tahap q 1. Apakah harga yang akan dikenakan oleh pesaing
bermonopoli pada tahap output tersebut? Jawapannya ialah harga yang
tertinggi boleh dikenakan ialah pada tingkat P 1.
11.  
12. Hubungan Antara Harga dan Kos Marginal bagi Pesaing Bermonopoli
o Bagi pesaing bermonopoli, P > MR.
o Pesaing bermonopoli juga mengeluarkan output ketika MR = MC.
o Ini bermaksud, firma terpaksa mengeluarkan output pada tahap P > MC
(ini telah dijelaskan melalui Rajah 1).
o Apabila firma tidak mengeluarkan output pada tahap di mana P = MC,
maka firma dikatakan tidak menghasilkan output dengan menggunakan
peruntukan sumber secara cekap. Oleh itu, pesaing bermonopoli tidak
menunnjukkan kecekapan peruntukan sumber.
13. Apakah Terdapat Untung Dalam Jangka Panjang?
o Andaikan firma dalam pasaran persaingan bermonopoli mendapat
keuntungan pada masa sekarang, seperti mana dalan rajah 1.
o Adakah ia akan terus mendapat keuntungan dalam jangka panjang?
o Jawapannya ialah kemungkinan tidak.
o Andaian mengenai kebebasan keluar dan masuk pasaran dalam industri ini
menghalang firma persaingan bermonopoli mendapat keuntungan dalam
jangka panjang.
14.
o Jika firma dalam industri ini mendapat keuntungan, ia akan merangsang
firma baru masuk ke dalam industri ini dan seterusnya mengurangkan
permintaan bagi setiap firma.
o Dengan kata lain, keluk permintaan untuk setiap firma akan beralih ke
kiri.
o Akhirnya, persaingan antara firma ini akan mengurangkan keuntungan
ekonomi sehingga mencapai sifar dalam jangka panjang, seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 2.
15.  
16. Kapasiti Lebihan: Apakah Maksudnya Dan Adakah Ianya “Baik” atau “Tidak ”?
o Teori persaingan bermonopoli membuat satu andaian, yang mana ia
biasanya merujuk kepada teori lebihan kapasiti (excess capacity theorem).
o Ia menyatakan bahawa dalam keseimbangan, pesaing bermonopoli akan
mengeluarkan output lebih rendah daripada tahap yang meminimumkan
kos seunit pengeluarnnya.
17.
o Untuk mendapatkan penjelasan lebih lanjut lihat titik A dalam Rajah 3a.
o Pada titik ini, pesaing bermonopoli berada dalam keseimbangan jangka
panjang kerana untung adalah sifar (P = ATC).
o Ini menunjukkan bahawa titik A bukan titik minimum bagi keluk jumlah
kos purata (ATC).
o Titik minimum bagi keluk jumlah kos purata ialah titik L.
18.
o Kita boleh merumuskan bahawa dalam keseimbangan jangka panjang,
apabila pesaing bermonopoli mendapat keuntungan ekonomi sifar, ia tidak
mengeluarkan output pada kuantiti di mana jumlah kos purata yang
minimum.
o Rajah 3 membezakan firma persaingan sempurna dan persaingan
bermonopoli dalam keseimbangan jangka panjang.
19.
o Dalam bahagian ( b ), firma persaingan sempurna mendapat untung
ekonomi sifar dan harga ( P C1 ) sama dengan jumlah kos purata (ATC).
o Tambahan pula, titik yang mana harga sama dengan jumlah kos purata
(titik L) ialah titik minimum bagi keluk kos purata.
o Dalam keseimbangan jangka panjang, firma persaingan sempurna
mengeluarkan output pada kuantiti yang mana kos seunit adalah
minimum.
20.
o Cuba lihat semula di bahagian ( a ). Pesaingan bermonopoli mendapat
untung ekonomi sifar, dan harga ( P MC1 ) sama dengan jumlah kos
purata.
o Seperti yang telah dinyatakan, pesaing bermonopoli tidak mengeluarkan
output pada kuantiti kos di mana kos seunit adalah minimum.
o Sekiranya ia mengeluarkan pada kos yang minimum, ia sepatutnya
mengeluarkan barangan pada tingkat q MC2.
21.
o Oleh kerana itu, terdapat pertikaian bahawa pesaingan bermonopoli
mengeluarkan output yang “sangat sedikit” ( q MC1 berbanding q MC2 )
dan mengenakan harga yang “terlalu tinggi” (P MC1 berbanding P MC2 ).
o Output yang “sangat sedikit” diterjemahkan sebagai output yang berada di
bawah tahap penggunaan. Ia dikatakan mempunyai kapasiti lebihan.
o Dalam bahagian ( a ), kapasiti lebihan adalah sama dengan perbezaan
antara q MC2 dan q MC1.
22.  
23.  
24.
o Kadangkala terdapat pertikian bahawa pesaing bermonopoli beroperasi
pada kapasiti lebihan kerana keluk permintaannya yang mencerun ke
bawah. Lihat sekali lagi pada Rajah 3a.
o Satu-satunya cara bagi firma untuk tidak beroperasi pada kapasiti lebihan
ialah memastikan keluk permintaan bersentuh dengan keluk jumlah kos
purata (ATC) pada titik L, iaitu titik yang paling minimum bagi keluk
ATC. Tetapi, untuk membolehkan ke adaan ini berlaku, keluk permintaan
harus berbentuk mendatar (horizontal), yang mana memerlukan barangan
yang serupa (homogenous). Adalah mustahil bagfi keluk permintaan yang
mencerun ke bawah untuk bersentuh dengan titik L pada keluk ATC.
25.
o Dalam jangka pendek, pesaing bermonopoli beroperasi pada kapasiti
lebihan akibat daripada keluk permintaannya yang mencerun ke bawah,
dan keluk permintaannya yang mencerun ke bawah pula adalah
disebabkan oleh barangan yang berbeza.
o Persoalannya (persoalan yang biasa ditanya oleh kebanyakan ahli
ekonomi) ialah: Jika kapasiti lebihan ialah harga yang kita bayar untuk
barangan yang berbeza (terdapat banyak pilihan), adakah ia harus
dianggap harga yang tinggi? Jawapannya terpulang kepada anda.
26. Pengiklanan Dan Label Pereka
o AQndaikan anda mempunyai perniagaan iaitu firma persaingan
bermonopoli.
o Firma anda adalah salah satu daripada penjual yang ramai, anda menjual
barang yang berbeza sedikit daripada barang pesaing anda, dan terdapat
kebebasan untuk masuk dan keluar daripada industri.
o Bukankah lebih baik jika perniagaan anda adalah monopoli? Tidakkah
lebih baik jika hanya anda menjadi penjual bagi barangan tersebut drpd
menjadi salah seorang penjual yang ramai?
27.
o Kebanyakan pemilik perniagaan akan mengatakan ya, adalah lebih baik
menjadi satu firma monopoli daripada satu firma persaingan bermonopoli.
o Inilah kes yang terjadi, kita mempertimbangkan bagaimana firma pesaing
bermonopoli cuba menjadi firma monopoli.
28.
o Ini mungkin boleh menjadi realiti melalui pengiklanan.
o Jika pesaing bermonopoli mampu memujuk pembeli melalui barangan
yang berbeza daripada pesaing yang lain melalui pengiklanan, maka firma
tersebut mempunyai peluang lebih baik untuk menjadi monopoli
(monopoli mengeluarkan barangan yang tidak mempunyai pengganti yang
hampir).
29.
o Pertimbangkan contoh ini, banyak firma mengeluarkan seluar jeans untuk
lelaki dan wanita.
o Seluar jeans yang dikeluarkan oleh firma-firma ini kelihatan serupa bagi
kebanyakan orang.
o Bagaimana setiap firma ingin membezakan keluarannya? Ia boleh
menambah label pereka (designer label) pada seluar jeans keluarannya
untuk mengesyorkan bahawa seluar jeans tersebut adalah unik, sebagai
contoh, Levi’s Jeans.
30.
o Ataupun melalui pengiklanan, ia boleh cuba memujuk pembeli dengan
mengatakan bahawa seluar jeans tersebut dipakai oleh orang terkenal,
orang yang tinggal dan bercuti di tempat-tempat menarik di dunia. Dsb.
o Disini, kita tidak mengambil kira sama ada pengiklanan itu mencapai
matlamatnya atau tidak. Apa yang hendak ditekankan disini ialah
kadangkala firma menggunakan pengiklanan untuk cuba membezakan
barangan mereka drpd barang pesaing dalam industri yang sama.
31. Oligopoli: Andaian Dan Gelagat Dunia Sebenar
o Tidak seperti pasaran persaingan sempurna, monopoli dan persaingan
bermonopoli, tidak ada satupun teori mengenai oligopoli.
o Oligopoli: Teori struktur pasaran yang berasaskan kepada tiga andaian:
bilangan penjual yang sedikit; firma mengeluarkan barangan yang
homogen atau barangan yang boleh dibezakan dan terdapat sekatan untuk
firma baru memasuki industri.
32.
o Bagaimanapun, perbezaan teori dalam pasaran oligo-poli biasanya
berdasarkan tiga andaian ini
o 1. Terdapat sedikit penjual dan ramai pembeli: Biasanya kita
mengandaikan bahawa beberapa firma oligopoli adalah bergantung antara
satu sama lain; setiap firma sedar bahawa tindakannya akan
mempengaruhi firma-firma lain dan juga tindakan fdirma lain akan turut
memberi kesan kepadanya.
33.
o 2. Firma mengeluarkan dan menjual barang yang homogen atau barangan
yang boleh dibezakan: Aluminium ialah barang yang serupa atau homogen
yang dikeluarkan dalam pasaran oligopoli. Firma oligopoli ialah penerima
harga. Seperti firma-firma yang lain, ia mengeluarkan barangan pada
kuantiti ketika MR=MC.
34.
o 3. Terdapat sekatan untuk firma baru memasuki industri: Halangan yang
paling signifikan untuk memasuki pasaran oligopoli ialah ekonomi
bidangan.
o Selain itu, terdapat juga halangan-halangan yang lain seperti hak cipta,
kawalan eksklusif dan sumber semulajadi.
35.
o Industri manakah didominasi oleh jumlah firma yang kecil pada hari ini?
o Ahli ekonomi telah membentuk nisbah penumpuan (concentration ratio)
bagi menjawab persoalan ini.
o Nisbah penumpuan ialah perastusan jualan industri (atau aset, output,
tenaga buruh atau beberapa faktor lain) yang dihitung oleh bilangan x
dalam industri.
36.
o “ Bilangan x” biasa didefinisi sebagai empat atau lapan, tetapi ia boleh
jadi sebarang nombor (walaupun kecil).
o Nisbah Penumpuan Empat-Firma: CR 4 = Peratusan jualan industri yang
dihitung bagi empat firma terbesar.
o Nisbah Penumpuan Lapan-Firma CR 8 = Peratusan jualan industri yang
dihitung bagi lapan firma yang terbesar .
37.
o Nisbah penumpuan yang tinggi menggambarkan bahawa hanya sedikit
firma yang membentuk industri, manakala nisbah penumpuan yang rendah
menggambarkan bahawa lebih banyak firma yang membentuk industri.
o Andaikan kita menghitung nisbah penumpuan empat-firma untuk industri
Z. Jumlah jualan industri untuk tahun yang diberi adalah RM5 juta, dan
jualan bagi empat firma yang terbesar dalam industri tersebut adalah
RM4.5 juta.
38.
o Nisbah penumpuan adalah 0.90 atau 90 peratus (RM4.5 juta adalah 1.90
dari RM5 juta).
o Industri dengan penumpuan empat-firma dan lapan-firma pada masa
sekarang termasuk rokok, kereta, tayar, makanan sarapan bijiran, mesin
perladangan, sabun serta bahan pencuci yang lain.
o Walaupun nisbah penumpuan baiasa digunakan menentukan tahap atau
darjah keluasan oligopoli, tetapi ia bukanlah garis panduan yang sempurna
untuk mengukur penumpuan industri.
39.
o Paling penting, ia tidak mengambil kira persaingan drpd barangan import
dan barang pengganti domestik.
o Contohnya, industri automobil AS mempunyai tahap penumpuan yang
tinggi, tetapi ia masih menghadapi persaingan tegang daripada luar negara.
o Nilai penumpuan yang lebih sesuai bagi industri ini ialah nisbah yang
dihitung berasaskan seluruh dunia.
40. Harga dan Output Di bawah Oligopoli.
o Terdapat banyak teori dalam oligopoli. Dalam bahagian ini, kita akan
membincangkan 3 teori iaiti: teori kartel, teori keluk permintaan berpintal
(kinked) dan teori pimpinan harga.
41. Teori Ologopoli
o Teori kartel mengandaikan bahawa firma-firma oligopolistik akan
bergabung dan bertindak seolah-olah hanya satu firma sahaja yang wujud
dalam industri tersebut.
o Terdapat empat masalah utama yang timbul dalam pembentukan kartel. 1)
masalah pembentukan kartel; 2) masalah pembentukan dasar; 3) masalah
kemasukan firma baru ke dalam industri dan 4) masalah penipuan.
42.
o Masalah pembentukan Kartel: Walaupun undang-undang, penggabungan
penjual membentuk satu kartel melibatkan kos, terutamanya apabila
bilangan penjual adalah ramai.
o Setiap ahli kartel boleh mengelak daripada menanggung kos semasa
membentuk kartel dan mendapat faedah yang lebih dengan membiarkan
firma lain melaksanakan tanggungjawab.
o Dengan kata lain, setiap ahli kartel berpotensi menjadi ‘penunggang
bebas’ (free rider) dengan melepaskan tanggungjawab melaksanakan
sesuatu kerja kepada orang lain.
43.
o Masalah poembentukan dasar Kartel: Andaikan masalah pertama telah
selesai, dan ahli kartel yang berpotensi membentuyk kartel.
o Sekarang wujud pula masalah pembentukan dasar. Contohnya, Firma A
mungkin mencadangkan agar setiap ahli kartel mengurangkan output
sebanyak 10 peratus, manakala firma B pula mengsyorkan supaya kartel
yang besar mengurangkan output sebanyak 15 peratus dan firma kecil
mengurangkan output sebanyak 6 peratus. Lebih ramai ahli kartel terlibat
lebih banyak cadangan dan sukar diselesaikan.
44.
o Masalah kemasukan Firma Baru ke dalam pasaran: Walaupun ahli kartel
bersetuju menjana keuntungan yang tinggi, keuntungan itu akan menjadi
insentif kepada firma barubdi luar industri untuk masuk ke dalam industri
tersebut.
o Jika ahli kartel yang sedia ada tidak dapat menghalang pembekal baru
daripada memasuki pasaran, kartel mungkin akan berpecxah.
45.
o Firma yang terlibat dalam perjanjian kartel akan berada dalam ‘dilema
banduan’ dimana gelagat rasional secara individu membawa kepada
ketidakcekapan hasil secara bersama.
o Teori keluk permintaan berpintal mengandaikan bahawa sekiranya sebuah
firma dalam satu industri menurunkan harga, firma lain akan mengambil
tindakan yang sama, tetapi jika sebuah firma menaikkan harga, firma lain
tidak akan turut serta dan mengekalkan harga mereka.
46.
o Teori keluk permintaan berpintal mengandaikan bahawa firma
oligopolistik akan menghadapi harga tegar atau rigid.
o Ini disebabkan oleh jurang di antara keluk hasil marginal yang mana kos
marginal firma mungkin meningkat atau menurun dan dalam masa yang
sama firma masih mengeluarkan jumlah output dan juga mengenakan
harga yang sama.
o Terdapat bukti daripada kajian empirikal yang menolak teori ini.
47.
o Teori pimpinan harga mengandaikan bahawa haega keluaran oligopoli
akan ditentukan oleh sebuah firma yang lebih dominan dan firma-firma
lain akan menjual keluaran mereka pada tingkat harga yang ditetapkan
oleh firma dominan ini.
48. Teori Pasaran Boleh Tanding
o Pasaran boleh tanding ialah suatu pasaran yang memenuhi sysrat-syarat
berikut: 1) Kemasukan ke pasaran adalah mudah dan penarikan diri
daripada pasaran adalah tidak ada kos; 2) Firma baru boleh mengeluarkan
barangan pada kos yang sama dengan firma sedia ada; 3) Firma yang sedia
ada boleh melupuskan aset tetapnya secara mudah dengan menjualnya
kepada firma-firma lain (kurang susut nilai).
49.
o Jika dibandingkan dengan teori struktur pasaran tradisional, teori pasaran
boleh tanding lebih mementingkan isu berkenaan kebebasan keluar masuk
ke dalam industri dan kurang memberi tumpuan kepada bilangan penjual
dalam industri.
50. Teori Permainan
o Teori permainan ialah teknik matematik yang digunakan untuk
menganalisa kelakuan pembuat keputusan di mana pemain; 1) cuba untuk
mencapai kedudukan yang optimim menerusi permainan atau
menggunakan tindakan strategik;2) sangat berhati-hati dalam permainan
dan ; 3) bergantung kepada tindakan-tindakan peserta/pemain yang lain.
51.
o Permainan dilema banduan menggambarkan situasi di mana gelagat
rasional secara individu membawa kepada ketidakcekapan hasil secara
bersama.

Anda mungkin juga menyukai